Monday, 6 March 2017

Tantrum;Tips Menangani Anak Mengamuk

Tetiba anak anda mengamuk,tantrum tak tentu pasal. Tak ade angin tak ade ribut macam gitu, pernah tak ibu2 atau ayah2 di luar sana hadapai keadaan macam ni? Yati rasa, mesti ibu bapa pernah mengalami keadaan anak mengamuk atau tantrum ni kan. Macam yati sendiri, anak no 2 Uwais Dzulkarnain dia punya angin lain sikit. Bila datang tanrum dia tu..menguji tahap kesabaran ibu 200%...Tu waktu dia tantrum lah...hari biasa ok je..senyuman manis mengalahkan madu,lemah lembut,sopan santun orangnya.hehehehe

tantrum-menangani-anak-mengamuk
Anak Bertuah Ibu Uwais Dzulkarnain
Artikal kali ini yati nak kongsikan sedikit sebanyak tips untuk memnagani anak mengamuk atau tantrum ini. Perkara yang paling penting dan utama ialah sikap S.A.B.A.R ibu dan ayah yang perlu di naikkan kepada semaksimum yang mungkin.....SABAR ni paling utama...sebabnya memang kena sabar, tak de cara lain kena sabar.:-)

Apabila anak kita mengamuk, antara perkara yang boleh dilakukan ialah:-

1.BERTENANG
Apabila anak mula mengamuk, ibu dan ayah perlu bertenang,relaks hadapi dengan senyuman. Jangan cepat marah,jangan cepat naikkan suara.Kita guna reverse psychology...biar anak kita fikir "eh ibu relaks je,tak marah pun"..lebih kurang gitulah. Kadang2 berkesan...kadang2 dia lagi kuatkan volume suara tu kan..bertabahlah.

2.CUBA PUJUK
Cuba bertanya dengan baik, kenapa, mengapa anak mengamuk. Selalunya anak2 ni dia mengamuk sebab keinginan dia tak dapat kita laksanakan dengan kehendak yang dia nak. Jadi dia nak bagitahu tak pandai, caranya adalah mengamuk, Pengalaman yati selalunya, dia nak macam ni, tapi yati tak faham apa yang dia nak..so mengamuk la tak tentu pasal.Kadang disebabkan salah bagi respon apa yang dia cerita je pun, boleh mengundang tantrum...bertabahlah...hahaha. Cuba buat mengikut kehendak anak disini.

Doa-memlembutkan-hati-anak-mengamuk
Doa Pelembut Hati Anak


3. BAGI PELUKAN & BACA DOA PELEMBUT HATI
Cuba peluk erat-erat, untuk permulaan anak akan melawan, so kita kena cuba banyak kali. Mungkin percubaan ke 4  baru anak akan terima pelukan kita dan cuba cool down kan diri. Sambil peluk tu bacalah doa pelembut hati untuk anak2..tiupkan diubun2 kepala.Pelukan ni selalu menjadi dengan yati untuk anak yang sulung, abang Ukasyah. Contoh keadaan bangun pagi nak pergi sekolah...masuk bilik air dia nangis..biasalah mood ngantuk, tak nak mandi ada jelah pagi2 tu kan...so apa yang yati buat ialah bagi pelukan dulu..permulaan abg Ukasyah akan nangis bertambah kuat dan sambil peluk tu bagilah kata2 semangat dan positive sikit..lebih pun tak pe. Lepastu abg Ukasyah akan diam dan mandi dengan tenangnya...Alhamdulillah..legakan.hehehe

tips-menangani-anak-tantrum
Alih Perhatian Anak

4.ALIHKAN FOKUS
Tips ni jika berlaku di hypermarket, contohnya giant atau tesco. Jika anak kita meminta sesuatu yang mengarut dan kita tak nak memenuhi permintaannya, kita kena cepat2 alihkan fokus anak kita daripada perkara yang menarik minat anak kita itu. Cubalah dengan pujuk nak pergi tengok sesuatu yang lebih menarik yang boleh membuatkan anak anda teruja. Macam yati..sebelum masuk mall tu memang dah pesan siap2...tak boleh beli mainan tak boleh beli sesuka hati.Kalau tak, ibu balik. Tapi selagi namanya kanak-kanak...perjanjian tu ingat 10 minit pertama je kan...bila sampai tempat kejadian...perjanjian dalam kereta tadi tu dah bertebangan bersama-sama angin dalam mall tu...

Tips-menangani-anak-tantrum
Asingkan Anak Bila Mengamuk

5.ASINGKAN ANAK
Apabila anak mengamuk, kita cuba bawa anak kita masuk bilik atau tempat tiada orang.Kadang kala persekitaran sekeliling lagi menambahkan lagi tantrum anak. Bawa masuk bilik, tenangkan,bincangkan elok2...insyaallah anak akan perlahan-lahan dapat bertenang.

6. BERSIFAT TEGAS
Sesekali kita kena bersifat tegas, supaya anak faham dengan mengamuk bukan penyelesaian yang terbaik utnuk mereka. Kalau kita tahu anak kita mengamuk semata2 nak kita belikan juga mainan atau gula2...so kita bertegas tidak menunaikan keinginan mereka..atau boleh buat perjanjian (jika anak dah faham), contoh lain kali kita tak bawa dah mereka ke mall, atau lain kali tiada mainan untuk mereka.

Sebagai ibu bapa...selalulah berkomunikasi dengan anak2..bersembang, dengar apa yang mereka nak bercerita.Sekali sekala kita bagi nasihat...anak-anak 100 kali dengar ungkapan yang sama pasti akan melekat juga didalam ingatan diaorang. Lagipun..jika bukan kita ibu bapa yang nak mendidik dan nak menasihati anak2 kita siapa lagi kan....:-)

Lagi Tips Menarik untuk ibu bapa cemerlang di luar sana. Cara mengejutkan anak bangun tidur dengan gembira.


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi  bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

1 comment: