Showing posts with label Tips kurus. Show all posts
Showing posts with label Tips kurus. Show all posts

Saturday, 28 June 2014

Tip Hebat Kekal Langsing dan Sihat Sepanjang Ramadhan (Bersahur)

Sebelum ni yati ada kongsikan tip kekal langsing dan sihat sepanjang ramadhan sebelum puasa. Kali ini yati nak kongsikan tip kekal langsing dan sihat semasa bersahur pula. Semangat tau di bulan Ramadhan ni...ambik peluang nak kurus nak turun kilo banyak2 di bulan Ramadhan...tapi janganlah sampai terabai ibadat ya...kiranya bulan Ramadhan ni bonus la untuk mereka yang berazam nak kurus di awal tahun tu..
tips_kurus_dengan_selamat

Tip Semasa Bersahur

1. Hidangan biasa
-makanlah dalam jumlah hidangan biasa. Makan banyak tidak akan membuatkan anda kenyang lebih lama sehingga tiba waktu berbuka puasa.
-Pengambilan makanan yang terlalu banyak boleh mebuatkan badan anda dehidrasi lebih cepat. Walau bagaimanapun, jangan makan terlalu sedikit kerana badan akan kekurangan tenaga sehungga menyukarkan anda untuk menumpukan pada kerja.

2. Pengambilan Karbohidrat Kompleks
-Karbohidrat kompleks ini mengambil masa yang lama untuk dihadamkan dan boleh memberi tenaga lebih lama. Ia terdapat dalam nasi beras merah, roti gandum, bijian, buah dan sayuran.
-Jenis makanan ini baik untuk mempertahankan tenaga yang diperlukan oleh otot semasa berpuasa. Selain itu, ia membantu badan menyerap lebih air dan mengelakkan masalah kekurangan cairan dalam badan.

3. Makan Perlahan
-jangan makan terlalu cepat kerana ia boleh mengganggu kadar gula dalam darah dan membuatkan perut anda cepat merasa lapar. Makan dengan cepat juga akan menyebabkan badan bekerja lebih keras untuk penyerapan nutrisi. Kesannya badan cepat terasa letih.

4. Pilih Air Putih Berbanding Manis
-Mengambil minuman manis semasa bersahur memanglah nikmat. Kombinasi gula ini cepat memberi tenaga tambahan. Namun tenaga yang dihasilkan daripada gula pasir akan hilang dengan cepat.
-Disarankan supaya mengambil minuman manis ketika berbuka sahaja. Ini untuk menggantikan tenaga yang hilang. Ketika bersahur, eloklah minum air putih dan perbanyakkan makan buah-buahan dan sayuran. Elakkan minum kopi atau cafien kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi.

5. Amalkan Set Kurus Shaklee untuk lagi berkesan dan lemak2 dibuang dengan betul yang penting, set kurus Shaklee bukan sahaja membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan, tetapi juga memberikan anda kesihatan bertambah baik.

Tip Hebat Kekal Langsing Semasa Berpuasa

Semoga bulan Ramadhan kali ini dapat menambahkan sebanyak yang mungkin ibadat dan pahala untuk akhirat, dan dapat menurunkan lemak2 dalam badan supaya raya kali ini selim melim dan cantik gitu...

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 23 June 2014

5 Cara kembalikan Bentuk Badan yang Normal (Kurus)

MENURUNKAN berat badan bukan seperti berlari 100 meter, sebaliknya satu maraton. Apabila anda mula mengamalkan diet sihat dan berupaya menurunkan beberapa kilo berat badan, kadang kala ada masanya kita terkeluar daripada sasaran. Namun anda tidak perlu berasa bimbang. Objektif anda ialah makan secara sihat dan seimbang sekitar 90 peratus daripada kebanyakan masa dan tinggalkan 10 peratus untuk kenduri atau majlis sambutan ulangtahun. Kalau dikira daripada 365 hari, anda memiliki 36.5 ‘cheat day’. 

5 Cara Kembalikan Berat Badan Normal

1.Ambil sarapan 
-Kombinasi serat dengan protein akan membuatkan anda rasa kenyang lebih lama. Cubalah, dua keping roti mil penuh dengan putih telur atau ikan salmon salai dan juga minuman ESP, Melshakes yang tinggi kandungan protein.

2.Minum air
-Dehidrasi boleh ‘meniru’ rasa lapar dan minum banyak air akan membuatkan anda lebih kenyang.

3. Makan lebih serat
Serat tidak mempunyai kalori. Apa kata anda mengunyah epal, pear, brokoli, bayan, raspberi dan banyak lagi.

4. Minum petang
-Langkah ini bagi mengelakkan anda pulang ke rumah dalam keadaan lapar. Pilihan terbaik termasuklah keju rendah lemak, biskut tawar mil penuh atau Greek yogurt setengah cawan.

5. Makan malam yang ringan
-Nikmati hidangan malam yang ringan dan berkhasiat dengan kombinasi serat dan protein seperti ikan stim dengan sayur-sayuran seperti bayam atau brokoli.

Lagi tips KURUS yang mudah. Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Saturday, 14 June 2014

Testimoni Kurus;Berjaya Turun 7Kg dengan Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog yati...hari ini yati nak kongsikan kegembiraan esya yang telah berjaya turun 7kg setelah consume hampir 2 bulan vitamin shaklee.
Alhamdulillah...sangat2 gembira dengan penurunan esya ini.

Testimoni Kurus Berjaya Turun 7kg dengan Vitamin Shaklee
Testimoni Kurus 
Harus di ingat, nak kurus, nak turun kan berat badan, memerlukan usaha, dan kemahuan yang tinggi...kena ada DUA2 ok, kalau setakat kemahaun je yang tinggi tapi usaha tak tinggi anda tidak akan berjaya...kena banyak usaha, dan kena tahu cara yang betul. Suppliment mempercepatkan proses penurunan berat badan, yang penting kita kena juga jaga makan dan menjalankan aktiviti2 yang sihat serta cergas.
Konsisten dalam apa jua yang anda lakukan..insyaallah hasilnya sangat manis...yeaahhh!!!

Dapatkan konsultasi percuma mengenai tips kurus dari saya dan jadual makan vitamin dengan betul hanya untuk pelanggan saya sahaja...

Mesti anda pun ingin cuba kan?Buat pembelian anda sekarang, klik link Mesti Cuba Set Budget Kurus Shaklee.http://yatiyue.blogspot.my/2013/08/set-kurus-budget-bersama-dengan-shaklee.html

Kenali Lemak dalam Badan Anda;Jangan Cepat Berputus Asa


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Sunday, 8 June 2014

TURUNKAN KOLESTROL & KEMPISKAN PERUT BUNCIT DENGAN CEPAT DAN SELAMAT

Adakah anda mengalami masalah kolestrol yang tinggi? adakah anda mempunyai perut buncit? Adakah anda ingin kurus dengan selamat?

Jika YA jawapannya, TAHNIAH saya ucapkan..kenapa?sebab anda sekarang sedang berada di blog yang betul...kepada anda yang belum mencubanya..boleh cuba sekarang jangan tunggu sampai kesihatan anda di tahap yang kritikal dan jangan biarkan masalah di atas menghantui hidup anda...

Hot Selling Set Kurus, Kolestrol, Masalah Perut Buncit

Kelebihan set ini:-
-Kurus dan perut kempis
-kurus dengan cara sihat
-kurus dan cantik sekaligus
-kurus dan kolestrol turun
-kurus dan bijak
-kurus dan lebih mengancam


Info Produk
*HERB LAX - detox usus agar segala toksik sisa2 yg tidak diperlukan akan flush out. Perut lebih kempis dan badan lebih ringan

*LECITHIN - Untuk pecahkan lemak dengan lebih berkesan.

*OMEGA GUARD - untuk membantu pembakaran tenaga dengan lebih pantas apabila disertai dgn senaman. Jadi lemak2 dpt diuraikan lebih cepat utk digunakan oleh otot. Juga membantu mengawal.selera makan.
-EPA & DHA dalam Omega Guard membantu menurunkan kadar bacaan kolestrol
 

Dapatkan set ini sekarang. Klik untuk Order.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 5 May 2014

Apakah kaitan Metabolisme dengan Berat Badan?

"Wei Siti, kau bestla ya..mkn baaanyak, semua makanan kau telan, tp berat badan kau aku tgk maintain je..slim melim je..xde pun naik,jeles aku wei. Aku yang diet bagai ni pun gemuk jugak"..Ha, pernah dengar tak dialog tersebut?Mesti anda semua pernah alami kan, dan mesti teramatlah jeles dgn org yang mkn banyak tp berat badan tak naik. So, hari ni yati nk share sikit, xyah pening2 fikir kenapa jd mcm tu, dh rezeki dia mkn banyak xnaik berat badan. Kita ni yg jenis mkn aje berat badan naik, kena la baaaanyak usaha dari banyak makan :-)

Semua sedia maklum, benda yang kita makan akan ditukarkan kepada tenaga. Proses penukaran makanan yang kita makan kepada tenaga ini dikenali sebagai Metabolisma (eng. Metabolism).
Setiap individu mempunyai kadar metabolisma yang berbeza, bergantung kepada beberapa faktor.

Mereka yang makan dengan banyak tetapi agak sukar untuk naik berat badan (seperti Siti dalam contoh tadi) adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang tinggi. Manakala mereka yang makan sedikit berbanding Bedah tetapi sudah mampu untuk naik berat badan, adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang rendah.

Adakah kadar metabolisma yang tinggi ini merupakan suatu anugerah? Buat mereka yang mempunyai tubuh badan yang besar, mungkin jawapannya ialah “YA”, tetapi buat mereka yang cuba bertahun-tahun untuk menaikkan berat badan namun tidak berjaya, jawapan yang diberikan mungkin adalah sebaliknya.


Namun tidak bererti mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah tidak boleh untuk turun berat badan selama-lamanya, dan mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi tidak boleh untuk naik berat badan selama-lamanya. Semuanya masih lagi bergantung kepada tunjang yang sama, iaitu KALORI. Buat mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah, golongan ini perlu menggunakan/membakar lebih kalori berbanding mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi, jika untuk turun berat badan, dan begitu jugalah sebaliknya.

11 Tips Mempercepatkan Metabolisme badan (sumber:blog Kevin Zahri)

1.Minum Air Secukupnya
Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.

2.Jangan lupa suplemen kalsium.
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.

3.Makan dengan lebih kerap (hidangan yang kecil)
Tempoh di antara dua waktu makan yang terlalu ‘panjang’ akan memaksa badan kita bertukar kepada ‘starvation mode‘ (berlapar). Badan akan menyimpan lebih tenaga untuk mengatasi ‘starvation mode‘ ini, dan proses ini secara tidak langsung akan merendahkan kadar metabolisma. Oleh yang demikian, tukarlah tabiat makan 3 kali sehari (sarapan pagi, makan tengahari, makan malam) kepada makan 5-6 kali sehari, dan agihkan kuota kalori itu sebaik-baiknya.

4Tidur yang cukup
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

5.Jangan Stress
Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

6.Cari makanan yang mengandungi Vitamin B1, B2 dan Taurine

Vitamin B1 dan B2 membantu dalam menyempurnakan lagi proses pembebasan tenaga oleh sel-sel badan, manakala Taurine pula merupakan sulfur amino acid yang mampu meningkatkan fungsi mata (penglihatan) dan jantung. Jantung? Dipendekkan cerita, 2 elemen ini mampu melancarkan lagi fungsi yang berkaitan dengan pembebasan tenaga, bermaksud meningkatkan lagi kadar metabolisma. Dewasa ini, Taurine boleh didapati dengan mudah di dalam minuman-minuman tenaga seperti Livita, manakala Vitamin B pula terdapat di dalam produk tenusu (seperti susu) dan telur kuning.

7.C untuk cergas
Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

8.Pedas! 
Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

9. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.
Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

10. Senaman pemberat (weight training) bina lebih banyak otot

Otot menggunakan lebih kalori (lebih 73kcal per KG) berbanding sel-sel lemak. Oleh yang demikian, lebih banyak otot yang dibina, lebih tinggi Resting Metabolic Rate atau RMR (RMR ni konsep dia lebih kurang sama dengan BMR, tapi menggunakan prinsip dan formula yang berbeza). Dipendekkan cerita, mereka yang mempunyai berat 80kg, berotot atau peratusan body fat kurang dari 15%, rata-rata mempunyai kadar metabolisma yang tinggi berbanding mereka yang juga mempunyai berat 80kg, tetapi hanya berbadan biasa (body fat % lebih 20).

11 – Kopi (coffee)

Seperti yang kita sedia maklum, kopi mengandungi kaffein (caffein), antara kompound yang mampu meningkatkan kadar metabolisma dengan kadar yang significant. Selain kopi, caffein juga terdapat dalam minuman-minuman penguat tenaga yang terdapat di pasaran. Namun mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa kopi ini diletakkan pada tangga yang kesembilan? Ini kerana Caffein juga merupakan agen yang membantutkan perkembangan dan kekuatan tulang.
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Friday, 2 May 2014

ESP Shaklee Membantu anda Kurus?

Hari ni, yati nak bercerita sikit mengenai suppliment shaklee yang dapat membantu anda dalam menurunkan berat badan...Entry sebelum ni yati ada cerita details berkaitan set shape up shaklee. So, hari ini yati nk berkongsi mengenai ESP (Energized Soy Protein).

Tahukah anda, pengambilan protein di awal pagi boleh membantu anda untuk lebih berasa kekenyangan sehingga ke suatu tempoh yang lebih lama. Selain itu, pengambilan protein juga membantu untuk mengisi kekosongan lemak yang telah dibakar dengan sel baru yang lebih sihat. Oleh itu, bentuk badan akan lebih cantik, dan tidaklah menggeleber selepas lemak dibakar. Best tak?Mesti la best dah la kurus, lepastu badan terbentuk je..:-)

ESP Shaklee merupakan salah satu supplement protein yang amat diminati ramai orang terutama bagi mereka yang sememangnya berniat untuk diet. Ini kerana khasiatnya yang membantu anda untuk diet, dan juga kerana ESP juga membantu memberikan khasiat lain untuk kesihatan anda!

Bagaimana protein mempengaruhi berat badan?
  • Kesan paling popular protein terhadap kesihatan adalah kebolehan protein untuk mengawal rasa lapar.
  • Apabila protein diserap, ia menghantar signal kepada otak untuk menurunkan kadar rasa lapar.
  • Kepentingan lain protein adalah ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan dengan menyeimbangkan jisim otot.
  • Protein juga membantu dalam pengawalan kenaikan kadar gula dan insulin di dalam badan seterusnya membantu bagi pesakit diabetes dalam pengawalan gula dalam badan.

Bagaiman ESP membantu menurunkan berat badan anda?

Makanan yang mempunyai GI yang rendah dapat membantu menurunkan berat badan.Memandangkan proses pembebasan gula mengambil masa yang lebih perlahan, maka ianya diserap oleh tubuh dengan lebih lambat membuatkan kita kenyang dengan lebih lama. Manakala makanan berglisemik tinggi lebih mudah diserap tubuh membuatkan kita lambat kenyang dan mudah lapar semula.

ESP mempunyai GI 39 sahaja, maka tidak hairanlah ia membantu dalam pengurusan berat badan.Jadi, jika anda berhasrat menurunkan berat badan namun asyik lapar aje walaupun baru aje makan, bolehlah cuba ESP ye. Sudah tentulah air kosong sebanyak 3 liter diperlukan sehari beserta dengan pengambilan pemecah lemak dan detox untuk membuang lemak2 berlebihan.

Anda juga boleh ambil bersama Omega atau Lecithin sebagai pemecah lemak dan Alfalfa sebagai detoxs. Bila ambil ketiga tiga vitamin ni,proses penurunan berat badan sudah lengkap dengan vitamin yg boleh DETOX, BAKAR dan BINA semula badan anda.

Set lengkap Shaklee Slimming Set;Kurus, Sihat, Cantik. SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 7 April 2014

Minyak Ikan Bantu Turunkan Berat Badan

✿.RAHSIA MINYAK IKAN BANTU UNTUK KURUSKAN BADAN ✿.

Omega Guard Shaklee mengandungi EPA dan DHA. Asid lemak omega 3 ini membantu meningkatkan paras hormon "leptin". Leptin ini adalah hormon yang bantu mengawal selera makan. Jika paras leptin dalam badan adalah tinggi maka selera makan kita akan berkurang.

Leptin ini juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, maka cepatlah lemak dibakar di mana akan membantu kita untuk kurangkan berat. Maknanya lemak-lemak yg jahat akan dibakar...so tinggal lah lemak-lemak yang baik, contoh lemak yang bagus ialah OMEGA 3 FATTY ACIDS.

Kenapa kita sentiasa rasa lapar?
Rasa lapar berpanjangan berpunca dari hormon leptin yang tidak neutral dan tidak dapat berfungsi dengan baik seterusnya gagal memberi isyarat lapar dan kenyang dengan baik ke otak dan menyebabkan kita terus mengambil makanan walaupun sebenarnya tubuh perlukan tambahan air bukan makanan.

Jadi, dimudahkan cerita...nak kurus haruslah kita perbaiki dulu hormon leptin (hormon yang menghantar isyarat lapar dan kenyang pada otak).Untuk baiki hormon leptin, haruslah mengamalkan pengambilan omega 3 iaitu omega guard shaklee. Bila dah baiki, so takde la kita akan lapar sentiasa yang menyebabkan lemak bertimbun dalam badan dan kesannya jadilah obesiti.


Info Ringkas mengenai Leptin
  • Leptin membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme badan.
  • Leptin adalah sejenis hormon yang adipose-generated, yang bermaksud dihasilkan oleh lemak badan.
  • Leptin menghantar isyarat kepada otak supaya menghadkan rasa lapar. Semakin rendah tahap leptin, semakin mudah seseorang itu berasa lapar. 
  • Rangsangan leptin mengurangkan aktiviti neuropeptida Y, iaitu neurotransmitter yang boleh mencetuskan refleks kelaparan. Neuropeptida Y pada tahap yang tinggi juga boleh mengurangkan pengeluaran tiroid, yang mana tiroid boleh memberi kesan yang negatif terhadap metabolisme.
Ok, sekarang dah faham kan fungsi minyak ikan dalam membantu anda kuruskan badan. Jadi apa tunggu laggi, jom beli minyak ikan. Tapi pastikan minyak ikan yang di beli adalah yang betul-betul berkesan dan tidak mendatangkan bahaya kepada badan kita.

Tahukah anda tidak semua minyak ikan ni terbaik dan selamat?Ada minyak ikan yang diperbuat dari hati ikan yang mengandungi toksid.
Berbeza dengan shaklee, ia selamat dan ia adalah minyak ikan terbaik di dunia dengan sumber DHA dan EPA yang lengkap dalam memenuhi keperluan tubuh dan otak kita.

Bagaimana Omega Guard Shaklee Membakar Lemak?

Hubungi saya untuk dapatkan Konsultasi PERCUMA serta tips-tips cara pengambilan yang BETUL dan TEPAT untuk anda.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Saturday, 22 February 2014

Faedah Berjalan Kaki yang anda Perlu Tahu;10,000 Langkah Sehari

Sempena musim sahut cabaran 10,000 langkah sehari, hari ini yati nak share tentang faedah berjalan kaki yang perlu kita tahu.

Kenapa 10,000 langkah?
  • Berjalan 10,000 langkah membantu membakar 300 hingga 350 Kalori
  • Berjalan dalam tempoh 60 minit dengan jarak sejauh 4.8 Km akan membakar sehingga 265 kalori = Sama dengan sekeping roti canai tu..
  • Berjalan kaki 1km = 1200 langkah
  • 10,000 Langkah = 7 hingga 8 km
  • 10,000 Langkah = Berenang tanpa henti selama 90 minit
  • 10,000 Langkah = Berbasikal selama 70 minit
  • 10,000 Langkah = Bermain bola sepak selama 90 minit

Jom kita lihat di antara faedah berjalan kaki:

1. Dapat menyihatkan dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.
2. Mengawal tekanan darah. Dapat elak penyakit darah tinggi dan strok.
3. Meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah, sekaligus mencegah penyakit kencing manis.
4. Dapat mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi sihat, mantap dan berotot.
5. Dapat mengurangkan tekanan yang sedang dihadapi. Membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membantu seseorang itu berasa seronok, tenang dan riang.
6. Mengekalkan kekuatan otot dan tulang. Mengurangkan risiko atau masalah tulang rapuh.
7. Orang lelaki yang berjalan 30 minit sehari dapat mengurangkan risiko mendapat kanser prostat dengan begitu ketara, dan mampu mengurangkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 60%. 

Banyakkan faedah yang kita akan dapat dengan berjalan. Oleh itu, jom kita jadikan amalan banyak berjalan sebagai aktiviti wajib dalam hidup seharian kita. Lepasni kita parking kereta jauh2 dari shopping complex atau ofis ya.hehe.Semoga kita mendapat manfaatnya..Insyaallah. Nak lagi tips kesihatan?Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 27 August 2013

Set KURUS BUDGET dengan Shaklee

Berat badan naik? Seluar 5 tahun lepas dah tak boleh pakai sebab tak muat?bila duduk aje..lemak berlapis2? Jika YA, apakah maksudnya?Maksudnya berat badan anda dah NAIK!!!yeay...syabas anda berjaya menaikkan berat badan..hehe. Oklah hari ini yati nak share pasal set budget shaklee...

Apa ada dengan set budget Shaklee ini?
Set budget shaklee terdiri daripada :-)
1.Lecithin (Bakar)
2.Alfalfa (Buang)
3.Omega Guard (Bakar)

Lecithin
-Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak.Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Alfalfa
-Bertindak sebagai detox semulajadi yang melawaskan sistem penghadaman dengan lembut. Menarik lemak yang teremulsi dari tindakan lecithin ke saluran najis. Proses membersihakn segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.
Omega Guard
-Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama. Membakar lemak jahat dan menurunkan paras kolestrol di samping meningkatkan memori dan perkembangan otak yang sihat.


Di samping pengambilan SET KURUS ini, ada juga beberapa perkara lain yang perlu anda ambil perhatian:
1. Pastikan anda amalkan diet yang seimbang ok. Jaga kalori intake dalam seharian..contohnya hanya ambil 1200-1500kcal je sehari.
2.Bersenam. At least 30 minit sehari, buat aktiviti yang ringan pun dah ok. Jalan 1000 langkah sehari pun dah cukup OK..atau naik tangga turun tangga.
3. Minum air masak 2-3 liter sehari
Nak tahu tip KURUS dengan betul dan BERKESAN? Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 22 August 2013

Kenapa Sarapan Pagi itu Penting?

Jika Anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, jangan pernah meninggalkan sarapan.
Kenapa? Ini kerana, sarapan pagi adalah HIDANGAN PALING PENTING selepas tubuh kita "berpuasa" sepanjang malam. Sarapan pagi boleh membantu kita untuk mengekalkan paras gula darah yang sihat, yang mana ia adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kita secara keseluruhan.

Pastikan sarapan pagi kita lengkap dengan zat-zat penting yang mengandungi kombinasi nutrisi seperti protein, vitamin,mineral, karbohidrat(rendah), lemak(rendah), dan air. Sarapan pagi seperti ini lebih mengenyangkan untuk memberi tubuh nutrisi penting dan tenaga tanpa meningkatkan kadar gula darah dan kadar insulin. Sarapan yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi.


Mereka yang berpikir bahawa sarapan tidak penting dan keliru. Riset di Harvard University AS menunjukkan, orang yang teratur sarapan pagi memiliki kecenderungan hingga 50 persen tidak mengalami kegemukan apabila mereka menimbang berat mereka, berbanding mereka yang melewatkan sarapan.

Jom kita lihat kenapa pentignya sarapan pagi kepada diri kita...

1. Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan.
Menunda sarapan membuat anda sulit memperoleh nutrisi dan vitamin yang direkomendasikan. Menu sarapan seperti sereal dengan susu atau yogurt rendah lemak akan memberi cukup kalsium dan serat.

2. Sarapan boleh menurunkan berat badan.
Ketika Anda beraktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori secara lambat. Menurut ahli nutrisi penulis buku The F-Factor Diet Tanya Zuckerbrot, R.D., sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien. Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci dari semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil. Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan membuat glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik. Ini juga menyebabkan Anda merasa lapar pada jam 11-an. Cara yang lebih baik adalah mengambil makanan jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum murni. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan energi yang konstan dan membuat anda tidak cepat lapar.

3. Sarapan tingkatkan kemampuan otak.
Riset para ahli dari Universitas Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatat rata-rata skor 22% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak sarapan. Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar energi - dalam bentuk glukosa dan glikogen - telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya. Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup, Anda merasa lelah dan melayang-layang

4. Perlindungan terhadap sakit jantung.
Riset menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk sereal plus susu di pagi hari. Zuckerbrot menjelaskan, serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%.

FAEDAH BERSARAPAN:-
• Hidup menjadi lebih sihat
• Sebagai sumber tenaga tubuh
• Dapat meningkatkan kemampuan otak
• Membantu tubuh menjadi langsing
• Tumpuan dan mood menjadi lebih baik
• Sebagai pelindung jantung anda

Tips sarapan sihat :
1. Sarapan sebaiknya mengandungi sekurang-kurangnya 5 gram serat, satu hidangan kalsium (setara dengan segelas susu atau yogurt) plus protein dan lemak. Elakkan pengambilan gula hingga 6 gram (satu sendok setara 4 gram).

2. Jika tak ada waktu sarapan di rumah, Anda boleh membawa roti isi dan susu untuk dinikmati semasa perjalanan atau pun setelah sampai di tempat kerja.

3. Telur dadar bahan makanan yang relatif praktis dan mudah disajikan. Kandungan nutrisi dalam telur iaitu vitamin A, B2, B6, B12, zat besi, kalium, kalsium, dan zat lain, sangat diperlukan tubuh kita.

4. Untuk mempelbagaikan sarapan, kita boleh mengambil buah kesukaan untuk keperluan vitamin bagi tubuh. Jika ada waktu di malam hari, blenderlah buah dicampur yogurt atau susu dan simpanlah di peti ais untuk diambil pagi harinya.

5. Bila Anda selalu tidak merasa lapar saat pagi hari, Zuckerbrot menyarankan agar Anda menghentikan makan setelah pukul 8 malam hari. Dalam dua atau tiga jam ke depan, jam biologis nafsu makan anda akan berubah. Setiap bangun pagi hari, anda akan merasa lapar. (kompascom)

Sumber : Artikel gaya hidup 9-Mei-2011

15 CARA MENGGALAKKAN ANAK ANDA MAKAN DENGAN BETUL 

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 21 August 2013

10 Kesilapan Diet yang Paling Besar

Memandangkan sekarang masih lagi dalam musim perayaan, ramai yang PM saya untuk mendapatkan suppliment shaklee untuk menurunkan berat badan...yalah kan..di sana sini ada je open house..so bila dh pergi open house pelbagai hidangan yang di hidangkan...kita mula la rabun mata dan perut pun menjadi besar ...semua makanan masuk dengan lancar je dalam perut...kiki..lepastu balik rumah buka TV tdo...waa...bestnya hidup:-) Macam mana la berat badan tak naik kan...makan Lecithin 1 botol sari pun xjadi ni...hehehe.

Hari ni, saya bukan nk cerita pasal vitamin ok, cuma just nk share pasal kesilapan yang selalu kita lakukan dalam diet seharian. Di mana kesilapan berikut tidak membantu anda dalam menurunkan berat badan...


Jom kita lihat, apakah kesilapan yang patut di elakkan itu...

1. Skip hidangan.
 Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning.
2. Cuma makan 3 hidangan sehari.
 3 Hidangan TAK cukup untuk 1) mengawal nafsu makan dan 2) tingkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari tetapi dalam kuantiti yang betul OK. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda.
3.Makan tak cukup. 
Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.

4.Elak nasi. 
Saya sendiri pun makan nasi 2x sehari kadang2 3x :-). Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.

5.Ikut diet membuta. 
Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.
6.Harapkan makanan tambahan.
Tiada masalah dengan makanan suplemen atau makanan tambahan TAPI jangan HANYA bergantung kepada produk-produk tersebut 100%. Makan Omega Guard 1 botol sari..tapi tiap2 hari makan ayam goreng berketul-ketul, memang tak kan berkesan la diet anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan. dan akan membantu proses penurunan berat badan dengan cepat.

7.Tak tahu keperluan kalori diri.
Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.
8.Elak makanan tempatan. 
Saya sendiri pun makan di mamak hari-hari. Gaya hidup saya sememangnya Malaysian. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.

9. Terlalu fokus kepada satu perkara. 
Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.
10. Diet jangka masa pendek. 
Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi “diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.

Credit: sumber

Ketahui cara menurunkan berat badan dengan shaklee.Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 10 June 2013

Herblax Shaklee;Atasi Masalah Perut Buncit

Sebelum ni saya ada share tentang tip untuk elak perut bunci (baca sini). Jadi, hari ini saya nk bercerita salah satu suplemen shaklee yang sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah perut buncit dalam erti kata lain untuk mendapatkan perut yg kempis :-)...

Apakah Herb-Lax?

Herblax ialah kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat yang dapat membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. Diperlukan untuk detox iaitu untuk membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru la badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Sifat herblax yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Apakah Kandungan Dalam Herb-Lax?

Ia mengandungi 9 herba semulajadi, iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root.

Apakah Manfaat Utama Herb Lax?
  • Membantu pembersihan najis yang tersekat
  • Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.
Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ?
  • Pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • Mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  • Mereka yang banyak jerawat
  • Pesakit gout
  • Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Lagi tentang supplement untuk slim, klik sini.
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 20 March 2013

Tips Elak Perut Buncit

Perut buncit?Oh tidak...saya pasti semua orang kalau boleh tak nak perut buncit kan? saya sendiri, apabila rasa macam perut buncit je mula la naik gelabah...so sebelum menjadi lebih parah, baik kita cuba atasi dengan segera..orang kata mencegah lebih baik dari mengubati...(",)
Kali ini, yati nak share beberapa tips dan panduan untuk elak dari perut buncit yang di ambil daripada dietitian syima.

Ramai antara kita akan perasan berat kita naik apabila perut kita makin buncit, bulat atau seluar kita makin ketat. Lemak yang berlebihan di bahagian perut adalah amat bahaya kerana akan melemahkan organ-organ berhampiran seperti hati, jantung, pancreas dan lain-lain. Lemak di kawasan ini juga adalah yang paling tidak stabil, maksudnya bila-bila masa boleh masuk kedalam darah dan blok mana-mana salur darah yang boleh mengakibatkan sakit jantung ataupun strok.



Macammana perut buncit terjadi?

Perut buncit terjadi disebabkan oleh aktiviti harian kita yang tidak aktif, cara pemakanan yang tidak betul, penghasilan hormone kortisol dalam otak kita yang menyebabkan kita stress dan perubahan hormone disebabkan menopose. Kebanyakan orang yang mengalami masalah berat badan berlebihan biasanya mempunyai perut yang buncit. Tetapi masalahnya ramai juga yang mempunyai berat badan yang ok, menghadapi masalah perut buncit juga.

Bagaimana mengatasinya?

Untuk mengatasi masalah perut buncit, keseluruhan faktor yang menyebabkan perut buncit perlu diambil kira. Bukan hanya dengan menurunkan berat badan, masalah perut buncit dan masalah kesihatan kita akan dapat diatasi. Di sinilah pentingnya amalan diet yang betul dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Tak kisahlah cara apa atau alat apapun yang digunakan untuk menurunkan berat badan, jika tujuan utamanya adalah untuk mendapat kesihatan yang optimum, Diet yang betul dan amalan cara hidup sihat tidak boleh ditinggalkan. Ini adalah satu-satunya cara untuk memenuhi impian kita untuk sihat dan cantik.

Diantara tips-tips dan  panduan untuk mengelak daripada perut buncit ialah:-

1.Kurangkan makanan berminyak, bergoreng dan berlemak

2.Kurangkan minuman manis terutama minuman bergas

3.Pastikan minum cukup air kosong (setiap 25kg berat badan memerlukan 1litre air). Air kosong tidak 
mengandungi kalori tetapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.

4.Jangan makan terlalu banyak pada satu-satu masa

5.Ambil masa 15 minit untuk berjalan setiap kali selepas makan

6.Pastikan mengambil makanan tinggi serat setiap kali makan kerana ia boleh melambatkan proses penghadaman makanan. Cth: sayur, buah, wholegrain dll.

7.Amalkan senaman dan jadi lebih aktif. Selain membakar lemak, senaman juga dapat menghasilkan hormone dopamine yang boleh mengurangkan stress dan memberi mood ceria kepada kita.

8.Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar.

9.Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

10.Lakukan senaman latih tubi atau ‘sit up’ di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.

11.Dapatkan tidur yang berkualiti dan cukup kerana ia boleh mengurangkan hormone kortisol yang dapat mengurangkan stress kita.


"Sit Up' boleh membantu mengempiskan perut

Jom sama-sama kita amalkan..selain daripada dapat perut kempis ia juga membantu memberikan kesihatan yang baik kepada kita..in shaa allah. Kalau yati no 7, 10 dan 11 susah nk di lakukan...huhu..

Jika anda berminat dengan set shap-up shaklee boleh klik di sini.

Herb-Lax juga dapat membantu anda dalam mengatasi masalah perut buncit.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Saturday, 29 December 2012

Shaklee Slimming Set;Kurus, Sihat, Cantik

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Ok entry kali ini yati nk crt pasal slimming set shaklee. Nak slim tak?Mesti semua jawab ya kan, tak kira lelaki @ perempuan semua nk kurus. Untuk pengetahuan semua shaklee pun mempunyai  set diet yg hebat. Dengan Slimming Set Shaklee anda bukan sahaja mampu mencapai berat badan ideal, lansing, cantik tetapi anda juga semakin sihat dan bertenaga. Tidak perlu mengambil ubat terlarang tanpa kelulusan KKM. Dengan Shaklee ternyata mendapat kelulusan KKM, Halal dan selamat digunakan.


3 gabungan asas supliment ini jika diambil secara konsisten, in sha allah kita akan melihat kesannya yg menggembirakan. Kepada sesiapa yg betul-betul komited untuk menurunkan berat badan secara sihat boleh la mencuba 3 suppliment di bawah:-



Slimming set shaklee yg lengkap terdiri daripada 3 komponen utama:-
1.Detox (Herb Lex)
2.Cinch
3.Lecithin/Omega Guard

Slimming set shaklee untuk ibu menyusu dan ianya selamat untuk bayi ialah:-
1.Alfalfa
2.ESP/Mealshake
3.Lecithin/Omega Guard

Apa yg istimewanya dgn Slimming Set Shaklee ini?
Dalam set ini ada proses untuk detox iaitu proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Protein untuk meningkatkan metabolisme badan dan mengelakkan badan naik semula dgn mudah dan akhir sekali lecithin/omega untuk memecahkan lemak.

Apa kata pengguna tentang produk slimming set shaklee ini..
1.Testimoni pengguna slimming set shaklee

2.Testimoni pengguna slimming set shaklee bagi ibu menyusu
Untuk lebih details tentang slimming set shaklee sila Klik Di sini.


Untuk keterangan lanjut boleh hubungi yati melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121



Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 909121][013-2221663, haryati.yasim@gmail.com]


Langsing, rapi dan sihat dengan Set Shaklee Shape- Up

Kurus yang sihat dan selamat bersama set kurus Shaklee

Setiap wanita dan lelaki mengidamkan tubuh yang sihat, langsing dan rapi termasuk yati sendiri. Yati pasti masih ramai yg masih tercari-cari produk apa yg perlu di ambil untuk kekal kurus. Dengan set Shaklee Shape-up kita bukan sahaja kurus tetapi sentiasa selamat, berkesan dan kekal sihat bertenaga. Jom kita lihat macam mana produk2 Shaklee ini membantu dlm penurunan berat badan.


Proses 1- DETOX (Buang)

Langkah pertama untuk anda lakukan adalah dengan proses DETOX. Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Proses pembakaran lemak dan pelangsingan badan anda pun lebih mudah berlaku.


Proses ini dilakukan dengan Herb-Lax Shaklee atau Alfalfa Complex. Bagi yang mempunyai masalah pembuangan(sembelit) digalakkan menggunakan herb-lex. Jika ibu menyusu bolehla menggunakan Alfalfa Complex.

Jadi untuk Detox kita boleh menggunakan Herb-Lex atau Alfalfa mengikut keadaan anda.

Langkah 2- Lecithin/Omega Guard (Bakar)

Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak.Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Lecithin


Omega Guard juga membantu dalam proses pembakaran lemak dengan lebih cepat

berbanding lecithin. Omega-3 akan meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan = kurang makan dan sentiasa kenyang.

Sama ada menggunakan lecithin atau Omega Guard, ia bergantung kepada budget anda. Kedua2nya mempunyai fungsi yg sama yg bezanya lambat atau cepat. Seperti kita menggunakan kapal terbang atau kereta dimana tujuan destinasi adalah sama..tetapi kos dan masa yg diambil adalah berbeza.

Omega Guard

Langkah 3-Protein (Bina)

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sebanyak 35%. Protein juga mengelakkan berlakunya diet yo-yo dan menghalang berat badan badan naik dengan mendadak.
Selepas kurus, badan akan mudah mengelebar/gelebeh, dengan pengambilan protein akan shapekan otot yang gelebar dan badan solid.

Untuk protein yg terbaik, kita boleh memilih sama ada ingin mengambil Cinch Shakes @ Soy Protien Isolate Powder (ESP) ia bergantung kepada keadaan seseorang dan budget anda.

  

                  



  
Cinch™ Shakes

Cinch Shakes

Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
•    Bebas Laktos
•    Rendah glisemik
•    Soya Bukan-GMO 

Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan. 
•    Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa 
      anda menurunkan berat badan
•    Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang 
      dan puas
•    Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan


-Soy Protein Isolate Powder (ESP)
Soy Protein Isolate Powder (ESP)


Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.



Gabungan ketiga-tiga produk ini sangat berkesan untuk menurunkan berat badan.
Pengambilan makanan yang seimbang dan diet yang teratur sangat disarankan kerana itulah kunci utama untuk langsing. Anda juga disarankan mengambil 2-3 liter air setiap hari untuk memudahkan proses pelangsingan dan penyerapan vitamin yang diambil. Dan paling penting anda perlu mengambil supplement di atas dengan konsisten untuk result yang TERBAIK!

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya 013 222 1663 yati atau klik sahaja icon dibawah untuk pembelian terus secara online.


 Order Vitamin Kurus

Anda inginkan HARGA MURAH dan PENJIMATAN sehingga 15 % ke 20% barangan shaklee?Daftar diri anda sebagai ahli shaklee untuk makan sendiri dengan yati sekarang.Penjimatan berganda akan anda peroleh! 

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi yati melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121



Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 909121][013-2221663, haryati.yasim@gmail.com]