Monday 25 November 2013

Kelebihan dan Manfaat Bawang Putih atau garlic Shaklee

Adakah anda seorang penggemar bawang putih?Jika YA, tahniah yati ucapkan kerana tidak sia-sia anda menggemarinya, ini kerana banyak kelebihan dan manfaat pada bawang putih.
Dalam apa jua masakan, boleh dikatakan semuanya mesti menggunakan bawang putih, sama ada masakan goreng, sup, stim, panggang, kalau tak masukkan bawang putih tu rasa macam tak lengkap je masakan tu kan?
Jangan tak tahu pula, produk Shaklee juga mempunyai vitamin yang di perbuat daripada bawang putih ni. Jom kita lihat apakah kelebihan dan manfaat yang terdapat pada bawang putih.

Kelebihan dan Manfaat Bawang Putih

1. Mengurangkan risiko strok.
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

credit:sumber

Wah..rupa2nya banyakkn kelebihan bawang putih ni...jadi kepada semua jom kita jadikan amalan makan bawang putih sebagai makanan yang wajib dalam diet seharian. Tp xsemua bawang putih yang kita makan akan dapat 100% khasiatnya. Kenapa?Ia bergantung pula kepada bagaimana bawang putih itu ditanam, banyak racun, bahan kimia, dan juga bergantung kepada cara masak. 
Inginkan khaisat bawang putih yang semulajadi dan 100% bebas bahan kimia?Amalkan Garlic Shaklee...:-)
Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Saturday 9 November 2013

Tanda-tanda Anda Kekurangan Vitamin

Badan mempunyai cara tersendiri untuk untuk menunjukkan tindakbalas atau berkomunikasi dengan kita. Contohnya apabila kekurangan vitamin tertentu, maka tubuh berusaha mengatakan sesuatu. Adakala terasa tidak sedap badan? Itu tandanya badan kita telah menghantar pesanan melalui gejala-gejala yang aneh yang dialami oleh badan kita sendiri.

Badan kita tidak mengambil makanan yang tepat, atau tubuh tidak dapat menyerap nutrisi yang diambil kerana masalah pencernaan.
Dan yang paling banyak berlaku pada zaman kita sekarang ini adalah pengambilan makanan proses atau makanan segera, tubuh berkemungkinan besar kekurangan vitamin.

Walaupun kekurangan vitamin tak selalu menyebabkan sakit, tapi ada fungsi-fungsi tubuh yang mungkin tak berfungsi maksimum. Vitamin adalah kofaktor dari reaksi biokimia di tubuh. "Kita perlukan vitamin agar tubuh berfungsi baik.

Kekurangan vitamin boleh dielakkan dengan pola makan yang sihat dan seimbang. Namun jika makanan sahaja tidak cukup, tanpa alternative dengan supplement.


Antara Tanda-tanda Badan Kekurangan Vitamin ialah:-

1. Seperti ada celah di sudut mulut
Gejala ini merupakan tanda tubuh kekurangan zat besi, zinc, dan vitamin B seperti niacin (B3), riboflavin (B2), dan B12. "Kekurangan ini biasa terjadi pada orang yang tidak makan daging, seperti vegetarian.

Penyelesaian untuk kekurangan ini adalah makan daging ayam, salmon, tuna, telur, tiram, kerang, tomato yang dikeringkan dengan matahari, dan kacang-kacangan. Penyerapan besi boleh ditingkatkan dengan rajin mengambil vitamin C, yang juga berfungsi sebagai anti inflamasi.

2. Kulit kemerahan, bersisik dan ruam pada wajah serta keguguran rambut.
Kekurangan vitamin rambut yang disebut biotin (B7). Ketika tubuh menyimpan vitamin yang larut lemak (A, D, E, K), maka vitamin B yang terlarut dalam air juga tidak disimpan. Kebiasaan makan telur mentah akan membuat kita terdedah mengalami keadaan ini kerana protein dalam telur mentah yang disebut avidin, menghalang tubuh menyerap Biotin.

Penyelesaiannya adalah, makan lebih banyak telur yang sudah dimasak. Telur yang sudah dimasak akan menghentikan aktiviti avidin. Selain itu banyakan memakan salmon, avokado, cendawan, kacang soya, pisang, dan kacang-kacangan.

3. Benjolan seperti jerawat warna merah atau putih di pipi, lengan, betis dan punggung
Hal ini menandakan tubuh kekurangan asid lemak penting, serta vitamin A dan D. Penyelesaiannya adalah menurunkan pengambilan lemak tepu dan meningkatkan pengambilan lemak sihat. Sebaiknya tingkatkan pengambilan makanan seperti salmon, sardin, almon, walnut, atau flax.

Untuk mencukupkan keperluan vitamin A boleh diperolehi melalui tanaman berdaun atau sayuran kaya warna seperti lobak merah, ubi, dan lada merah. "Makanan ini mengandungi beta karotena, sebuah pelopor vitamin A. Tanpa pelopor tubuh tidak akan membentuk vitamin.

Vitamin D boleh diperolehi dengan berjemur di bawah sinar matahari atau penggunaan makanan tambahan. Selain itu penuhi kecukupan vitamin A dan K yang akan membantu penyerapan vitamin D.

4. Rasa kebas (kesemutan), dan menusuk pada tangan, kaki, serta tempat lain
Gejala ini merupakan kekurangan vitamin B seperti folat (B9), B6, and B12. "Masalah ini berkaitan langsung dengan sistem saraf peripheral. Gejala ini juga boleh dikaitkan dengan kebimbangan, anemia, rasa lemah, dan ketidakseimbangan hormon.
Penyelesaiannya adalah makan bayam, asparagus, beet, kacang, telur, sotong, kerang, daging ayam, tiram dan remis.

5. Krem otot sampai menimbulkan rasa tertusuk di jari kaki, betis, belakang kaki
Keadaan ini tentu menyusahkan, apalagi bila terjadi berulang. Gejala ini merupakan tanda tubuh kekurangan magnesium, kalsium, dan kalium. Kekurangan ini semakin serius kepada mereka yang aktif dalam sukan.

Penyelesaiannya adalah makan banyak pisang, almond, hazelnut, labu, cherry, epal, anggur, brokoli, tab choy, dan tumbuhan berdaun hijau gelap seperti kale, bayam, dan dandelion.

6.Jerawat
Timbul jerawat pada bahagian wajah bukan sahaja disebabkan oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan vitamin B Complex, vitamin E dan asid lemak pati. Untuk mengatasinya, ambil lebih banyak produk haiwan, makanan berbentuk bijirin dan makanan laut.

7.Kuku mudah patah
Bila kuku mudah patah, ia mungkin disebabkan oleh kekurangan ZAT BESI, ZINK dan ASID LEMAK PATI atau ESENSIAL. Boleh ambil makanan daripada sumber seperti daging, kekacang dan ikan. Jangan anggap remeh ye bila kuku sering patah sbb biasanya kuku berada dalam keadaan kering. Elakkan daripada keadaan ni berterusan kerana ia menunjukkan anda terkena penyakit tiroid.


Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah-masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang dia mabil setiap hari memberikan faedah jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan kita. 

Walaubagaimanapun, jangan salah faham ya, walaupun kita mengambil vitamin setiap hari, kita masih perlu menjalani kehidupan yang sihat, aktif bergerak dan pemakanan yang seimbang. Ianya bergerak seiring agak tubuh dan fungsinya dapat berfungsi dengan maksimum dan kita dapat menjalani kehidupan yang sihat serta ceria. ^_^

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Monday 4 November 2013

Sayangi Sendi Anda Dengan Vitamin Shaklee

1 daripada 5 orang Malaysia akan menghidap arthritis, ini FAKTA bukan AUTA ya.SAYANGI SENDI ANDA! SENDI adalah tempat dimana dua atau lebih tulang bertemu. SENDI seperti melekat pada alas yang kuat dan elastik yang dinamakan Ligamen.

Ligamen membolehkan tulang bergerak pada SENDI untuk mencegah daripada terseliuh apabila bergerak. Ligamen bertindak sebagai pengikat SENDI.

Apa itu ATHRITIS?
Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi yang boleh berlaku dimana-mana bahagian anggota tubuh seperti jari, pergelangan tangan atau kaki, siku, leher dan sebagainya.Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis

Punca SAKIT SENDI/ATHRITIS?
Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri.

Antara punca kerosakan
  • Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakita sendi
  • Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
  • Faktor usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit
  • Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan
Simptoms atau tanda-tanda arthritis :
- Bengkak, kejang dan sakit
- Panas dan merah
- Susah untuk digerakkan.

Faktor utama yang menyumbang kepada masalah Arthritis adalah -Umur, Gaya hidup, Pemakan dan Obesiti.

ANTARA JENIS-JENIS ATHRITIS:

Osteoporosis
**********
Keradangan yang berpunca daripada kekurangan fungsi rawan (semakin menipis) yang berperanan sebagai pelapik yang menyokong sendi.

Tanda : Kerap kebas pada awal pagi pada tangan, lutut, punggung dan sebagainya.

Artritis Rheumatoid
**************
Keradangan yang menyerang membran sonovial yang mengelilingi cecair pelincir dalam SENDI. Faktor risiko bagi penyakit ini biasanya berkaitan dengan tekanan emosi, fizikal, pemakanan yang tidak baik ataupun jangkitan bakteria. Antara tanda-tanada AR ialah demam, keletihan, kelemahan sistem pertahanan badan, anaemia dan masaalah kesakitan SENDI.

Gout
****
Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda : Sakit, bengkak, panas pada sendi dan susah digerakkan.

Cegah Gout sebelum lebih parah. Klik sini.


Jika anda mengalami masalah-masalah di atas, hubungi saya segera untuk mendapatkan suplimen shaklee yang sesuai dengan sendi anda. Namun mencegah lebih baik daripada mengubati.

Lagi tips untuk menjaga sendi anda.Klik sini.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Friday 1 November 2013

Atasi Sakit Sendi anda dengan Vitamin Semulajadi

Sakit sendi? Yati rasa semua orang mengalami masalah sakit sendi ni kan..tak kira sakit secara serius atau tak serius. Semua orang akan rasa lenguh-lenguh badan, sakit belakang, sakit pinggang, tak pun rasa sakit lutut kan?..kan?..ada kan rasa semuatu...kadang-kadang yati sendiri pun rasa.Hehehe...

Sakit sendi berpunca daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti rheumatoid arthritis atau osteoarthritis. Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.

Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.

Walau apa sekalipun puncanya, ia ternyata membebankan apabila kita mula menderitainya, cuma satu persoalan yang bermain difikiran iaitu mencari cara melegakan.
Oleh sebab itulah, Shaklee menawarkan Set Joint health bagi kesihatan sendi optimum.


1. Joint Health Tablet
  • Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat
  • Mengandungi tiga bahan penting yang menyokong kesihatan sendi iaitu : 
      - Ekstrak Boswellia : Menyokong keselesaan sendi
      - Ekstrak Jagung : Meningkatkan kesan kusyen
      - Vitamin C, Mangan, Tembaga dan Zink : Memelihara tisu sambungan yang sihat
  • Telah diuji secara klinikal berkesan dalam masa 5 hari
  • Tidak mengandungi kondroitin sulfat yang tidak diserap dengan baik apabila diambil secara oral serta boleh mengganggu penyerapan glukosamina
2. Omega Guard
  • Mengurangkan inflamasi
  • Mengandungi Omega 3 yang membantu : -
       - melambatkan degradasi tulang rawan
       - mengurangkan reaksi keradangan dan mengurangkan gejala sakit sendi
       - bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar
  • Diproses melalui kaedah penyulingan berperingkat untuk membuang bahan kontaminan (plumbum, merkuri dll.) dan mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans
3. Ostematrix
  • Mengurangkan inflamasi
  • Mengekalkan sel tulang yang sihat
  • Mengurangkan gejala sakit sendi dan tulang
  • Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar
  • Terbukti secara klinikal diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan
Secara keseluruhannya set sendi shaklee ini membantu anda:-

Memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur yang kuat.
♥Membantu mengekalkan tulang yang kuat.
♥Membantu melegakan sakit sendi dan inslamasi terhadap sendi.


JAGALAH SENDI DAN SAYANGILAH SENDI ANDA!

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121