Tuesday 30 July 2013

Sayangi Jantung Anda dangan CoQHealth Plus Shaklee

Jantung ini ibarat bateri. Sebuah jam boleh berhenti berputar apabila kehabisan bateri. Namun jantung tiada gantian seperti mudahnya mengganti bateri. Jadi sayangilah jantung anda seperti nyawa anda sendiri.

Tips menjaga JANTUNG
1. Hindari merokok / penggunaan tembakau
2. Aktif kan diri bersukan
3. Kawal berat badan anda
4. Diet pemakanan untuk jantung yang sihat
5.Kendalikan Stress dengan bijak
6. Jalani pemeriksaan kesihatan
7. Hidup sihat tanpa alkohol

Hari ini saya nak sambung sedikit tentang kelebihan produk baru shaklee ini iaitu CoQHealth Plus. Di mana produk baru ini jika di amalkan secara berterusan insyaallah dapat memelihara jantung kita daripada rosak. Kita hanya berusaha..hanya ALLAH Maha Penyembuh.

Apa hebatnya Shaklee CoQ Health Plus ?

♥ Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth Plus , anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli 

♥ Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula Vitamin E , untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel tubuh 

♥ Ekstrak teh hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah & jantung) 

♥ Berasal dari sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis.Bahan mentahnya merupakan satu satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai, sumbernya telah diuji & diyakini ramai secara meluas 

♥ Tanpa gluten


Lagi tentang Kelebihan CoQHelath Plus Shaklee klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Healing Crisis- Krisis Pemulihan; Makan Shaklee ada kesan Sampingan?

Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.



Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.



Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

-Tidak mengamalkannya setiap hari
-Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
-Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
-Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
-Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
-Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
-Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan

Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Jadi kesimpulannya, anda tidak perlu bimbang dgn proses pemulihan ini, apa yang anda patut buat sepanjang tempoh pemulihan ini ialah minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday 29 July 2013

Produk Terbaru Shaklee; CoQHealth™ Plus Bagus Untuk Jantung

Assalamualaikum semua...macam mana keadaan hari ini?harap semuanya sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaik yang mungkin. HAri ini yati nk share tentang produk baru dari Shaklee...produk ni baru dikeluarkan pada tahun ini 2013.

Tadaaaaaaaaaaaaa...ini lah dia vitamin yang akan saya kongsikan hari ini...nama dia CoQHealth Plus.Ok, jom kita berkenalan dgn lebih lanjut lagi dgn vitamin baru ini.
CoQHealth Plus

Apakah CoQHealth Plus?

CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi 28mg Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus.
Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 .

Apakah Co Enzim Q 10?

Ia adalah nutrisi larut lemak yang ditemui secara semulajadi dalam setiap sel tubuh kita untuk fungsi sel yang baik. Terutama pada organ-organ yang bekerja keras seperti jantung, hati, pangkreas,buah pinggang,tulang dan otot. Coenzyme Q10 bertindak umpama spark plug bagi sel bagi menukarkan makanan kepada tenaga untuk fungsi sel. Sel tubuh kita membakar gula dan lemak dari makanan kita, dan CoQ10 ni diperlukan dalam proses ini. Proses penghasilan tenaga inilah yang membolehkan jantung berdegup dan organ lain berfungsi.

Tanpa Coenzyme Q10, sel-sel kita tidak dapat menghasilkan tenaga untuk pertumbuhan sel yang baru serta mengekalkan fungsi organ-organ penting. Tubuh kita menghasilkan CoQ10 sendiri, tapi penghasilannya makin menurun bila kita makin meningkat usia. Samalah seperti kolagen dan sebagainya.

Faktor luar seperti diet yang tak seimbang, pendedahan terhadap redikal bebas dan penggunaan ubat-ubatan juga mengurangkan COQ10 dalam tubuh. CoQ10 membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaannya mengepam darah sekaligus memperbaiki aliran darah.

Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang menghalang dari sel-sel kita termusnah disebabkan oleh molekul berbahaya.

Sejenis bahan UBIQUINOL menghalang pengoksidaan lipid dalam membran seterusnya mengurangkan low density lipoprotein (LDL).Ini dapat mengekalkan salur darah dalam keadaan yang bagus untuk pengaliran darah yang baik.

Info tentang COQ Health:

♥ Mengandungi Koenzim Q10 yg penting utk sel tubuh bagi menghasilkan tenaga sendiri untuk kekal berfungsi
♥ Mengandungi kesemua proprieteri semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan estrak teh hijau
♥ Mengelakkan penyakit kardiovaskular termasuk arteri tersumbat
♥ Digunakan untuk merawat penyakit kanser seperti kanser payudara dann membantu pesakit yg menerima rawatan kemoterapi
♥ Membantu meningkatankan penghasilan insulin yang membantu pesakit diabetis
♥ Merawat masalah penyakit gusi
♥ Membantu merawat pesakit Parkinson
♥ Membantu meningkatkan tahap kesuburan dan jumlah sperma

Kelebihan Shaklee????

Keistimewaan Supplemen CoQ Health Plus Shaklee ialah ianya :
- Mengandungi campuran Co Enzim Q10 , Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau.
Campuran ini meningkatkan lagi keberkesanannya dalam mengoksidakan kolesterol LDL.
- Ianya semulajadi dan tiada bahan sintetik.



Pengambilan CoQ10 adalah sebagai langkah berjaga-jaga ditambah penyakit jantung adalah pembunuh senyap no 1 dunia. pengambilan sebiji sehari adalah sangat disarankan untuk kita dalam menjaga kesihatan jantung.

Dapatkan produk ini untuk dihadiahkan kepada ibu bapa kita malah untuk diri sendiri juga. Mencegah lebih rendah kosnya daripada merawat.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday 22 July 2013

Omega Guard Shaklee Untuk Semua

Assalamualaikum dan salam Ramadhan untuk semua....hari ini saya nk cerita lagi tentang Omega Guard Shaklee. Saya memang suka dgn omega ni..kalau rasa gatal2 tekak nk batuk tu..mmg cepat2 ambik dia...sama juga dgn anak2 yati.klu diaorg mcm nk batuk je..ambik 1 biji picit dlm susu...boelh 2@3 hari alhamdulillah batuk pun ok dan tak melarat. Sebenarnya banyak lagi manfaat omega guard ini kepada kesihatan kita. Nak tahu lebih lanjut kebaikan omega boleh klik sini.

Hari ini, saya nk share tentang siapakah yg memerlukaan Omega Guard Shaklee.

Shaklee OmegaGuard (Fish Oil) mengandungi Omega-3 Fatty Acid yang dilengkapi dengan DHA serta EPA. Omega-3 adalah asid lemak perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan perlu diambil daripada diet harian. Tahukah anda apakah fungsi EPA dan DHA?

EPA MENCEGAH
  • Kanser
  • Pembekuan Darah
  • Pembekuan Lemak dalam Darah
  • Kadar Kolestrol berlebihan
  • Penyakit Jantung
  • Tekanan Perasaan
  • Tekanan Darah Tinggi
TUGAS DHA
  • Mencegah Radang Sendi
  • Mencegah Asma
  • Meningkatkan Daya Seks
  • Mengelakkan Kanser PAYUDARA, USUS, PANKREAS DAN PROSTAT
  • Mencegah Penyakit Kulit
  • Mengelakkan MIGRAIN ,RASA KEBAS DI ANGGOTA BADAN SERTA KESEJUKKAN PADA KAKI DAN TANGAN.
Siapa yang perlukan Omega Guard Shaklee?

(1) Ibu hamil
- Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
- Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi
- Mengawal kenaikan berat badan yang mencanak-canak naik

(2) Ibu menyusu
- Menyalurkan khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta perkembangan otak.
- Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

(3) Kanak-kanak
- Pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak
- Yang sering demam, selsema, batuk serta jatuh sakit.etc athma, eczema
- Memperkuatkan sistem imunisasi badan

(4) Mereka yang mengalami masalah berat badan
- Membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat berbanding lecithin
- Omega-3 akan meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan = kurang makan dan sentiasa kenyang

Nota : OmegaGuard bertindak lebih cepat berbanding LECITHIN. Perumpamaannya, lecithin tu naik basikal dan omegaguard tu naik kapal terbang..Apa pun terpulang pada bajet anda dan bukan bajet saya yea..

(5) Sering alami masalah kesihatan
- Batuk berkahak, selesema yang berterusan
- Sakit-sakit sendi , kolestrol tinggi
- Sakit strok

(6) Pesakit Gout
- Omega mengelakkan imflamation pada sendi-sendi dan langkah berjaga-jaga
   supaya bengkak itu tidak membesar.

(7) Pesakit Jantung
- Memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.

Kesimpulannya Omega sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak berumur 1 tahun keatas sehingga warga tua. Hubungi saya untuk dapatkan harga yang terbaik.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:- 

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Monday 8 July 2013

Ibu Menyusu Kekal Cergas Semasa Berpuasa

Alhamdulillah....pejam celik..pejam celik..lagi 1 hari kita akan menyambut bulan Ramadhan yang penuh dgn keberkatan...tak sabar rasa nk menyambut bulan Ramadhan nnt...tahun ni saya akan berpuasa dgn 2 orang anak..tahun lepas saya berpantang sebulan d bulan Ramadhan..:-) tu yg excited lebih nk sambut Ramadhan kali ini...

Semoga Ramadhan kali ini memberikan lebih keberkatan untuk saya dan juga anda semua..sama2 kita menambahkan saham pada bulan Ramadhan nnt. Bukan saham dunia ya..saham akhirat..

Namun mesti ada juga perasaan risau takut letih, penat , tak larat dan susu kurang bagi ibu menyusu apabila kita berpuasa nanti kan..

Di sinilah peranan suplimen atau makanan tambahan untuk mengekalkan tenaga dan memberikan anda sentiasa cergas dan penghasilan susu ibu tidak terjejas.

Antara panduan atau persediaan yang boleh di lakukan oleh ibu menyusu ialah:-

1. Sila buat stok EBM SEBAANYAAAK yang mungkin…tahniah kepada ibu yang dah ada banyak stok. Tapi lebih bagus jika ditambah lagi… bagi yang kurang stok jangan risau, teruskan usaha mengepam sejam sekali… sikit-sikit lama-lama jadi bukit..:-)Stok EBM ini sebagai back up jika kita mengalami kemerosotan susu ketika berpuasa.

2.Amalkan pemakanan yang boleh merangsang penghasilan susu. Antara jenis makanan yang biasa dicadangkan adalah kurma, lobak putih, longan kering, soya, daun betik muda, kacang tanah dan susu kambing, boleh tanya en.google untuk contoh2 yang lain...

3.Amalkan makanan seimbang. Jika kita mengamalkan pemakanan seimbang, in shaa Allah pengeluaran susu takkan terjejas. Cuma bila kita berpuasa, kita akan lebih cepat letih dan dehydrate(kurang air). Jadi bila kita dah terlalu letih, tak ada tenaga, lesu je sedikit sebanyak mempengaruhi mood kita dan buatkan kita stress. Sedangkan untuk maintain pengeluaran susu, ibu menyusu lebih-lebih lagi yang sedang berpuasa, perlulah MENGELAKKAN DIRI DARIPADA STRESS!

4. Pengambilan suplimen tambahan dan juga vitamin dapat membantu kita dalam mengekalkan kesegaran dan kecergasan sepanjang hari di bulan Ramadhan. Antara supplements yang dicadangkan untuk mengekalkan tenaga dan mengelakkan dehydrate ialah Performance Drink, ESP, Mealshake dan Multivitamin.

5. Akhir sekali, banyakkan berdoa kepada ALLAH taala semoga kita semua di permudahkan sepanjang tempoh berpuasa...dan banyakkan juga amal ibadat. Insyaallah kita semua di lindungi ALLAH taala.

Suplimen di bulan puasa

Supplement untuk kekal cergas dan segar di bulan puasa KLIK SINI.

Jadual makan vitamin di bulan puasa Klik SINI.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Sunday 7 July 2013

Jadual makan Vitamin Shaklee Bulan Puasa; kekal cergas dan bertenaga

Assalamualaikum dan selamat pagi..dah banyak hr saya tak update blog...sebab setiap kali nk update idea hilang...bila cari balik idea tu tak jumpa2..huhu..Alhamdulillah pg ni idea dtg lagi dan harap tak hilang seprti hari2 sebelum ni ;-)

Memandangkan lg beberapa hari kita umat islam nk menyambut bulan Ramadhan...dan juga ramai yang msg saya tanya pengambilan cara makan vitamin pada bulan puasa, jadi hari ini yati nak sembang sikit pasal kenapa perlunya vitamin pada bulan puasa dan cara mkn.

Bulan Ramadhan bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya. Beruntunglah anda yang dapat berpuasa sepanjang bulan Ramadhan, karana puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia ia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita sentiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Pengambilan suplimen BUKAN pengganti kepada makanan seimbang kita, sebaliknya hanya MEMBANTU badan kita untuk mendapatkan nutrisi yg tidak lengkap disebalik GAYA HIDUP yg kebanyakan daripada kita yg tdk konsisten mengamalkannya secara berkualiti dan bermutu tinggi. Oleh itu dengann pengambilan suplimen ia sedikit sebanyak dapat menampung kekurangan nutrisi dalam badan kita.

Apabila kita berpuasa kadang2 badan kita cepat letih dan cepat penat kan..ini berlaku sama ada badan kita mmg betul2 penat sebab kekurangan air atau sbb minda kita sendiri yg set dari awal lg apabila berpuasa badan kita akan letih...tepuk dada tanya iman :-)

Di sinilah..pentingnya kenapa kita mengamalkan pemakanan yang boleh mengekalkan kesegaran dan kecergasan sepanjang hari seperti kurma, oats dan supplements (makanan tambahan)

Vitamin
Jadi, bagaimana pula jadual makan vitamin shaklee pada bulan puasa?

Waktu Sahur:
  • Minum segelas Perfromance Drink dan segelas ESP atau boleh mix Performance Drink, ESP dan Mealshake (gabungan terbaik).
  • Vitalea, B Complex & Vit C
Waktu berbuka:
  • Minum segelas Performance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
  • Makan Alfalfa, Vit C & Lecithin/Omega Guard
Selepas Terawih/moreh:
  • Zink, 
Sebelum Tidur:
  • Amalkan minum segelas ESP.
  • Ostematrix, Vit E/GLA
Atau boleh juga ikut macam ni:-

1.Yang biasa ambil pagi  - ambil selepas berbuka puasa
2.Yang biasa ambil tengah hari - ambil selepas Terawikh/moreh
3.Yang biasa ambil malam - ambil masa sahur

Atau anda boleh menghubungi distributor shaklee anda untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut.

Suplimen ketika Bulan Puasa untuk kekal cergas dan bertenaga.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121