Showing posts with label Tip Kekal Langsing dan Sihat. Show all posts
Showing posts with label Tip Kekal Langsing dan Sihat. Show all posts

Wednesday, 16 July 2014

Cinch Energy Tea Mix Penggalak Tenaga Secara Semulajadi dan Meningkatkan Metabolisme Badan

Anda ingin bertenaga sepanjang hari? Hadapi masalah metabolisme yang Rendah? Dah cuba diet sendiri tapi gagal? Dah cuba kurangkan nasi dan bersenam tapi masih gagal?

Mungkin salah satu kurang berjaya adalah sebab metabolisma badan anda terlalu rendah dan tidak dapat membakar kalori dengan sebaik yang mungkin.

CINCH Energy TEA MIX adalah produk yang terbaik untuk menaikkan metabolisme badan anda, ia bukan sahaja utk meningkatkan metabolisme malah utk menggalakkan tenaga secara semulajadi dan memberi tenaga sepanjang hari (energy booster).



Ramuan terdiri daripada Green Tea Powder, Red Tea Extract, White Tea Extract dan Rooibos Red Tea Extract.
Selain rasanya yang sedap, ia mempunyai antioksida yang cukup tinggi dan sebagai pencegah kanser, dapat membuang toksin, meningkatkan metabolism dan seimbang bendalir badan, juga dapat membantu membakar lemak dengan lebih cepat, Iaitu dapat menurunkan berat badan dan membantu poses penghadaman, anti bacteria serta membantu melawan penyakit.

KEBAIKAN CINCH ENERGY TEA

-Membekalkan tenaga untuk bergerak aktif sepanjang hari
-Mengandungi taurina yang mana ianya berfungsi untuk menggalakkan metabolisme, melarutkan lemak dan membantu menghasilkan otot tanpa lemak.
-Pilihan yang lebih sihat dan terbaik bagi menggantikan kopi untuk bekalan tenaga
-Boleh diminum panas atau sejuk. Lebih sedap jika dicampur madu dan cinch tea dan diminum sejuk.
-Mudah untuk dibawa dan dibancuh kerana berbentuk sacet, hanya perlu shake atau kacau.


Sesuai untuk siapa Cinch Energy Tea ni? Sesuai untuk semua golongan tidak kira remaja dewasa atau warga emas terutama mereka yang selalu kerja berat, yang aktif dan selalu buat kerja luar.

Apakah kaitan Metabolisme dengan Berat Badan?Klik untuk lebih lanjut.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 1 July 2014

Tip Hebat Kekal Langsing dan Sihat Sepanjang Ramadhan (Semasa Berpuasa)

Amat penting bagi anda untuk mengetahui jenis makanan yang baik untuk diambil semasa berpuasa. Ini untuk memastikan puasa anda berjalan lancar dan badan tetap sihat.

Berikut beberapa tip yang boleh membantu anda segar dan sihat sepanjang berpuasa. Insyaallah tip ini dapat mencegah masalah dehidrasi dan kekurangan tenaga.


Semasa Berpuasa
1.Cairan Dalam Badan
-Semasa berpuasa, anda tidak makan dan minum lebih 12 jam. Untuk menjaga cairan dalam badan, ambillah makanan yang mengandungi gamma linoleic acid (GLA) seperti sayuran hijau berbiji seperti buncis, kacand panjang atau kacang botol.

2. Nasi Beras Merah
-cuba gantikan nasi putih dengan beras merah. Ini kerana beras merah mengandungi karbohidrat kompleks dan dapat memabntu anda merasa kenyang lebih lama.

3.Buah & Sayuran
-Ia sangat baik untuk di ambil ketika berpuasa. namun elakkan buah-buahan yang bersifat dueratik seperti tembikai, tomato, lobak merah dan sebagainya.

4. Elakkan makanan manis
-Makanan manis boleh diambil ketika berbuka puasa untuk menjaga kadar gula dalam darah. Tetapi tidak semasa bersahur kerana ia mengandungi kadar gula tinggi dan membuatkan badan anda merasa mengantuk, kekurangan tenaga dan kekurangan kemasukan oksigen ke otak.

Tip Hebat Kekal Langsing Semasa Bersahur

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 26 June 2014

Tip hebat Kekal Langsing dan Sihat Sepanjang Ramadhan (Sebelum Puasa)

Cepatnya masa berlalu, pejam celik pejam celik Ramadhan datang lagi...Alhamdulillah bulan yang sangat2 di nantikan oleh semua umat islam. Semoga Ramdhan kali ini lebih baik, lebih bermakna untuk kita semua.Aamiin.

Bagi anda yang ingin menguruskan badan, inilah masa yang paling sesuai untuk anda. Namun jangan terlalu mengharap badan dapat kurus dalam hanya sebulan. Silap haribulan mungkin badan anda akan naik pada bulan ini.

Berikut beberapa tip yang boleh membantu anda segar dan sihat sepanjang berpuasa. Insyaallah tip ini dapat mencegah masalah dehidrasi dan kekurangan tenaga.

Sebelum puasa

1. Jangan mengambil makanan dan minuman yang mengandungi banyak kafien dan gula.Mulakan dengan perbanyakkan minum air putih.Contohnya 9-10 gelas.

2. Ambillah makanan dalam jumlah yang kecil setiap 2 jam sekali. tetapi elakkan mengambil kandungan garam yang tinggi kerana ia boleh mengurangkan kadar air dalam badan.

3. Apabila tiba waktu malam, nikmatilah hidangan makanan tinggi karbohidrat, lengkap dengan protein, serat dan vitamin. Walaupun anda akan bersahur pada waktu pagi, makan malam mestilah diambil seperti  iasa agar keperluan kalori mencukupi untuk hari itu.

4. Bangunlah sekurang2nya satu jam lebih awal untuk bersahur. Ini untuk anda menikmati makanan dengan santai dan perlahan.

5. Jangan makan terburu-buru ketika bersahur kerana ia boleh menyebabkan perut 'terkejut' (kemasukan makanan). Elakkan mengambil makanan pedas dan terlalu banyak lemak kerana makanan ini boleh menyebabkan perut anda mual dan perit.

6. Gunakan waktu imsak itu dengan minum segelas air putih, rehat seketika danmemberus gigi.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121