Monday, 27 March 2017

Indoor Water Park Tempat Mandi untuk Anak-anak di Kelantan

Bila tiba musim cuti sekolah,orang yang paling gembira dalam dunia ni..semestinya adalah kanak2 kan...yalah mana tak gembiranya,setiap pagi boleh bangun lewat,tak perlu nak mandi awal pagi,boleh lepak depan tv,dan yang paling best....boleh bercuti...yeaayy...part ni ibu bapa tumpang happy jugak..:-)

So kali ni,yati nak kongsikan satu tempat di Kelantan ni...tempat ni setiap kali yati pergi tak ramai orang yang datang..sebab orang tak tahu atau memang orang tak suka tempat dia..yalah sebab tempat ni dalam AeonMall mungkin orang datang mall nk shopping je kan.

Tempat-mandi-aeonmall-kelantan
Aladdin Kid's Park
Supa dupa

Nama tempat ni Aladdin Kid's Park..level 1,tempat dia menyorok sikit hujung kedai..berdekatan dengan kedai Mr DIY.Ada signboard..nanti follow je.

Apa yang best tempat ni..bagi hero2 yatilah...diaorg boleh mandi tanpa berebut...sebabnya tak ramai orang kan...ada pelampung,ada banana boat,ada gelongsor dalam air...hero2 memang akan seronok dan yang lagi best..tak panas..sebab indoor kan...parents pun boleh duduk sambil pantau anak2 mandi..nak masuk sekali pun boleh.. :-).

Indoor-waterpark-aeonmall-kelantan
Tak ada orang,anak2 mandi dengan gembira

Bayaran Rm12 seorang.Ibu bapa tak dikenakan bayaran.
Dalam ni ada banyak jenis permainan sebenarnya..
1.Indoor water park
2.4D Cinema
3.Supa dupa
4.Kereta bergerak (lupa nama betul)

Kiranya bayaran Rm12 untuk satu kategori sahaja..yati selalu bayar untuk mandi je..sebab diaorg mandi tu dah ambil masa yang lama kan..lepas mandi lapar..so kitaorang akan lepak kedai makan pula sebelum balik.Satu hari masa cukup la di AeonMall tu.Memang pergi sana nk bawa anak2 jalan je..bukan untuk kita shopping.

Jom yati kongsi sedikit gambar hero2 tengah mandi...

Tempat-mandi-diKelantan-aeonmall
Tak payah nak, berebut naik banan boat

Aeonmall Kelantan
Uwais Dzulkarnain dalam kesejukan

Tempat-mandi-diAeonmall-kelantan
Ibu pantau dari luar sahaja
Oklah..itu je yang yati nak kongsikan mengenai Aladdin Kid's Park dalam Aeon Mall di, Kelantan. Semoga dapat membantu ibu bapa yang tak tahu nk bawa anak2 mandi kolam.

ANAK ANDA SUKA MENGAMUK?TIPS UNTUK MENANGANI TANTRUM.KLIK SINI.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe Email:haryati.yasim@gmail.com sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

1 comment:

  1. salam..
    kalau saya bawa budak rombongan sekolah rendah ke sini...boleh dop

    ReplyDelete