Showing posts with label Amalan Harian. Show all posts
Showing posts with label Amalan Harian. Show all posts

Sunday, 5 March 2017

Amalan Murah Rezeki ;Rezeki Melimpah Ruah Seperti Air Mengalir

Kalau aku kaya
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Antara seni kata lagu kalau aku kaya nyayian ultimet...yati percaya semua orang atas dunia ni mesti semua nak kaya,nak duit banyak..nak rumah besar..nak kereta mewah..kan,..kan..kan...termasuk lah yati sendiri.hehehe.

Kekadang kita minta, berdoa dengan Allah agar dikurniakan dengan kerja yang bergaji berpuluh ribu di bandar besar, tapi Allah aturkan kita mendapat pekerjaan di kawasan luar bandar dengan gaji yang sedikit dan kadang2 kita dapat pekerjaan yang langsung kita tidak suka..Kita minta dengan Allah supaya bisness kita maju dan jualan beribu setiap bulan, tetapi nak dapat sepuluh ringgit dalam sehari pun sakit. Jadi mula la hadirnya perasaan tidak puas hati, tidak bersyukur dan kecewa kan?Ingatlah percaturan Allah taala adalah yang terbaik..yang menjadikan sebaliknya adalah kita sendiri...apa salahnya kita terima dengan redha dan laksanakan tugas yang diberikan dengan sebaik yg mungkin.In shaa allah setiap apa yg kita lakukan ALLAH tidak pernah terlepas pandang dan yakinlah dengan ALLAH taala.
Amalan-murah-rezeki-melimpah-ruah
Kenapa Susahnya Untuk Menjemput Rezeki

Ingatlah rezeki bukan hanya datang dalam bentuk wang ringgit..tetapi tanpa kita sedari rezeki datang dalam pelbagai bentuk..contohnya kita diberikan jiran2 yang baik..dimana apabila kita menghadapi musibah jiran kita datang untuk memberikan pertolongan, kita di kurniakan anak2 yg sihat dan comey2..kita diberikan..kawan2 yang sentiasa boleh diharap tatkala kita menghadapi masalah...kita diberikan keluarga yang bahagia yang sentiasa bersama2 tatkala kita susah dan juga senang..definasi rezeki itu sangatt luas kan...
Buka mata buka hati pasti kita akan nampak betapa banyaknya nikmat dan rezeki yang ada di atas muka bumi ini.

Kali ini yati nak kongsikan dengan semua antara amalan-amalan untuk kita sama-sama lakukan bagi menjemput rezeki dengan mudah dan tidak disangka-sangka.

Amalan-murah-rezeki
Amalan Murah Rezeki

20 amalan untuk dipraktikkan agar di murahkan rezeki

1. Beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakkan Istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Menjauhi Dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.

Sabda Nabi s.a.w.:

"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Mengingati Allah

Mengingati Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

6. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan Hajat Orang Lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)

8. Berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9. Amal Kebajikan

Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Bangun seawal Pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Mengeratkan Silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi Kekal Berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi Solat Malam (Tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

Solat-dhuha-murah-rezeki
Solat Dhuha Kunci Murah Rezeki

15. Melazimi Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Zikir Dan Bacaan Ayat Quran Tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan fahaman tentang agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar

Siapa berusaha, dia akan berjaya. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)

Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sumber: Jais

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Sunday, 22 March 2015

Doa Tahajud oleh UNIC; Sangat Menyentuh Hati

Ya Allah, berikanlah kami hidayah dan tunjukkanlah kami jalan yang benar...Hidupkanlah kami dengan Iman, matikanlah kami dalam Iman....damaikanlah hati kami semua. Lindungilah keluarga ku, suami, anak-anak, ibu bapa, adik beradik, saudara mara dan semua umat islam..Aamiin.
 
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 9 June 2014

Petua Supaya Anak ikut Cakap IBU BAPA

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar."  (QS. At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?"

Berkata para sahabat :
"Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."

Lalu Rasulullah SAW berkata
"Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."

Petua suapaya anak ikut cakap Ibu Bapa

1. Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2. Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah ... hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

Semoga memberi manfaat kepada kita semua...Aamiin

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:- FB:Haryati Mat Yasim Fanpage:Haryati to U shoppe Email:haryati.yasim@gmail.com sms / whatsapp :0132221663 ID No :909121

Friday, 23 May 2014

Amalan pada Hari Jumaat Penghulu Segala Hari

Salam jumaat penghulu segala hari semua...Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk menikmati hari jumaat pada hari ini...Hari jumaat dikatakan penghulu kepada semua hari dan pada hari jumaat juga akan berlaku kiamat...pada hari ini semua sedia maklum, orang lelaki beragama islam akan keluar ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Terdapat banyak amalan yang boleh kita lakukan pada hari jumaat untuk mendapat pahala lebih..:-)

Antara amalan-amalan baik yang kita boleh lakukan ialah:

1.Mandi sunat Jumaat

Pada hari Jumaat, kita disarankan untuk mandi sunat pada hari Jumaat terutama bagi lelaki yang ingin menunaikan solat Jumaat. Daripada Ibnu Umar berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang daripada kalian ingin mengerjakan solat Jummat, maka hendaklah dia mandi. (riwayat Al-Bukhari no. 877 dan Muslim no. 844)

2.Membersihkan gigi dan memakai wangian

Membersihkan gigi sama ada dengan kayu siwak ataupun berus gigi yang ada pada masa kini amat dituntut terutama sebelum mengerjakan solat. Begitu juga anjuran memakai wangian sebelum solat.

Kedua-dua perkara ini antara sunnah yang semakin dilupakan serta kurang diamalkan. Abu Sa’id Al-Khudri berkata bahawa Rasulullah SAW menyarankan agar pada sahabat menggosok gigi dan memakai wangi-wangian pada hari Jumaat semampu yang boleh.

Salah seorang perawi hadis iaitu seorang tabi’in bernama Bukair bin Abdullah Al-Asyajj berkata tentang anjuran memakai wangi-wangian pada hari Jumaat: Meskipun dengan wangi-wangian kaum wanita. (riwayat Muslim no. 846; Abu Daud no. 342)

3.Memperbanyakkan doa

Salah satu doa yang diangkat dan dimakbulkan oleh Allah adalah ketika hari Jumaat. Pada hari Jumaat, terdapat suatu masa yang mana jika seseorang berdoa pada waktu itu, nescaya Allah akan menunaikan permintaannya. Ia merupakan suatu peluang yang telah diberikan kepada umat Islam namun tidak ramai yang mengetahuinya dan beramal dengannya.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Jumaat ada suatu waktu yang mana tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat lalu berdoa tepat pada waktu tersebut melainkan Allah akan mengkabulkan doanya tersebut. (riwayat al-Bukhari no. 935 dan Muslim no. 852)

Para ulama mempunyai pelbagai pendapat mengenai bilakah waktu yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu. Ada yang berpendapat waktu mustajab itu adalah ketika di antara dua khutbah dalam solat Jumaat.

Sebahagiannya pula berpendapat pada waktu Asar. Pendapat yang kuat adalah pada waktu Asar selepas mengerjakan solat Asar sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya. (musnad Ahmad no. 7363)

4.Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW

Selawat merupakan tanda kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah SAW. Setiap daripada selawat yang dilafazkan akan diberikan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Ia juga menjadi zikir yang perlu diamalkan setiap hari untuk melembutkan hati dan menyemai rasa cinta kepada Baginda SAW.

Setiap Muslim disunatkan untuk memperbanyakkan selawat setiap hari terutamanya pada hari Jumaat. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya hari Jumaat merupakan hari yang terbaik di antara hari-hari lain, maka perbanyakkanlah berselawat kepadaku pada hari itu (Jumaat) kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku.” (riwayat Abu Daud no. 1531dan An-Nasai no. 1374)

Jom sama-sama kita memperbanyakkan amalan kita pada hari ini. Semoga kita semua dalam lindungan Allah taala.Aamiin.

Inginkan Tips Menangani Anak Mengamuk?Klik Sini.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 13 March 2014

Jangan Bersedih, Allah Tak Suka

Dalam sirah Rasulullah SAW, kematian isterinya Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib merupakan peristiwa yang amat menyedihkan dan meruntun hati, sehinggakan tahun tersebut dipanggil Tahun Kesedihan.

Perginya cinta hati pengubat jiwa, dan pelindung Baginda, memberi impak yang besar terhadap perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Ketiadaan Abu Talib menambah keberanian puak kafir Quraisy bertindak di luar batasan terhadap Baginda.

Namun Rasulullah SAW tetap kental dalam kerja dakwahnya. Baginda tidak tunduk dan terbawa-bawa dengan kesedihan dan kelemahan, sebaliknya bertindak proaktif dengan mencari medan baru yang berpotensi untuk mengembangkan Islam.

Kesedihan, menurut Ibn Qayyim, bukanlah sifat yang harus ada dalam diri seorang Muslim. Di dalam al-Quran bahkan tidak menyebut tentang 'hazn' (sedih) melainkan menafikannya.

“Dan jangan kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati.” [Ali Imran:139]

"Barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak akan ada kerisauan di antara mereka, dan tidak pula mereka bersedih hati.” [Al Baqarah: 38]

Malah, terbawa-bawa dalam kesedihan ini telah dinukilkan oleh Allah SWT sebagai satu cara syaitan, dan Allah melarang kita untuk menyebar-nyebarkan tentang kesedihan.

"Sesungguhnya pembicaraan rahsia itu adalah dari syaitan, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, sedangkan pembicaraan itu tiadalah memberi mudarat sedikitpun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah-lah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal" [Al-Mujadilah:10]

Jangan bersedih, sebab usia kita yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan kita. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia kita dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam kita dalam kecemasan, jangan kita tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu kita yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu.

Namun, kita sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari berasa sedih, gusar, resah, gelisah... namun segeralah meminta pertolongan dari Allah agar kesedihan itu tidak membawa mudarat kepada kita. Kesedihan yang membawa mudarat ialah bila kita mula merasa tidak bersemangat, datanglah perasaan malas, lemah longlai... dan pada masa ini syaitan bertepuk tangan.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 30 January 2013

Amalan Murah Rezeki

Semua org kalau boleh nk kaya raya, nk duit banyak, nak jadi jutawan, nak makan mewah, nak kereta mewah kan?yati sendiri pun kalau diberi pilihan nak juga..

Kekadang kita minta, berdoa dengan Allah agar dikurniakan dengan kerja yang bergaji banyak di bandar besar, tapi Allah aturkan kita mendapat pekerjaan di kawasan luar bandar dengan gaji yang sedikit dan kadang2 kita dapat pekerjaan yg langsung kita tidak suka..So mula la hadirnya perasaan tidak puas hati, tdk bersyukur dan kecewa kan?Ingatlah percaturan Allah taala adalah yg terbaik..yg menjadikan sebaliknya adalah kita sendiri...apa salahnya kita terima dgn redha dan laksanakan tugas yg diberikan dgn sebaik yg mungkin.In shaa allah setiap apa yg kita lakukan ALLAH tdk pernah terlepas pandang dan yakinlah dgn ALLAH taala.

Kita mesti ingat rezeki bukan hanya dtg dlm bentuk wang ringgit..tetapi tanpa kita sedari rezeki dtg dlm pelbagai bentuk..contohnya kita diberikan jiran2 yg baik..dimana apabila kt menghadapi musibah jiran kt dtg untuk memberikan pertolongan, kita di kurniakan anak2 yg sihat dan comey2..kita diberikan..kawan2 yg sentiasa boleh diharap tatkala kita menghadapi masalah...definasi rezeki itu sgt luas kan...