Monday, 20 March 2017

Tips Berpantang Dengan Cara Yang Betul

Selepas bersalin,ibu2 akan melalui fasa berpantang.Persoalannya kenapa ibu2 perlu berpantang?Tak boleh ke melalui kehidupan seperti biasa,jalan laju2,tak perlu bertungku,berurut,makan je apa yang terdetik dengan selera...kenapa?..kenapa tak boleh buat seperti sebelum bersalin?

Ibu2...bertenang..relaks tarik nafas panjang2...hembus...ok jom yati share sedikit sebanyak kenapa ibu2 perlu berpantang dengan betul.

Kepentingan-berpantang-ibu-kembali-sihat-cantik


Secara normal, berpantang ni selalunya ambik masa 44hari..klu yang tuuuuuuut(Oops..faham2lah apa ya)..ambik masa 100 hari. yati xtau kenapa 44hari..bukan 45 hari dan bukan 44jam..yg yati tau..bila dh bersalin kena jaga makan/minum dan jaga badan selama 44hari. Lepas 44hari baru lah boleh makan sesuka hati..tp ais yati berpantang sehingga 100 hari.

Pentingnya berpantang selepas bersalin ini kerana, dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita, memulihkan organ pembiakan wanita, menyembuhkan luka akibat kelahiran, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka.

Kenapa-perlu-berpantang


Pada tempoh ini, si ibu akan dirawat secara berstruktur dari segi kesihatan, kebersihan diri dan pemakanan yang terkawal. Definisi ‘berpantang’ bermaksud si ibu melalui tempoh pengasingan daripada mengambil apa-apa yang boleh memudaratkan diri melainkan hanya beberapa bahan atau makanan yang perlu diambil.

Dipercayai jika rawatan ini tidak dijalankan, dikhuatiri rahim akan kendur dan wanita akan kelihatan tua daripada usianya.Sesungguhnya, amalan-amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu.

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah berfaedah. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan amalan mengurut.

Waktu berpantang juga dapat menenangkan fikiran dan emosi ibu setelah tempoh bersabung nyawa melahirkan anak. Inilah masa untuk berehat dan memberikan sepenuh tumpuan untuk diri sendiri dan anak yang baru dilahirkan. Tempoh berpantang dapat mengeratkan hubungan di antara ibu dengan anak serta dengan keluarga.

Walaupun zaman sudah berubah, namun amalan berpantang selepas bersalin masih lagi relevan dengan masyarakat sekarang. Terdapat pelbagai pilihan untuk set bersalin lengkap shaklee, sesuai dengan keperluan dan manfaat yang boleh diperolehi di dalamnya.

Tips berpantang dengan shaklee,membantu ibu kembali sihat,kurus, dan cantik berseri.Klik sini

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment