Wednesday, 24 April 2013

Kebaikan Nutriferon Shaklee

Sebelum ini yati dah cerita apa itu nutriferon, bagaimana ia bertindak, siapa yang memerlukan Nutriferon kenapa kita perlu ambil Nutriferon kan..jadi kali ini, yati nak cerita lebih lanjut lagi tentang kebaikan Nutriferon. Seperti yang telah kita ketahui, Nutriferon merupakan salah satu "immune booster" yang Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang mempunyai masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT, sakit yang LAMBAT RECOVER, SELSEMA, BATUK dan juga RESDUNG. Sebenarnya banyak lagi kelebihan Nutriferon yang patut kita ketahui...jom kita lihat kebaikan Nutriferon yang lain...

  • Menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.Jadi dapat membantu:- 
            a.Bantu sesiapa yang hadapi masalah tahap keimunan sering berkurang
         b.Sesuai untuk yang kerap selsema, kerap demam dan kerap jatuh sakit melebihi seminggu.
         c.Ibu menyusu yang mana anaknya masih kerap demam atau demam berpanjangan
  • Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.
  • Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.

  • Melindungi terhadap influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.
  • Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.
  • Kelewatan Penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.
  • Masalah Menopaus - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.
  • Membantu masalah PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.
Bagi yati, Nutriferon ini mesti ada dalam "first aid kit" di rumah masing-masing, dan sangat lah penting kepada sesiapa sahaja yang suka travelling...yati dan famly pun dah jatuh cinta dengan nutriferon ni.:-)

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:- 

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Thursday, 18 April 2013

MealShake Supplement Terbaik untuk Anak Anda

MealShake merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Ia adalah pilihan protein soya terbaik untuk kehidupan seharian kita semua. 

Setiap bancuhan MealShake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Tiada perasa tiruan atau warna tambahan. 

Keistimewaan MealShake ialah ia tinggi dengan protein. Di mana protein penting untuk:-
  • Protein berfungsi untuk membentuk sel baru bagi menggantikan sel mati atau sel yang telah rosak.
  • Protein digunakan untuk membina tisu penghubung pada ligamen, tendon dan otot.
  • Protein digunakan untuk mensistesiskan antibodi bagi mempertahankan badan daripada penyakit.
  • Protein berfungsi untuk mensintesiskan hormon bagi koordinasi badan 

7 sebab Meal Shakes penting untuk kanak-kanak!!

Testimoni Nutriferon Shaklee

Assalamualaikum dan salam sayang. Sebelum ni yati ada tulis pasal keistimewaan Nutriferon Shaklee kan. So, hari ni yati nak kongsi testimoni daripada pengguna yang telah ambil nutriferon.Ok jom kita lihat apa kata mereka....:-)

Testimoni Nutriferon 1


Testimoni Nutriferon 2


Testimoni Nutriferon 3



Testimoni Nutriferon 4



Testimoni Nutriferon 5

Jadi macam mana? Magic kan?hehehe.Sebenarnya banyak lagi testimoni pasal Nutriferon ni...kalau nak share satu2...blog yati nanti penuh dengan testimoni nutriferon jelah. Yati sendiri pun mengamalkan nutriferon ni selain daripada vitamin2 shaklee yang lain. Alhamdulillah yati sangat2 suka dan rasa akan keberkesanan nutriferon ni. Apa2 pun...kita hanya berusaha  dan penyembuhnya hanya ALLAH taala. Supplement ini hanya salah satu usaha kita ya. Disamping mengamalkan supplement kita juga wajib berdoa dengan ALLAH taala.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663 ID No :909121

Wednesday, 10 April 2013

Nutriferon Shaklee:Tingkatkan sistem imun anda

Bulan April adalah bulan promo untuk Nutriferon Shaklee, so yati nak share tentang manfaat Nutriferon ni. Yati start makan Nutriferon ni selepas kedua2 anak yati kena brokitis...selepas dua minggu sihat dan makan antibiotik, anak sulung (ukasyah) yati diserang batuk2 lagi..jadi membuatkan yati gelabah dan tidak senang duduk. Bila jumpa doktor, yati kena marah..huhuuh..dan doktor bagi tempoh dalam 3 hari lagi sebelum kena ambik antibiotik buat kali kedua. Balik dari hospital terus order Nutriferon. Apa yg yati buat...1 sachet Nutriferon yati bahagikan 4 bahagian. 1 hari ambik 1 kali je. Yati masukkan dalam susu..sebab yati budget anak yati xkan mkn kalau bagi makan macamtu je. Yati sendiri pun consume juga sebab protect untuk anak kedua yang fully BF. Di samping tu yati bagi anak yati makan omega guard 1 biji sehari. Alhamdulillah ukasyah sihat walafiat dengan izin ALLAH taala..kita hanya berusaha penyembuhnya hanya ALLAH taala. Sekarang antibodi kedua2 anak yati juga alhamdulillah lebih baik. kalau sebelum ni ukasyah boleh dikatakan tiap2 bulan akan check in klinik Dr.Erlina...hehehe..Ok lah..jom kita berkenalan dengan Nutriferon Shaklee.

Apa itu Nutriferon?

Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang mempunyai masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang LAMBAT RECOVER. NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.

Apakah interferon?
Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954, iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.

Siapakah yang Memerlukan Nutriferon?

1. Individu yang ingin menguatkan sistem imun dan seterusnya mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum

2.Individu yang menghadapi masalah sistem imun.

3.Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi. 

4.Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu. 

5.Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.

6.Individu yang diet mereka tidak optimum.

7.Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan.

Kenapa perlu Nutriferon?

Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu:-
- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan berjangkit.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dan sebagainya.

Bagaimana Nutriferon bertindak?

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan.

Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan *:
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.


Kenapa Nutriferon Shaklee?

Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon
Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.*

Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*
Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*

Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia
Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

Rumusan Berpaten Yang Eksklusif
NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

Cara pengambilan :
Satu minggu sekali sahaja untuk mereka yang sihat, ATAU,
Satu paket sehari (atau, jika perlu),di minum bersama air. Sila minum secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan.
*Sekarang yati dah tak masukkan nutriferon ke dalam susu ukasyah...sebab apa?sebab ukasyah dah boleh makan macam tu aje...hehehe..yati letak serbuk nutriferon atas hujung jari lepastu bagi dia jilat.kalau bagi satu sachet tu yati rasa habis...oh anakku...:-)

Kenali Sistem Imun Anda

Testimoni Pengguna Nutriferon

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 9 April 2013

Kenali Sistem Imun Anda

Di dalam badan kita ada sistem perlindungan yang sangat menakjubkan, ia dikenali sebagai sistem imun, yang dicipta untuk melindungi kita dari berjuta-juta bakteria, mikrob, virus, toksin dan parasit yang sentiasa menyerang tubuh kita.

Sistem imun melindungi kita dari penceroboh asing seperti virus, bakteria, kulat, protein asing dan sel kanser. Ia adalah satu sistem yang sangat canggih, anugerah Yang Maha Pengasih, yang merupakan perlindungan terbaik dari sebarang penyakit berbahaya. Tiada ubat yang dapat menandingi sistem imun yang sihat. Secara ringkas sistem imun terdiri daripada sel khas, protein, tisu dan organ (nodus limfa, sistem pernafasan, limpa, kulit, apendiks, perut dan usus). Di dalam artikel ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai tugas beberapa pemain dalam sistem imun:

Berikut adalah beberapa petikan dari temubaul antara Gerald Chuah dengan David Liaw mengenai kepentingan sistem imun dan bagaimana menggunakan makanan semulajadi dan nutrisi untuk mengembalikan kesihatan optimum diri seseorang.

Soalan: Apakah kajian saintifik terkini dan penemuan mengenai sistem imun?

Tekanan, pemakanan yang tidak sihat, dan pencemaran alam sekitar dikenalpasti sebagai faktor utama yang memberi kesan ke atas sistem imun. Berbagai kajian telah dijalankan untuk mengetahui impak pemakanan ke atas sistem imun dan mekanisma di dalam usus kecil.

Bagaimana kita mengasimilasikan makanan kita dan persekitaran mempunyai kesan yang mendalam ke atas tali perut kita. Kajian menunjukkan bahawa tali perut kita menempatkan komponen imun yang terpenting ia itu sistem limfoid, yang memainkan peranan besar dalam penyelarasan sistem imun yang lain dengan fungsi kawal selia tubuh kita.

Soalan: Sebelum ini kurang perhatian diberi kepada sistem imun, kenapa penekanan yang besar diberikan sekarang?

Peningkatan ketoksikan, peningkatan jumlah kanak-kanak yang menunjukkan gejala penyakit seperti hipertensi, kolesterol tinggi, diabetes, dll adalah pola pemberitahuan. Di samping itu penularan selsema burung dan selsema babi meletakkan orang ramai dalam kewaspadaan yang tinggi.

Soalan: Apa faktor dalaman dan luaran yang memberi impak kepada sistem imun kita?

Tekanan fizikal dan psikologikal berterusan yang berpunca dari gaya hidup, emosi, dan sistem kepercayaan; ketoksikan sama ada dari pencemaran udara, makanan, dan air; dan pemakanan dan ubat-ubatan, mempunyai kesan langsung ke atas fungsi imun usus kecil.

Soalan: Apa yang akan berlaku bila sistem imun kita terjejas atau gagal berfungsi?

Wednesday, 3 April 2013

Teknik Pernafasan ketika Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Dah banyak hari yati tak update blog...minggu lepas balik kg dan jalan-jalan sambil sedut angin cameroon...
Yati pun xmau celoteh panjang2..cuma entry kali ini yati nak share bagaimana cara pernafasan kita semasa hendak bersalin dalam labour room nanti. Alhamdulillah yati dah lepas dua orang anak...insyaallah akan dipraktikkan nnt untuk anak2 yang akan datang..jika diberikan rezeki oleh ALLAH taala.

Apabila anda berada dalam keadaan tertekan, pernafasan akan terganggu.Jadi setiap bakal ibu  memerlukan teknik pernafasan yang betul ketika bersalin bagi membantu kelancaran proses kelahiran.

Pernafasan yang bagus memainkan peranan penting sewaktu anda berada dalam fasa pelahiran. Selain membantu kelangsungan proses bersalin, pernafasan yang lancar dapat mengelakkan otot daripada mengalami ketegangan atau kekejangan. Jika tidak, ia akan menggugat proses meneran apabila ketika tiba saat itu, anda sudahpun keletihan.


Gambar Hiasan
Lebih daripada itu, pernafasan yang lancar akan membuatkan anda memberi tumpuan kepada pernafasan dan bukannya terhadap kesakitan yang semakin kerap dialami. Antara lain, anda dapat memaksimumkan bekalan oksigen di mana ia baik untuk diri anda sendiri, bayi dan otot-otot yang berkait langsung dengan proses kelahiran.

Ketahuilah bahawa apabila anda tidak bernafas dengan baik, ia akan mencetuskan suatu keadaan yang dikenali sebagai pernafasan panik. Apabila bernafas terlalu pantas, ia akan menyebabkanhyperventilation. Hal ini berlaku kerana terlalu banyak karbon dioksida dikeluarkan yang akhirnya menjadi punca anda mengalami pening dan kebas di mulut serta jari-jemari. Langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menekup mulut menggunakan beg plastik atau tangan sendiri, seterusnya menghidu karbon dioksida perlahan-lahan.

Dr. Siti Esah menegaskan bahawa amat penting untuk setiap wanita hamil mengikuti kelas antenatal terutamanya yang melalui kehamilan pertama. Dalam memilih kelas antenatal, anda digalakkan untuk memastikan kelas yang ditawarkan menyentuh aspek pernafasan. Pada masa yang sama, adalah lebih baik jika anda menghadiri kelas tersebut bersama suami agar dia dapat mengajar teknik pernafasan yang betul ketika anda sedang menghadapi kontraksi kelak selain daripada sokongan moral.

Kurang oksigen

Kekurangan oksigen sepanjang proses bersalin berlangsung boleh mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada diri anda malah kepada bayi juga. Banyak komplikasi yang bakal dihadapi kesan daripada tindakan tidak bernafas dengan cara yang betul.

Kesan negatif pada ibu termasuklah otot rahim tidak berfungsi dengan baik. Malah, ia turut mengakibatkan penghasilan oksitosin berkurangan. Untuk makluman, oksitosin sangat penting untuk kontraksi rahim. Jadi, jika anda tidak bernafas dengan lancar, ia boleh merencatkan proses kelahiran. Di pihak bayi pula, disebabkan oleh kurang oksigen, denyutan jantung bayi akan terjejas. Ini dapat dilihat melalui bacaan kardiotograf (CTG) yang tidak normal.

Teknik bernafas

Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari pelbagai jenis pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian dengan keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin.

1. Peringkat awal (early labour)

Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali. Dalam pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.

2. Peringkat aktif (active labour)

Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit semakin ketara bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak kontraksi, pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh membantu. Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.

3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim belum buka sepenuhnya)

Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan.Lakukan pernafasan panting namun jangan teran pada punggung. Sebaik-baiknya panting-panting – hembus.

INFO TAMBAHAN

Pernafasan Lamaze

Masyarakat Barat sangat menggemari kaedah pernafasan Lamaze. Dengan mengaplikasikannya, keadaan anda akan lebih terkawal. Apabila tumpuan dihalakan kepada pernafasan, maka kesakitan dapat diabaikan. Caranya ialah dengan bernafas sambil menyebut perkataan hee-hee-hoo.

Namun, adalah dinasihatkan agar kerap melakukan latihan sebelum tiba masa untuk bersalin kerana dikhuatiri bila tiba masanya anda tidak dapat melakukannya dengan baik kerana kurang berlatih. Tambahan pula ketika sakit anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada teknik pernafasan yang betul. Oleh kerana itulah, amat penting untuk suami turut serta dalam kelas antenatal agar dia dapat memberi panduan ketika anda mengalami kontraksi.

Teknik betul meneran