Tuesday, 25 June 2013

Tips Merangsang Kehamilan dan Meningkatkan Kesuburan dengan Vitamin Shaklee

Cahaya mata adalah anugerah yang tak ternilai harganya.Kehamilan dan melahirkan zuriat adalah saat-saat paling berharga buat seorang wanita. Ia menandakan pusingan kehidupan sebagai seorang wanita telah pun lengkap.

Namun, bukan semua wanita mudah untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada segelintir daripada kita yang memerlukan bantuan bagi merangsang kehamilan dan meningkatkan kesuburan untuk mempercepat proses kehamilan. Namun, ALLAH taala lebih mengetahui segala-galanya. Kita sebagai manusia kenalah redha dan dalam masa yang sama kita kena berusaha!

Mungkin TIPS berikut dapat membantu anda dan tidak salah untuk kita mencuba di samping DOA & TAWAKKAL kita kepada ALLAH taala.

1. Anda boleh mula mengambil Asid Folik. Pengambilan 0.4mg Asid Folik ini dapat mengurangkan 50 hingga 70 peratus risiko kemungkinan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural. Pengambilan Asid Folik haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung.
2. Jadikanlah sesi melakukan hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Untuk menjadikannya lebih menarik, gunakanlah bilik lain selain dari bilik tidur untuk mengubah suasana yang sesuai.

3. Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Berbaringlah sekurang-kurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum.
4. Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, hakikatnya hanya peluang adalah 25 ke 30 peratus untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.
5. Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein dalam sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.
6. Sekiranya anda atau pasangan anda, bekerja di tempat yang mendedahkan anda atau pasangan kepada bahan-bahan yang berbahaya, anda perlu bertekad untuk mencari peluang kerja di tempat lain. Ada sesetengah bahan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupun perkembangan embrio.
7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil.
8. Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ianya boleh membunuh sperma anda!
9. Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian, air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.
10. Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.

Setelah kita berusaha dengan segala tips dan petua, berdoalah dengan ALLAH yang MAHA BERKUASA...Antara doa-doa yang boleh diamalkan untuk mendaptkan zuriat ialah:-

1. Doa Nabi Zakaria alaihi as Salam :


رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)

Artinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa". (QS. Ali Imran : 38)

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)

Artinya : “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling Baik.” (QS. Al Anbiya : 89)

2. Serta doa Nabi Ibrahim ‘Alaihi as Salam :

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)

Artinya : “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang saleh.” (QS. Ash Shafat : 100)

Anda juga boleh mengamalkan set kesuburan dari shaklee untuk meningkatkan kesuburan suami isteri.

1.GLA
-Membantu kitar haid yang tidak teratur dan masalah senggugut yang dialami sewaktu pre-menstrual.
-GLA membantu meningkatkan sistem kesuburan isteri, sekaligus meningkatkan potensi persenyawaan untuk berlaku
-Membantu sperma untuk terus hidup lebih lama dalam Tiub Fallopio sekaligus meningkatkan peluang persenyawaan.

2.ESP
-Memastikan sel ovum dalam keadaan sihat bagi memudahkan persenyawaan
-Merupakan makanan asas untuk memastikan sel-sel dalam badan sihat da sempurna.

3.Vit E
-Meningkatkan keinginan seksual dan lebih tenaga
-Membantu membentuk sel sperma yang sihat dan sempurna
-Vitamin E juga bagus diambil oleh isteri bagi meningkatkan kesuburan dan keinginan seksual

4.Zink
-Kandungan zink dalam protat lelaki adalah 10x ganda dari organ lain. Jesteru itu, ia adalah mineral yang penting untuk kesuburan lelaki.
-Sangat penting untuk keupayaan seksual lelaki dan menguatkan sperma suami.

Kepada pasangan yang sedang berusaha, untuk mendapatkan zuriat bersama-samalah kita berdoa kepada ALLAH taala. Insyaallah mudah-mudahan Allah s.w.t mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah buat saya dan juga anda.

"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi ALLAH dibandingkan Doa" (Riwayat Tirmidzi)

"Orang yang terlalu cepat putus asa, adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

Testimoni pengguna menggunakan vitamin shaklee dan alhamdulillah berjaya hamil. Klik Sini.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment