Showing posts with label Vitamin C Sr 500mg. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C Sr 500mg. Show all posts

Friday, 13 June 2014

Keistimewaan dan Perbezaan Vitamin C Shaklee berbanding Vitamin C di Pasaran

Vitamin C merupakan antioksidan kuat yang dikenali dapat bertindak dengan pelabagai fungsi. Ia membantu menyokong pertumbuhan sel yang sihat, kesihatan mata, gigi, tulang, gusi dan pembuluh darah.

Oleh kerana Vitamin C tidak dapat disimpan didalam tubuh, propriteri sistem pelepasannya melepaskan Vitamin C jam demi jam untuk tempoh 5 jam bersamaan dengan pengambilan 7 setengah biji limau bagi memastikan penyerapan tubuh yang optimum.

Apakah keistemewaan dan perbezaan Vitamin C Shaklee berbanding Vitamin C di pasaran?

1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan (1tablet selama 5 jam) untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.

2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.

MANFAAT VITAMIN C
1. Imuniti
- dengan pengambilan vitamin c secara teratur dapat melindungi badan dari infeksi dan juga akan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab itu jugalah wanita dalam pantang digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

2. Antioksidan
- ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.

3. Hypertension
- ia juga dapat menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

4. Kecantikan kulit
- banyak kebaikan vitamin c dalam mengekalkan kulit yang cantik. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.
- mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini.
- memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.

Lagi info tentang Vitamin C SHaklee. Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Saturday, 31 May 2014

Manfaat Vitamin C Kepada Tubuh Badan yang Perlu Anda Tahu

Vitamin C merupakan antioksidan yang boleh menguatkan saluran darah, memberi keanjalan dan kekuatan pada kulit, serta berfungsi menjaga sel-sel dalam badan daripada serangan radikal bebas.

Vitamin C SR Shaklee 500mg adalah antara vitamin yang mendapat permintaan tinggi dan sentiasa saya restock. Bagi mereka yang mementingkan kecantikan, vitamin C adalah salah satu vitamin yang perlu di amalkan. Vitamin C juga berperanan dalam merangsang penghasilan kolagen.

Selain itu, bagi anda yang sentiasa mengalami demam, selsema senang kata kerap jatuh sakit, cuba amalkan Vitamin C, ini kerana vitamin C  jugamenolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting sekaligus meningkatkan sistem imun badan.

Vitamin C Shaklee
Jom kita tengok beberapa manfaat Vitamin C

1. Vitamin C Menggalakkan Kesihatan Rambut
Vitamin C adalah salah satu nutrien yang paling berkesan untuk membantu mengembangkan dan menguatkan rambut. Vitamin C adalah nutrien penting untuk rambut yang rosak dan dalam rawatan dan pencegahan pelbagai penyakit rambut, yang boleh merosakkan folikel rambut dan menghasilkan pertumbuhan normal rambut. Diet yang mengandungi tahap-tahap signifikan Vitamin C boleh membantu untuk memerangi alopecia, dan kebotakan.

2. Ia Membuatkan Kita Kelihatan (Dan Rasa) Lebih Bertenaga Dalam diet kita, vitamin C memainkan peranan penting dalam penyerapan zat besi dan zat besi menyumbang kepada kecantikan secara keseluruhan.Apabila badan kita kekurangn zat besi,ia boleh menyebabkan anemia dan keletihan serta lemah badan. Vitamin C membantu dalam pengeluaran dopamin di dalam sistem saraf dan menyokong fungsi adrenal untuk meningkat tenaga metabolik.

3. Vitamin C Menggalakkan Pertumbuhan Kuku Vitamin C membantu mengekalkan integriti kuku kita dengan mengukuhkan kulit kita, tisu penghubung, tulang, dan dinding saluran darah.

4. Vitamin C Melambatkan tanda Penuaan
Satu kajian 2007 yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa wanita pertengahan umur yang mengamalkan lebih banyak vitamin C mengalamai kurang kedutan dan kurang kekeringan kulit. Pakar mencadangkan bahawa vitamin C mungkin melambatkan tanda-tanda penuaan akibat kerosakan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kekeringan kulit, garis-garis halus dan kedutan. Penyelidikan baru menunjukkan bahawa asid askorbik 2-fosfat, yg dihasilkan oleh vitamin C, bukan sahaja meneutralkan radikal bebas, tetapi juga menghalang kerosakan DNA.

5. Vitamin C menyembuhkan Luka dan ParutTubuh menggunakan Vitamin C untuk menggantikan kerosakan tisu yang membantu untuk menyembuhkan luka dalam kadar yang lebih cepat. Luka-luka yang lambat sembuh menunjukkan kekurangan vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan membantu tisu parut dan ligamen untuk pulih lebih cepat.

6. Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis"

Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan :
-Lemah badan.
-Sakit-sakit dan sengal badan.
-Bengkak gusi.
-Hidung berdarah.
-Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
-Anemia

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121