Saturday, 11 March 2017

15 Cara Menggalakkan Anak Anda Makan

Anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai yang diberikan oleh Allah kepada ibu bapa untuk dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Pemakanan yang betul dan berkasiat merupakan salah satu perkara utama yang perlu dititik berat oleh ibu bapa terhadap kanak-kanak untuk membesar dan menjalani proses pembesaran yang sihat.

15-cara-menggalakkan-anak-makan

Tidak dinafikan tempoh 1 tahun  hingga 6 tahun merupakan tahap yang mencabar bagi ibu bapa dalam memberi makan kepada anak-anak tersayang.Antara kesan kekurangan berat badan terhadap anak-anak ialah:-
  • Menjejaskan kecerdasan otak
  • Mengganggu pertumbuhan fizikal
  • Mengganggu perkembangan kanak-kanak
  • Mudah dijangkiti penyakit
Oleh sebab itu,pentingnya anak-anak anda dibekalkan dengan makanan yang berkhasiat sepanjang hari.

15-cara-menggalakkan-anak-anda-makan


Setiap kali anak makan, anda mestilah pastikan gabungan makanannya seimbang seperti yang disarankan oleh Piramid Pemakanan Malaysia. Piramid Pemakanan Malaysia mempunyai 4 aras yang terdiri daripada aras bijirin dan ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu serta lemak, minyak dan gula.

15 Cara Menggalakkan Anak Makan :


1. Sentiasa ada bersama anak ketika dia makan.
2. Jangan memaksa anak makan cepat. Biar dia menikmati makanannya.
3. Pujilah anak jika dia makan dengan elok dan dapat menghabiskan makanannya.
4. Semasa anak makan, beritahu dia apa yang sedang dimakannya itu dan khasiat yang kerkandung dalam makanan tersebut.
5. Seelok-eloknya, biar anak makan sendiri dan jangan suap mereka.
6. Ingat, jangan mendesak anak untuk makan banyak kerana saiz perutnya tidak sama dengan saiz perut orang dewasa.
7. Jangan galakkan anak makan hanya makanan yang digemarinya. Sebaliknya pelbagaikan makanan untuk mereka supaya seimbang.
8. Pastikan anda memberi anak makan ketika dia lapar.
9. Jangan memaksa anak makan. Hal ini hanya akan memberikan tekanan kepada mereka dan menyebabkan mereka kurang selera.
10. Jadikan waktu makan waktu yang menyeronokkan.
11. Elakkan anak minum banyak air semasa makan bagi mengelakkan dia cepat kenyang.
12. Untuk merangsang anak makan, hiaslah makanannya.
13. Tetapkan jadual makan anak agar dia jadi lebih berdisiplin.
14.Jangan beri anak makanan berat di antara waktu makan utamanya.
15.Elakkan memberi anak makan ketika dia mengantuk kerana dia mungkin akan tercekik atau tidak berselera.

Selain dari itu, ibu bapa juga boleh cuba memberikan anak dengan makanan tambahan segera yang terbaik dari shaklee iaitu Mealshakes Shaklee. Mealshake terdiri dari multivitamin, multimineral serta protein soya yang membekalkan keperluan nutrisi harian khasnya buat kanak-kanak. Membantu meningkatkan selera makan, menguatkan imuniti tubuh, menyelesaikan masalah sembelit dan pelbagai lagi berkaitan dengan kesihatan optimum. Yang pastinya, ia dibuat dari BAHAN SEMULAJADI, TIADA BAHAN PERANGSANG dan TIADA KESAN SAMPINGAN..

Bantulah anak-anak kita dengan memberikannya nutrisi yang baik dan mencukupi untuk perkembangan optimum. Lebih-lebih lagi jika anak terbiasa dengan makanan ringan, mereka pasti kehilangan banyak peluang untuk mendapatkan makanan berkhasiat untuk tubuh mereka.


Berita baik untu ibu-ibu, ibu boleh buat pembelian Mealshakes dengan sendiri melalui website eSell di bawah. Hanya klik gambar eSell di bawah dan isi maklumat yang diperlukan serta boleh buat pembayaran melalui debit card atau credit card.





Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment