Wednesday, 13 February 2013

Teknik Memerah Susu Badan

Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku. 

Memerah dengan tangan
  • memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran.
  • basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
  • sediakan bekas yang bersih dan steril.
  • lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa.
  • boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa.
  • buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex).
  • melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks.
  • tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu- buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan).
  • tekan payudara ke belakang ke arah dada.
  • perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan.
  • teruskan memicit sehingga susu keluar.
  • perah ke dalam bekas yang bersih dan steril.
  • buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar.
  • tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut).
  • ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu.
  • tukar ke payudara yang satu lagi.
  • urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi.
  • perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir.
  • setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

Memerah dengan pam payudara
  1. baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya.
  2. basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam.
  3. basuh tangan dengan bersih.
  4. duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa.
  5. rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex).
  6. posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield.
  7. mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri).
  8. boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan.
  9. pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir.
  10. masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

Panduan-Panduan Lain

1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan

2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)

3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan

4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump

5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)

6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)

7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu

8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi


*Pengalaman yati sendiri, pada awalnya yati guna pam manual je pam anakku..bila kerja kadang-kadang yati nk cepat so xguna pam..just guna manual. Bila dah try sekali...dh jadi tabiat pula.skrg yati dah xguna pam..just guna tgn je. Alhamdulillah ank yati(7bln ++) masih lagi fully BF.

Happy Breasfeeding ya kepada ibu-ibu yang gorgeous di luar sana :-)

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:- 

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Sunday, 10 February 2013

Vita-Lea Shaklee;Multivitamin dan Multimineral yang Hebat

Vita-Lea® Iron Formula

Multi vitamin & Multi mineral yang Hebat

Vitalea Shaklee merupakan suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai The Best Multi Vitamin di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Manfaat Utama Vita-Lea
  1. Penambahan Tenaga Segera - Pemberi tenga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu memori dan fokus dalam aspek pembelajran mahupun kerja seharian.
  2. Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan syuran (vegetarian) dan anaemia.
  3. Keupayaan sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  4. Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  5. Elemen penting pada sel tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  6. Melindungi organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
  7. Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  8. Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh.
  9. Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*

Vita-Lea 

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:- 

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 7 February 2013

Lecithin Shaklee; Kurus yang Sihat

Apakah Lecitihin?
- Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone
- Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
- Untuk komersil didapati dari telur, jagung & kacang soya
- Fat Emulsifier - Melarutkan lemak

Apakah kandungan Lecithin?
- Asid linoleik (essential fatty acid) yang amat diperlukan oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan ia perlu diambil melalui diet harian
- Kolin - satu komponen neurotransmitter (memberikan impuls dari saraf satu ke saraf yang lain)
- Asetikolina - bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
- Inositol - sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

Perbezaan lecithin Shaklee
-Diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol.

Apakah Manfaat Utama Lecithin?

1. Pemecahan lemak dan kolestrol. 
- Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke,heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000 - 7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yang sebegini.
-Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.

2.Pelangsingan 
- Menghalang obesity.Pengambilan dalam kuantiti yg banyak(tdk melebihi dos) mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

3. Melindungi hati
- menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak.

4. Penting untuk fungsi otak
- Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress.
-Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan dan menghalang Alzheimer

5. Mencantikkan otot dan kulit
- Membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisme dan melambatkan penuaan.

6. Memperbaiki alergi
- Menghalang platelet darah dari mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

7. Menghalang kejadian batu karang
- 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecitihn mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

8. Menghalang tekanan darah tinggi
9. Memperbaiki prostat lelaki

10.Meringankan sembelit
- Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.

Waaaa...banyaknya manfaat lecithin...macam-macam boleh...belum cuba belum tahu..tak kenal maka tak cinta :-)


Lecithin Emulsifier Semulajadi Akademi Sains Nasional (The National Academy of Sciences) telah menentukan bahawa kolina adalah penting dalam pemakanan kerana ia meningkatkan kesihatan otak, hati, sistem kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuro-penghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. 

  • Setiap kapsul membekalkan 530 mg lesitin, termasuk 80 mg fosfatidilkolina dan 48 mg fosfatidilinositol 
  • Diperolehi secara semula jadi daripada kekacang soya 
Harga Pasaran:
  • RM 62.50 (WM) 
  • RM 75 (EM)

Untuk mendapatkan harga yang hebat boleh hubungi yati ya.


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Vita-C Chewable:Untuk Orang Sukar Menelan Pil

Adakah anda seorang yg sukar untuk menelan pil? Jika ya, yati pasti setiap kali anda sakit mesti saat yang paling menakutkan anda lah part untuk makan ubat kan? Jangan ingt kanak2 sahaja yg mengalami masalah ini ya...ada juga org dewasa takut untuk menelan pil, tambahan klu pil yg nak dimakan tu besar...habis satu botol airpun ubat masih xjalan2 juga :-).
yati ingt lg klu dulu2..masa kecik bila nk kena mkn panadol tu yati pecahkan 4...bg kecil sikit.heheh..tapi sekarang dh ok. Boleh je telan mana2 ubat.
Untuk anda yang mengalami masalah ini, jangan risau ya..shaklee ada vitamin yg tidak perlu telan...Jeng...je...jeng....vitamin tersebut ialah Vita-C Chewable 100mg dan Vitalea for children.
So, kali ini yati nk share tentang Vita-C Chewable 100mg. 


Kelebihan Vita-C Chewable 100mg
  1. Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh.
  2. Penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.
  3. Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. 
  4. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.
  5. Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.
  6. Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.
  7. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Jadi vita-C ni kita boleh la share ngan anak-anak kita sekali. Selalunya ank2 klu tgk apa yg ibu bapa diaorang makan mesti diaorang nak sama kan..so apa lagi masa nk mkn tu makan je depan anak-anak, tak yah nak paksa2 diaorang makan ubat. In shaa allah satu famly sihat. Yang penting kena lah beristiqamah dan tawakkal kpd ALLAH taala.


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 5 February 2013

Eczema;Berkurang Dengan Omega Guard Shaklee

Apakah Dermatitis/Atopik Eczema?

Atopic Eczema ialah satu keadaan kulit yang kering dan gatal. Keadaan ini disebabkan oleh alergi terhadap sesuatu yang dimakan atau dihidu. Biasanya ia kelihatan seperti kulit yang kering dan berwarna kemerahan yang kemudiannya berubah menjadi merah, gatal dan keradangan. Kadang-kala eczema hanya berlaku pada beberapa bahagian badan (seperti leher, siku, buku lali, pinggang dan lain-lain) tetapi di dalam kes yang lebih teruk ia mungkin meliputi seluruh badan. Ianya adalah gangguan kulit yg sering berlaku pada kanak-kanak dan orang dewasa. Eczema adalah sejenis penyakit kulit kerana mempunyai daya tahan yg sensetif.

Gejala-Gejala Eczema

1.Acute Eczema
- "Erythema", kulit berasa panas, gatal dan keradangan.

-"papules", pembentukan tompok-tompok merah.

2.Eczema Kronik
-Kulit menjadi kering, berair dan bersisik.

-Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut

Penyebab
Ahli keluarga - biasanya ia diwarisi oleh ahli keluarga yang pernah ada namun ia boleh dikawal secara mudah. Kita perlu memahami faktor-faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini contohnya jangkitan, tekanan hidup kerana ia memainkan peranan penting dalam menentukan samada tanda-tanda penyakit tersebut akan menjadi lebih buruk.

Usia berapakah atopic eczema biasanya berlaku?
Biasanya ia berlaku pada bayi atau kanak-kanak kecil dalam lingkungan umur 2 bulan -2 tahun. 75% akan mengalami tanda-tanda pertama dalam umur 6 bulan dan 90% pengidap sudah mengalami tanda-tanda pertama apabila umur 1 tahun. Atopic eczema kini semakin menjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Kitar Eczema

Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadangan kulit yang menyebabkan 'allergens" atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yg banyak.

Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semakin kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar ini akan beulang dan boleh diringkaskan seperti gambar rajah di bawah.


Kitar Eczema
Sumber: Eczema

Langkah-langkah untuk mengelakkan pencetusan eczema

1. Mengawal kitar eczema dengan melembapkan kulit.
2. Mengubati keradangan.

Faktor-faktor yang boleh memburukkan keadaan

Jangkitan - Sejenis bakteria yang biasa dijumpai berpotensi menyebabkan atopic eczema ialah Staphylococcus aureus. Hasil kajian menunjukkan ia berada di permukaan kulit dengan banyak sekali walaupun tiada sebarang kesan jangkitan (bernanah atau meleleh) pada permukaan kulit. Kehadiran bakteria ini menyebabkan sistem imun bereaksi keterlaluan dan seterusnya menambah inflamasi kulit dan berasa sangat gatal. Sekiranya kulit berair atau digaru, lebih banyak bakteria dapat menembusi permukaan kulit dan menjadikan keadaan bertambah teruk. Mujurlah bakteria ini boleh dihapuskan menggunakan antibiotik dengan mudah sekali.

Tekanan - Penyakit ini boleh muncul dalam kehidupan kanak-kanak secara tiba-tiba dalam keadaan tertekan seperti memasuki sekolah, memasuki taska, risau tentang peperiksaan atau apabila ibubapa menghidapi penyakit serius. Kadang-kala tekanan disebabkan kurang nyata, misalnya kanak-kanak mungkin risau tentang ketidakupayaan mengikuti pelajaran disekolah atau dibuli.

Suhu - Rasa panas boleh menambahkan rasa gatal. Elakkan daripada terkena cahaya matahari yang keterlaluan. Begitu juga suhu yang terlalu sejuk boleh menyebabkan rasa gatal dan mengeringkan kulit.

Allergen-allergen lain - Makanan tertentu seperti susu lembu, telur atau ramuan makanan seperti pewarna, pengawet makanan boleh menyebabkan alergi dan memburukkan lagi keadaan pesakit. Hama dan debunga juga merupakan allergen yang biasa ditemui. Setengah pesakit mungkin sensitif terhadap sabun wangi, mandian berbuih atau sisa bahan pencuci pada pakaian dan klorin yang terdapat di dalam kolam renang.

Bagaimana risiko masalah eczema atopic boleh dikurangkan ?

1. Sentiasa pastikan kulit lembap dengan menggunakan emolliet untuk kurangkan rasa kekeringan dan rasa  gatal.Basuh tangan anda selalu untukmengelakkan pemindahan bakteria ke atas kulit
2. Pakai sarung tangan semasa membuat kerja rumah untuk mengelakkan diri daripada terkena bahan kimia
3. Jangan menggaru kulit badan atau sekurang-kurangnya pastikan kuku anda pendek untuk mengelakkan kulit dari merekah. Untuk bayi, pemakaian sarung tangan boleh membantu untuk mencegah tabiat menggaru.
4. Elakkan diri daripada memendam perasaan. Luahkan masalah anda
5. Galakkan anak anda untuk suarakan perasaan negatifnya atau berbincang
6. Bersenam dan amalkan gaya hidup sihat
7. Jangan dedahkan bayi atau anak-anak anda kepada pancaran matahari. Pakailah pakaian yang dapat melindungi anda daripada sinaran matahari dan gunalah ubat penyekat matahari
8. Vakum rumah anda kerap dan pastikan pengudaraan yang cukup untuk hindari hama
9. Sentiasa bersihkan cadar, karpet dan kain langsir

*Jika anda atau sesiapa sahaja dalam keluarga anda mengalami masalah ini, pastikan anda mendapatkan  
  rawatan doktor terlebih dahulu dan merujuk dgn doktor jika ingin menggunakan sebarang produk di 
  pasaran.

Testimoni Pengguna Omega Guard dalam mengatasi masalah Eczema.



Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya...yati hanya sekadar berkongsi, hanya ALLAH taala jua yg mengizinkan setiap yg berlaku.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Sunday, 3 February 2013

Tips Elak Lemak Tepu Dalam Badan

Lemak tergolong dalam dua jenis iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tepu mahupun tidak tepu sangat ditakuti oleh orang ramai terutama mereka yang mengalami obesiti dan salah satu punca kegemukan adalah disebabkan pengambilan lemak yang berlebihan. Lemak tepu biasanya terdiri daripada sumber haiwan, tetapi ada juga terdapat pada tumbuhan seperti santan dan lemak sayuran. 
Pengambilan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan tahap kolestrol darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung. Berikut dinyatakan beberapa cara untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu ke dalam badan dan membantu meningkatkan kesihatan dengan lebih baik untuk jangkamasa yang panjang:-


1.Kurangkan makan daging merah. 
Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Kurangkan makan daging ayam dibahagian peha dan kepak kerana ia mengandungi lebih banyak lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam.













2. Panggang daging yg dimakan
Makan daging yang dipanggang lebih elok kerana lemak pada daging akan mengalir keluar dan tidak diserap semula setelah dipanggang. Berbanding jika kita makan daging yang digoreng kerana daging yang digoreng akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng.


















3. Elakkan makanan beku
Kebanyakan makanan yang dibekukan mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi. Walaupun dalam kuantiti yang sedikit, kebiasaannya makanan yang dibekukan khususnya makanan yang hanya dipanaskan menggunakan microwave mengandungi banyak kandungan kalori.













4. Kurangkan pengambilan harian produk tenusu
Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Sekiranya kita ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Jika ingin minum air susu pula, cuba beralih kepada susu tepung atau susu rendah lemak dari susu lemak penuh.













5.Kurangkan makanan segera
Makanan segera sememangnya sangat terkenal dengan kandungan lemak yang berlebihan. Seeloknya kurangkan pengambilan makanan segera contohnya seperti burger kerana dalam sebiji burger sahaja sebenarnya mengandungi lebih kurang 35 peratus kandungan lemak.















6. Tambahkan suppliment Omega 3 ke dalam diet seharian
Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan dan mampu 'melawan' lemak tepu dan kolesterol yang 'jahat'. Selain itu, Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan dalam badan, menguatkan jantung dan membantu penglihatan yang baik. Ia boleh didapatkan dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin. Selain itu, boleh juga dapatkannya dengan cara mengambil kapsul suppliment Omega-3 Shaklee.
















7. Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan
Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu yang terdiri daripada polyunsaturated dan monounsaturated. Ia bagus digunakan dalam masakan kerana boleh membantu untuk menurunkan kadar kolesterol dan menggantikan lemak tepu dalam masakan.
Untuk mengamalkan 2000 kalori diet, wanita tidak boleh mengambil lebih daripada 18 gram manakala lelaki pula tidak boleh melebihi 20 gram lemak tepu. 

Diet bersama Shaklee Slimming Set.


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

KURUS Dengan Omega Guard Shaklee

Percaya tak Omega boleh bakar lemak-lemak yg terdapat di dalam badan kita? Jika anda tdk percaya, jom kita lihat bagaimana Omega Guard berfungsi....hehehe.

Bagaimana Omega Guard Shaklee Membakar Lemak?


Rahsianya ada pada Fatty acid iaitu asid lemaknya. Omega Guard Shaklee mengandungi EPA dan DHA. Asid lemak omega 3 ini membantu meningkatkan paras hormon "leptin". Leptin ini adalah hormon yang bantu mengawal selera makan. Jika paras leptin dalam badan adalah tinggi maka selera makan kita akan berkurang.

Leptin ini juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, maka cepatlah lemak dibakar di mana akan membantu kita untuk kurangkan berat. Maknanya lemak-lemak yg jahat akan dibakar...so tinggal lah lemak-lemak yg baik, contoh lemak yang bagus ialah OMEGA 3 FATTY ACIDS.

Info Ringkas mengenai Leptin
  • Leptin membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme badan.
  • Leptin adalah sejenis hormon yang adipose-generated, yang bermaksud dihasilkan oleh lemak badan.
  • Leptin menghantar isyarat kepada otak supaya menghadkan rasa lapar. Semakin rendah tahap leptin, semakin mudah seseorang itu berasa lapar. 
  • Rangsangan leptin mengurangkan aktiviti neuropeptida Y, iaitu neurotransmitter yang boleh mencetuskan refleks kelaparan. Neuropeptida Y pada tahap yang tinggi juga boleh mengurangkan pengeluaran tiroid, yang mana tiroid boleh memberi kesan yang negatif terhadap metabolisme.
Bagaimana Omega 3 fatty Acids (asid lemak omega 3) bertindak?
  • Ia boleh mengawal rasa lapar dengan menstabilkan paras gula dalam darah.
  • Dalam satu study di Australia menunjukkan mereka yang bersenam dan mengamalkan omega 3 lebih banyak membakar lemak daripada mereka yang bersenam tanpa mengambil asid lemak omega 3. Menarik bukan? Sudah tau tips, lepas ini pasti ramai yang slim:-)
  • Ia meninggikan paras leptin yang mana akan membuatkan selera makan berkurangan.

Kesimpulannya, asid lemak Omega-3 membantu mereka yang sedang berdiet atau berhasrat untuk mengekalkan atau menurunkan berat badan kerana kesannya dalam mengurangkan selera makan dengan meningkatkan hormon leptin yang mengawal tahap kelaparan disamping ia sendiri berupaya untuk membakar lemak. Apa tunggu lagi..jom slim dan sihat bersama Omega Guard.

Walaubagaimanapun...jangan ingt hanya ambik Omega Guard..badan kita akan turun dgn magiknya secara tiba-tiba..Omega Guard hanyalah salah satu sumber dan usaha kita. Jadi dari segi pemakanan juga kita kena jaga, senaman juga perlu. Jgn ingt bila dah ambil Omega, kita makan smpai tak ingat dunia dan aktiviti harian tidak mengeluarkan peluh langsung..kalau macam ni mkn omega 10 botol pun kita tak kurus seperti yg kita nak...:-)

Selagi boleh usaha, kita usaha yg terbaik...sesungguhnya hanya ALLAH taala yg menentukannya.

Nak tip kurus lagi power?Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya,pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Saturday, 2 February 2013

Omega Guard Shaklee Minyak Ikan terbaik di Dunia

Bulan Februari datang lagi...alhamdulillah masih lagi di panjangkan usia dan diberikan kesihatan yg sihat untuk meneruskan perjuangan di dunia sementara ini..Bulan ni, shaklee buat promo untuk Omega Guard. Oyeahh...satu lg produk best dr shaklee. Yati mula mkn Omega Guard masa pragnent 5bulan ank kedua.
Jom kita tgk dgn lebih lanjut apa tentang Omega Guard Shaklee ini.

Apakah Kepentingan Minyak Ikan?
Omega adalah asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya perlu diambil melalui pemakanan seharian.Tubuh kita tidak dapat menghasilkannya dan kita boleh maut sekiranya tubuh tidak menerima Omega-3 untuk jangkamasa yang lama. Walaupun sebelum kita dilahirkan, kita telah menerimanya melalui tali pusat di dalam rahim. Sehinggalah beberapa bulan seterusnya kita terus menerima asid lemak ini melalui susu ibu.

Kelebihan Omega Guard berbanding produk lain

1.Minyak Ikan Terbaik di dunia
OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

2. Ultratulen & Bergred Farmaseutikal
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

3. 50% lebih pekat dari mana2 produk di pasaran


Kepentingan Omega 3

1. Kesihatan Jantung dari Omega 3

Beberapa kajian membuktikan kebaikan Omega 3 adalah untuk mengelak dan merawat sakit jantung. Lemak baik ini boleh merendahkan paras keradangan (inflammation), merendahkan triglycerides dan mengelakkan darah tersumbat yang boleh membawa maut.

2. Mengawal Masalah tekanan darah tinggi

Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi(tekanan darah tinggi). Menurut kajian terbaru dari American Heart Association Journal telah menguji 5000 orang. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega 3 merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.

3. Diabetes.

Pesakit diabetes mempunyai triglyceride(lemak dalam darah) yang tinggi dan paras HDL rendah. Omega 3 dari minyak ikan boleh merendahkan paras triglycerides dan Apo proteins (petanda untuk diabetes) dan meningkatkan HDL, makan mengambil supplement minyak ikan boleh membantu pesakit diabetes. Namun, pesakit diabetes Jenis 2 boleh mengalami peningkatan gula dalam darah apabila mengambil minyak ikan dan perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

4. Barah Payudara

Walaupun beberapa pakar tidak setuju, wanita yang mengambil Omega 3 dalam beberapa tahun mungkin kurang risiko mengidap barah ini. Kajian terperinci perlu dibuat untuk mengenalpasti adakah Omega 3 membantu mengelakkan barah ini.

5. Barah Prostat

Satu kajian terhadap tikus yang telah dikenakan genetic barah ini. Pemakanan yang tinggi Omega 3 boleh melembabkan pembentukan tumor dan perkembangan sel barah dan meningkatkan peluang untuk sihat. Namun, kajian ini belum disahkan ke atas manusia.

6. Barah Kolon(usus)

Kebaikan Omega 3 boleh mengurangkan risiko terkena barah ini. Sebagai contoh, orang Eskimo, mempunyai pemakanan tinggi Omega 3 dan mereka mempunyai risiko mempunyai barah ini yang sangat rendah.

7. Senggugut

Kajian terkini menunjukkan Omega 3 boleh mengelak pembentukan prostaglandins. Prostaglandins menyebabkan senggugut dalam uterus.

8. Ibu mengandung dan menyusukan anak

Kebaikan Omega 3 kepada wanita mengandung dan menyusukan anak adalah pada pembentukan otak bayi. Ia meningkatkan paras IQ.

9. Keguguran

Pengambilan ikan dan suplemen omega 3 boleh mengurangkan kebarangkalian keguguran berulang atau dikenali simdrom antiphospholipid.

10. Tekanan

Sumber : http://benefitsofomega3.org/

Simptom Kekurangan Omega 3

  • Mudah Letih, Penat 
  • Lemah Ingatan 
  • Lemah tahap imunisasi 
  • Kulit kering, eczema atau rambut gugur 
  • Masalah jantung 
  • Masalah kesuburan 
  • Tekanan perasaan 
  • Peredaran darah (circulation) tidak lancar
Siapa yang Memerlukan Omega 3?
  • Mereka yang berisiko mengalami sakit jantung, Strok, Cancer. – mengurangkan 30% risiko kematian bagi pesakit jantung. 
  • Pengidap diabetes .
  • Wanita mengandung dan menyusukan anak – untuk perkembangan otak anak 
  • Wanita yang sering mengalami senggugut 
  • Pesakit Darh Tinggi
  • Pelajar
  • Kanak-kanak berusia satu tahun ke atas.
  • Warga emas.
  • Orang yg mementingkan tahap kesihatan yg bagus.
Sumber: http://www.fitsugar.com/Symptoms-Omega-3-Deficiency-2969179




Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:- 

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Sijil Halal Shaklee 2013

Alhamdulillah..pihak Islamic Services of America (ISA) iaitu satu badan halal di USA telah mengeluarkan sijil HALAL untuk Shaklee Malaysia bagi semua produk Shaklee di Malaysia pada tahun 2013. Untuk produk di negara lain...kena lah refer sijil halal di negara tersebut...hehehe.

Kepada sesiapa yang masih lagi was-was dengan produk shaklee...harap sudah berpuas hati dan enjoy dengan produk Shaklee :-)


Sijil HALAL 2013

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Kelebihan Omega Guard Shaklee

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.
Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.
Jadi pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin,  
    mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 


3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati 
    ikan.


4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak 
    ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA 
   dan ALA.


5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 330mg asid lemak omega 3, 180mg EPA dan 120mg 
    DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen 
   dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

Manfaat Utama Omega Guard Shaklee 
  1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita.
  2. Mencegah penyakit saluran darah dan Strok.
  3. Mengurangkan sakit kepala.
  4. Merendahkan kolestrol
  5. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  6. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  7. Mengawal masalah obesiti/membakar lemak
  8. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  9. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  10. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.
  11. Mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan, penglihatan dan mencegah migrain.
  12. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak.
  13. Membantu menyihatkan paru-paru
  14. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
  15. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
  16. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
  17. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
  18. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  19. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik.
  20. Memelihara fungsi-fungsi sendi.
  21. Mencegah penyakit gout
  22. Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan. Kajian membuktikan DHA & EPA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu perekmbanagn dalam kesihatan mental.
Omega Guard Shaklee

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121