Showing posts with label Kepentingan Zink. Show all posts
Showing posts with label Kepentingan Zink. Show all posts

Tuesday, 4 February 2014

Atasi Buasir Selepas Bersalin

Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.

Kebanyakan ibu selepas bersalin mengalami buasir. Hal ini dapat dikesan melalui bengkak yang terjadi pada saluran dubur. Pembengkakan yang berlaku di bahagian tersebut disebabkan oleh pengembangan saluran darah di dubur ataupun ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur.

Bagi yang mengalami buasir selepas melahirkan, masalah ini biasanya terjadi akibat daripada amalan meneran sewaktu membuang air besar yang disebabkan oleh sembelit ataupun najis keras. Selain daripada itu, masalah cirit-birit, batuk teruk, berdiri dan duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama serta kekerapan mengangkat benda berat turut boleh menjurus kepada masalah buasir.

Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan buasir dan mengurangkan simptomnya:
a. Elakkan sembelit
- Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).
- Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
- Lakukan senaman setiap hari.
- Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir.

b. Mengurangkan kesakitan
- Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
- Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais untuk bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
- Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen.
- Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada dipasaran untuk rawatan buasir. kebanyakkannya tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit disekeliling dubur.
-Boleh mengamalkan makanan tambahan (supplement) untk membantu mengatasi masalah sembelit.


Set Buasir Shaklee
Apabila anda ada tanda-­tanda buasir, segeralah dapat­kan nasihat doktor. Ini penting kerana rawatan awal bukan saja lebih mudah dan murah tetapi ia dapat mengelakkan berlakunya komplikasi lain atau pembedahan yang lebih besar.

Lagi tips untuk mencegah buasir?Klik Sini

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 25 June 2013

Tips Merangsang Kehamilan dan Meningkatkan Kesuburan dengan Vitamin Shaklee

Cahaya mata adalah anugerah yang tak ternilai harganya. Kehamilan dan melahirkan zuriat adalah saat-saat paling berharga buat seorang wanita. Ia menandakan pusingan kehidupan sebagai seorang wanita telah pun lengkap.

Namun, bukan semua wanita mudah untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada segelintir daripada kita yang memerlukan bantuan bagi merangsang kehamilan dan meningkatkan kesuburan untuk proses kehamilan. Namun, perancangan ALLAH itu yang terbaik untuk kita. Kita sebagai manusia kenalah redha dan dalam masa yang sama kita kena berusaha!



Mungkin TIPS berikut dapat membantu anda dan tidak salah untuk kita mencuba di samping DOA & TAWAKKAL kita kepada ALLAH taala.

1. Anda boleh mula mengambil Asid Folik. Pengambilan 0.4mg Asid Folik ini dapat mengurangkan 50 hingga 70 peratus risiko kemungkinan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural. Pengambilan Asid Folik haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung.

2. Jadikanlah sesi melakukan hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Untuk menjadikannya lebih menarik, gunakanlah bilik lain selain dari bilik tidur untuk mengubah suasana yang sesuai.

3. Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Berbaringlah sekurang-kurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum.

4. Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, hakikatnya hanya peluang adalah 25 ke 30 peratus untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.

5. Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein dalam sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.

6. Sekiranya anda atau pasangan anda, bekerja di tempat yang mendedahkan anda atau pasangan kepada bahan-bahan yang berbahaya, anda perlu bertekad untuk mencari peluang kerja di tempat lain. Ada sesetengah bahan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupun perkembangan embrio.

7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil.

8. Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ianya boleh membunuh sperma anda!

9. Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian, air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.

10. Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.

Setelah kita berusaha dengan segala tips dan petua, berdoalah dengan ALLAH yang MAHA BERKUASA...Antara doa-doa yang boleh diamalkan untuk mendaptkan zuriat ialah:-

1. Doa Nabi Zakaria 'Alaihi as Salam :


رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)

Artinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa". (QS. Ali Imran : 38)

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)

Artinya : “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling Baik.” (QS. Al Anbiya : 89)

2. Serta doa Nabi Ibrahim ‘Alaihi as Salam :

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)

Artinya : “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang saleh.” (QS. Ash Shafat : 100)

Anda juga boleh mengamalkan set kesuburan dari shaklee untuk meningkatkan kesuburan suami isteri.

1.GLA
-Membantu kitar haid yang tidak teratur dan masalah senggugut yang dialami sewaktu pre-menstrual.
-GLA membantu meningkatkan sistem kesuburan isteri, sekaligus meningkatkan potensi persenyawaan untuk berlaku
-Membantu sperma untuk terus hidup lebih lama dalam Tiub Fallopio sekaligus meningkatkan peluang persenyawaan.

2.ESP
-Memastikan sel ovum dalam keadaan sihat bagi memudahkan persenyawaan
-Merupakan makanan asas untuk memastikan sel-sel dalam badan sihat da sempurna.

3.Vit E
-Meningkatkan keinginan seksual dan lebih tenaga
-Membantu membentuk sel sperma yang sihat dan sempurna
-Vitamin E juga bagus diambil oleh isteri bagi meningkatkan kesuburan dan keinginan seksual

4.Zink
-Kandungan zink dalam protat lelaki adalah 10x ganda dari organ lain. Jesteru itu, ia adalah mineral yang penting untuk kesuburan lelaki.
-Sangat penting untuk keupayaan seksual lelaki dan menguatkan sperma suami.

Kepada pasangan yang sedang berusaha, untuk mendapatkan zuriat bersama-samalah kita berdoa kepada ALLAH taala. Insyaallah mudah-mudahan Allah s.w.t mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah buat saya dan juga anda.

"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi ALLAH dibandingkan Doa" (Riwayat Tirmidzi)

"Orang yang terlalu cepat putus asa, adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

Testimoni pengguna menggunakan vitamin shaklee dan alhamdulillah berjaya hamil. Klik Sini.

Untuk info lebih lanjut,hubungi yati di talian www.wasap.my/60132221663


Klik esell di bawah untuk pembelian terus secara online. Pembayaran boleh dilakukan secara debit kad atau kredit kad.



 Order_Vitamin_Secara_Terus


Anda inginkan HARGA MURAH dan PENJIMATAN sehingga 15 % ke 20% barangan shaklee?Daftar diri anda sebagai ahli shaklee untuk makan sendiri dengan yati sekarang.Penjimatan berganda akan anda peroleh!

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 21 May 2013

Kepentingan Zink Dalam Tubuh Kita

Saya pasti ramai dikalangan kita yang tidak mengetahui tentang kepentingan zink kepada tubuh badan kita...saya sendiri pun tidak sedar dan tidak pernah terfikirpun nk ambil suplemen zink. Sehinggalah saya mengenali Shaklee dan dalam tempoh berpantang anak kedua, saya mengambil set berpantang shaklee dan zink adalah salah satu vitamin dalam set tersebut. Daripada situlah saya berkenalan dgn zink...:-)


Zink merupakan mineral yang ditemui dalam badan kita, yang mempunyai peranan untuk dimainkan di hampir semua fungsi tubuh kita. Walaupun penggunaannya tidak begitu tertentu sebagai mineral seperti kalsium atau besi, zink yang diperlukan untuk pengeluaran enzim badan. 
Zink  diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim.Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.
Zinc Complex Shaklee

Apakah Kepentingan Zink?