Showing posts with label Slimming set Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Slimming set Shaklee. Show all posts

Wednesday, 16 July 2014

Cinch Energy Tea Mix Penggalak Tenaga Secara Semulajadi dan Meningkatkan Metabolisme Badan

Anda ingin bertenaga sepanjang hari? Hadapi masalah metabolisme yang Rendah? Dah cuba diet sendiri tapi gagal? Dah cuba kurangkan nasi dan bersenam tapi masih gagal?

Mungkin salah satu kurang berjaya adalah sebab metabolisma badan anda terlalu rendah dan tidak dapat membakar kalori dengan sebaik yang mungkin.

CINCH Energy TEA MIX adalah produk yang terbaik untuk menaikkan metabolisme badan anda, ia bukan sahaja utk meningkatkan metabolisme malah utk menggalakkan tenaga secara semulajadi dan memberi tenaga sepanjang hari (energy booster).



Ramuan terdiri daripada Green Tea Powder, Red Tea Extract, White Tea Extract dan Rooibos Red Tea Extract.
Selain rasanya yang sedap, ia mempunyai antioksida yang cukup tinggi dan sebagai pencegah kanser, dapat membuang toksin, meningkatkan metabolism dan seimbang bendalir badan, juga dapat membantu membakar lemak dengan lebih cepat, Iaitu dapat menurunkan berat badan dan membantu poses penghadaman, anti bacteria serta membantu melawan penyakit.

KEBAIKAN CINCH ENERGY TEA

-Membekalkan tenaga untuk bergerak aktif sepanjang hari
-Mengandungi taurina yang mana ianya berfungsi untuk menggalakkan metabolisme, melarutkan lemak dan membantu menghasilkan otot tanpa lemak.
-Pilihan yang lebih sihat dan terbaik bagi menggantikan kopi untuk bekalan tenaga
-Boleh diminum panas atau sejuk. Lebih sedap jika dicampur madu dan cinch tea dan diminum sejuk.
-Mudah untuk dibawa dan dibancuh kerana berbentuk sacet, hanya perlu shake atau kacau.


Sesuai untuk siapa Cinch Energy Tea ni? Sesuai untuk semua golongan tidak kira remaja dewasa atau warga emas terutama mereka yang selalu kerja berat, yang aktif dan selalu buat kerja luar.

Apakah kaitan Metabolisme dengan Berat Badan?Klik untuk lebih lanjut.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 23 June 2014

5 Cara kembalikan Bentuk Badan yang Normal (Kurus)

MENURUNKAN berat badan bukan seperti berlari 100 meter, sebaliknya satu maraton. Apabila anda mula mengamalkan diet sihat dan berupaya menurunkan beberapa kilo berat badan, kadang kala ada masanya kita terkeluar daripada sasaran. Namun anda tidak perlu berasa bimbang. Objektif anda ialah makan secara sihat dan seimbang sekitar 90 peratus daripada kebanyakan masa dan tinggalkan 10 peratus untuk kenduri atau majlis sambutan ulangtahun. Kalau dikira daripada 365 hari, anda memiliki 36.5 ‘cheat day’. 

5 Cara Kembalikan Berat Badan Normal

1.Ambil sarapan 
-Kombinasi serat dengan protein akan membuatkan anda rasa kenyang lebih lama. Cubalah, dua keping roti mil penuh dengan putih telur atau ikan salmon salai dan juga minuman ESP, Melshakes yang tinggi kandungan protein.

2.Minum air
-Dehidrasi boleh ‘meniru’ rasa lapar dan minum banyak air akan membuatkan anda lebih kenyang.

3. Makan lebih serat
Serat tidak mempunyai kalori. Apa kata anda mengunyah epal, pear, brokoli, bayan, raspberi dan banyak lagi.

4. Minum petang
-Langkah ini bagi mengelakkan anda pulang ke rumah dalam keadaan lapar. Pilihan terbaik termasuklah keju rendah lemak, biskut tawar mil penuh atau Greek yogurt setengah cawan.

5. Makan malam yang ringan
-Nikmati hidangan malam yang ringan dan berkhasiat dengan kombinasi serat dan protein seperti ikan stim dengan sayur-sayuran seperti bayam atau brokoli.

Lagi tips KURUS yang mudah. Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Saturday, 14 June 2014

Testimoni Kurus;Berjaya Turun 7Kg dengan Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog yati...hari ini yati nak kongsikan kegembiraan esya yang telah berjaya turun 7kg setelah consume hampir 2 bulan vitamin shaklee.
Alhamdulillah...sangat2 gembira dengan penurunan esya ini.

Testimoni Kurus Berjaya Turun 7kg dengan Vitamin Shaklee
Testimoni Kurus 
Harus di ingat, nak kurus, nak turun kan berat badan, memerlukan usaha, dan kemahuan yang tinggi...kena ada DUA2 ok, kalau setakat kemahaun je yang tinggi tapi usaha tak tinggi anda tidak akan berjaya...kena banyak usaha, dan kena tahu cara yang betul. Suppliment mempercepatkan proses penurunan berat badan, yang penting kita kena juga jaga makan dan menjalankan aktiviti2 yang sihat serta cergas.
Konsisten dalam apa jua yang anda lakukan..insyaallah hasilnya sangat manis...yeaahhh!!!

Dapatkan konsultasi percuma mengenai tips kurus dari saya dan jadual makan vitamin dengan betul hanya untuk pelanggan saya sahaja...

Mesti anda pun ingin cuba kan?Buat pembelian anda sekarang, klik link Mesti Cuba Set Budget Kurus Shaklee.http://yatiyue.blogspot.my/2013/08/set-kurus-budget-bersama-dengan-shaklee.html

Kenali Lemak dalam Badan Anda;Jangan Cepat Berputus Asa


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 5 May 2014

Apakah kaitan Metabolisme dengan Berat Badan?

"Wei Siti, kau bestla ya..mkn baaanyak, semua makanan kau telan, tp berat badan kau aku tgk maintain je..slim melim je..xde pun naik,jeles aku wei. Aku yang diet bagai ni pun gemuk jugak"..Ha, pernah dengar tak dialog tersebut?Mesti anda semua pernah alami kan, dan mesti teramatlah jeles dgn org yang mkn banyak tp berat badan tak naik. So, hari ni yati nk share sikit, xyah pening2 fikir kenapa jd mcm tu, dh rezeki dia mkn banyak xnaik berat badan. Kita ni yg jenis mkn aje berat badan naik, kena la baaaanyak usaha dari banyak makan :-)

Semua sedia maklum, benda yang kita makan akan ditukarkan kepada tenaga. Proses penukaran makanan yang kita makan kepada tenaga ini dikenali sebagai Metabolisma (eng. Metabolism).
Setiap individu mempunyai kadar metabolisma yang berbeza, bergantung kepada beberapa faktor.

Mereka yang makan dengan banyak tetapi agak sukar untuk naik berat badan (seperti Siti dalam contoh tadi) adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang tinggi. Manakala mereka yang makan sedikit berbanding Bedah tetapi sudah mampu untuk naik berat badan, adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang rendah.

Adakah kadar metabolisma yang tinggi ini merupakan suatu anugerah? Buat mereka yang mempunyai tubuh badan yang besar, mungkin jawapannya ialah “YA”, tetapi buat mereka yang cuba bertahun-tahun untuk menaikkan berat badan namun tidak berjaya, jawapan yang diberikan mungkin adalah sebaliknya.


Namun tidak bererti mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah tidak boleh untuk turun berat badan selama-lamanya, dan mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi tidak boleh untuk naik berat badan selama-lamanya. Semuanya masih lagi bergantung kepada tunjang yang sama, iaitu KALORI. Buat mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah, golongan ini perlu menggunakan/membakar lebih kalori berbanding mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi, jika untuk turun berat badan, dan begitu jugalah sebaliknya.

11 Tips Mempercepatkan Metabolisme badan (sumber:blog Kevin Zahri)

1.Minum Air Secukupnya
Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.

2.Jangan lupa suplemen kalsium.
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.

3.Makan dengan lebih kerap (hidangan yang kecil)
Tempoh di antara dua waktu makan yang terlalu ‘panjang’ akan memaksa badan kita bertukar kepada ‘starvation mode‘ (berlapar). Badan akan menyimpan lebih tenaga untuk mengatasi ‘starvation mode‘ ini, dan proses ini secara tidak langsung akan merendahkan kadar metabolisma. Oleh yang demikian, tukarlah tabiat makan 3 kali sehari (sarapan pagi, makan tengahari, makan malam) kepada makan 5-6 kali sehari, dan agihkan kuota kalori itu sebaik-baiknya.

4Tidur yang cukup
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

5.Jangan Stress
Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

6.Cari makanan yang mengandungi Vitamin B1, B2 dan Taurine

Vitamin B1 dan B2 membantu dalam menyempurnakan lagi proses pembebasan tenaga oleh sel-sel badan, manakala Taurine pula merupakan sulfur amino acid yang mampu meningkatkan fungsi mata (penglihatan) dan jantung. Jantung? Dipendekkan cerita, 2 elemen ini mampu melancarkan lagi fungsi yang berkaitan dengan pembebasan tenaga, bermaksud meningkatkan lagi kadar metabolisma. Dewasa ini, Taurine boleh didapati dengan mudah di dalam minuman-minuman tenaga seperti Livita, manakala Vitamin B pula terdapat di dalam produk tenusu (seperti susu) dan telur kuning.

7.C untuk cergas
Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

8.Pedas! 
Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

9. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.
Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

10. Senaman pemberat (weight training) bina lebih banyak otot

Otot menggunakan lebih kalori (lebih 73kcal per KG) berbanding sel-sel lemak. Oleh yang demikian, lebih banyak otot yang dibina, lebih tinggi Resting Metabolic Rate atau RMR (RMR ni konsep dia lebih kurang sama dengan BMR, tapi menggunakan prinsip dan formula yang berbeza). Dipendekkan cerita, mereka yang mempunyai berat 80kg, berotot atau peratusan body fat kurang dari 15%, rata-rata mempunyai kadar metabolisma yang tinggi berbanding mereka yang juga mempunyai berat 80kg, tetapi hanya berbadan biasa (body fat % lebih 20).

11 – Kopi (coffee)

Seperti yang kita sedia maklum, kopi mengandungi kaffein (caffein), antara kompound yang mampu meningkatkan kadar metabolisma dengan kadar yang significant. Selain kopi, caffein juga terdapat dalam minuman-minuman penguat tenaga yang terdapat di pasaran. Namun mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa kopi ini diletakkan pada tangga yang kesembilan? Ini kerana Caffein juga merupakan agen yang membantutkan perkembangan dan kekuatan tulang.
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Friday, 2 May 2014

ESP Shaklee Membantu anda Kurus?

Hari ni, yati nak bercerita sikit mengenai suppliment shaklee yang dapat membantu anda dalam menurunkan berat badan...Entry sebelum ni yati ada cerita details berkaitan set shape up shaklee. So, hari ini yati nk berkongsi mengenai ESP (Energized Soy Protein).

Tahukah anda, pengambilan protein di awal pagi boleh membantu anda untuk lebih berasa kekenyangan sehingga ke suatu tempoh yang lebih lama. Selain itu, pengambilan protein juga membantu untuk mengisi kekosongan lemak yang telah dibakar dengan sel baru yang lebih sihat. Oleh itu, bentuk badan akan lebih cantik, dan tidaklah menggeleber selepas lemak dibakar. Best tak?Mesti la best dah la kurus, lepastu badan terbentuk je..:-)

ESP Shaklee merupakan salah satu supplement protein yang amat diminati ramai orang terutama bagi mereka yang sememangnya berniat untuk diet. Ini kerana khasiatnya yang membantu anda untuk diet, dan juga kerana ESP juga membantu memberikan khasiat lain untuk kesihatan anda!

Bagaimana protein mempengaruhi berat badan?
  • Kesan paling popular protein terhadap kesihatan adalah kebolehan protein untuk mengawal rasa lapar.
  • Apabila protein diserap, ia menghantar signal kepada otak untuk menurunkan kadar rasa lapar.
  • Kepentingan lain protein adalah ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan dengan menyeimbangkan jisim otot.
  • Protein juga membantu dalam pengawalan kenaikan kadar gula dan insulin di dalam badan seterusnya membantu bagi pesakit diabetes dalam pengawalan gula dalam badan.

Bagaiman ESP membantu menurunkan berat badan anda?

Makanan yang mempunyai GI yang rendah dapat membantu menurunkan berat badan.Memandangkan proses pembebasan gula mengambil masa yang lebih perlahan, maka ianya diserap oleh tubuh dengan lebih lambat membuatkan kita kenyang dengan lebih lama. Manakala makanan berglisemik tinggi lebih mudah diserap tubuh membuatkan kita lambat kenyang dan mudah lapar semula.

ESP mempunyai GI 39 sahaja, maka tidak hairanlah ia membantu dalam pengurusan berat badan.Jadi, jika anda berhasrat menurunkan berat badan namun asyik lapar aje walaupun baru aje makan, bolehlah cuba ESP ye. Sudah tentulah air kosong sebanyak 3 liter diperlukan sehari beserta dengan pengambilan pemecah lemak dan detox untuk membuang lemak2 berlebihan.

Anda juga boleh ambil bersama Omega atau Lecithin sebagai pemecah lemak dan Alfalfa sebagai detoxs. Bila ambil ketiga tiga vitamin ni,proses penurunan berat badan sudah lengkap dengan vitamin yg boleh DETOX, BAKAR dan BINA semula badan anda.

Set lengkap Shaklee Slimming Set;Kurus, Sihat, Cantik. SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 29 April 2014

Tips Langsing & Anggun yang Sangat Senang untuk di Amalkan

KUASA OTAK

Tahukah anda, setiap perbuatan kita adalah dikawal oleh otak kita samada dalam keadaan kita sedar atau tidak sedar. Begitu juga dengan aktiviti makan dan jumlah makanan yang diambil. Otak mengawal rasa kenyang dan mengawal keinginan kita untuk makan.

Otak memerlukan masa 10 – 20 minit untuk menerima signal kenyang semasa kita makan. Jadi jika anda makan dengan cepat, anda akan makan lebih banyak kerana signal kenyang belum sempat sampai ke otak sehinggalah kita telah menghabiskan beberapa pinggan makanan.

Tips kurus supaya otak menerima signal kenyang ialah:-
1) Kunyah makanan anda sebanyak 40 kali sebelum menelannya. Nabi juga bagi panduan untuk mengunyah makanan sebanyak 40x sebelum telan. Sebenarnya kunyah 40x adalah cara untuk kita tidak makan berlebihan. Cuba amalkan amalan ini selama 1 minggu. Teruskan amalan ini sehingga 40 hari untuk menjadikan sebagai tabiat makan anda untuk hari yang seterusnya

2) Minum segelas air kosong dan makan sebiji buah epal/pear sebelum makan. Amalkan tip ini semasa waktu makan utama (sarapan, makan tengahari dan malam). Amalkan tip ini bersama tip-tip yang lain supaya ia lebih berkesan.Dengan cara ini, kita akan makan kurang dari biasa. Ini adalah rahsia yang tak ramai orang tahu dan tak ramai orang amalkan. Jika kita semua mengamalkan tips ini, insyaallah, kita akan sentiasa langsing & anggun serta banyak penyakit dapat dielakkan.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 6 March 2014

Tips Membakar Lemak dengan Berkesan

Lemak?Katakan tidak pada lemak2 jahat di dalam badan ya..lemak bukan sahaja membuatkn kita nampak gemuk...tetapi juga membahayakan kesihatan kita.Selain pergi ke gimnasium untuk mengurangkan lemak yang berlebihan, hari ni saya nak berkongsi antara kaedah lain yang sangat membantu kita dalam membakar lemak dengan cepat dan berkesan.

Kajian sains telah membuktikan lemak boleh dibakar dengan pantas. Kajian mengenai 'Menghilangkan Lemak Dengan Pantas Sebelum Sarapan' telah dibuat di Northumbria University, Newcastle. Kajian ini telah dibuat oleh Dr Emma Stevenson dan Javier Gonzalez.

Kadar pembakaran lemak
Hasil kajian mendapati kadar pembakaran lemak lebih pantas berlaku kepada individu yang senaman terlebih dahulu sebelum sarapan. Lebih kurang 20% lemak dibakar selepas mereka mengambil makanan berbanding individu yang sarapan sebelum senaman. Senaman menyebabkan banyak tenaga yang digunakan. Berpuasa sepanjang malam dan senaman sebelum sarapan akan menyebabkan individu terbabit terpaksa menggunakan tenaga yang berpunca daripada sisa-sisa lemak yang masih ada di dalam badan. Kadar penurunan lemak boleh dilakukan dengan pantas.

Mengamalkan diet yang sihat juga membantu membakar lemak dalam badan kita.


Makanan Membantu Membakar Lemak dengan Cepat dan Berkesan

Oat
1. Oat: bukan sahaja rasa yang hebat tetapi juga mengurangkan kelaparan anda. Oat mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol.

Telur
2. Telur: Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu kita untuk membina otot dan membangunkan kolesterol yang baik.

Epal
3. Epal: Epal kaya dengan antioksida dan makanan tambahan yang lain. Paling penting ia mengandungipektin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.

Cili Hijau
4. Cili Hijau: Hijau cili mengandungi Capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.

Bawang Putih
5. Bawang putih: Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti-bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak dan membuang kolesterol jahat.

Madu
6. Madu: Madu adalah yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu ke dalam air suam dan mengambil setiap hari pada awal pagi.

Teh Hijau
7. Teh Hijau: Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita. Ambil setiap hari 2 cawan teh untuk hasil yang lebih baik.

Gandum
8. Rumput Gandum: Ia meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak.

Tomato
9. Tomato: Tomato membantu kita untuk membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari kanser. Jadi ambil tomato dalam diet anda secara berkala.

Coklat Gelap
10. Coklat gelap: Coklat gelap mengandungi Flavonoids, ciri-ciri anti-radang yang membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin dalam darah dan juga membakar lemak.

Nak KURUS lagi cepat?Kami ada suplement Shaklee yang semulajadi dan selamat untuk membantu anda menurunkan berat badan dengan jayanya..yeay...Jom klik SINI.Boleh pilih ikut budget anda..nk set basic?Set Premium?Set Optimum?Set Slimming untuk ibu menyusu pun ada tau.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 27 August 2013

Set KURUS BUDGET dengan Shaklee

Berat badan naik? Seluar 5 tahun lepas dah tak boleh pakai sebab tak muat?bila duduk aje..lemak berlapis2? Jika YA, apakah maksudnya?Maksudnya berat badan anda dah NAIK!!!yeay...syabas anda berjaya menaikkan berat badan..hehe. Oklah hari ini yati nak share pasal set budget shaklee...

Apa ada dengan set budget Shaklee ini?
Set budget shaklee terdiri daripada :-)
1.Lecithin (Bakar)
2.Alfalfa (Buang)
3.Omega Guard (Bakar)

Lecithin
-Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak.Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Alfalfa
-Bertindak sebagai detox semulajadi yang melawaskan sistem penghadaman dengan lembut. Menarik lemak yang teremulsi dari tindakan lecithin ke saluran najis. Proses membersihakn segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.
Omega Guard
-Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama. Membakar lemak jahat dan menurunkan paras kolestrol di samping meningkatkan memori dan perkembangan otak yang sihat.


Di samping pengambilan SET KURUS ini, ada juga beberapa perkara lain yang perlu anda ambil perhatian:
1. Pastikan anda amalkan diet yang seimbang ok. Jaga kalori intake dalam seharian..contohnya hanya ambil 1200-1500kcal je sehari.
2.Bersenam. At least 30 minit sehari, buat aktiviti yang ringan pun dah ok. Jalan 1000 langkah sehari pun dah cukup OK..atau naik tangga turun tangga.
3. Minum air masak 2-3 liter sehari
Nak tahu tip KURUS dengan betul dan BERKESAN? Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 22 August 2013

Kenapa Sarapan Pagi itu Penting?

Jika Anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, jangan pernah meninggalkan sarapan.
Kenapa? Ini kerana, sarapan pagi adalah HIDANGAN PALING PENTING selepas tubuh kita "berpuasa" sepanjang malam. Sarapan pagi boleh membantu kita untuk mengekalkan paras gula darah yang sihat, yang mana ia adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kita secara keseluruhan.

Pastikan sarapan pagi kita lengkap dengan zat-zat penting yang mengandungi kombinasi nutrisi seperti protein, vitamin,mineral, karbohidrat(rendah), lemak(rendah), dan air. Sarapan pagi seperti ini lebih mengenyangkan untuk memberi tubuh nutrisi penting dan tenaga tanpa meningkatkan kadar gula darah dan kadar insulin. Sarapan yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi.


Mereka yang berpikir bahawa sarapan tidak penting dan keliru. Riset di Harvard University AS menunjukkan, orang yang teratur sarapan pagi memiliki kecenderungan hingga 50 persen tidak mengalami kegemukan apabila mereka menimbang berat mereka, berbanding mereka yang melewatkan sarapan.

Jom kita lihat kenapa pentignya sarapan pagi kepada diri kita...

1. Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan.
Menunda sarapan membuat anda sulit memperoleh nutrisi dan vitamin yang direkomendasikan. Menu sarapan seperti sereal dengan susu atau yogurt rendah lemak akan memberi cukup kalsium dan serat.

2. Sarapan boleh menurunkan berat badan.
Ketika Anda beraktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori secara lambat. Menurut ahli nutrisi penulis buku The F-Factor Diet Tanya Zuckerbrot, R.D., sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien. Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci dari semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil. Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan membuat glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik. Ini juga menyebabkan Anda merasa lapar pada jam 11-an. Cara yang lebih baik adalah mengambil makanan jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum murni. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan energi yang konstan dan membuat anda tidak cepat lapar.

3. Sarapan tingkatkan kemampuan otak.
Riset para ahli dari Universitas Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatat rata-rata skor 22% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak sarapan. Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar energi - dalam bentuk glukosa dan glikogen - telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya. Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup, Anda merasa lelah dan melayang-layang

4. Perlindungan terhadap sakit jantung.
Riset menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk sereal plus susu di pagi hari. Zuckerbrot menjelaskan, serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%.

FAEDAH BERSARAPAN:-
• Hidup menjadi lebih sihat
• Sebagai sumber tenaga tubuh
• Dapat meningkatkan kemampuan otak
• Membantu tubuh menjadi langsing
• Tumpuan dan mood menjadi lebih baik
• Sebagai pelindung jantung anda

Tips sarapan sihat :
1. Sarapan sebaiknya mengandungi sekurang-kurangnya 5 gram serat, satu hidangan kalsium (setara dengan segelas susu atau yogurt) plus protein dan lemak. Elakkan pengambilan gula hingga 6 gram (satu sendok setara 4 gram).

2. Jika tak ada waktu sarapan di rumah, Anda boleh membawa roti isi dan susu untuk dinikmati semasa perjalanan atau pun setelah sampai di tempat kerja.

3. Telur dadar bahan makanan yang relatif praktis dan mudah disajikan. Kandungan nutrisi dalam telur iaitu vitamin A, B2, B6, B12, zat besi, kalium, kalsium, dan zat lain, sangat diperlukan tubuh kita.

4. Untuk mempelbagaikan sarapan, kita boleh mengambil buah kesukaan untuk keperluan vitamin bagi tubuh. Jika ada waktu di malam hari, blenderlah buah dicampur yogurt atau susu dan simpanlah di peti ais untuk diambil pagi harinya.

5. Bila Anda selalu tidak merasa lapar saat pagi hari, Zuckerbrot menyarankan agar Anda menghentikan makan setelah pukul 8 malam hari. Dalam dua atau tiga jam ke depan, jam biologis nafsu makan anda akan berubah. Setiap bangun pagi hari, anda akan merasa lapar. (kompascom)

Sumber : Artikel gaya hidup 9-Mei-2011

15 CARA MENGGALAKKAN ANAK ANDA MAKAN DENGAN BETUL 

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 21 August 2013

10 Kesilapan Diet yang Paling Besar

Memandangkan sekarang masih lagi dalam musim perayaan, ramai yang PM saya untuk mendapatkan suppliment shaklee untuk menurunkan berat badan...yalah kan..di sana sini ada je open house..so bila dh pergi open house pelbagai hidangan yang di hidangkan...kita mula la rabun mata dan perut pun menjadi besar ...semua makanan masuk dengan lancar je dalam perut...kiki..lepastu balik rumah buka TV tdo...waa...bestnya hidup:-) Macam mana la berat badan tak naik kan...makan Lecithin 1 botol sari pun xjadi ni...hehehe.

Hari ni, saya bukan nk cerita pasal vitamin ok, cuma just nk share pasal kesilapan yang selalu kita lakukan dalam diet seharian. Di mana kesilapan berikut tidak membantu anda dalam menurunkan berat badan...


Jom kita lihat, apakah kesilapan yang patut di elakkan itu...

1. Skip hidangan.
 Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning.
2. Cuma makan 3 hidangan sehari.
 3 Hidangan TAK cukup untuk 1) mengawal nafsu makan dan 2) tingkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari tetapi dalam kuantiti yang betul OK. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda.
3.Makan tak cukup. 
Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.

4.Elak nasi. 
Saya sendiri pun makan nasi 2x sehari kadang2 3x :-). Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.

5.Ikut diet membuta. 
Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.
6.Harapkan makanan tambahan.
Tiada masalah dengan makanan suplemen atau makanan tambahan TAPI jangan HANYA bergantung kepada produk-produk tersebut 100%. Makan Omega Guard 1 botol sari..tapi tiap2 hari makan ayam goreng berketul-ketul, memang tak kan berkesan la diet anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan. dan akan membantu proses penurunan berat badan dengan cepat.

7.Tak tahu keperluan kalori diri.
Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.
8.Elak makanan tempatan. 
Saya sendiri pun makan di mamak hari-hari. Gaya hidup saya sememangnya Malaysian. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.

9. Terlalu fokus kepada satu perkara. 
Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.
10. Diet jangka masa pendek. 
Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi “diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.

Credit: sumber

Ketahui cara menurunkan berat badan dengan shaklee.Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 10 June 2013

Herblax Shaklee;Atasi Masalah Perut Buncit

Sebelum ni saya ada share tentang tip untuk elak perut bunci (baca sini). Jadi, hari ini saya nk bercerita salah satu suplemen shaklee yang sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah perut buncit dalam erti kata lain untuk mendapatkan perut yg kempis :-)...

Apakah Herb-Lax?

Herblax ialah kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat yang dapat membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. Diperlukan untuk detox iaitu untuk membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru la badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Sifat herblax yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Apakah Kandungan Dalam Herb-Lax?

Ia mengandungi 9 herba semulajadi, iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root.

Apakah Manfaat Utama Herb Lax?
  • Membantu pembersihan najis yang tersekat
  • Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.
Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ?
  • Pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • Mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  • Mereka yang banyak jerawat
  • Pesakit gout
  • Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Lagi tentang supplement untuk slim, klik sini.
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Sunday, 9 June 2013

Tip Diet;Cara Pemakanan Berkesan

Jom diet!!!!!!!!perlukah kita menahan lapar semata-mata nak kurus?Masing-masing ada jawapan yang tersendiri. Bagi yati, tak perlu..sebab apa?sebab yati suka makan..hehehe..tak salah rasanya kalau kita nak makan apa sahaja..tapi pastikan apa yg kt makan tidak terlalu over..bersederhanalah dalam kehidupan. Yati nak share diantara tip pemakanan yang sihat, berkesan dan sekaligus dapat membantu yati & anda semua dalam mendapatkan berat badan yang ideal dan yang paling penting SIHAT.:-)Tip ni yati baca dari blog dietitian syima.

Bagaimanakah Tip Pemakanan Yang Sihat?

1. Makan sekurang-kurangnya 3 hidangan utama (menu betul2 kenyang tapi rendah kalori) sehari dan rancang menu anda terlebih dahulu.Menu sampingan yang lain ambil dalam kuantiti yang sedidkit sahaja.Samada anda makan di rumah, pejabat atau di luar seperti restoran, hotel dan gerai-gerai, pastikan anda rancang terlebih dahulu! Biasakan diri dengan amalan makan 3 hidangan utama pada waktu yang teratur, dengan amalan ini anda mengelakkan diri anda makan lebih banyak pada satu masa. Sebagai contoh, jika anda skip makan tengahari, anda mungkin menjadi sangat lapar dan makan dengan banyak semasa makan malam. Dengan amalan ini, anda akan menyebabkan tubuh anda menyimpan lebih banyak lemak. Kenapa? Metabolisma kita tinggi di waktu pagi dan semakin menurun di waktu malam, metabolisma adalah reaksi badan untuk membakar tenaga. Badan akan bertindak menukarkan tenaga kepada bentuk lemak jika kita membiarkan badan kita lapar dalam selang masa yang lama. Jadi, aturkan waktu makan sebaik mungkin, makan lebih banyak waktu pagi dan kurangkan pada waktu malam.

2. Seimbangkan makanan dalam pinggan anda dengan pelbagai jenis makanan. Separuh pinggan perlu diisi dengan sayur-sayuran, satu perempat dengan daging, ayam atau ikan dan satu perempat lagi dengan bijirin seperti nasi, pasta dan sebagainya. Secara kasar, begitulah porsi makanan utama kita. Selain itu, anda boleh minum segelas susu rendah lemak atau tanpa lemak dan sehidangan buah untuk pencuci mulut. Seimbang bukan?

3. Cuba ubah saiz pinggan anda, dari saiz yang besar kepada yang lebih kecil. Langkah ini memberi kesan ilusi yang kita sudah mengambil makanan yang banyak dan ini membantu kita untuk berpuas hati meskipun porsi makanan dikurangkan.TEKNIK ni nampak simple, tetapi memang sangat berkesan untuk kawal kita supaya tidak terlebih makan secara tidak sengaja.

4. Fokus pada makanan anda! Pilih tempat makan yang bersesuaian dan seboleh-bolehnya makan di rumah. Jika kita menjamu selera sambil menonton televisyen, atau mungkin sambil melayari internet, anda mungkin akan makan lebih dari yang anda fikirkan. Anda mungkin mahu memastikan kebenaran tip ini, cuba bandingkan di rumah anda, ambil bertih jagung rasakan perbezaan jika anda makan sambil tengok televisyen dengan makan di meja makan.Selamat mencuba!

5. Berhenti sebelum kenyang! Otak kita mengambil masa 20 minit untuk mendapat mesej bahawa badan kita sudah memperolehi makanan. Apabila mesej sudah sampai ke otak, badan kita akan berhenti dari merasa lapar. Jadi, untuk individu yang makan dengan laju atau bahasa lain gelojoh, tolong kurangkan kelajuan anda, beri otak anda peluang untuk membaca mesej tersebut. Cara lain ialah, kunyah dengan perlahan atau jika mengikut sunnah Rasulullah, kunyah 40 kali. Rasionalnya, gerakan mengunyah yang banyak akan memberi mesej kepada otak yang kita sudah makan banyak.

6. Makan makanan berkalori rendah dahulu seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan salad. Kenapa? kerana makanan di atas berkalori rendah, berserat tinggi, serat mampu memberikan rasa kenyang. Sesudah itu, baru makan makanan utama seperti nasi dan lauk. Anda mungkin boleh cuba meminum segelas air terlebih dahulu supaya dapat mengurangkan rasa lapar.

7. Tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh. Serat bukan sahaja membuatkan anda rasa kenyang lebih lama, tetapi juga mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.

8. Pilih snek sihat. Maksud snek disini bukanlah snek makanan ringan, tetapi snek ialah makanan sampingan selain dari waktu makan utama. Pilih snek berdasarkan kalori dan nutrien yang dibekalkan. Masukkan snek sebagai sebahagian dari perancangan diet dan hadkan pada satu hidangan. Pentingnya snek adalah untuk mengelakkan rasa lapar di antara waktu makan utama. Simpan snek sihat di meja pejabat, beg galas atau kereta.

9. Mengamalkan suplemenSuplemen di perlukan sebagai sokongan untuk menurunkan berat badan dengan lebih berkesan, sihat dan cepat. Tapi AWAS!Pastikan suplemen yang anda ambil adalah semulajadi, selamat, berkesan dan dapatkan nasihat doktor jika anda tidak pasti kesesuaian suplemen yang sesuai semasa menurunkan berat badan.
Untuk lebih lanjut tentang suplemen untuk diet shaklee boleh KLIK SINI.




Credit : Sumber

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 20 March 2013

Tips Elak Perut Buncit

Perut buncit?Oh tidak...saya pasti semua orang kalau boleh tak nak perut buncit kan? saya sendiri, apabila rasa macam perut buncit je mula la naik gelabah...so sebelum menjadi lebih parah, baik kita cuba atasi dengan segera..orang kata mencegah lebih baik dari mengubati...(",)
Kali ini, yati nak share beberapa tips dan panduan untuk elak dari perut buncit yang di ambil daripada dietitian syima.

Ramai antara kita akan perasan berat kita naik apabila perut kita makin buncit, bulat atau seluar kita makin ketat. Lemak yang berlebihan di bahagian perut adalah amat bahaya kerana akan melemahkan organ-organ berhampiran seperti hati, jantung, pancreas dan lain-lain. Lemak di kawasan ini juga adalah yang paling tidak stabil, maksudnya bila-bila masa boleh masuk kedalam darah dan blok mana-mana salur darah yang boleh mengakibatkan sakit jantung ataupun strok.



Macammana perut buncit terjadi?

Perut buncit terjadi disebabkan oleh aktiviti harian kita yang tidak aktif, cara pemakanan yang tidak betul, penghasilan hormone kortisol dalam otak kita yang menyebabkan kita stress dan perubahan hormone disebabkan menopose. Kebanyakan orang yang mengalami masalah berat badan berlebihan biasanya mempunyai perut yang buncit. Tetapi masalahnya ramai juga yang mempunyai berat badan yang ok, menghadapi masalah perut buncit juga.

Bagaimana mengatasinya?

Untuk mengatasi masalah perut buncit, keseluruhan faktor yang menyebabkan perut buncit perlu diambil kira. Bukan hanya dengan menurunkan berat badan, masalah perut buncit dan masalah kesihatan kita akan dapat diatasi. Di sinilah pentingnya amalan diet yang betul dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Tak kisahlah cara apa atau alat apapun yang digunakan untuk menurunkan berat badan, jika tujuan utamanya adalah untuk mendapat kesihatan yang optimum, Diet yang betul dan amalan cara hidup sihat tidak boleh ditinggalkan. Ini adalah satu-satunya cara untuk memenuhi impian kita untuk sihat dan cantik.

Diantara tips-tips dan  panduan untuk mengelak daripada perut buncit ialah:-

1.Kurangkan makanan berminyak, bergoreng dan berlemak

2.Kurangkan minuman manis terutama minuman bergas

3.Pastikan minum cukup air kosong (setiap 25kg berat badan memerlukan 1litre air). Air kosong tidak 
mengandungi kalori tetapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.

4.Jangan makan terlalu banyak pada satu-satu masa

5.Ambil masa 15 minit untuk berjalan setiap kali selepas makan

6.Pastikan mengambil makanan tinggi serat setiap kali makan kerana ia boleh melambatkan proses penghadaman makanan. Cth: sayur, buah, wholegrain dll.

7.Amalkan senaman dan jadi lebih aktif. Selain membakar lemak, senaman juga dapat menghasilkan hormone dopamine yang boleh mengurangkan stress dan memberi mood ceria kepada kita.

8.Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar.

9.Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

10.Lakukan senaman latih tubi atau ‘sit up’ di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.

11.Dapatkan tidur yang berkualiti dan cukup kerana ia boleh mengurangkan hormone kortisol yang dapat mengurangkan stress kita.


"Sit Up' boleh membantu mengempiskan perut

Jom sama-sama kita amalkan..selain daripada dapat perut kempis ia juga membantu memberikan kesihatan yang baik kepada kita..in shaa allah. Kalau yati no 7, 10 dan 11 susah nk di lakukan...huhu..

Jika anda berminat dengan set shap-up shaklee boleh klik di sini.

Herb-Lax juga dapat membantu anda dalam mengatasi masalah perut buncit.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Saturday, 29 December 2012

Shaklee Slimming Set;Kurus, Sihat, Cantik

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Ok entry kali ini yati nk crt pasal slimming set shaklee. Nak slim tak?Mesti semua jawab ya kan, tak kira lelaki @ perempuan semua nk kurus. Untuk pengetahuan semua shaklee pun mempunyai  set diet yg hebat. Dengan Slimming Set Shaklee anda bukan sahaja mampu mencapai berat badan ideal, lansing, cantik tetapi anda juga semakin sihat dan bertenaga. Tidak perlu mengambil ubat terlarang tanpa kelulusan KKM. Dengan Shaklee ternyata mendapat kelulusan KKM, Halal dan selamat digunakan.


3 gabungan asas supliment ini jika diambil secara konsisten, in sha allah kita akan melihat kesannya yg menggembirakan. Kepada sesiapa yg betul-betul komited untuk menurunkan berat badan secara sihat boleh la mencuba 3 suppliment di bawah:-



Slimming set shaklee yg lengkap terdiri daripada 3 komponen utama:-
1.Detox (Herb Lex)
2.Cinch
3.Lecithin/Omega Guard

Slimming set shaklee untuk ibu menyusu dan ianya selamat untuk bayi ialah:-
1.Alfalfa
2.ESP/Mealshake
3.Lecithin/Omega Guard

Apa yg istimewanya dgn Slimming Set Shaklee ini?
Dalam set ini ada proses untuk detox iaitu proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Protein untuk meningkatkan metabolisme badan dan mengelakkan badan naik semula dgn mudah dan akhir sekali lecithin/omega untuk memecahkan lemak.

Apa kata pengguna tentang produk slimming set shaklee ini..
1.Testimoni pengguna slimming set shaklee

2.Testimoni pengguna slimming set shaklee bagi ibu menyusu
Untuk lebih details tentang slimming set shaklee sila Klik Di sini.


Untuk keterangan lanjut boleh hubungi yati melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121



Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 909121][013-2221663, haryati.yasim@gmail.com]


Langsing, rapi dan sihat dengan Set Shaklee Shape- Up

Kurus yang sihat dan selamat bersama set kurus Shaklee

Setiap wanita dan lelaki mengidamkan tubuh yang sihat, langsing dan rapi termasuk yati sendiri. Yati pasti masih ramai yg masih tercari-cari produk apa yg perlu di ambil untuk kekal kurus. Dengan set Shaklee Shape-up kita bukan sahaja kurus tetapi sentiasa selamat, berkesan dan kekal sihat bertenaga. Jom kita lihat macam mana produk2 Shaklee ini membantu dlm penurunan berat badan.


Proses 1- DETOX (Buang)

Langkah pertama untuk anda lakukan adalah dengan proses DETOX. Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Proses pembakaran lemak dan pelangsingan badan anda pun lebih mudah berlaku.


Proses ini dilakukan dengan Herb-Lax Shaklee atau Alfalfa Complex. Bagi yang mempunyai masalah pembuangan(sembelit) digalakkan menggunakan herb-lex. Jika ibu menyusu bolehla menggunakan Alfalfa Complex.

Jadi untuk Detox kita boleh menggunakan Herb-Lex atau Alfalfa mengikut keadaan anda.

Langkah 2- Lecithin/Omega Guard (Bakar)

Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak.Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Lecithin


Omega Guard juga membantu dalam proses pembakaran lemak dengan lebih cepat

berbanding lecithin. Omega-3 akan meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan = kurang makan dan sentiasa kenyang.

Sama ada menggunakan lecithin atau Omega Guard, ia bergantung kepada budget anda. Kedua2nya mempunyai fungsi yg sama yg bezanya lambat atau cepat. Seperti kita menggunakan kapal terbang atau kereta dimana tujuan destinasi adalah sama..tetapi kos dan masa yg diambil adalah berbeza.

Omega Guard

Langkah 3-Protein (Bina)

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sebanyak 35%. Protein juga mengelakkan berlakunya diet yo-yo dan menghalang berat badan badan naik dengan mendadak.
Selepas kurus, badan akan mudah mengelebar/gelebeh, dengan pengambilan protein akan shapekan otot yang gelebar dan badan solid.

Untuk protein yg terbaik, kita boleh memilih sama ada ingin mengambil Cinch Shakes @ Soy Protien Isolate Powder (ESP) ia bergantung kepada keadaan seseorang dan budget anda.

  

                  



  
Cinch™ Shakes

Cinch Shakes

Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
•    Bebas Laktos
•    Rendah glisemik
•    Soya Bukan-GMO 

Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan. 
•    Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa 
      anda menurunkan berat badan
•    Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang 
      dan puas
•    Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan


-Soy Protein Isolate Powder (ESP)
Soy Protein Isolate Powder (ESP)


Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.



Gabungan ketiga-tiga produk ini sangat berkesan untuk menurunkan berat badan.
Pengambilan makanan yang seimbang dan diet yang teratur sangat disarankan kerana itulah kunci utama untuk langsing. Anda juga disarankan mengambil 2-3 liter air setiap hari untuk memudahkan proses pelangsingan dan penyerapan vitamin yang diambil. Dan paling penting anda perlu mengambil supplement di atas dengan konsisten untuk result yang TERBAIK!

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya 013 222 1663 yati atau klik sahaja icon dibawah untuk pembelian terus secara online.


 Order Vitamin Kurus

Anda inginkan HARGA MURAH dan PENJIMATAN sehingga 15 % ke 20% barangan shaklee?Daftar diri anda sebagai ahli shaklee untuk makan sendiri dengan yati sekarang.Penjimatan berganda akan anda peroleh! 

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi yati melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121



Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 909121][013-2221663, haryati.yasim@gmail.com]