Showing posts with label Omega Guard Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Omega Guard Shaklee. Show all posts

Tuesday, 24 July 2018

VITAMIN TERBAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG ANDA

Serangan jantung merupakan pembunuh senyap yang menyerang semua orang tidak kenal usia. Tanpa jantung sudah pasti seseorang tidak bernyawa. Jantung merupakan salah satu organ terpenting  yang menghidupkan semua sistem biologi dalam tubuh kita. Jantung akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun, disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.


Serangan jantung biasanya ia berlaku secara mengejut,lambat mendapat rawatan ianya boleh membawa kepada kematian.

Artikel hari ini saya kongsikan sedikit tips berguna untuk memelihara jantung supaya terus berdenyut dengan baik.

5 TIP PENJAGAAN JANTUNG

1.BERHENTI MEROKOK

Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung adalah dari kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.

2.TIDUR YANG CUKUP DAN BERKUALITI

Tidur yang berkualiti memberikan arteri yang lebih sihat daripada mereka yang tidurnya tak berkualiti atau tak cukup tidur.

3.MENGAWAL BERAT BADAN

Kegemukan sering mendatangkan pelbagai risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Biasanya kegemukan adalah disebabkan oleh pengambilan kuantiti makanan secara berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi.

Sekiranya seseorang itu memiliki berat badan berlebihan dan tidak mampu untuk bergiat aktif, maka kalori makanan yang tinggi jika tidak digunakan akan tersimpan menjadi lemak di beberapa bahagian tertentu. Risiko penyempitan saluran darah mungkin akan berlaku sekiranya tidak dikawal.

4. BANYAKKAN MELAKUKAN SENAMAN

Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengepam darah dan membawa oksigen ke seluruh tubuh dengan baik dan lancar.

Aktiviti senaman seperti berjoging, berjalan, beriadah atau berbasikal merupakan antara contoh senaman sihat bagi semua golongan terutamanya bagi mereka yang pernah mengalami serangan jantung.

5.MENJAGA PEMAKANAN & MENGAMBIL MAKANAN TAMBAHAN

Elakkan dari mengambil makanan yang kaya dengan lemak seperti mentega, keju, minyak sapi.

Selain itu, penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik dan menyihatkan berbanding yang bergoreng.

VITAMIN SHAKLEE UNTUK JANTUNG ANDA

1.Omega Guard Shaklee

Minyak Ikan Tulen Berkepekatan Tinggi

Keistimewaan Omega Guard Shaklee ialah :

Minyak Ikan Berpekatan Tinggi
OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).

Penyulingan Molekul Berganda
Untuk memastikan ketulenan dan kepekatan, minyak ikan di dalam OmegaGuard™ menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar. Mengurangkan bau dan rasa kesan hanyir.

Sahabat Laut
Diiktiraf oleh Friend of the Sea® untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar.

Kebaikan Omega Guard Shaklee untuk kesihatan jantung:

1. Mengurangkankan kolesterol
2. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
3. Mengurangkan tekanan darah




2.COQ TROL

Kekal aktif dan bertenaga dengan Coenzyme Q10, antioksida yang menyokong sel untuk menghasilkan tenaga.

Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh.

CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal.



Bagaimana anda ingin mendapatkan vitamin terbaik untuk jantung ini?Senang sahaja,anda boleh hubungi saya di talin 013 222 1663 atau membuat pembelian terus dengan klik gambar esell di bawah.

 Order Vitamin Jantung Sekarang



Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 31 January 2018

Atasi Sakit Sendi Dengan Vitamin Semulajadi Shaklee

Sakit sendi berpunca daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti rheumatoid arthritis atau osteoarthritis. Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.


Punca SAKIT SENDI/ATHRITIS?

Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri.

Antara punca kerosakan
  • Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakitan sendi.
  • Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
  • Faktor usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit
  • Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan
Faktor utama yang menyumbang kepada masalah Arthritis adalah -Umur, Gaya hidup, Pemakan dan Obesiti.

ANTARA JENIS-JENIS ATHRITIS:

Osteoporosis
**********
Keradangan yang berpunca daripada kekurangan fungsi rawan (semakin menipis) yang berperanan sebagai pelapik yang menyokong sendi.

Tanda : Kerap kebas pada awal pagi pada tangan, lutut, punggung dan sebagainya.

Artritis Rheumatoid
**************
Keradangan yang menyerang membran sonovial yang mengelilingi cecair pelincir dalam SENDI. Faktor risiko bagi penyakit ini biasanya berkaitan dengan tekanan emosi, fizikal, pemakanan yang tidak baik ataupun jangkitan bakteria. Antara tanda-tanada AR ialah demam, keletihan, kelemahan sistem pertahanan badan, anaemia dan masalah kesakitan SENDI. 
Walau apa sekalipun puncanya, ia ternyata membebankan apabila kita mula menderitainya, cuma satu persoalan yang bermain difikiran iaitu mencari cara melegakan.
Oleh sebab itulah, Shaklee menawarkan Set Sendi bagi kesihatan sendi optimum.

1.VIVIX
  • VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi DIABETES, ARTHRITIS (SAKIT SENDI), GOUT, KANSER, KENCING MANIS (diabetes), STROK, SAKIT JANTUNG dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki dari peringkat Sel DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.
  • Vivix ni special,lain dari mana-mana supliment sebabnya dia merawat dari dalam repair sel DNA dalam badan kita.
  • Vivix mengandungi anthocyanin (sejenis antioksidan yg kuat) yang boleh bertindak membantu mengatasi masalah keradangan dan juga baik untuk kesihatan tubuh badan keseluruhan. Vivix mengandungi bahan yang istimewa dan manfaatnya yang luar biasa.

2.COLLAGEN POWDER

Apabila kolagen berkurangan, tulang-tulang lain akan turut rosak. Kolagen berperanan penting dalam memastikan kesihatan tulang rawan. Antara fungsi kolagen ;

- Memberi regangan pada sendi
- Menjaga rangka lutut
- Memelihara tulang rawan yang mula rosak.


3.OMEGA GUARD

Omega Guard adalah omega 3 yang melambatkan degradasi tulang rawan, ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi.

Ia juga turut membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi.

Omega Guard juga bertindak sebagai pelincir. Ia membantu sendi untuk bergerak bebas.
Mengurangkan inflamasi. Mengandungi Omega 3 yang membantu : -

- Melambatkan degradasi tulang rawan
- Mengurangkan reaksi keradangan dan mengurangkan gejala sakit sendi
- Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar 


Diproses melalui kaedah penyulingan berperingkat untuk membuang bahan kontaminan (plumbum, merkuri dll.) dan mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans

4.OSTEMATRIX
Ostematrix lengkap dengan unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Kalsium amat penting bagi memastikan kesihatan otot, tulang dan ligamen. Gandingan kalsium dan magnesium (Ca+ & Mg+) dalam Ostematrix membantu penyerapan kalsium dengan lebih efisen ke dalam tulang.

Ostematrix merupakan suplemen semulajadi yang mengandungi kalsium bagi membantu menyokong kepadatan dan kekuatan tulang.

Bagi mendapatkan kepadatan tulang badan kita haruslah membekalkan kalsium sebanyak 1000mg sehari.

Antara fungsi Ostematrix untuk sendi ialah:-
  • Mengekalkan sel tulang yang sihat 
  • Mengurangkan gejala sakit sendi dan tulang 
  • Terbukti secara klinikal diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan
TESTIMONI MENUSUK KALBU DENGAN VITAMIN SENDI SHAKLEE

Testimoni 1



Testimoni 2

Testimoni 3




Jagalah Sendi & Sayang Sendi Anda.

Jangan biarkan sakit sendi anda menjadi semakin teruk,bertindak dengan segera supaya dapat kurangkan kos rawatan dan juga masa yang diambil untuk pulih.


Dapatkan Vitamin Sendi Shaklee anda sekarang, dengan hubungi yati di talian 013 222 1663. Atau anda boleh membuat pembelian dengan sendiri. Klik sahaja gambar Esell di bawah.




Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 30 January 2018

KETAHUI RAHSIA MUDAH HAMIL DAN DAPAT ZURIAT SENDIRI

Anak adalah anugerah terindah oleh ALLAH taala kepada pasangan suami isteri. Namun bukan semua akan di kurniakan rezeki anak dalam masa yang terdekat. Kerana kita semua tahu, jodoh, ajal, rezeki, semua itu sudah di tetapkan oeleh ALLAH taala.

Kepada suami isteri yang belum di kurniakan zuriat, jangan bersedih..anda adalah orang yang sangat bertuah di beri ujian untuk meningkatkan kesabaran dan mendekatkan diri kepada ALLAH. InsyaAllah pasti ada kemanisan di akhir penantian. Bersangka baik dengan Allah.



Terlebih dahulu kita kenali punca atau faktor-faktor tidak subur suami dan isteri.

Punca Lelaki tidak Subur


1.Testis yang tidak normal

2. Gangguan hormon

3. Teknik hubungan seks yang kurang berkesan

4. Faktor psikologi

5. Jangkitan atau kecederaan pada testis

6.Terlalu gemuk.
-Lelaki gemuk dan ada masalah obesiti mempunyai buah zakar dikelilingi lemak yang mengekalkan susu buah zakar pada tahap tinggi. Ini secara tidak langsung menekan kilang sperma dan menyumbangkan masalah kepada faktor kesuburan.

Punca Wanita tidak Subur


1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan.
-Tanda - tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.

2.Berat badan -Wanita yang terlalu berat atau terlalu kurus juga dikenalpasti sebagai faktor sukar hamil. Jadi langkah terbaik adalah dengan mendapatkan berat badan unggul.

3.Usia - Umur sekitar 35 tahun ke atas adalah masa yang dianggap sebagai berkurangnya kesuburan wanita secara alami. Hamil selepas 45 tahun adalah amat jarang berlaku walaupun tidaklah mustahil.

4. Masalah Di Tiub Fallopia - Ketidakbolehan tiub falopia membawa telur ke uterus daripada ovari juga menjadi punca. Mungkin sisebabkan tisu berparut atau jangkitan terdahulu atau endometrisis.

5. Masalah- Masalah Lain
Ini termasuklah pertumbuhan fibroid, tumor, masalah serviks dan bentuk uterine tidak tetap. Walaubagaimanapun, masalah-masalah ini agak jarang terjadi kepada wanita normal.

Sumber:Julmazli Dot Com

Produk Shaklee turut merangkumi vitamin untuk set kesuburan suami isteri. Alhamdulillah,dengan izin Allah,sudah ramai suami isteri yang ikhtiar dengan set kesuburan suami isteri Shaklee telah berjaya hamil.

SET KESUBURAN SHAKLEE UNTUK SUAMI ISTERI

1.ESP (Energizing Soy Protein)
  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.
  • ESP merupakan protein berasaskan kacang soya. Sumber hormon keseburuan untuk wanita adalah estrogen. Kacang soya merupakan tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, iaitu fungsinya bersamaan dengan estrogen.
  • ESP kaya dengan protein, dimana protein sangat penting untuk menghasilakn ovum yang berkualiti. 


2.GLA Complex 
  • Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yang stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan.
  • GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. 
  • Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dalam jangka waktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid)

3.B Complex
  • Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.




4.Alfalfa Complex
  • Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

5.Vitamin E
  • Meningkatkan keinginan seksual dan lebih tenaga
  • Membantu membentuk sel sperma yang sihat dan sempurna
  • Vitamin E juga bagus diambil oleh isteri bagi meningkatkan kesuburan dan keinginan seksual serta menguatkan rahim isteri.
6.Omega Guard

Pengambilan Omega-3 yang mencukupi memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang anda untuk mengandung kerana ia:

Isteri:-

  • Menyokong pengeluaran dan keseimbangan hormon.
  • Membantu mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan aliran darah rahim untuk meningkatkan peluang mengandung.
Suami:-
  • Meningkatkan kepekatan sperma.
  • Memainkan peranan utama dalam penghasilan sperma yang sihat.


7.Vivix Shaklee
  • Vivix merupakan minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.
  • Anggur muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat. Polifenol merupakan salah satu sumber Resveratrol.
  • Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah "Oxidative Damage". Dengan kata yang mudah, lebih banyak oxidative damage lebih banyak sel menjadi rosak, begitulah sebaliknya. 
  • Kesimpulannya, Vivix juga membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan.


TESTIMONI BERJAYA HAMIL DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE UNTUK SUAMI ISTERI

Testimoni 1
Sangat bersyukur setelah 3 bulan konsisten mangambil set kesuburan ini (Alfalfa,GLA,ESP), memang period saya kembali teratur setiap bulan dan saya telah dikejutkan dengan berita gembira yang saya telah hamil anak pertama pada masa itu. - Ain Najwa



Testimoni 2
Disahkan hamil setelah 2 bulan ikhtiar dengan vitamin kesuburan Shaklee.Alhamdulillah.
-Nurul Shahida


Testimoni 3
Selepas 3 bulan berusaha,akhirnya berjaya hamil 13 week.
Vitamin yang di ambil (GLA,ALfalfa,CoQ,B Complex,ESP,Vitamin E dan Zink).


Dengan izin Allah,kita hanya berusaha. Mencari makanan nutrisi dan mengamalkannya merupakan salah satu usaha, selain daripada mendekatkan diri kepada ALLAH dan meminta bantuan dari-Nya.. ,InsyaAllah ALLAH akan sentiasa mendengar doa hambaNya. Yang penting jangan cepat berputus asa..Percaturan ALLAH taala adalah yang terbaik.

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya 013 222 1663 yati atau klik sahaja icon dibawah untuk pembelian terus secara online.


 Order Vitamin Hamil

ATAU

Anda inginkan HARGA MURAH dan PENJIMATAN sehingga 15 % ke 20% barangan shaklee?Daftar diri anda sebagai ahli shaklee untuk makan sendiri dengan yati sekarang.Penjimatan berganda akan anda peroleh! 


INGIN TAHU AMALAN IBU HAMIL UNTUK ANAK SOLEH?KLIK SINI


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Wednesday, 3 January 2018

Tips Atasi Buasir Dengan Cepat Dan Berkesan

Sakitkah Buasir?Hanya mereka yang pernah mengalami buasir sahaja yang tahu dan mengerti sakitnya buasir...Kadang bila terkena buasir,hilang senyuman diwajah..yang timbul adalah kekerutan di dahi dan muka ketat sepanjang waktu.

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.



Bagi yang mengalami buasir selepas melahirkan, masalah ini biasanya terjadi akibat daripada amalan meneran sewaktu membuang air besar yang disebabkan oleh sembelit ataupun najis keras. Selain daripada itu, masalah cirit-birit, batuk teruk, berdiri dan duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama serta kekerapan mengangkat benda berat turut boleh menjurus kepada masalah buasir.

Panduan mengelak buasir

  • Minum air sekurang-kurangnya 2.5 hingga 3 liter sehari.
  • Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit.
  • Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Kurangkan menikmati makanan segera. Jika makan di luar rumah pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar.
  • Elakkan memakan makanan yang boleh me­nyebabkan gangguan pada proses pembuangan air seperti makanan pedas atau berempah.
  • Apabila terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.
  • Ubah gaya hidup kita & cegah simptoms dengan vitamin Shaklee



Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pulihkan Buasir?

1.OSTEMATRIX : Bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.


2.OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

3.VITAMIN C SUSTAINED RELEASEMembantu menyembuhkan luka dalaman dan di bahagian dubur dengan cepat. Pengambilan Vitamin C amat disarankan terutama buat pesakit buasir yang mendapati keluar darah ketika membuang air besar (najis berdarah).

4.VIVIX : Membantu dalam dalam memulihkan sel sehingga ke peringkat paling asas di dalam tubuh kita iaitu ke peringkat DNA.Vivix mengandungi Resveratrol dan 15 jenis Polyphenol. Ini membuatkan kandungan Resveratrol dalam Vivix 10x lebih berkuasa daripada Resveratrol semata-mata. Resveratrol membantu membaikpulih sel, melindungi sel dan juga merupakan anti radang. Muscadine Grape salah satu ramuan utama Vivix merupakan sumber terbaik untuk serat pemakanan.


TESTIMONI VITAMIN SHAKLEE UNTUK BUASIR


Testimoni 1:"Setakat ni ayah mai cakap perbezaan ketara dekat buasir.Sebabnya selalu bila lepas membuang,dia membengkak tak masuk balik.Tapi sekarang Alhamdulillah ayah cakap buasir dah elok sikit.Tak bengkak dah bila lepas.



Testimoni 2:Semalam selepas jumpa kak terus makan omega.Alhamdulillah pagi tadi buasir tu dah kecut sikit.Berkesan juga Shaklee ni,kalau tau dari dulu makan.


Testimoni 3:Lepas hamil haritu,saya terkena tanda2 awal buasir.Bila buang air besar berdarah,sekarang Alhamdulillah lancar.
TESTIMONI 2

Lagi tips menarik tentang buasir,yang membuatkan anda tersenyum manis..KLIK SINI.

Apabila anda ada tanda-­tanda buasir, segeralah dapat­kan nasihat doktor. Ini penting kerana rawatan awal bukan saja lebih mudah dan murah tetapi ia dapat mengelakkan berlakunya komplikasi lain atau pembedahan yang lebih besar. Dapatkan vitamin buasir sekarang untuk mengelakkan buasir bertambah parah dan mengganggu kehidupan seharian anda.


Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya 013 222 1663 yati atau klik sahaja icon dibawah untuk pembelian terus secara online.

Klik Di Sini Untuk Order
Klik Pada Icon Untuk Order Secara Terus

Selepas order yati akan hubungi tuan/puan untuk jadual makan vitamin dengan betul.Pihak Shaklee sendiri akan proses order dan menghantar vitamin direct kepada pihak tuan/puan.



ATAU

Anda inginkan HARGA MURAH dan PENJIMATAN sehingga 15 % ke 20% barangan shaklee?Daftar diri anda sebagai ahli shaklee untuk makan sendiri dengan yati sekarang.Penjimatan berganda akan anda peroleh! 

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 21 December 2017

Cara Cepat Pulihkan Tulang Patah Dengan Nutrisi Yang Cukup

Tulang patah boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja tidak kira usia termasuklah anak-anak kecil. Tulang patah berlaku sama ada akibat terjatuh, kecederaan disebabkan kemalangan atau juga disebabkan osteoporosis (kerapuhan tulang).

Apabila berlakunya tulang patah,rawatan segera perlu diberikan. Pertama sekali adalah dapatkan rawatan dengan yang pakar iaitu doctor.Ikut segala nasihat yang doctor berikan.Rawatan alternative seperti supplemen akan membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan tulang patah dengan segera dan cantik supaya tulang patah kembali kuat dan sihat.


Terdapat 2 golongan tulang patah iaitu tulang patah tertututp dan tulang patah terbuka. Tulang patah tertutup ialah dimana keadaan tulang patah tidak keluar kulitnya. Manakala tulang patah terbuka sebahagian atau keseluruhan tulang yang patah menembusi kulit.Kedua2 kategori tulang patah ini perlulah mendapat rawatan.


Menurut Dr. Zubaidi Haji Ahmad, proses penyembuhan tulang melalui 3 proses secara serentak iaitu

1.Pembengkakan (inflamasi)
2.Penyingkiran sel-sel tulang yang rosak
3.Pembentukan semula tulang yang baru

Proses bengkakan mengambil masa beberapa hari selepas tulang itu patah. Pembekuan darah akan berlaku ditempat yang patah bagi memberikan kestabilan kepada struktur dan rangka awal tulang yang baru. Kemudian, sel-sel tulang yang rosak beserta darah beku tadi dikeluarkan bagi memberikan ruang kepada sel-sel tulang baru yang kuat dan kaya dengan kalsium.


Proses pembentukan semula tulang baru adalah fasa terkahir yang mengambil masa dua bulan atau lebih untuk tulang patah kembali kepada normal.Oleh kerana proses penyembuhan tulang patah adalah proses yang kompleks dan kadar penyembuhannya adalah berbeza mengikut individu bergantung kepada banyak faktor seperti jenis tulang patah, umur individu yang patah, penyakit kronik yang dihidapi dan faktor pemakanan individu itu sendiri.



PENGAMBILAN NUTRISI YANG TEPAT MEMBANTU PROSES TULANG PATAH CEPAT SEMBUH

1.KALSIUM  - Kalsium diperlukan untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan tulang.Mineral utama dalam tulang adalah kalsium, jadi pentingnya sumber kalsium yang perlu kita bekalkan kepada tulang setiap hari.

Selain itu, mengambil diet yang kaya dengan kalsium seperti susu, tauhu, yoghurt pisang, dan lain-lain juga sangat membantu memenuhi keperluan kalsium seharian.

2.MAKANAN KAYA VITAMIN D - Tanpa vitamin D yang mencukupi, kalsium yang terkandung dalam makanan dan supplemen tidak akan dapat diserap secara sepenuhnya oleh tubuh ini kerana vitamin D berperanan untuk menyerap kalsium secara optimum ke dalam darah dan tulang.

3.MAKANAN KAYA VITAMIN K - vitamin K penting untuk kesihatan tulang yang menyeluruh terutamanya berperanan penting dalam penyembuhan patah tulang. Ini kerana vitamin K berfungsi untuk memperkuat osteocalcin iaitu komponen protein penting pada tulang. Proses ini akan meyembuhkan patah tulang dengan cepat dan mengelakkan risiko tulang retak.

4.PROTEIN TANPA LEMAK
– Tubuh tidak boleh membina semula tisu yang hilang tanpa protein. Cuba untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 4-5 oz hidangan protein tanpa lemak organik seperti ikan atau daging lembu yang diberi makan rumput.

5.VITAMIN C – penting untuk penghasilan kolagen iaitu komponen penting kulit dan tisu. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus, paprika, strawberi dan tomato.


CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK CEPAT PULIHKAN TULANG PATAH



1.OSTEMATRIX
Ostematrix lengkap dengan unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalamnya penting untuk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif.

Istimewanya kandungan didalam Ostematrix Shkalee mengandungi
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi.
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium



2.ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)
ESP kaya dengan sumber protein Non GMO (tidak diubah genetik) yang diperlukan oleh  tubuh untuk membina semula sel-sel tulang yang rosak.ESP juga mengandungi semua 9 asid amino perlu yang tidak dihasilkan oleh badan dan didapati daripada makanan. Protein penting untuk menguatkan matriks tulang.ESP adalah Hot produk dalam membantu tulang patah untuk kembali sihat dan kuat.


3.VITAMIN C
Vitamin C membekalkan 500 mg vitamin C untuk keperluan harian. Penting untuk penyembuhan luka dan merangsang penghasilan kolagen, iaitu tisu penyambung di bahagian sendi.


4.OMEGA GUARD (MINYAK IKAN)
Omega Guard membekalkan asid lemak omega-3 yang dapat bantu mencegah degradasi tulang rawan pada sendi, dan memelihara sendi yang cedera disebabkan patah.Ia juga bertindak sebagai pelincir yang dapat bantu melancarkan pergerakan.


TESTIMONI TULANG PATAH BERCANTUM KEMBALI



Semoga dengan apa yang dikongsikan ini dapat membantu tuan/puan dalam proses mempercepatkan penyembuhan tulang patah. Tak kira apa jua keadaan, jangan hanya berserah tanpa usaha untuk sembuh.

Order Vitamin Tulang Patah sekarang. KLIK Gambar ESell dibawah.



Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Friday, 10 November 2017

PENGALAMAN BERPANTANG;LUKA CEPAT SEMBUH,MUKA BERSERI,SUSU BADAN MERIAH

Yati dan Hero-hero sekarang 2017

Alhamdulillah, diizinkan sekali lagi untuk yati berkongsikan pengalaman sendiri berpantang dengan vitamin Shaklee (Vitalea,B complex,Vitamin C,Ostematrix,ESP & Omega Guard). Mesti bila baca senarai vitamin yang yati makan tu pun dah semput kan?Memangla nampak banyak..tapi kita bukannya makan semua vitamin tu sekaligus...ada waktu2 yang terbaik untuk kita makan.Waktu terbaik?Yalah..waktu terbaik untuk dapat kesan yang terbaik kena ada cara makan yang betul.Jadual makan yang betul ni yati memang akan bagi untuk semua pelanggan tersayang yati..best tak?

Ok, berbalik kepada vitamin terbaik berpantang shaklee ni..yati amalkan semenjak hamil lagi..dan teruskan juga sewaktu berpantang.Selepas bersalin hari pertama yati dah makan Vitalea,Vitamin C,B complex dan Ostematrix, 4 vitamin ni je yang bawa ke hospital.Hari ke2 dah boleh keluar wad.

Hari ke2 semasa kat rumah tu,ramai orang,bukan sebab datang melawat yati..tapi sebab ada majlis tahlil kat rumah...apa yang yati sangat teruja waktu tu adalah semua yang datang rumah semua cakap,baru hari ke2 ke?dah kenapa ibunya sangat2 bertenaga,"tok pucat" kata orang Kelantan.Ramai cakap yati berseri2..auww...bukan yati cakap tau..orang ramai yang cakap.Alhamdulillah.

Lagi kesan vitamin berpantang shaklee ni, serius tak ada masalah sembelit..sembelit ni yati trauma tau..sebab anak pertama dia punya tahap sembelit sampai tahap buasir.Orang cakap kalau anak pertama buasir mesti seterusnya buasir juga...tp syukur sangat mimpi ngeri buasir tu tak berulang..kalau tak xde la senyuman berseri yati kan..hehehe.Orang buasir dan sembelit ni kita tengok muka pun dah tau ada masalah..muka ketat je nampak...

Uwais Dzulkarnain Hari Tabika Perpaduan

Susu badan?Ok,susu badan ni...Allah murahkan rezeki untuk Uwais Dzulkarnain (gambar di atas orangnya)..memang tak beli pun susu tepung standby..memang niat nak menyusu sepenuhnya Uwais ni.Jadi memang xde masalah susu badan untuk Uwais selama setahun.

Lagi satu yang paling suka dengan vitamin berpantang shaklee ni, berat badan cepat turun...masa mula mengandung buka buku merah 53kg..ni awal mengandung anak ke 2.Selepas bersalin,yati memang tak ada masalah untuk turun berat badan...makan memang tak ingat dunia sebab menyusu kan.Tapi masih maintain kurus...ya Allah best kan.Ini kisah 5 tahun lepas..dan kisah ini akan sentiasa tersemat dihati yati.Kenangan terindah berpantang dengan vitamin shaklee.Semoga ibu2 diluar sana juga seperti yati ada kenangan terindah bersama vitamin shaklee.

Last, kesan untuk kulit...malas nak cakap panjang, kan cakap yati perasan.Satu je nak bagitau...selepas bersalin "bertambah muda".....yeayyyyy...hehe.
VITAMIN BERPANTANG SHAKLEE

Oklah..bakal2 ibu..memang rugi sangat tau tak cuba vitamin berpantang Shaklee ni...cubalah untuk kesihatan dalaman dan juga kecantikan ibu2.Vitamin ni bukan sahaja beri manfaat kepada ibu2, tapi juga bayi mendapat manfaat sama melalui susu ibu...boleh kuatkan sistem imunisasi bayi dan juga bagi kulit cantik untuk bayi.

KESAN BERPANTANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE.KLIK SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Sunday, 20 August 2017

Cara Kuruskan Badan dengan Vitamin Cepat dan Berkesan

Hari ni yati nak kongsikan satu rahsia...ha rahsia yang tidak lagi rahsia ya..Jika anda sekarang dalam proses menurunkan berat badan, sila baca sampai habis apa yang yati tulis, kerana yati yakin dapat membantu anda untuk menurunkan bacaan kilo penimbang nanti.Best ke best?

Rahsianya ialah dengan amalkan minyak ikan..minyak ikan tulen ya..bukan minyak yang kita guna untuk goreng ikan..kalau amalkan yang tu jangan kata nak kurus, penyakit lain pun boleh dapat nanti.Hehehe...



✿ RAHSIA MINYAK IKAN BANTU UNTUK KURUSKAN BADAN ✿

Omega Guard Shaklee mengandungi EPA dan DHA. Asid lemak omega 3 ini membantu meningkatkan paras hormon "leptin". Leptin ini adalah hormon yang bantu mengawal selera makan. Jika paras leptin dalam badan adalah tinggi maka selera makan kita akan berkurang.

Leptin ini juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, maka cepatlah lemak dibakar di mana akan membantu kita untuk kurangkan berat. Maknanya lemak-lemak yg jahat akan dibakar...so tinggal lah lemak-lemak yang baik, contoh lemak yang bagus ialah OMEGA 3 FATTY ACIDS.

Kenapa kita sentiasa rasa lapar?
Rasa lapar berpanjangan berpunca dari hormon leptin yang tidak neutral dan tidak dapat berfungsi dengan baik seterusnya gagal memberi isyarat lapar dan kenyang dengan baik ke otak dan menyebabkan kita terus mengambil makanan walaupun sebenarnya tubuh perlukan tambahan air bukan makanan.

Jadi, dimudahkan cerita...nak kurus haruslah kita perbaiki dulu hormon leptin (hormon yang menghantar isyarat lapar dan kenyang pada otak).Untuk baiki hormon leptin, haruslah mengamalkan pengambilan omega 3 iaitu omega guard shaklee. Bila dah baiki, so takde la kita akan lapar sentiasa yang menyebabkan lemak bertimbun dalam badan dan kesannya jadilah obesiti.


Info Ringkas mengenai Leptin
  • Leptin membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme badan.
  • Leptin adalah sejenis hormon yang adipose-generated, yang bermaksud dihasilkan oleh lemak badan.
  • Leptin menghantar isyarat kepada otak supaya menghadkan rasa lapar. Semakin rendah tahap leptin, semakin mudah seseorang itu berasa lapar. 
  • Rangsangan leptin mengurangkan aktiviti neuropeptida Y, iaitu neurotransmitter yang boleh mencetuskan refleks kelaparan. Neuropeptida Y pada tahap yang tinggi juga boleh mengurangkan pengeluaran tiroid, yang mana tiroid boleh memberi kesan yang negatif terhadap metabolisme.
Ok, sekarang dah faham kan fungsi minyak ikan dalam membantu anda kuruskan badan. Jadi apa tunggu laggi, jom beli minyak ikan. Tapi pastikan minyak ikan yang di beli adalah yang betul-betul berkesan dan tidak mendatangkan bahaya kepada badan kita.

Tahukah anda tidak semua minyak ikan ni terbaik dan selamat?Ada minyak ikan yang diperbuat dari hati ikan yang mengandungi toksid.
Berbeza dengan shaklee, ia selamat dan ia adalah minyak ikan terbaik di dunia dengan sumber DHA dan EPA yang lengkap dalam memenuhi keperluan tubuh dan otak kita.

Keistimewaan Minyak Ikan Shaklee
.
Shaklee juga menggunakan satu kaedah ultratulen ber-gred pharmaceutical yang berteknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard.
.
Ianya dihasilkan melalui proses penyulingan (3 molekul) – ekstrak asid lemak yang paling tulen dan paling semulajadi, menyingkirkan bahan-bahan berbahaya.


TESTIMONI KURUS DENGAN OMEGA GUARD SHAKLEE




Bagaimana Omega Guard Shaklee Membakar Lemak?

Hubungi yati di talian 013 222 1663 untuk dapatkan Konsultasi PERCUMA serta tips-tips cara pengambilan yang BETUL dan TEPAT untuk anda. 

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 17 August 2017

CEGAH KOLESTROL TINGGI DAN PERUT BUNCIT DENGAN SEGERA

Ramai yang beranggapan hanya orang berbadan besar sahaja yang akan mengalami koelstrol tinggi, namun pada hakikatnya faktor kurus atau besar badan seseorang bukanlah penyebab kolestrol tinggi. Jadi janganlah terkejut jika anda berbadan slim, tapi disahkan kolestrol tinggi.




BAHAYA KE KOLESTROL TINGGI  NI?
Ya,,sangat bahaya.Walaupun ia bukanlah dipanggil penyakit tetapi ia boleh memberikan impak yang buruk kepada diri kita. Kolesterol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Jadi penting untuk kita menjaga kolesterol pada tahap yang sepatutnya.

Antara masalah yang biasa berlaku ialah:
  • Strok
  • Serangan jantung
  • Penyempitan arteri
  • Darah tidak mengalir dengan baik
Artikel hari ini saya akan berkongsi bagaimana vitamin Shaklee membantu anda dalam menurunkan paras bacaan kolestrol kepada bacaan yang normal. Apa yang menariknya, set kolestrol ini bukan sahaja membantu masalah kolestrol tinggi, malah memberikan bonus untuk mereka yang sedang berusaha untuk mengempiskan perut dan ingin turunkan berat badan.

Hot Selling Set Kurus, Kolestrol, Masalah Perut Buncit


Kelebihan set ini:-
-Kurus dan perut kempis
-kurus dengan cara sihat
-kurus dan cantik sekaligus
-kurus dan kolestrol turun
-kurus dan bijak
-kurus dan lebih mengancam


INFO PRODUK




*Phytocol-ST – Menurunkan kolestrol secara semulajadi
Sterol dan stanol tumbuhan adalah sebatian semula jadi yang ditemui dalam tumbuhan, buah, sayur dan bijian. Kajian menunjukkan bahawa apabila ditambah kepada pemakanan sihat, ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda.

Oleh kerana ia mempunyai struktur yang serupa dengan kolestrol, mereka akan bersaing untuk penyerapan dan sekaligus membantu meningkatkan kesihatan. Lagi kurang lah risiko saluran darah anda menyerap kolestrol LDL daripada makanan.

Jadi sekiranya anda siap-siap ambil supplement Phytocol-ST ini sebelum mengambil makanan yang berkolestrol tinggi, kandungan sterol dan stanol tumbuhan yang semula jadi ini (dan mempunyai struktur serupa dengan kolestrol), akan menghalang penyerapan kolestrol daripada makanan.

Jadi ia menghalang penyerapan kolestrol ke dalam tubuh badan anda secara semulajadi.





*LECITHIN - Untuk pecahkan lemak dengan lebih berkesan.
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.


*OMEGA GUARD - untuk membantu pembakaran tenaga dengan lebih pantas apabila disertai dgn senaman. Jadi lemak2 dpt diuraikan lebih cepat utk digunakan oleh otot. Juga membantu mengawal.selera makan.
-EPA & DHA dalam Omega Guard membantu menurunkan kadar bacaan kolestrol

TESTIMONI BAGAIMANA SET KOLESTROL VITAMIN SHAKLEE MENURUNKAN PARAS BACAAN KOLESTROL

TESTIMONI 1 : KOLESTROL TURUN 50%

TESTIMONI 2 : PARAS KOLESTROL TURUN BACAAN NORMAL


Macam mana nak tahu kolestrol anda tinggi atau tak? Pergi klinik buat peperiksaan kolestrol...jika tinggi bertindak segera jangan sampai sikap sambil lewa suka melengahkan itu mendatangkan kesan yang membuatkan anda menderita seumur hidup..Jika kolestrol rendah pun, vitamin shaklee yang saya cadangkan ni boleh juga di amalkan...sesungguhnya mencegah itu lebih senang daripada merawat.

sms/whatsapp 013 222 1663

Berita baik,anda boleh buat tempahan sendiri untuk dapatkan vitamin Kolestrol dan Perut Kempis.Yati akan hubungi anda untuk jadual makan vitamin dengan betul.Pihak Shaklee akan proses order anda dan membuat pengeposan dengan segera.Nak order?Klik ORDER VITAMIN.







Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663 ID No :909121