Showing posts with label Tetapkanlah Hati ini ya Allah. Show all posts
Showing posts with label Tetapkanlah Hati ini ya Allah. Show all posts

Monday, 30 June 2014

Apabila Dugaan Datang

Alhamdulillah..hari ni dh masuk 5hr umat islam menjalani ibadah puasa..semoga kita semua di permudahkan urusan oleh Allah taala.

Dalam kehidupan seharian kita,semua orang akan di duga dan dugaan setiap manusia tidak sama.Lain org lain dugaannya.Dugaan dtg tidak kira waktu..anytime je kita sebagai hamba ALLAH akan di duga..apabila hati rapuh sudah tentu kita akan menyalah takdir kenapa uji kita mcm ni.."sungguh berat ujian Mu Ya Allah,tidak tertanggung aku nak menghadapinya" sudah tentu ayat seperti itu akan kita luahkan..

Apa kata,mulai hari ini kita tukar ayat -ve tu ke arah positive. "Ya Allah,sesungguhnya kuasaMu amatlah besar berbanding dgn apa yg ku hadapi sekarang,aku yakin aku dapat hadapi dugaan ini dengan tabah dan sabar.Ujian ini hanyalah ujian kecik dariMu untuk aku dapat lebih kenikmatan di kemudian hari.Terima kasih Allah"

Ingatlah maksud surah Al-Insyirah ayat 5&6
5. Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Janji ALLAh itu pasti!!walau apapun dugaan yg kita hadapi, berdoalah,sujudlah kepada Allah.Allah maha mendengar dan maha mengasihani.

Ok..setakat ini sajalah entry pada kali ini.Jangan lupa, contact yati untuk dapatkan vitamin semulajadi Shaklee ya.:-)

Klik/tekan link di bawah 

Thursday, 27 February 2014

Bukan Susah Nak Berubah jika Kerana Allah Taala

Memang susah untuk berubah,,namun kita punya Allah taala yang Maha kuasa...berdoalah supaya hati kita sentiasa ditetapkan keimanan dan diberi Nur dan HidayahNya.

Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah

Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah, insya'Allah.


Sharing from Page :Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121