Showing posts with label Tips Ibu bapa Cemerlang. Show all posts
Showing posts with label Tips Ibu bapa Cemerlang. Show all posts

Monday, 6 March 2017

Tantrum;Tips Menangani Anak Mengamuk

Tetiba anak anda mengamuk,tantrum tak tentu pasal. Tak ade angin tak ade ribut macam gitu, pernah tak ibu2 atau ayah2 di luar sana hadapai keadaan macam ni? Yati rasa, mesti ibu bapa pernah mengalami keadaan anak mengamuk atau tantrum ni kan. Macam yati sendiri, anak no 2 Uwais Dzulkarnain dia punya angin lain sikit. Bila datang tanrum dia tu..menguji tahap kesabaran ibu 200%...Tu waktu dia tantrum lah...hari biasa ok je..senyuman manis mengalahkan madu,lemah lembut,sopan santun orangnya.hehehehe

tantrum-menangani-anak-mengamuk
Anak Bertuah Ibu Uwais Dzulkarnain
Artikal kali ini yati nak kongsikan sedikit sebanyak tips untuk menangani anak mengamuk atau tantrum ini. Perkara yang paling penting dan utama ialah sikap S.A.B.A.R ibu dan ayah yang perlu di naikkan kepada semaksimum yang mungkin.....SABAR ni paling utama...sebabnya memang kena sabar, tak de cara lain kena sabar.:-)

Apabila anak kita mengamuk, antara perkara yang boleh dilakukan ialah:-

1.BERTENANG
Apabila anak mula mengamuk, ibu dan ayah perlu bertenang,relaks hadapi dengan senyuman. Jangan cepat marah,jangan cepat naikkan suara.Kita guna reverse psychology...biar anak kita fikir "eh ibu relaks je,tak marah pun"..lebih kurang gitulah. Kadang2 berkesan...kadang2 dia lagi kuatkan volume suara tu kan..bertabahlah.

2.CUBA PUJUK
Cuba bertanya dengan baik, kenapa, mengapa anak mengamuk. Selalunya anak2 ni dia mengamuk sebab keinginan dia tak dapat kita laksanakan dengan kehendak yang dia nak. Jadi dia nak bagitahu tak pandai, caranya adalah mengamuk, Pengalaman yati selalunya, dia nak macam ni, tapi yati tak faham apa yang dia nak..so mengamuk la tak tentu pasal.Kadang disebabkan salah bagi respon apa yang dia cerita je pun, boleh mengundang tantrum...bertabahlah...hahaha. Cuba buat mengikut kehendak anak disini.

Doa-memlembutkan-hati-anak-mengamuk
Doa Pelembut Hati Anak


3. BAGI PELUKAN & BACA DOA PELEMBUT HATI
Cuba peluk erat-erat, untuk permulaan anak akan melawan, so kita kena cuba banyak kali. Mungkin percubaan ke 4  baru anak akan terima pelukan kita dan cuba cool down kan diri. Sambil peluk tu bacalah doa pelembut hati untuk anak2..tiupkan diubun2 kepala.Pelukan ni selalu menjadi dengan yati untuk anak yang sulung, abang Ukasyah. Contoh keadaan bangun pagi nak pergi sekolah...masuk bilik air dia nangis..biasalah mood ngantuk, tak nak mandi ada jelah pagi2 tu kan...so apa yang yati buat ialah bagi pelukan dulu..permulaan abg Ukasyah akan nangis bertambah kuat dan sambil peluk tu bagilah kata2 semangat dan positive sikit..lebih pun tak pe. Lepastu abg Ukasyah akan diam dan mandi dengan tenangnya...Alhamdulillah..legakan.hehehe

tips-menangani-anak-tantrum
Alih Perhatian Anak

4.ALIHKAN FOKUS
Tips ni jika berlaku di hypermarket, contohnya giant atau tesco. Jika anak kita meminta sesuatu yang mengarut dan kita tak nak memenuhi permintaannya, kita kena cepat2 alihkan fokus anak kita daripada perkara yang menarik minat anak kita itu. Cubalah dengan pujuk nak pergi tengok sesuatu yang lebih menarik yang boleh membuatkan anak anda teruja. Macam yati..sebelum masuk mall tu memang dah pesan siap2...tak boleh beli mainan tak boleh beli sesuka hati.Kalau tak, ibu balik. Tapi selagi namanya kanak-kanak...perjanjian tu ingat 10 minit pertama je kan...bila sampai tempat kejadian...perjanjian dalam kereta tadi tu dah bertebangan bersama-sama angin dalam mall tu...

Tips-menangani-anak-tantrum
Asingkan Anak Bila Mengamuk

5.ASINGKAN ANAK
Apabila anak mengamuk, kita cuba bawa anak kita masuk bilik atau tempat tiada orang.Kadang kala persekitaran sekeliling lagi menambahkan lagi tantrum anak. Bawa masuk bilik, tenangkan,bincangkan elok2...insyaallah anak akan perlahan-lahan dapat bertenang.

6. BERSIFAT TEGAS
Sesekali kita kena bersifat tegas, supaya anak faham dengan mengamuk bukan penyelesaian yang terbaik untuk mereka. Kalau kita tahu anak kita mengamuk semata2 nak kita belikan juga mainan atau gula2...so kita bertegas tidak menunaikan keinginan mereka..atau boleh buat perjanjian (jika anak dah faham), contoh lain kali kita tak bawa dah mereka ke mall, atau lain kali tiada mainan untuk mereka.

Sebagai ibu bapa...selalulah berkomunikasi dengan anak2..bersembang, dengar apa yang mereka nak bercerita.Sekali sekala kita bagi nasihat...anak-anak 100 kali dengar ungkapan yang sama pasti akan melekat juga didalam ingatan diaorang. Lagipun..jika bukan kita ibu bapa yang nak mendidik dan nak menasihati anak2 kita siapa lagi kan....:-)


Ibu ayah mencari multivitamin terbaik yang SELAMAT & SEMULAJADI untuk anak-anak?Yati kongsikan dalam entry di bawah :

Multivitamin Terbaik Rahsia Anak Membesar Dengan Sihat dan Cemerlang



Lagi Tips Menarik untuk ibu bapa cemerlang di luar sana. Cara mengejutkan anak bangun tidur dengan gembira.


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi  bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Sunday, 22 June 2014

Cara Kejutkan Anak Bangun Tidur dengan Gembira

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca kesayanganku...
Hari ni, yati nak kingsikan cara untuk kejutkan anak, adik, orang dewasa atau sesiapa sahaja bangun dari tidur. Nak kejutkan tidur pun ada caranya ke? Oh sudah semestinya ada cara dan adab yang betul, untuk memastikan kesejahteraan rohani dan jasmani.

Sebab apa ia ada kaitan dengan kesihatan jasmani?
Ini kerana jantung kita berdengup pada kadar yang agak perlahan semasa kita tidur. Untuk menjaga jantung, amat perlu kita mengawal pergerakan semasa bangun dari tidur. Jika kita nak bersenam pun kita akan panaskan badan (warming up), begitu juga bangun dari tidur.

Sebab apa ia ada kaitan dengan kesihatan rohani?
Ini kerana dari segi psikologinya, jika seorang anak itu dikejut dengan herdikan atau dimarah dan sebagainya maka minda separa sedar akan diaktifkan sedikit demi sedikit untuk membenci orang yang membangunkan itu. Jika setiap hari kita mengejutkan anak-anak dengan cara yang kurang beradab sebenarnya kita menanamkan rasa kebencian yang bahaya dalam minda separa sedar anak itu.Bahaya tak?

ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR

Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa.
  1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur
  2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.
  3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
  4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
  5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
  6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.
  7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.

Ibu ayah pening untuk menyediakan sarapan yang berkhasit untuk anak-anak?Yati kongsikan dalam entry di bawah.Semoga bermanfaat..

Sarapan Berkhasiat Untuk Anak yang Cemerlang


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 9 June 2014

Petua Supaya Anak ikut Cakap IBU BAPA

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar."  (QS. At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?"

Berkata para sahabat :
"Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."

Lalu Rasulullah SAW berkata
"Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."


Petua suapaya anak ikut cakap Ibu Bapa

1. Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2. Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah ... hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

Semoga memberi manfaat kepada kita semua...Aamiin

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:- FB:Haryati Mat Yasim Fanpage:Haryati to U shoppe Email:haryati.yasim@gmail.com sms / whatsapp :0132221663 ID No :909121

Thursday, 6 February 2014

Ibu Bapa Cemerlang, Mengenali Anak Anda (Umur 2-3 tahun)

Assalamualaikum dan selamat pagi...hr ni pagi2 lagi teringin nk update my blog ni...tetiba dapat idea nk buat entry pasal perkembangan anak2. Memandangkan yati ada 2 hero yang tengah membesar iaitu si abang bulan 5 ni masuk 3 tahun, dan si adik bulan 6 ni masuk 2 tahun. Jadi entry yg yati nk share pg ni ialah Mengenali Anak yang berumur 2-3 tahun :-) Artikel ni yati ambik dari ibubapacemerlang2012.blogspot.com.

A. PERKEMBANGAN FIZIKAL

1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan, ibubapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak- anak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ anak- anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fizikal di bawah pengawasan ibubapa.
-anak2 yati, apabila bawa ke taman permainan memang diaorg akan berlari sesuka hati sambil menjerit...so apa yg yati buat?biarkan aje...org sekeliling tgk pun yati senyum aje..hehe.Cumanya time nk bawa pergi shopping complex kena sumbat 2hero ni dlm trolly..klu tak habis semua barang di sapu mereka....

2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot- otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama. Jadi, sia-sia saja kita meminta mereka duduk diam. Yang lebih baik ialah membiarkan mereka meneroka persekitaran sambil kita mengawasi mereka.

B. PERKEMBANGAN MENTAL

1. Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu.

2. Rasa ingin tahu anak-anak di tahap ini sangat tinggi. Ibubapa perlu mengambil kira jenis alat permainan yang hendak dibeli. Permainan yang sesuai ialah permainan yang merangsang kreativiti anak-anak selain harus menarik dan tidak mudah rosak. Ajar anak menggunakan pancaindera (mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa). Libatkan sebanyak mungkin pancaindera anak dalam aktiviti seharian mereka misalnya: mendengar bunyi binatang, membawa mereka ke taman untuk melihat berbagai jenis haiwan dan sebagainya.

3. Perbendaharaan kata mereka masih terbatas di tahap ini. Gunakanlah kata-kata yang sederhana dan konkrit, baik ketika bercerita ataupun ketika bercakap dengan anak-anak. Jangan menggunakan perkataan yang abstrak misalnya: tanggungjawab, keselamatan, kebenaran, keadilan dll. Adalah lebih baik menggunakan perkataan yang disertai dengan contoh-contoh kehidupan seharian.

4. Pemikiran anak-anak di tahap ini sebenarnya lebih cepat berkembang berbanding dengan kemampuan untuk bertutur. Sebab itulah anak-anak sering didapati tergagap-gagap ketika bercakap. Ibubapa harus peka terhadap situasi ini dengan menunjukkan perhatian dan kesabaran. Bersedia untuk menjadi pendengar tanpa tergesa-gesa ataupun memaksa anak bercakap dengan lebih cepat.
-kadang2 iakn je apa yang anak2 cakap..sebab kita sbg ibu pun xfaham apa yg mereka nk bercerita...ayoyo..

C. PERKEMBANGAN EMOSI

Menyukai suasana yang sudah dikenali dan takut pada suasana baru atau orang asing. Sekiranya anak sentiasa dibawa bergaul dengan orang sekeliling, perasaan takut lama kelamaan akan hilang.

D. PERKEMBANGAN SOSIAL

1. Sifat dependent masih tinggi, namun kadang-kadang anak juga ingin menonjolkan sifat kemandirian. Biarkan anak melakukan sesuatu yang mampu ia lakukan sendiri.

2. Egocentric. Anak-anak di tahap ini cenderung memperlakukan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sebagai suatu benda dan bukan sebagai individu. Ia belum boleh bermain "dengan" kanak- kanak lain dalam arti kata yang sebenarnya. Oleh itu, ketika bermain dengan kanak-kanak lain, perlu ada pengawasan dari orang dewasa supaya tidak terjadi keadaan di mana anak kita akan menyakiti anak-anak lain.
-oleh sebab itu, kita jangan biarkan anak2 yang berumur 2-3 tahun ni bermain dengan baby bersendirian..sebab mereka boleh buat apa sahaja tanpa memikirkan risiko dari perbuatan mereka itu.

3. Suka mengatakan "tidak" dan memang dalam usia ini anak bersikap "menentang". Selain itu anak juga seringkali "menguji" persekitaran dan orang-orang di sekelilingnya. Anak-anak perlu mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya. Tingkah laku mereka itu pada hakikatnya merupakan suatu usaha untuk mengetahui apa yang boleh atau tidak boleh dilakukannya. Oleh karena itu ibubapa harus tegas, jika perlu, berikan hukuman yang sesuai dengan tahap umur mereka bagi kesalahan yang dilakukan supaya mereka tahu bahwa yang dilakukannya adalah salah.
-my hero yang abg tu memang suka jawab "tak nak"....sabar ajelah.

E. PERKEMBANGAN ROHANI (SPIRITUAL)

1. Meniru tingkah laku orang dewasa, Sikap dan tingkah laku ibubapa harus membuat mereka memahami tentang ajaran Islam. Bermakna setiap perbuatan kita harus dikaitkan dengan ajaran Islam, seperti solat, berdo’a sebelum makan, membaca bismillah sebelum membuat sesuatu dll.

2. Anak juga berkembang dari segi rohani. Oleh itu, ibubapa perlu menolong mereka untuk menyedari tentang kewujudan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Dengan demikian mereka akan belajar bahwa sekalipun Allah tidak dapat dilihat tapi Allah ada. Bermakna dalam setiap aktiviti kita seharian, ibubapa perlu mengaitkannya dengan kewujudan Allah.

AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK DI TAHAP INI