Sunday 29 September 2013

Kenapa kita Perlu Mengambil Suplemen?

Kesihatan yg sihat merupakan anugerah terindah yang ALLAH taala bagi kepada kita.Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu."
(Hadis Riwayat Bukhari)


Antara sebab kenapa kita perlu mengambil supelemen ialah:-

1. Pencemaran Alam sekitar
Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian terancam, dan khasiat yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja mungkin tidak mencukupi.

2. Badan memerlukan vitamin tertentu dalam dos yang tinggi
Contohnya Vitamin E yang dperolehi dari makanan memberikan kesan yang baik pada jantung juga pada kesihatan badan. Mengambil vitamin C pula dengan dos yang tinggi dapat melambatkan proses penuaan, masalah selaput mata, rheumatoid arthritis dan juga diabetis. Ini tidak di perolehi dari pemakanan seharian kita.

3. Pokok buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin ditanam di atas tanah yang tidak subur.
Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin ditanam di atas tanah yang kurang subur maka hasilnya juga kurang baik dibandingkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di tanah yg subur. Racun perosak, racun serangga yang digunakan oleh peladang juga mempengaruhi kualiti buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan.

4. Nutrien hilang ketika memasak
Zat makanan akan hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin-vitamin tertentu seperti Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak. Hasilnya kita dapat kurang vitamin.

5. Gangguan penyerapan nutrien
Pengambilan ubat-ubatan, merokok, meminum minuman keras boleh menganggu penyerapan zat makanan. Pengambilan diet yang tinggi kafein lemak, gula, kolestrol dan garam mengurangkan simpanan zat makanan d dalam tubuh.

6. Makan mengikut selera rasa
Kita makan mengikut rasa dan bukan sebab khasiat yang ada pada makanan itu contohnya tiap pagi kita makan nasi lemak dan roti canai. Kita sentiasa makan kerana lapar bukan sebab memerlukan zat makanan tu. Betul tak?

7. Makan di luar sudah menjadi kebiasaan kita
Kebanyakan kita amat gemar makan di luar berbanding makan di rumah. Makanan di luar banyak menggunakan perisa seperti monosodium glutamate (msg), garam, ajinomoto yang merbahaya pada badan kita. Oleh itu kita harus berhati-hati tentang risiko terhadap kesihatan kita.

Kesihatan merupakan tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Kita hanya akan sedar kehadirannya bila kita merasai dan melihatnya.Kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang indah. Orang yg sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutrisi Shaklee telah mencipta kehidupan yang lebih sihat untuk jutaan insan selama lebih daripada 50 tahun. Alami rasa sihat semula dengan nutrisi Shaklee.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment