Tuesday, 28 March 2017

Tips Kurus ; 10 Kesilapan Diet yang Perlu diElakkan

Masih ingat lagi tak azam tahun baru anda?Ala azam nak kurus..nak turun berat 10kg sebulan tu...so  macam mana sekarang,dah berapa kilo berat korang turun?Sila jujur dengan diri sendiri ya....:-)
Kalau naik tu...nak kena buat check list balik la kenapa xjadi seperti yang dirancang.

Hari ni yati nak kongsikan kesilapan dalam proses diet yang patut kita elakkan...perkongsian oleh Kelvin Zahrin.
Baca satu persatu tau....tengok kat mana silap korang yang masih tak berjaya kurus lagi ni...

Tip-kurus-kesilapan-diet-perlu-dielakkan
DIET YO YO

Jom kita lihat, apakah kesilapan yang patut di elakkan itu...

1. Skip hidangan
Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning.

2. Cuma makan 3 hidangan sehari. 3 Hidangan TAK cukup untuk
1) mengawal nafsu makan dan
2) tingkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari tetapi dalam kuantiti yang betul OK. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda.

3.Makan tak cukup
Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.

Tip-kurus-kuantiti-nasi
Kuantiti nasi

4.Elak nasi
Saya sendiri pun makan nasi 2x sehari kadang2 3x :-). Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.



5.Ikut diet membuta
Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.

6.Harapkan makanan tambahan
Tiada masalah dengan makanan suplemen atau makanan tambahan TAPI jangan HANYA bergantung kepada produk-produk tersebut 100%. Makan Omega Guard 1 botol sari..tapi tiap2 hari makan ayam goreng berketul-ketul, memang tak kan berkesan la diet anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan. dan akan membantu proses penurunan berat badan dengan cepat.

7.Tak tahu keperluan kalori diri
Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.

Tip-kurus-kesilapan-dalam-diet

8.Elak makanan tempatan.
Saya sendiri pun makan di mamak hari-hari. Gaya hidup saya sememangnya Malaysian. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.

9. Terlalu fokus kepada satu perkara.
Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.

10. Diet jangka masa pendek.
Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi “diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.

So..dalam 10 kesilapan diatas, ada tak yang korang buat hari2?Mesti ada kan....jadi korang dah tau la kan kat mana silapnya diet korang yang sampai, sekarang tak kurus-kuruskan...:-)

Nak lagi cepat kurus..Rahsia yang tidak lagi rahsia,iaitu konsisten Vitamin Kurus Shaklee..sepanjang yati jadi pengedar Shaklee ramai pelanggan yang repeat order berkali kali set kurus basic shaklee ni...hanya dengan Herblax,Lecithin & Alfalfa mereka dah berjaya turun berat badan dengan jayanya...Best ke Best?Vitamin Shaklee ni bukan pil kurus semata2 ok, dengan set kurus shaklee juga, kesan lain yang dapat Kulit Cantik,Perut Kempis, Kolestrol turun,Hilang masalah sembelit dan banyak lagi..memang syookk...nak tahu lebih lanjut wasap je yati ya. 013 2221663



Tips Turunkan Berat Badan Tanpa Diet


TIPS PEMAKANAN BETUL YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK KURUS.KLIK SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 27 March 2017

Indoor Water Park Tempat Mandi untuk Anak-anak di Kelantan

Bila tiba musim cuti sekolah,orang yang paling gembira dalam dunia ni..semestinya adalah kanak2 kan...yalah mana tak gembiranya,setiap pagi boleh bangun lewat,tak perlu nak mandi awal pagi,boleh lepak depan tv,dan yang paling best....boleh bercuti...yeaayy...part ni ibu bapa tumpang happy jugak..:-)

So kali ni,yati nak kongsikan satu tempat di Kelantan ni...tempat ni setiap kali yati pergi tak ramai orang yang datang..sebab orang tak tahu atau memang orang tak suka tempat dia..yalah sebab tempat ni dalam AeonMall mungkin orang datang mall nk shopping je kan.

Tempat-mandi-aeonmall-kelantan
Aladdin Kid's Park
Supa dupa

Nama tempat ni Aladdin Kid's Park..level 1,tempat dia menyorok sikit hujung kedai..berdekatan dengan kedai Mr DIY.Ada signboard..nanti follow je.

Apa yang best tempat ni..bagi hero2 yatilah...diaorg boleh mandi tanpa berebut...sebabnya tak ramai orang kan...ada pelampung,ada banana boat,ada gelongsor dalam air...hero2 memang akan seronok dan yang lagi best..tak panas..sebab indoor kan...parents pun boleh duduk sambil pantau anak2 mandi..nak masuk sekali pun boleh.. :-).

Indoor-waterpark-aeonmall-kelantan
Tak ada orang,anak2 mandi dengan gembira

Bayaran Rm12 seorang.Ibu bapa tak dikenakan bayaran.
Dalam ni ada banyak jenis permainan sebenarnya..
1.Indoor water park
2.4D Cinema
3.Supa dupa
4.Kereta bergerak (lupa nama betul)

Kiranya bayaran Rm12 untuk satu kategori sahaja..yati selalu bayar untuk mandi je..sebab diaorg mandi tu dah ambil masa yang lama kan..lepas mandi lapar..so kitaorang akan lepak kedai makan pula sebelum balik.Satu hari masa cukup la di AeonMall tu.Memang pergi sana nk bawa anak2 jalan je..bukan untuk kita shopping.

Jom yati kongsi sedikit gambar hero2 tengah mandi...

Tempat-mandi-diKelantan-aeonmall
Tak payah nak, berebut naik banan boat

Aeonmall Kelantan
Uwais Dzulkarnain dalam kesejukan

Tempat-mandi-diAeonmall-kelantan
Ibu pantau dari luar sahaja
Oklah..itu je yang yati nak kongsikan mengenai Aladdin Kid's Park dalam Aeon Mall di, Kelantan. Semoga dapat membantu ibu bapa yang tak tahu nk bawa anak2 mandi kolam.

ANAK ANDA SUKA MENGAMUK?TIPS UNTUK MENANGANI TANTRUM.KLIK SINI.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe Email:haryati.yasim@gmail.com sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 22 March 2017

Vitamin Untuk Ibu Berpantang Luka Cepat Sembuh dan Kulit Cantik Berseri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Kali ini yati nak kongsikan vitamin untuk ibu berpantang...kebanyakan ibu2 hamil sangat menitik beratkan pemakanan semasa hamil...tetapi bila tempoh berpantang ramai yang berpantang sambil lewa dan tidak berpantang dengan betul.

Mungkin ibu2 tidak terasa kesan dalam tempoh terdekat...tetapi kesan tidak berpantang dengan betul ini akan dirasa setelah anak berusia 2 tahun dan seterusnya...

Ramai kawan-kawan yati mengadu, sakit tumit kaki, sakit belakang, perut buncit dan masalah2 lain...bila tanya keadaan masa berpantang..ramai yang jawab berpantang tak sepenuhnya,selalunya terjadi apabila berpantang ank kedua dan ke atas, ini disebabkan terpaksa berpantang bersama ank sulung yang tengah aktif.

Jadi entri kali ini yati nak kongsikan vitamin shaklee yang boleh ibu berpantang amalkan semasa berpantang. Bagi amalan-amalan harian lain boleh rujuk entri khas untuk amalan berpantang nanti.

Kenapa Vitamin semasa berpantang ni PENTING?

Ini kerana

  • Sepanjang proses kehamilan, kita mengalami gangguan keseimbangan hormon dan kita jugak mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Gangguan emosi  kerana faktor sekeliling pun ada jugak. Sebab tu la penting kita jaga pemakanan kita masa berpantang.
  • Masa proses melahirkan anak pulak, kita banyak menggunakan tenaga sehingga banyak urat saraf tercedera dan luka2. Sebab tu la jugak kita kena jaga pemakanan kita supaya urat saraf yang tercedera tu dapat dibaik pulih dan badan kita sihat walaupun dah beranak 6...siapa tak nak kan?
vitamin-shaklee-ibu-berpantang

Ok, jom kita lihat jenis-jenis vitamin untuk ibu berpantang luka cepat sembuh dan kulit cantik berseri.

Set Basic Berpantang terdiri daripada:
1.Vitalea with iron (multivitamin) (120bj)
2.B complex with Acid Folic (180bj)
3.Vit C plus (120bj)
4.Ostematrix (120bj)

Set Berpantang Premium (milk booster/langsing)

1.Vitalea with iron (multivitamin) (120bj)
2.B complex with Acid Folic (120bj)
3.Vit C plus (180bj)
4.Ostematrix (120bj)
5.Alfalfa (330bj)

Set Berpantang Optimum (super duper milk booster/langsing)
1.Vitalea with iron (multivitamin) (120bj)
2.B complex with Acid Folic (120bj)
3.Vit C plus (180bj)
4.Ostematrix (120bj)
5.Alfalfa (330bj)
6.Omega Guard (90bj)
7.Energizes Soy Protein (ESP) 850mg

MANFAAT SETIAP VITAMIN

1.Vitalea - multivitamin dengan iron
-Vita-lea, multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang.
-Ia mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.

2.B Complex - dengan asid folik
-Mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin membantu menambah selera,
-Menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.
-Menukarkan makanan menjadi tenaga
-Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan - SANGAT PENTING UNTUK IBU YANG BARU MELAHIRKAN

3.Vita C 
-Berfungsi mengukuhkan sistem imunisasi, 
-Mengurangkan stress dengan membantu kalenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh disamping membantu membina kolagen dan membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepala disebabkan rambut gugur.
-Membantu kulit menjadi cantik dan berseri

4.Ostematrix/kalsium
-Ostematrix dikenali sebagai kalsium penting utk membantu didalam penghasilan susu ibu. Semasa di dalam kandungan kalsium dikongsi oleh ibu dan bayi. 
-Ostematrix, terdiri daripada nutrien kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan magnesium yang penting diperlukan oleh tubuh. 
-untuk meguatkan diri anda dan mengelakkan kekejangan dan urat simpul. 
-Kalsium juga membantu dalam mengurangkan masalah sembelit. 
-Memudahkan anda tidur dan bagun segar walaupaun kekurangan tidur. 
-Kalsium juga turut bertindak sbg milk booster tambahan semasa dlm tempoh berpantang

5.Alfalfa Complex (330 biji)
- Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! 
-Ibu akan jadi lebih lawas (membantu dalam menurunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan) ia juga mengeluarkan air berlebihan dari badan
-Memperbaiki sistem peranakan sama seperti kacip fatimah. 
-Pengambilan alfalfa di makan selepas ank bebas dari kuning/jaundice.

Manakala untuk penyusuan, anda di galakkan untuk mengambil ESP. ESP merupakan protein soya yg sangat membantu ibu-ibu menyusu di samping mengekalkan kesihatan ibu dan bayi.

6.ESP
-Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, -mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. 
-Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
-ESP juga boleh memekatkan susu si ibu, jadi anak cepat kenyang and then ibu boleh buat stok susu dengan lebih banyak

7.Omega Guard
-Menyalurkan khasiat omega-3 untuk sistem imunisasi kanak-kanak dan serta perkembangan otak, di salurkan melalui susu ibu.
-Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyesuan
-Membantu pembakaran lemak ibu berpantang dengan lebih cepat

Ibu-ibu, yati dah pernah merasa berpantang dengan vitamin shaklee dan berpantang bukan dengan vitamin shaklee...dua keadaan yang sangat berbeza. Tiada mimpi ngeri sembelit, tiada masalah kemurungan, tiada masalah susu ibu tidak cukup, tiada masalah kulit kusam...itu yang yati rasa. Jadi saya nak semua ibu-ibu yang berpantang dapat rasa lebih lagi dari yati...ibu sihat, anak untung, ayah gembira. 

Dapatkan set berpantang shaklee sekarang.....
testimoni-shaklee-luka-cepat-sembuh
Testimoni Set berpantang Shaklee dan Vivix Shaklee
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 20 March 2017

Tips Berpantang Dengan Cara Yang Betul

Selepas bersalin,ibu2 akan melalui fasa berpantang.Persoalannya kenapa ibu2 perlu berpantang?Tak boleh ke melalui kehidupan seperti biasa,jalan laju2,tak perlu bertungku,berurut,makan je apa yang terdetik dengan selera...kenapa?..kenapa tak boleh buat seperti sebelum bersalin?

Ibu2...bertenang..relaks tarik nafas panjang2...hembus...ok jom yati share sedikit sebanyak kenapa ibu2 perlu berpantang dengan betul.

Kepentingan-berpantang-ibu-kembali-sihat-cantik


Secara normal, berpantang ni selalunya ambik masa 44hari..klu yang tuuuuuuut(Oops..faham2lah apa ya)..ambik masa 100 hari. yati xtau kenapa 44hari..bukan 45 hari dan bukan 44jam..yg yati tau..bila dh bersalin kena jaga makan/minum dan jaga badan selama 44hari. Lepas 44hari baru lah boleh makan sesuka hati..tp ais yati berpantang sehingga 100 hari.

Pentingnya berpantang selepas bersalin ini kerana, dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita, memulihkan organ pembiakan wanita, menyembuhkan luka akibat kelahiran, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka.

Kenapa-perlu-berpantang


Pada tempoh ini, si ibu akan dirawat secara berstruktur dari segi kesihatan, kebersihan diri dan pemakanan yang terkawal. Definisi ‘berpantang’ bermaksud si ibu melalui tempoh pengasingan daripada mengambil apa-apa yang boleh memudaratkan diri melainkan hanya beberapa bahan atau makanan yang perlu diambil.

Dipercayai jika rawatan ini tidak dijalankan, dikhuatiri rahim akan kendur dan wanita akan kelihatan tua daripada usianya.Sesungguhnya, amalan-amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu.

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah berfaedah. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan amalan mengurut.

Waktu berpantang juga dapat menenangkan fikiran dan emosi ibu setelah tempoh bersabung nyawa melahirkan anak. Inilah masa untuk berehat dan memberikan sepenuh tumpuan untuk diri sendiri dan anak yang baru dilahirkan. Tempoh berpantang dapat mengeratkan hubungan di antara ibu dengan anak serta dengan keluarga.

Walaupun zaman sudah berubah, namun amalan berpantang selepas bersalin masih lagi relevan dengan masyarakat sekarang. Terdapat pelbagai pilihan untuk set bersalin lengkap shaklee, sesuai dengan keperluan dan manfaat yang boleh diperolehi di dalamnya.

Tips berpantang dengan shaklee,membantu ibu kembali sihat,kurus, dan cantik berseri.Klik sini

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 15 March 2017

Suplemen Kekal Bertenaga Dan Sihat untuk Bakal Jemaah Haji dan Umrah

Syukur dan indahnya perasaan apabila kita diizinkan Allah Taala untuk ke tanah suci sama ada untuk menunaikan umrah ataupun haji. Setiap umat islam pasti bercita-cita untuk ke Tanah Suci dalam keadaan sihat jasmani dan rohani. Jangan sia-siakan peluang yang Allah bagi...jadikan jemputan Allah ini, kita sambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan dalam keadaan sihat fizikal dan mental.

vitamin-bakal-haji-umrah
INDAHNYA TANAH SUCI

Menjaga Kesihatan Jasmani dan Rohani


Antara persediaan yang perlu bakal jemaah haji atau umrah perlu lakukan ialah menjaga kesihatan jasmani dan rohani. Bakal jemaah hendaklah menjaga kesihatan menerusi pemakanan yang baik dan seimbang serta memperbanyak aktiviti riadah. Selain itu, jemaah hendaklah melatih diri supaya bersikap positif dan bijak mengawal perasaan. 

Vitamin Kekal Bertenaga & Sihat untuk Bakal Jemaah Haji dan Umrah

suplemen-umrah-haji-kekal-bertenaga-ditanah-suci

Suplemen shaklee membantu untuk para bakal haji atau umrah untuk lebih bertenaga ini kerana, di sana kita memerlukan tenaga yang extra daripada biasa..maklumlahkan kena banyak berjalan, dengan cuaca yang berbeza dan suasana yang berbeza, Jadi dengan amalkan vitamin shaklee ini, sedikit sebanyak membantu kita dalam persediaan fizikal yang sihat untuk melakukan ibadah. Apa-apa pun atas izin Allah taala. Di sana Allah mempermudahkan segala urusan kita.

Apa Manfaat Vitamin Shaklee ini?

OSTEMATRIX/KALSIUM

1. Kalsium @ Ostematrix
- Kalsium penting sebab ibadah haji memerlukan kekuatan kaki. Jemaah akan banyak berjalan kan...jadi sedikit sebanyak akan terasa lenguh. Kita nak elak daripada berlakunya kejang atau cramp, oleh itu penggunaan ostematrix sangat membantu.

Ostematrix juga akan membantu jemaah untuk tidur yang lena dan mudah untuk bangun beribadah selepas tidur serta membantu bangun dengan penuh kesegaran.

NUTRIFERON

2.  Nutriferon- Nutriferon membantu untuk jemaah haji dan umrah untuk mempertingkatkan antibodi sedia ada.

Maklumlah jemaah akan berada dan di kelilingi oleh pelbagai bangsa dari pelbagai negara, jadi di sini, perisai badan jemaah perlu kuat untuk elak dari mudah mendapat jangkitan virus.

Bila kita boost sistem imun kita, badan lebih kuat untuk melawan penyakit.

B COMPLEX

3. B Complex - Jemaah haji atau umrah memerlukan banyak tenaga untuk berjaga demi menunaikan ibadah. Jadi bagi nak elak kurang tenaga, B complex membantu tubuh untuk menjana tenaga.

Yang penting makan secukupnya. Walaupun kurang tidur, insyaaAllah masih rasa kuat. B complex juga membantu para jemaah untuk memberi tenaga dan elak stress.

Sekali lagi yati ucapkan TAHNIAH kepada anda yang akan menunaikan ibadat di tanah suci nanti. Semoga segala ibadat di terima Allah Taala dan dipermudahkan segala urusan di sana.

Dapatkan suplemen Shaklee untuk anda melakukan ibadat dengan sempurna Insyaallah.

Tuan Puan boleh membuat pembelian vitamin Haji & Umrah dengan klik gambar eSell di bawah. Selepas membuat pembayaran,pihak shaklee akan uruskan urusan pengeposan kepada tuan dan puan.Yati akan hubungi pihak tuan puan untuk cara makan vitamin dengan betul.





Atau boleh hubungi yati di talian 013 222 1663.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Saturday, 11 March 2017

Vitamin Shaklee Untuk Pesakit Tibi Kembali Ceria dan Sihat

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan setiap tahun kira-kira satu pertiga penduduk dunia dijangkiti tibi dan daripada jumlah itu lebih sembilan juta orang jatuh sakit. Malah setiap tahun hampir dua juta kematian berkaitan tibi dilaporkan di seluruh dunia dan tibi menjadi pembunuh utama di kalangan individu yang dijangkiti virus HIV.

Tibi tidak popular kerana dianggap sebagai penyakit kuno tetapi ia masih menjadi ancaman kerana tanpa rawatan, seseorang yang jatuh sakit akibat jangkitan tibi boleh meninggal dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan Malaysia sebagai negara yang mengalami beban tibi sederhana dan ini bermakna ada banyak tindakan yang perlu diambil untuk menangani penyakit ini.

Merawat-tibi-dengan-vitamin-shaklee
Tibi Mudah Berjangkit Hanya Melalui Udara

Siapa berisiko mendapat jangkitan tibi? 

Semua orang, terutama golongan tua (65 tahun ke atas) dan kanak-kanak di bawah lima tahun, tetapi sama ada ia menyebabkan penyakit atau tidak, bergantung kepada daya ketahanan badan seseorang. Di negara kita, hampir 65 peratus pesakit tibi berumur dalam lingkungan 35 hingga 50 tahun.

Bagaimana bakteria penyebab tibi merebak? 

Ia merebak melalui udara apabila titisan cecair mulut atau hidung individu yang dijangkiti terpercik ke udara - sama ada ketika bercakap, batuk, bersin, ketawa atau menyanyi. Apabila bakteria ini masuk ke dalam badan seseorang, ia akan menyerang paru-paru. TB berpunca dari sejenis kuman TB (Tubercle Bacili) yang boleh menjangkiti paru-paru, tulang, buah pinggang, kelenjar, kulit dan selaput otak.

vitamin-shaklee-merawat-pesakit-tibi
Perbezaan X Ray Orang Normal dengan Pesakit TB

Tanda dan Gejala Penyakit TB


  • Batuk berterusan sehingga 2 minggu.
  • Kahak mengandungi darah.
  • Menggigil
  • Demam berpeluh waktu petang dan malam
  • Susut berat badan
  • Hilang selera makan
  • Sakit dada apabila batuk/tarik nafas
  • Lemah dan keletihan

Bagaimana anda boleh mencegah jangkitan tibi?

Jika anda dijangkiti, perkara yang paling penting ialah menghabiskan ubat seperti diarahkan doktor. Malah anda juga perlu memenuhi temu janji susulan dengan doktor walaupun anda rasa sudah sihat. Selain itu ada beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan:

a. Sentiasa tutup mulut dengan kertas tisu apabila batuk, bersin atau ketawa. Simpan kertas tisu itu dalam beg plastik sebelum dibuang.

b. Sepanjang tempoh cuti sakit, berehatlah di rumah. Jangan keluar bersiar-siar terutama ke tempat yang ramai orang.

c. Asingkan diri daripada ahli keluarga lain untuk mengurangkan risiko jangkitan.

d. Buka tingkap bilik supaya udara bersih dapat masuk. Lebih baik jika cahaya matahari dapat masuk ke bilik anda. Pancaran cahaya matahari boleh membantu membunuh bakteria tibi.

e.Mengamalkan suplimen atau vitamin Shaklee untuk meningkatkan antibodi pesakit tibi dan membantu mempercepatkan proses pesakit tibi bebas daripada tibi.


TIBI dan VITAMIN SHAKLEE


vitamin-shaklee-untuk-pesakit-tibi
SET OPTIMUM VITAMIN SHAKLEE UNTUK PESAKIT TIBI
Vitamin Shaklee akan membantu pesakit tibi untuk menguatkan sistem imunisasi badan unuk melawan kuman tibi dan melindungi sel daripada rosak. Seperi yang saya bagitahu di awal entry, mereka yang diserang tibi ini kerana antibodi yang lemah menyebabkan sel tibi menjadi aktiv.

1.Vivix
  • Kandungan Resveratol dalam Vivix dapat mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan salur pernafasan. 
  • Resveratol juga mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor di paru-paru. Vivix juga dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan atau imunisasi tubuh kita,
2.Nutriferon
  • Nutriferon fungsinya dapat meningkatkan imunisasi tubuh dengan penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh kita.
  • Juga mampu mengurangkan atau mengelakkan simptom elergik
3.Garlic
  • Garlic Complex dapat meningkatkan imun tubuh yang dapat mengurangkan infeksi paru-paru.
  • Ia bertindak sebagai antibiotik semulajadi
4. Omega Guard
  • Omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard dapat mengurangkan inflamasi atau keradangan. Ia juga dapat membersihkan saluran pernafasan.
5.Vitamin C
  • Memperkukuhkan respon imun dengan cara membantu sel darah putih menentang infeksi bakteria, kuman dan radikal bebas.

Jangan biarkan kuman tibi terus merebak, dan berjangkit dengan orang sekeliling anda yang anda sayang. Hargai kesihatan yang Allah hadiahkan untuk kita semua. Laburkan sikit wang untuk kesihatan anda dan kegembiraan orang yang anda sayang. Ingat...penyakit tibi sangat mudah berjangkit..hanya melalui udara sahaja.


TESTIMONI VITAMIN SHAKLEE UNTUK PESAKIT TIBI

TESTIMONI VITAMIN SHAKLEE UNTUK PESAKIT TIBI



Tuan puan boleh membuat pembelian dengan dua cara,iaitu :

1. Membuat pembelian dengan sendiri menggunakan debit atau kredit kad, dengan klik gambar esell di bawah. Selepas membuat pembelian,saya akan hubungi tuan puan untuk menerangkan cara makan vitamin dengan betul.

 Order Vitamin Tibi



2.Atau,tuan puan boleh hubungi saya untuk lebih lanjut. 013 222 1663


Segeralah bertindak untuk merawat Tibi supaya ahli keluarga anda tidak dijangkiti kuman Tibi dari badan anda.Sayangi diri anda dan juga keluarga anda.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

15 Cara Menggalakkan Anak Anda Makan

Anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai yang diberikan oleh Allah kepada ibu bapa untuk dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Pemakanan yang betul dan berkasiat merupakan salah satu perkara utama yang perlu dititik berat oleh ibu bapa terhadap kanak-kanak untuk membesar dan menjalani proses pembesaran yang sihat.

15-cara-menggalakkan-anak-makan

Tidak dinafikan tempoh 1 tahun  hingga 6 tahun merupakan tahap yang mencabar bagi ibu bapa dalam memberi makan kepada anak-anak tersayang.Antara kesan kekurangan berat badan terhadap anak-anak ialah:-
  • Menjejaskan kecerdasan otak
  • Mengganggu pertumbuhan fizikal
  • Mengganggu perkembangan kanak-kanak
  • Mudah dijangkiti penyakit
Oleh sebab itu,pentingnya anak-anak anda dibekalkan dengan makanan yang berkhasiat sepanjang hari.

15-cara-menggalakkan-anak-anda-makan


Setiap kali anak makan, anda mestilah pastikan gabungan makanannya seimbang seperti yang disarankan oleh Piramid Pemakanan Malaysia. Piramid Pemakanan Malaysia mempunyai 4 aras yang terdiri daripada aras bijirin dan ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu serta lemak, minyak dan gula.

15 Cara Menggalakkan Anak Makan :


1. Sentiasa ada bersama anak ketika dia makan.
2. Jangan memaksa anak makan cepat. Biar dia menikmati makanannya.
3. Pujilah anak jika dia makan dengan elok dan dapat menghabiskan makanannya.
4. Semasa anak makan, beritahu dia apa yang sedang dimakannya itu dan khasiat yang kerkandung dalam makanan tersebut.
5. Seelok-eloknya, biar anak makan sendiri dan jangan suap mereka.
6. Ingat, jangan mendesak anak untuk makan banyak kerana saiz perutnya tidak sama dengan saiz perut orang dewasa.
7. Jangan galakkan anak makan hanya makanan yang digemarinya. Sebaliknya pelbagaikan makanan untuk mereka supaya seimbang.
8. Pastikan anda memberi anak makan ketika dia lapar.
9. Jangan memaksa anak makan. Hal ini hanya akan memberikan tekanan kepada mereka dan menyebabkan mereka kurang selera.
10. Jadikan waktu makan waktu yang menyeronokkan.
11. Elakkan anak minum banyak air semasa makan bagi mengelakkan dia cepat kenyang.
12. Untuk merangsang anak makan, hiaslah makanannya.
13. Tetapkan jadual makan anak agar dia jadi lebih berdisiplin.
14.Jangan beri anak makanan berat di antara waktu makan utamanya.
15.Elakkan memberi anak makan ketika dia mengantuk kerana dia mungkin akan tercekik atau tidak berselera.

Selain dari itu, ibu bapa juga boleh cuba memberikan anak dengan makanan tambahan segera yang terbaik dari shaklee iaitu Mealshakes Shaklee. Mealshake terdiri dari multivitamin, multimineral serta protein soya yang membekalkan keperluan nutrisi harian khasnya buat kanak-kanak. Membantu meningkatkan selera makan, menguatkan imuniti tubuh, menyelesaikan masalah sembelit dan pelbagai lagi berkaitan dengan kesihatan optimum. Yang pastinya, ia dibuat dari BAHAN SEMULAJADI, TIADA BAHAN PERANGSANG dan TIADA KESAN SAMPINGAN..

Bantulah anak-anak kita dengan memberikannya nutrisi yang baik dan mencukupi untuk perkembangan optimum. Lebih-lebih lagi jika anak terbiasa dengan makanan ringan, mereka pasti kehilangan banyak peluang untuk mendapatkan makanan berkhasiat untuk tubuh mereka.


Berita baik untu ibu-ibu, ibu boleh buat pembelian Mealshakes dengan sendiri melalui website eSell di bawah. Hanya klik gambar eSell di bawah dan isi maklumat yang diperlukan serta boleh buat pembayaran melalui debit card atau credit card.





Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 9 March 2017

Mealshakes;Sarapan Berkhasiat Untuk Anak yang Cemerlang

"Mulakan hari anda dengan pagi yang positif"....kata-kata yang kita biasa dengar kan? Untuk merealisasikan kata-kata tersebut..salah satu cara adalah dengan mengambil sarapan diwaktu pagi. Semua orang,dewasa, orang tua,kanak-kanak atau pun bayi..mesti bersarapan di awal pagi.

sarapan-pagi-untuk-anak-cemerlang-dengan-mealshakes
Kanak-kanak Lebih Bersemangat

Bagi kanak-kanak,sarapan memainkan peranan yang lebih penting dalam tumbesaran mereka. Dengan sarapan ringkas sebiji pisang dan segelas susu ditambah dengan MEALSHAKES merupakan permulaan hari yang sihat dan ia lebih baik berbanding perut kosong.


sarapan-berkhasiat-untuk-anak-yang-cemerlang-mealshakes

Sarapan pagi bukan sahaja memberikan tenaga kepada kanak-kanak, tapi juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk pemikiran yang cerdas dalam pembelajaran. Jadi, ibu dan ayah...pentingkan sarapan pagi untuk anak2...

mealshakes-sarapan-pagi-berkhasiat

Yati nak kongsikan menu sarapan pagi yang SENANG, CEPAT & BERKHASIAT....iaitu dengan sarapan bersama mealshakes...ini kerana mealshakes shaklee merupakan menu sarapan pagi dengan penuh khasiat dengan mengandungi 24 jenis vitamin utama.

Apa itu Mealshakes?

->> Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
 

Mealshakes amat sesuai untuk anak yang:

- tiada/kurang selera makan
- memilih makanan - tidak mendapat nurien yanh sepenuhnya dari diet harian
- selalu demam/kurang sihat terutamaya yang selalu tinggal di nursery
- mempunyai ekzema (protein bantu bina semula sel yang lebih sihat)

Antara kebaikan Mealshake ini ialah :

-Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
-Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas
-Sesuai untuk seisi keluarga
-Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
-Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
-Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
-Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
-Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
-Meningkatkan selera makan anak
-Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
-Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
-Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak & Orang Dewasa
-Amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti

Pendek kata sumber multivitamin yang lengkap beserta protein dan serat di dalam bentuk serbuk...
Mudah dibancuh, mudah di bawa, baunya sangat wangi (vanila french) dan rasanya sangat lazat !!!

Testimoni Mealshakes anak berselera makan dan sihat.

testimoni-sarapan-dengan-mealshakes
Testimoni Mealshakes

Kesimpulannya untuk cemerlang dalam pembelajaran, kanak-kanak memerlukan tenaga untuk sentiasa peka di sekolah dan menyerap pelajaran. Memberi perhatian di dalam kelas merupakan langkah utama dalam pembelajaran, dan ia akan menjadikan ulang kaji pelajaran lebih mudah.

Suatu kajian dijalankan Universiti Bath untuk mengesan tahap aktiviti dua kumpulan; mereka yang bersarapan dan mereka yang tidak bersarapan. Kajian selama enam minggu itu mendapati mereka yang tidak bersarapan menjadi lebih lembap berbanding mereka yang bersarapan. Kajian itu turut mendapati mereka yang bersarapan membakar 500 kalori lebih daripada mereka yang tidak bersarapan.

Dapatkan Meals Shakes Shaklee sekarang untuk bekalan sarapan yang berkhasiat untuk anak anda yang cemerlang.

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya 013 222 1663 yati atau klik sahaja icon dibawah untuk pembelian terus secara online.




ATAU

Anda inginkan HARGA MURAH dan PENJIMATAN sehingga 15 % ke 20% barangan shaklee?Daftar diri anda sebagai ahli shaklee untuk makan sendiri dengan yati sekarang.Penjimatan berganda akan anda peroleh! 


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 6 March 2017

Tantrum;Tips Menangani Anak Mengamuk

Tetiba anak anda mengamuk,tantrum tak tentu pasal. Tak ade angin tak ade ribut macam gitu, pernah tak ibu2 atau ayah2 di luar sana hadapai keadaan macam ni? Yati rasa, mesti ibu bapa pernah mengalami keadaan anak mengamuk atau tantrum ni kan. Macam yati sendiri, anak no 2 Uwais Dzulkarnain dia punya angin lain sikit. Bila datang tanrum dia tu..menguji tahap kesabaran ibu 200%...Tu waktu dia tantrum lah...hari biasa ok je..senyuman manis mengalahkan madu,lemah lembut,sopan santun orangnya.hehehehe

tantrum-menangani-anak-mengamuk
Anak Bertuah Ibu Uwais Dzulkarnain
Artikal kali ini yati nak kongsikan sedikit sebanyak tips untuk menangani anak mengamuk atau tantrum ini. Perkara yang paling penting dan utama ialah sikap S.A.B.A.R ibu dan ayah yang perlu di naikkan kepada semaksimum yang mungkin.....SABAR ni paling utama...sebabnya memang kena sabar, tak de cara lain kena sabar.:-)

Apabila anak kita mengamuk, antara perkara yang boleh dilakukan ialah:-

1.BERTENANG
Apabila anak mula mengamuk, ibu dan ayah perlu bertenang,relaks hadapi dengan senyuman. Jangan cepat marah,jangan cepat naikkan suara.Kita guna reverse psychology...biar anak kita fikir "eh ibu relaks je,tak marah pun"..lebih kurang gitulah. Kadang2 berkesan...kadang2 dia lagi kuatkan volume suara tu kan..bertabahlah.

2.CUBA PUJUK
Cuba bertanya dengan baik, kenapa, mengapa anak mengamuk. Selalunya anak2 ni dia mengamuk sebab keinginan dia tak dapat kita laksanakan dengan kehendak yang dia nak. Jadi dia nak bagitahu tak pandai, caranya adalah mengamuk, Pengalaman yati selalunya, dia nak macam ni, tapi yati tak faham apa yang dia nak..so mengamuk la tak tentu pasal.Kadang disebabkan salah bagi respon apa yang dia cerita je pun, boleh mengundang tantrum...bertabahlah...hahaha. Cuba buat mengikut kehendak anak disini.

Doa-memlembutkan-hati-anak-mengamuk
Doa Pelembut Hati Anak


3. BAGI PELUKAN & BACA DOA PELEMBUT HATI
Cuba peluk erat-erat, untuk permulaan anak akan melawan, so kita kena cuba banyak kali. Mungkin percubaan ke 4  baru anak akan terima pelukan kita dan cuba cool down kan diri. Sambil peluk tu bacalah doa pelembut hati untuk anak2..tiupkan diubun2 kepala.Pelukan ni selalu menjadi dengan yati untuk anak yang sulung, abang Ukasyah. Contoh keadaan bangun pagi nak pergi sekolah...masuk bilik air dia nangis..biasalah mood ngantuk, tak nak mandi ada jelah pagi2 tu kan...so apa yang yati buat ialah bagi pelukan dulu..permulaan abg Ukasyah akan nangis bertambah kuat dan sambil peluk tu bagilah kata2 semangat dan positive sikit..lebih pun tak pe. Lepastu abg Ukasyah akan diam dan mandi dengan tenangnya...Alhamdulillah..legakan.hehehe

tips-menangani-anak-tantrum
Alih Perhatian Anak

4.ALIHKAN FOKUS
Tips ni jika berlaku di hypermarket, contohnya giant atau tesco. Jika anak kita meminta sesuatu yang mengarut dan kita tak nak memenuhi permintaannya, kita kena cepat2 alihkan fokus anak kita daripada perkara yang menarik minat anak kita itu. Cubalah dengan pujuk nak pergi tengok sesuatu yang lebih menarik yang boleh membuatkan anak anda teruja. Macam yati..sebelum masuk mall tu memang dah pesan siap2...tak boleh beli mainan tak boleh beli sesuka hati.Kalau tak, ibu balik. Tapi selagi namanya kanak-kanak...perjanjian tu ingat 10 minit pertama je kan...bila sampai tempat kejadian...perjanjian dalam kereta tadi tu dah bertebangan bersama-sama angin dalam mall tu...

Tips-menangani-anak-tantrum
Asingkan Anak Bila Mengamuk

5.ASINGKAN ANAK
Apabila anak mengamuk, kita cuba bawa anak kita masuk bilik atau tempat tiada orang.Kadang kala persekitaran sekeliling lagi menambahkan lagi tantrum anak. Bawa masuk bilik, tenangkan,bincangkan elok2...insyaallah anak akan perlahan-lahan dapat bertenang.

6. BERSIFAT TEGAS
Sesekali kita kena bersifat tegas, supaya anak faham dengan mengamuk bukan penyelesaian yang terbaik untuk mereka. Kalau kita tahu anak kita mengamuk semata2 nak kita belikan juga mainan atau gula2...so kita bertegas tidak menunaikan keinginan mereka..atau boleh buat perjanjian (jika anak dah faham), contoh lain kali kita tak bawa dah mereka ke mall, atau lain kali tiada mainan untuk mereka.

Sebagai ibu bapa...selalulah berkomunikasi dengan anak2..bersembang, dengar apa yang mereka nak bercerita.Sekali sekala kita bagi nasihat...anak-anak 100 kali dengar ungkapan yang sama pasti akan melekat juga didalam ingatan diaorang. Lagipun..jika bukan kita ibu bapa yang nak mendidik dan nak menasihati anak2 kita siapa lagi kan....:-)


Ibu ayah mencari multivitamin terbaik yang SELAMAT & SEMULAJADI untuk anak-anak?Yati kongsikan dalam entry di bawah :

Multivitamin Terbaik Rahsia Anak Membesar Dengan Sihat dan Cemerlang



Lagi Tips Menarik untuk ibu bapa cemerlang di luar sana. Cara mengejutkan anak bangun tidur dengan gembira.


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi  bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Sunday, 5 March 2017

Amalan Murah Rezeki ;Rezeki Melimpah Ruah Seperti Air Mengalir

Kalau aku kaya
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Antara seni kata lagu kalau aku kaya nyayian ultimet...yati percaya semua orang atas dunia ni mesti semua nak kaya,nak duit banyak..nak rumah besar..nak kereta mewah..kan,..kan..kan...termasuk lah yati sendiri.hehehe.

Kekadang kita minta, berdoa dengan Allah agar dikurniakan dengan kerja yang bergaji berpuluh ribu di bandar besar, tapi Allah aturkan kita mendapat pekerjaan di kawasan luar bandar dengan gaji yang sedikit dan kadang2 kita dapat pekerjaan yang langsung kita tidak suka..Kita minta dengan Allah supaya bisness kita maju dan jualan beribu setiap bulan, tetapi nak dapat sepuluh ringgit dalam sehari pun sakit. Jadi mula la hadirnya perasaan tidak puas hati, tidak bersyukur dan kecewa kan?Ingatlah percaturan Allah taala adalah yang terbaik..yang menjadikan sebaliknya adalah kita sendiri...apa salahnya kita terima dengan redha dan laksanakan tugas yang diberikan dengan sebaik yg mungkin.In shaa allah setiap apa yg kita lakukan ALLAH tidak pernah terlepas pandang dan yakinlah dengan ALLAH taala.
Amalan-murah-rezeki-melimpah-ruah
Kenapa Susahnya Untuk Menjemput Rezeki

Ingatlah rezeki bukan hanya datang dalam bentuk wang ringgit..tetapi tanpa kita sedari rezeki datang dalam pelbagai bentuk..contohnya kita diberikan jiran2 yang baik..dimana apabila kita menghadapi musibah jiran kita datang untuk memberikan pertolongan, kita di kurniakan anak2 yg sihat dan comey2..kita diberikan..kawan2 yang sentiasa boleh diharap tatkala kita menghadapi masalah...kita diberikan keluarga yang bahagia yang sentiasa bersama2 tatkala kita susah dan juga senang..definasi rezeki itu sangatt luas kan...
Buka mata buka hati pasti kita akan nampak betapa banyaknya nikmat dan rezeki yang ada di atas muka bumi ini.

Kali ini yati nak kongsikan dengan semua antara amalan-amalan untuk kita sama-sama lakukan bagi menjemput rezeki dengan mudah dan tidak disangka-sangka.

Amalan-murah-rezeki
Amalan Murah Rezeki

20 amalan untuk dipraktikkan agar di murahkan rezeki

1. Beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakkan Istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Menjauhi Dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.

Sabda Nabi s.a.w.:

"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Mengingati Allah

Mengingati Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

6. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan Hajat Orang Lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)

8. Berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9. Amal Kebajikan

Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Bangun seawal Pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Mengeratkan Silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi Kekal Berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi Solat Malam (Tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

Solat-dhuha-murah-rezeki
Solat Dhuha Kunci Murah Rezeki

15. Melazimi Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Zikir Dan Bacaan Ayat Quran Tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan fahaman tentang agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar

Siapa berusaha, dia akan berjaya. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)

Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sumber: Jais

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121