Wednesday, 23 October 2013

Tip Mencuci Muka dengan Betul Bantu Mengawal Jerawat

Menghilangkan jerawat pada muka atau wajah bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi menghilangkan jerawat pada muka atau wajah, anda hendaklah mempunyai disiplin dan kegigihan yang tinggi. Jika semangat anda untuk menghilangkan jerawat pada muka atau wajah hanyalah sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja, kegagalan adalah jawapan yang pasti.

Apa langkah yang paling penting dalam perawatan wajah? Jawapannya mestilah mencucuci muka. Dengan mencuci muka kita telah menghilangkan segala kotoran dan minyak dari muka kita. Sebahagian besar dari kita, baik wanita maupun lelaki pasti tahu akan hal ini dan membersihkan wajah dua kali sehari sudah menjadi perkara biasa kan.

Namun, adakah kita mencuci dengan cara yang betul? Penting untuk kita mengetahuinya untuk mengelakkan wajah anda daripada di cemari atau kotor. Ikutilah 5 langkah mudah untuk mencuci muka dengan betul.


Langkah 1: Cuci Tangan
Cuci tangan sebelum anda mencuci muka. Maksud saya cuci dengan bersih dan teliti seperti di tapak tangan, celah jari dan kuku. Lagi bagus jika anda dapat menggunakkan sabun anti-bakteria. Pastikan tiada kotoran yang tertinggal di tangan anda melainkan anda mahu kuman dan bakteria pada tangan anda hinggap di muka anda .

Langkah 2: Buang Kotoran Pada Muka
Buang kotoran dan kesan make up di muka anda dengan menggunakan air bersih. Kemudian lap muka dengan tuala muka. Pastikan tiada kesan make up yang tertinggal untuk mengelakkan make up bercampur dengan pencuci muka.

Langkah 3: Cuci Muka Menggunakan Pencuci Muka
Basahkan muka sedikit. Kemudian guna pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda (cth: jenis untuk kulit yang berminyak atau kulit kering). Sapu buih pencuci muka ke muka dan urut keseluruhan muka dengan perlahan selama 30 saat ke satu minit untuk melancarkan peredaran darah dan oksigen di muka. Pastikan tiada bahagian yang tertinggal seperti di sisir rambut, celah hidung dan telinga dan di bawah dagu.

Langkah 4: Bilas Muka
Bilas muka dengan air bersih. Bilas sehingga tiada buih yang tertinggal. Keringkan muka dengan tuala muka. Sapu toner pada muka dengan menggunakan cotton ball untuk mengecilkan liang pori dan menegangkan kulit.(Toner juga dapat menanggalkan kotoran yang tertinggal semasa mencuci muka)

Langkah 5: Pelembap Muka
Gunakan pelembab atau moisturizer pada muka untuk mengembalikan kelembapan kulit muka anda sebab penggunaan pencuci muka boleh menghilangkan kelembapan pada kulit anda.

Selamat mencuci muka dengan betul...senang dan mudah je ni kan..Sekian...:-)

Thank u so much to Sumber

Pelbagai tip kecantikan.Klik sini

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

1 comment:

  1. Terimakasih atas informasinya karena saya lagi cari informasin tentang cara menghilangkan jerawat secara alami
    .

    ReplyDelete