Wednesday, 19 June 2013

Tip Menggalakkan Anak Makan

Setiap ibu bapa mesti nak anak-anak membesar dengan sihat dan sempurna. Kalau boleh semua nk bg yg terbaik untuk anak2, contoh nak anak dapat no 1 dalam pelajaran, nak anak jadi org yang beriman, nak anak dengar cakap kita sebagai ibu bapa dan juga nak anak kita sentiasa sihat dan juga kalau boleh nak bg anak kita makan semua yang baik untuk badan anak2. Kali ini saya nk tulis tentang tip untuk menggalakkan anak makan yang di ambil dari laman web PA & MA.

Setelah semakin besar iaitu sekitar 2 tahun, anak anda lazimnya semakin kurang menyusu. Inilah masa yang sesuai untuk anda memberinya makanan seimbang mengikut piramid makanan.
Memang ada banyak cara untuk menggalakkan anak makan. Lebih-lebih lagi ketika berusia antara 2 hingga 6 tahun. Waktu ini mereka sangat aktif dan lebih pentingkan bermain daripada makan. Berhadapan dengan anak seperti ini, anda mestilah banyak bersabar dan tidak mudah berputus asa. Ketahuilah bahawa makanan yang anda berikan kepada anak sangat penting kerana berperanan membekalkan nutrien untuk perkembangan dan tumbesaran mereka, membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental, membantu mengekalkan ketahanan badan terhadap sebarang jangkitan penyakit dan menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja. Oleh itu, anda mestilah tahu apa yang anda beri pada anak dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Barulah mereka dapat khasiat yang diperlukan.

Setiap kali anak makan, anda mestilah pastikan gabungan makanannya seimbang seperti yang disarankan oleh Piramid Pemakanan Malaysia. Piramid Pemakanan Malaysia mempunyai 4 aras yang terdiri daripada aras bijirin dan ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu serta lemak, minyak dan gula.

15 Cara Menggalakkan Anak Makan :

1. Sentiasa ada bersama anak ketika dia makan.
2. Jangan memaksa anak makan cepat. Biar dia menikmati makanannya.
3. Pujilah anak jika dia makan dengan elok dan dapat menghabiskan makanannya.
4. Semasa anak makan, beritahu dia apa yang sedang dimakannya itu dan khasiat yang kerkandung dalam makanan tersebut.
5. Seelok-eloknya, biar anak makan sendiri dan jangan suap mereka.
6. Ingat, jangan mendesak anak untuk makan banyak kerana saiz perutnya tidak sama dengan saiz perut orang dewasa.
7. Jangan galakkan anak makan hanya makanan yang digemarinya. Sebaliknya pelbagaikan makanan untuk mereka supaya seimbang.
8. Pastikan anda memberi anak makan ketika dia lapar.
9. Jangan memaksa anak makan. Hal ini hanya akan memberikan tekanan kepada mereka dan menyebabkan mereka kurang selera.
10. Jadikan waktu makan waktu yang menyeronokkan.
11. Elakkan anak minum banyak air semasa makan bagi mengelakkan dia cepat kenyang.
12. Untuk merangsang anak makan, hiaslah makanannya.
13. Tetapkan jadual makan anak agar dia jadi lebih berdisiplin.
14.Jangan beri anak makanan berat di antara waktu makan utamanya.
15.Elakkan memberi anak makan ketika dia mengantuk kerana dia mungkin akan tercekik atau tidak berselera.


Selain dari itu, ibu bapa juga boleh cuba memberikan anak dengan makanan tambahan segera yang terbaik dari shaklee iaitu Mealshakes ShakleeMealshake terdiri dari multivitamin, multimineral serta protein soya yang membekalkan keperluan nutrisi harian khasnya buat kanak-kanak. Membantu meningkatkan selera makan, menguatkan imuniti tubuh, menyelesaikan masalah sembelit dan pelbagai lagi berkaitan dengan kesihatan optimum. Yang pastinya, ia dibuat dari BAHAN SEMULAJADI, TIADA BAHAN PERANGSANG dan TIADA KESAN SAMPINGAN..

Bantulah anak-anak kita dengan memberikannya nutrisi yang baik dan mencukupi untuk perkembangan optimum. Lebih-lebih lagi jika anak terbiasa dengan makanan ringan, mereka pasti kehilangan banyak peluang untuk mendapatkan makanan berkhasiat untuk tubuh mereka.

Lagi info tentang MEALSHAKES


Mealshakes Shaklee
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment