Wednesday 2 October 2013

Berat badan naik mendadak ketika hamil?

Kenaikan sebanyak 1/2kg seminggu ketika hamil dikatakan sebagai normal. Bagi wanita yang kurus, boleh mengalami kenaikan sebanyak 20kg sepanjang kehamilannya. Manakala untuk wanita yang obes pula, selalunya tidak mengalami kenaikan berat badan yang banyak, mungkin 5kg sahaja sepanjang kehamilan.

Bagi mengelakkan kenaikan berat badan yang mendadak, anda bolehla mengambil makanan yang berserat tinggi dan berkalori rendah. Elakkan makan makanan berkalori tinggi. Di antara makanan yang berserat tinggi dan berkalori rendah adalah :-
  1. Sayur-sayuran kecuali kentang dan ubi kerana ia berkarbonat tinggi dan hendaklah dimakan dalam jumlah yang minima,
  2. Buah-buahan. Namun buah-buahan yang manis seperti anggur, durian, rambutan dan lain-lain hendaklah di makan hanya sedikit kerana mengandungi "gula" yang boleh menambahkan berat badan.
  3. Karbohidrat kompleks seperti beras perang, bijirin penuh dan roti penuh
  4. Protein tanpa lemak seperti ayam yang dibuang kulit dan ikan.
  5. Air kosong.
Kenapa wanita hamil mengalami masalah pertambahan berat badan yang mendadak?
  • Ramai wanita hamil sering mengatakan diri mengidam itu dan ini. Misalnya makanan seperti buger, piza, ayam goreng (dan semua makanan yang di goreng) dan akan merajuk jika ada pihak menasihatkan supaya berhenti makan makanan yang berkalori tinggi ini.
  • Ibu-ibu hamil yang mengamalkan tabiat makan untuk dua orang. Padahal bayi cuma memerlukan 100 kalori/kilogram sehari. Si ibu pula makan 3000-4000 kalori sehari,
  • Ibu-ibu yang sering makan makanan dan minuman manis (ini termasuklah pengaambilan susu untuk wanita hamil yang berlebihan,minuman berkhasiat tetapi berkalori tinggi, susu pekat manis, kuih-muih, kek, roti, bun, gula-gula, aiskrin, coklat dan banyak lagi)

Jika anda merupakan seorang ibu hamil yang mengalami masalah berat badan, jumpalah pakar pemakanan jika ada di hospital berhampiran. Jika masalah berat badan meningkat secara berlebihan, anda perlu diperiksa untuk masalah kencing manis.

Ibu mengandung memerlukan pemakanan yang baik untuk dirinya dan juga bayi yang dikandung. Jesteru, ibu seharusnya makan mengikut keperluannya bermula pada awal kehamilan bagi memastikan kandungan dan berat badan ibu yang ideal.

Vitamin yang di perlukan oleh ibu hamil, baca sini.


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment