Showing posts with label Pengedar Shaklee Kota Bharu. Show all posts
Showing posts with label Pengedar Shaklee Kota Bharu. Show all posts

Sunday, 5 August 2018

PENGEDAR SHAKLEE PASIR MAS TERBAIK ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahniah kerana anda memilih pengedar shaklee yang betul dan tepat untuk bantu anda lebih sihat dan juga menjana pendapatan yang tiada had limit.

Anda boleh hubungi saya di talian 013 2221663 (yati), yati akan layan dengan semesra dan segera yang mungkin. Jangan segan,jangan malu,,,kita sembang-sembang..bagitahu apa masalah dan yati akan cadangkan Set Vitamin Shaklee yang sesuai dengan anda.




Kebiasaannya yati akan jumpa pelanggan yati di depan Pantai Timur Pasir Mas, Stesen Bas Pasir Mas, Pasaraya Salamku Tendong, Petronas Pasir Pekan,Tesco Kota Bharu,Pasar Wakaf Bharu, yati akan set masa dan hantar ke tempat yang kita janjikan. Jika anda diluar kawasan yang yati nyatakan,jangan risau, kita bincang dahulu insyallah yati akan usahakan...jika di luar kawsan yang tak tercapai untuk yati hantar...abang posmen ada untuk tolong hantarkan.Kebiasaanya yati akan guna perkhidmatan pos yang masuk ke kawasan tempat anda.




Jika anda berminat untuk menjana pendapatan melalui vitamin Shaklee,yati juga boleh bantu untuk sama-sama berbisnes dan mendapat bonus besar setiap bulan. Yang penting keinginan dan usaha kita dan dibantu dengan cara yang betul,mentor2 yang telah berjaya,insyaAllah anda juga akan berjaya.

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya 013 222 1663 yati atau klik sahaja icon dibawah untuk pembelian terus secara online.


ORDER VITAMIN SHAKLEE


 Order Vitamin Shaklee


ATAU

Anda inginkan HARGA MURAH dan PENJIMATAN sehingga 15 % ke 20% barangan shaklee?Daftar diri anda sebagai ahli shaklee untuk makan sendiri dengan yati sekarang.Penjimatan berganda akan anda peroleh! 


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 5 June 2018

Vitamin Untuk Bulan Ramadhan,Kekal Cergas, Sihat, Cantik Dan Kurus

Assalamualaikum..syukur masih lagi diberikan peluang oleh Allah untuk kita menyedut udara percuma di dunia sementara ini. Tidak lama lagi,semua umat islam di dunia akan menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak,bulan yang dinantikan oleh seleuruh umat islam.

Artikel kali ini,saya kongsikan vitamin yang sesuai untuk kita amalkan supaya kekal bertenaga,sihat,kurus dan cantik. Berlumba-lumba dalam menambahkan amal ibadat itu sudah tentu.Jadinya untuk kita kekalkan momentum malah nak lagi lebih kuat, kita kena persiapkan diri dengan kesihatan yang tip top. Sebab apa?Sebab tak nak jadikan alasan penat,lapar,letih,gastrik untuk kita tidak berpuasa dan untuk kita tidur seharian sepanjang berpuasa.

Set Ramadhan Shaklee terdiri daripada, Mealshakes, Performance Drink , ESP Soy Protein Isolate Powder dan Lecithin. Untuk hari berpuasa yang kekal BERTENAGA, AKTIF, CERIA,KURUS dan CANTIK. Sesuai untuk semua golongan kanak-kanak, Ibu Menyusu, Pekerja, Pelajar dan Warga Emas.

Bagaimana Set Ramadhan Shaklee Membantu?

1. ESP Energizing Soy Protein (MENGEKALKAN RASA KENYANG YANG LEBIH LAMA)


-Membekalkan LONG LASTING ENERGY,memberikan tenaga. Mengurangkan rasa lapar keterlaluan. Sebagai Milk Booster bagi ibu menyusu. Mencantikkan kulit walaupun tak bermekap sakan semasa berpuasa. Diperkaya dengan kalsium untuk mengurangkan keasidan soya. Jadi mengurangkan risiko serangan gastrik bagi pesakit gastrik ketika berpuasa.


2. PERFORMANCE DRINK SHAKLEE (PD) (MENGURANGKAN RASA HAUS & MENGEKALKAN HIDRASI BADAN)


-Minuman isotonik semualajadi rendah sodium dan gula. PD mengurangkan kehilangan bendalir (air) dari tubuh kita, yang sememangnya berlaku apabila kita berpuasa. Badan kita akan kekeringan air (di dalam) kesan daripada metabolisma badan dan kerja-kerja seharian yang dilakukan. Jadi, PD mampu menyokong tahap hidrasi dan menjaga kandungan air dalam tubuh kita.


3,MEAL SHAKES (Kurang Rasa Letih) (MEMBERI TENAGA & MENGURANGKAN RASA LETIH)


- Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.
Multivitamin dalam bentuk serbuk yang lengkap dengan protein dan serat. Rasa French Vanilla yang lazat & harum.


4.LECITHIN (PENGEMULSI LEMAK)

-pemecah lemak, membantu proses penurunan berat badan. Membantu menurunkan paras kolesterol jahat LDL. Sumber kolina untuk fungsi otak.

Jadikan Ramdhan kali ini, Ramadhan yang terbaik dari sebelum-belumya.Kerana kita tidak pasti adakah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk Ramadhan tahun hadapan.Bila kesihatan terjamin,amal ibadat pun berjalan lancar.

Dapatkan Set Ramadhan Shaklee sekarang,hubungi 013 222 1663 atau boleh klik esell di bawah.




Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 25 December 2017

Tanda Tanda Anda Mengalami Vertigo Dan Cara Mencegahnya

Vertigo?? Pertama kali yati dengar perkataan vertigo adalah  sewaktu kawan yati sendiri yang mengalami gejala Vertigo ni. Zaman sekarang ni macam-macam penyakit boleh kena. Sebab itu kita kena jaga pemakanan semenjak kecil lagi dan juga mengamalkan kehidupan yang sihat.


Vertigo adalah gejala dimana keadaan atau rasa persekitaran berpusing atau berputar. Perasaan ini akan menjadi teruk sehingga pesakit berasa sukar untuk menyeimbangkan badan apabila berdiri dan sekaligus sukar untuk melakukan tugas seharian. Bukan sahaja pesakit itu rasa berpusing atau berputar, malahan juga boleh menyebabkan muntah yang teruk sepanjang hari.

Serangan Vertigo ni boleh datang bila-bila waktu dan jangka masa serangan ada mengambil masa  beberapa saat dan ada mengambil masa yang agak  lama, bergantung kepada tahap serangan vertigo itu sendiri.


PUNCA SERANGAN VERTIGO

Vertigo biasanya disebabkan oleh masalah dengan keseimbangan di telinga dalam, namun begitu ia juga  boleh disebabkan oleh masalah di bahagian tertentu otak


  • Berlakunya keradangan saraf vestibular, yang masuk ke telinga dalam dan menghantar mesej ke otak yang membantu mengawal keseimbangan,disebabkan keradangan ini badan akan menjadi tidak seimbang dan persekitaran menjadi berpusing.
  • Boleh juga disebabkan oleh migrain
  • Pengurangan aliran darah ke otak. Terdapat kemungkinan berlakunya pendarahan di bahagian otak belakang atau lebih dikenali sebagai cerebelar hemorrhage.
  • Penyebab yang paling jarang berlaku adalah terdapat tumor yang menganggu saraf penghubung di antara telinga ke otak atau acoustic neuroma/strok/kecederaan pada bahagian kepala/MS (multiple sclerosis)
TANDA-TANDA VERTIGO

● Rasa berputar ketika baring atau berdiri
● Mual dan muntah
● Telinga berdengung
● Sensitif terhadap cahaya atau bunyi bising
● Pandangan menjadi gelap
● Benda yang dilihat berubah menjadi berganda
● Sakit kepala yang keterlaluan
● Cepat berasa lelah (stamina menurun)
● Daya ingatan semakin menurun

BAGAIMANA CARA MERAWAT VERTIGO

Sesetengah kes vertigo bertambah baik dari masa ke masa, tanpa perlunya rawatan. Walaubagaimanapun,jika serangan vertigo ini berlanjutan dan kerap berulang,perlulah mendapatkan rawatan di hospital bagi memastikan tiada penyakit kronik dan untuk merawat vertigo dengan segera. Ini kerana vertigo akan menyebabkan pesakit itu mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan.Kemungkinan juga vertigo akan menyebabkan gangguan pendengaran ke atas pesakit sama ada sebelah telinga atau kedua-dua belah telinga.

CARA MENCEGAH VERTIGO

1. Jangan Bergerak Secara Tiba-tiba
Elakkan daripada bergerak secara tiba-tiba dan cepat, ini kerana pergerakan secara tiba-tiba dan cepat akan menyebabkan tubuh mengalami gangguan vertigo.

2.Posisi Kepala yang Lebih Tinggi Pada Waktu Tidur
Aliran darah akan lebih lancar.

3.Menjalani Kehidupan yang Sihat
Kehidupan seharian yang sihat salah satu cara untuk mencegah daripada penyakit vertigo. Makan makanan yang sihat, tidak merokok,dan juga melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti berjalan kaki, bersukan akan memberikan tubuh yang sihat sekaligus mencegah daripada terkena pelbagai penyakit.




BAGAIMANA VIVIX MENCEGAH PENYAKIT VERTIGO

Salah satu sebab berlakunya Vertigo adalah disebabkan keradangan yang berlaku di dalam telinga. Jadi dengan vivix ia membantu untuk baik pulih bahagian dalaman telinga yang rosak akibat radang atau jangkitan bakteria dan virus.

Vivix juga membantu membetulkan saraf dan bahagian dalam otak yang terganggu yang menyebabkan ‘central vertigo’.
  • Vivix merupakan Anti-oksida yang terbaik dihasilkan oleh Shaklee yang merangkumi semua keperluan dalam tubuh badan seperti pemulihan fungsi sel, melambatkan pembentukan protin AGE (advanced glycation end product) yang boleh menggangu keutuhan sel dan melindungi sel baik daripada rosak.
  • Vivix juga membantu meningkatkan sistem imunisasi badan bagi membantu melawan penyakit-penyakit kronik yang lain seperti jantung, darah tinggi,kanser,strok,kencing manis, kolestrol tinggi,slip disc, dan banyak lagi.
  • Dalam satu ujian klinikal yang dijalankan oleh saintis Shaklee, telah menunjukkan tindakbalas vivix yang melambatkan pembentukan protein AGE yang merosakkan sel-sel badan. Vivix membantu mempertingkat fungsi otak.

TESTIMONI VIVIX DALAM MEMBANTU PESAKIT  VERTIGO

1.Alhamdulillah, apabila dah rasa normal, tambah 2 botol lagi vivix.



2.Testimoni menusuk kalbu, kepala dah tak rasa melayang.


3.Alhamdulillah, setelah dah macam2 usaha cuba untuk merawat mak dari masalah Vertigo, akhirnya selepas 3 botol minum vivix, mak dah sembuh dari vertigo.

Semoga apa yang dikongsikan ini, dapat membantu anda daripada menanggung sakit disebabkan Vertigo. Lindungilah badan kita daripada diserang oleh pelbagai penyakit yang menyebabkan aktiviti harian kita terganggu dan juga diri sendiri yang sakit. Dapatkan Vivix Shaklee sekarang untuk kehidupan yang sihat dan ceria.

Bagaimana nak dapatkan Vivix Shaklee?

Anda mempunyai beberapa pilihan:
1.Belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit klik gambar eSell di bawah.
2.Hubungi saya di talian Whatsapp 013 222 1663 untuk sebarang bantuan
3.Pembelian di branch Shaklee dengan daftar keahlian di bawah yati ID No 909121

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Thursday, 17 August 2017

CEGAH KOLESTROL TINGGI DAN PERUT BUNCIT DENGAN SEGERA

Ramai yang beranggapan hanya orang berbadan besar sahaja yang akan mengalami koelstrol tinggi, namun pada hakikatnya faktor kurus atau besar badan seseorang bukanlah penyebab kolestrol tinggi. Jadi janganlah terkejut jika anda berbadan slim, tapi disahkan kolestrol tinggi.




BAHAYA KE KOLESTROL TINGGI  NI?
Ya,,sangat bahaya.Walaupun ia bukanlah dipanggil penyakit tetapi ia boleh memberikan impak yang buruk kepada diri kita. Kolesterol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Jadi penting untuk kita menjaga kolesterol pada tahap yang sepatutnya.

Antara masalah yang biasa berlaku ialah:
  • Strok
  • Serangan jantung
  • Penyempitan arteri
  • Darah tidak mengalir dengan baik
Artikel hari ini saya akan berkongsi bagaimana vitamin Shaklee membantu anda dalam menurunkan paras bacaan kolestrol kepada bacaan yang normal. Apa yang menariknya, set kolestrol ini bukan sahaja membantu masalah kolestrol tinggi, malah memberikan bonus untuk mereka yang sedang berusaha untuk mengempiskan perut dan ingin turunkan berat badan.

Hot Selling Set Kurus, Kolestrol, Masalah Perut Buncit


Kelebihan set ini:-
-Kurus dan perut kempis
-kurus dengan cara sihat
-kurus dan cantik sekaligus
-kurus dan kolestrol turun
-kurus dan bijak
-kurus dan lebih mengancam


INFO PRODUK




*Phytocol-ST – Menurunkan kolestrol secara semulajadi
Sterol dan stanol tumbuhan adalah sebatian semula jadi yang ditemui dalam tumbuhan, buah, sayur dan bijian. Kajian menunjukkan bahawa apabila ditambah kepada pemakanan sihat, ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda.

Oleh kerana ia mempunyai struktur yang serupa dengan kolestrol, mereka akan bersaing untuk penyerapan dan sekaligus membantu meningkatkan kesihatan. Lagi kurang lah risiko saluran darah anda menyerap kolestrol LDL daripada makanan.

Jadi sekiranya anda siap-siap ambil supplement Phytocol-ST ini sebelum mengambil makanan yang berkolestrol tinggi, kandungan sterol dan stanol tumbuhan yang semula jadi ini (dan mempunyai struktur serupa dengan kolestrol), akan menghalang penyerapan kolestrol daripada makanan.

Jadi ia menghalang penyerapan kolestrol ke dalam tubuh badan anda secara semulajadi.





*LECITHIN - Untuk pecahkan lemak dengan lebih berkesan.
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.


*OMEGA GUARD - untuk membantu pembakaran tenaga dengan lebih pantas apabila disertai dgn senaman. Jadi lemak2 dpt diuraikan lebih cepat utk digunakan oleh otot. Juga membantu mengawal.selera makan.
-EPA & DHA dalam Omega Guard membantu menurunkan kadar bacaan kolestrol

TESTIMONI BAGAIMANA SET KOLESTROL VITAMIN SHAKLEE MENURUNKAN PARAS BACAAN KOLESTROL

TESTIMONI 1 : KOLESTROL TURUN 50%

TESTIMONI 2 : PARAS KOLESTROL TURUN BACAAN NORMAL


Macam mana nak tahu kolestrol anda tinggi atau tak? Pergi klinik buat peperiksaan kolestrol...jika tinggi bertindak segera jangan sampai sikap sambil lewa suka melengahkan itu mendatangkan kesan yang membuatkan anda menderita seumur hidup..Jika kolestrol rendah pun, vitamin shaklee yang saya cadangkan ni boleh juga di amalkan...sesungguhnya mencegah itu lebih senang daripada merawat.

sms/whatsapp 013 222 1663

Berita baik,anda boleh buat tempahan sendiri untuk dapatkan vitamin Kolestrol dan Perut Kempis.Yati akan hubungi anda untuk jadual makan vitamin dengan betul.Pihak Shaklee akan proses order anda dan membuat pengeposan dengan segera.Nak order?Klik ORDER VITAMIN.







Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663 ID No :909121

Wednesday, 31 May 2017

CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE YANG BETUL SEMASA PUASA


Memandangkan kita sekarang di bulan Ramadhan...dan juga ramai yang mesej saya tanya pengambilan cara makan vitamin pada bulan puasa, jadi hari ini yati nak sembang sikit  kenapa perlunya vitamin pada bulan puasa dan cara makan dengan betul serta berkesan.




Bulan Ramadhan bulan yang banyak mengandungi hikmah didalamnya. Beruntunglah anda yang dapat berpuasa sepanjang bulan Ramadhan, karana puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia ia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita sentiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh kerana itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Pengambilan suplimen BUKAN pengganti kepada makanan seimbang kita, sebaliknya hanya MEMBANTU badan kita untuk mendapatkan nutrisi yg tidak lengkap disebalik GAYA HIDUP yg kebanyakan daripada kita yg tidak konsisten mengamalkannya secara berkualiti dan bermutu tinggi. Oleh itu dengan pengambilan suplimen ia sedikit sebanyak dapat menampung kekurangan nutrisi dalam badan kita.

Apabila kita berpuasa kadang2 badan kita cepat letih dan cepat penat kan..ini berlaku sama ada badan kita mmg betul2 penat sebab kekurangan air atau sebab minda kita sendiri yg set dari awal lg apabila berpuasa badan kita akan letih...tepuk dada tanya iman :-)

Di sinilah..pentingnya kenapa kita mengamalkan pemakanan yang boleh mengekalkan kesegaran dan kecergasan sepanjang hari seperti kurma, oats dan supplements (makanan tambahan)


Jadi, bagaimana pula jadual makan vitamin shaklee pada bulan puasa?

Waktu Sahur:
  • Minum segelas Perfromance Drink dan segelas ESP atau boleh mix Performance Drink, ESP dan Mealshake (gabungan terbaik).
  • Vitalea, B Complex, Peppermint Ginger Plus, Vit C & Vivix
Waktu berbuka:
  • Minum segelas Performance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
  • Makan Alfalfa, Vit C, Garlic & Lecithin/Omega Guard
Sebelum Tidur:
  • Amalkan minum segelas ESP & 1 sudu Vivix.
  • Ostematrix, Vit E/GLA & Collagen


Atau boleh juga ikut macam ni:-


1.Yang biasa ambil pagi  - ambil selepas berbuka puasa
2.Yang biasa ambil tengah hari - ambil selepas Terawikh/moreh
3.Yang biasa ambil malam - ambil masa sahur

Bagi yang ada masalah dengan cara makan vitamin pada bulan puasa boleh berhubung dengan pengedar Shaklee yang anda berurusan atau hubungi yati sendiri..

Semoga Ramadhan kali ini memberikan lebih keberkatan dan lebih baik daripada Ramdahan sebelum ini. Insyaallah.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121