Monday, 23 September 2013

Atasi Rasa Sakit Bersalin

Bismillaahir rohmaanir rohiim....tetiba aje gemuruh jiwa...apabila sebut pasal sakit nak bersalin ni, rasa satu perasaan yg tidak dapat nk di gambarkan...takut tapi nak..macam mana tu?hehehe...
Alhamdulillah pengalaman melahirkan dua hero, yati sangat-sangat bersyukur, walaupun tidak semudah ABC, tapi yati enjoy dan akan ingt sampai bila-bila...
Hari ini, yati nk kongsikan tips untuk atasi rasa sakit sebelum bersalin, maksudnya semasa berlaku kontraksi.

Beringatlah bahawa kontraksi sebenar adalah tetap, semakin kerap dan ianya banyak tertumpu di bahagian pelvis anda.
Proses melahirkan bermula dengan kontraksi. Kontraksi yang berlaku menyebabkan anda berasa tidak selesa. Bagi mengurangkan ketidakselesaan, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan.

Panduan Atasi Rasa Sakit Bersalin
1. banyakkan membaca ayat suci Al-Quran atau berselawat ke atas Rasulullah SAW bagi yang beragama islam. Antara doa yang baik dibaca ialah Doa Nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan Nun yang bermaksud:
"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya ALLAH. MAHA suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."
2,Bertenang dan cuba bersandar pada sesuatu seperti kerusi berkusyen atau bantal yang tebal.

3.Apabila kontraksi menyerang, tarik nafas sedalam-dalamnya.Kemudian hembus nafas keluar secara perlahan-lahan. Ulangi langkah yang sama sehingga rasa sakit hilang. Cara ini juga memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat di mana ia penting ketika proses menran berlangsung.

4. Minta suami urut perlahan-lahan bahagian belakang anda ketika kesakitan terasa. Namun elakkan urutan dibahagian pinggang kerana ia akan menambahkna lagi kesakitan.

5. Kesakitan akibat kontraksi boleh anda kurangkan dengan mengiring ke sebelah kiri. Cara ini tidak akan mengganggu pengaliran darah ke jantung.

6. Amalkan kaedah teknik pernafasan Lamaze yang dapat melegakan ketegangan otot pelvis. Ia merangkumi cara berehat dan senaman tarik nafas yang boleh dipelajari di dalam kelas antenatal. Adalah lebih baik jika suami turut mempelajari kaedah ini agar dia dapat membantu mengajar ketika anda berasa sakit.

Semoga beberapa tips di atas dapat membantu  bakal-bakal ibu yang sedang menunggu masa untuk bersalin. semoga semunya di permudahkan dan selamat. Aamiin.

Kontraksi Bersalin
Lagi tips dan amalan sewaktu mengandung

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment