Showing posts with label tip elak stres. Show all posts
Showing posts with label tip elak stres. Show all posts

Thursday, 13 March 2014

Jangan Bersedih, Allah Tak Suka

Dalam sirah Rasulullah SAW, kematian isterinya Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib merupakan peristiwa yang amat menyedihkan dan meruntun hati, sehinggakan tahun tersebut dipanggil Tahun Kesedihan.

Perginya cinta hati pengubat jiwa, dan pelindung Baginda, memberi impak yang besar terhadap perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Ketiadaan Abu Talib menambah keberanian puak kafir Quraisy bertindak di luar batasan terhadap Baginda.

Namun Rasulullah SAW tetap kental dalam kerja dakwahnya. Baginda tidak tunduk dan terbawa-bawa dengan kesedihan dan kelemahan, sebaliknya bertindak proaktif dengan mencari medan baru yang berpotensi untuk mengembangkan Islam.

Kesedihan, menurut Ibn Qayyim, bukanlah sifat yang harus ada dalam diri seorang Muslim. Di dalam al-Quran bahkan tidak menyebut tentang 'hazn' (sedih) melainkan menafikannya.

“Dan jangan kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati.” [Ali Imran:139]

"Barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak akan ada kerisauan di antara mereka, dan tidak pula mereka bersedih hati.” [Al Baqarah: 38]


Malah, terbawa-bawa dalam kesedihan ini telah dinukilkan oleh Allah SWT sebagai satu cara syaitan, dan Allah melarang kita untuk menyebar-nyebarkan tentang kesedihan.

"Sesungguhnya pembicaraan rahsia itu adalah dari syaitan, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, sedangkan pembicaraan itu tiadalah memberi mudarat sedikitpun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah-lah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal" [Al-Mujadilah:10]

Jangan bersedih, sebab usia kita yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan kita. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia kita dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam kita dalam kecemasan, jangan kita tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu kita yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu.

Namun, kita sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari berasa sedih, gusar, resah, gelisah... namun segeralah meminta pertolongan dari Allah agar kesedihan itu tidak membawa mudarat kepada kita. Kesedihan yang membawa mudarat ialah bila kita mula merasa tidak bersemangat, datanglah perasaan malas, lemah longlai... dan pada masa ini syaitan bertepuk tangan.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Saturday, 15 February 2014

6 Fakta Bahaya Kurang Tidur

Kekurangan tidur boleh menjadi punca pelbagai masalah kesihatan. Ini termasuk mengurangkan keupayaan seseorang menangani stres dan ketahanan terhadap penyakit.

Seseorang yang bekerja di siang hari tanpa tidur secukupnya pada waktu malam tidak mampu berfikir atau fokus kepada tugasan dengan baik. 

6 fakta bahaya kurang tidur.

1. Keinginan Kunyah Makanan Berlemak Meningkat
Kurang tidur boleh melenyapkan hormon yang mengatur nafsu makan. Akibatnya, keinginan menikmati makanan tinggi lemak dan karbohidrat meningkat, sehingga menyebabkan keinginan makanan kalori tinggi.

Jika selama 2 malam tidur anda tidak berkualiti, ini dapat menimbulkan rasa lapar berlebihan. Keadaan ini terjadi karena merangsang peningkatan hormon ghrelin, hormon penambah nafsu makan, dan mengurangkan hormon leptin sebagai penekan nafsu makan.

2. Peningkatan Hormon Stress
Kajian yang dilakukan Universiti Chicago menunjukkan bahawa tidur kurang dari 7 jam boleh meningkatkan pertumbuhan kortisol atau hormon stress.

Bahkan pada petang dan malam dapat meningkatkan denyut jantung, tekanan darah dan glukosa darah sehingga boleh mengakibatkan hipertensi, penyakit jantung dan diabetes jenis 2.

3. Lemah AntibodiMereka yang tidur kurang dari 7 jam semalaman boleh menahan rasa sejuk 3 kali lebih tinggi. Kajian lain mendapati, lelaki yang kurang tidur akan mengalami kegagalan menjaga respon imun atau kekebalan tubuh secara normal setelah menerima suntikan flu.

Mereka yang kurang tidur, antibodi yang bekerja setelah suntikan vaksinasi hanya mampu bertahan paling lama 10 hari. Keadaan ini sangat berbahaya. Perbaiki kualiti tidur, maka kekebalan tubuh anda akan meningkat.

4. Menimbulkan Pelbagai Penyakit
Tidak menghairan, penyakit kronik seperti arthritis boleh terjadi apabila anda tidak mendapat tidur yang mencukupi.

5. Risiko Kanser Lebih Tinggi
Senaman membantu mencegah kanser, tetapi terlalu sedikit memejamkan mata dapat merusak efek pelindungnya. Para atlit yang tidur 7 jam atau kurang semalaman memiliki kemungkinan menghidapi kanser 50% daripada mereka yang rutin melakukan senaman dan mendapat tidur yang lebih berkualiti.

Ini kerana kualiti tidur yang buruk menyebabkan gangguan metabolisme hormon dan dikaitkan dengan risiko kanser, dan boleh 'menghapus' manfaat senaman tersebut.

6. Tampak lebih tua
Mereka yang kurang tidur biasanya memiliki kulit yang pucat dan wajah lesu. Lebih buruk lagi, peningkatan kadar kortisol memperlambatkan pertumbuhan kolagen yang mengakibatkan kedutan.

Cukupkah waktu tidur kita yang lena sempurna?



Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 4 February 2014

Vitamin Untuk Hilangkan Stress - Kelebihan B Complex Shaklee

Tahukah anda dengan mengambil vitamin, ia juga dapat menangani anda daripada stress? Supplemen boleh kurangkan stres sebab dengan peningkatan kualiti nutrisi pemakanan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur.

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

Vitamin B Complex terdiri daripada lapan vitamin B yang penting dan beberapa bahan-bahan yang berkaitan. Lapan vitamin adalah:
1.Vitamin B1 (thiamine)
2.Vitamin B2 (riboflavin)
3.Vitamin B3 (niasin)
4.Vitamin B5 (Pantothenic asid)
5.Vitamin B6 (pyridoxine)
6.Vitamin B7 (Biotin)
7.Vitamin B9 (asid folik)
8.Vitamin B12 (cyanocobalamin)


Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stres?

1.Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma
2.Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.

3.Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi.

4.Vitamin B5~Asid Pantothenic memainkan peranan yang penting dalam melegakan tekanan/ stress. Sering dirujuk sebagai "vitamin anti-tekanan,".
Penting untuk pengeluaran hormon yang berkaitan dengan tekanan yang dihasilkan dalam kelenjar adrenal, menurut University of Maryland Medical Center. Vitamin B kompleks boleh membantu memulihkan kelenjar adrenal daripada stress.

5.Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya. 
Perubahan dalam tahap serotonin boleh mengubah mood dan menjejaskan keupayaan seseorang untuk menghadapi tekanan / stress

6.Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual

7.Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit

8.Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya
#Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.
Vitamin B memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga. Bahan-bahan choline dan inositol menawarkan kesan menenangkan yang boleh membantu dalam menangani tekanan.


Atasi Stress dengan B Complex Shaklee
Kepentingan Vitamin B Complex Terhadap tubuh badan kita. Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Sunday, 27 October 2013

Khasiat Pisang yang Perlu Anda tahu

Hari ni yati nk share tentang tips pemakanan sihat. Makanan yang yati nk share adalah, buah pisang. Ha..kenpa buah pisang?sebab buah pisang ni boleh dikatakan semua orang kenal dan buah yang paling senang di jumpai di Malaysia. Di samping itu, harganya juga sangat murah dan boleh dibeli oleh semua golongan.
Kalau kat kg yati, yati taak payah susah-susah nak beli buah pisang..kenapa?sebab abah yati memang tanam pisang...so mkn je dengan percuma...:-)


Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.Boleh juga mengamalkan vitamin B complex shaklee...

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Tips Memilih Pisang:Kata pakar pemakanan pisang yang lebih bintik-bintik hitam mengandungi suatu bahan antikanser. Lebih banyak bintik-bintik lebih kuat tindakan antikanser. Kebanyakkan orang pilih pisang yang cantik kulit tapi khasiatnya kurang. Jangan sangka orang rupa hodoh tidak hebat, mungkin lebih mulia hati dan akhlaknya dan Allah lebih sayang kepadanya.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 23 October 2013

Stres Boleh Mengganggu Kesihatan dan Kesuburan Seorang Lelaki ataupun Perempuan

SETIAP orang daripada kita terdedah kepada stres, tidak kira sama ada ketua pegawai eksekutif yang sibuk atau ibu yang duduk di rumah atau hinggalah ke anak yang berusia tujuh tahun.
Stres boleh didefinisikan sebagai tindak balas terhadap sebarang rangsangan atau cabaran yang mengganggu fungsi normal dan mengganggu kesihatan mental atau fizikal.

Stres bukan sahaja mampu menggugat kemesraan tetapi juga mengganggu kesihatan sama ada kesihatan fizikal, emosi dan seksual. Walau bagaimanapun, masalah utama bukanlah stres itu sednri tetapi bagaimana kita menanganinya.
Stress/tekanan/tension sama ada mental , emosi atau fizikal semuanya ada kesan kepada kesihatan dan kesuburan seseorang lelaki atau perempuan.


Apakah kesan stres ke atas kesuburan?

1. Ia bolih melemahkan tenaga batin/syahwat lelaki atau perempuan dan ini menyebabkan mereka jadi mati pucuk bagi lelaki, vaginismus bagi perempuan, ketidakmampuan untuk melakukan persetubuhan khususnya ketika isterinya sedang subur.

2. Stress mengurangkan bilangan benih dan kekuatan pergerakan benih lelaki.

3. Mengganggu hormon subur wanita, akibatnya tiada penetasan telor/ovulation.

4. Saluran fallopio boleh jadi mengecut dan mencegah benih suami sampai ketelor isteri.

5. Menggangu imbangan hormon wanita dan menyebabkan kegagalan embryo melekat dan membenam kedinding rahim/implantation.

Bagaimanakah cara untuk Mengatasi Stres?

1. Berzikir mengingati Allah atau meditation

Berbagai jenis teknik relaxation boleh dicuba , tetapi bagi orang islam membaca quran dan memahami makna serta berzikir mengingati Allah setiap waktu lapang adalah sangat berkesan. Apabila memandu kereta atau sedang dipandu, baca fatihah, ayat kursi, tiga Qul, lepas itu berzikir, bertasbih, bertahmid terus menerus jangan berhenti, selingkan doa untuk dapat zuriat.

2. Deep Breathing/ Pernafasan selama 5 minit.
Waktu berkerja, dalam apa2 kesibukkan, berhenti sekejap duduk tegak. Sedut nafas melalui hidung perlahan2 dan hembuskan keluar melalui mulut juga perlahan-lahan. Ulang beberapa kali sebelum mulakan semula perkerjaan atau lain2 aktiviti. Amalkan selalu.

3. Hubungi kawan atau saudara melalui talipon dan berbual-bual kosong sekejap tapi jangan terlalu lama dan jangan bangkitkan hal-hal yang boleh merungsingkan fikiran, Cari cerita-cerita yang ringan menggembirakan. Tapi jangan terlalu banyak luahkan perihal peribadi.

4. Baring terlentang atas lantai, sedut dan hembus keluar nafas perlahan2. Bayangkan anda buat mental scan untuk merasi kesan stress ,mulai dari hujung jari kaki dan terus naik kedalam kepala. Berhenti seketika ditempat yang anda rasai menekan/stress dan sedut dan hembus keluar nafas 1-2 minit.

5. Basahkan tuala dengan air suam panas dan letakkan dibelakang leher selama 10 minit. Gunakan alat pengurut letrik dan kenakan pada belakang leher bahu dan sekitarannya.

6, Lihat tayangan video komedi atau baca majalah kartoon atau komediti untuk menggelitik hati kita untuk ketawa dan senyum. ' laughter is the best medicine'.

7. Berjalan , jogging atau berlari di taman-taman/park atau ditepi hutan atau liring bukit. Pokok-pokok ,daun-daun hijau dan bunga-bunga yang indah berwana warni dengan haruman baunya jadi penawar hati yang tertekan.

8.Di dalam keadaan stres lebih banyak khasiat diperlukan. Pengambilan vitamin dan makanan tambahan dapat membantu mengatasi masalah stres. Makanan B kompleks contohnya dapat menolong membekalkan tenaga, mengurangkan keletihan dan membantu melawan tekanan.

9. Perubahan gaya hidup boleh membantu menangani stress dan memperbaiki kesihatan seksual. Cuba amalkan gaya hidup yang sihat.

10. Dari segi pemakanan, kurangkan pengambilan makanan berlemak, sebaliknya tambahkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.



Credit to Dr Hamid Arshat

Lagi tips untuk merangsang KEHAMILAN dan KESUBURAN. Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121