Showing posts with label diet yang sihat. Show all posts
Showing posts with label diet yang sihat. Show all posts

Tuesday, 28 March 2017

Tips Kurus ; 10 Kesilapan Diet yang Perlu diElakkan

Masih ingat lagi tak azam tahun baru anda?Ala azam nak kurus..nak turun berat 10kg sebulan tu...so  macam mana sekarang,dah berapa kilo berat korang turun?Sila jujur dengan diri sendiri ya....:-)
Kalau naik tu...nak kena buat check list balik la kenapa xjadi seperti yang dirancang.

Hari ni yati nak kongsikan kesilapan dalam proses diet yang patut kita elakkan...perkongsian oleh Kelvin Zahrin.
Baca satu persatu tau....tengok kat mana silap korang yang masih tak berjaya kurus lagi ni...

Tip-kurus-kesilapan-diet-perlu-dielakkan
DIET YO YO

Jom kita lihat, apakah kesilapan yang patut di elakkan itu...

1. Skip hidangan
Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning.

2. Cuma makan 3 hidangan sehari. 3 Hidangan TAK cukup untuk
1) mengawal nafsu makan dan
2) tingkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari tetapi dalam kuantiti yang betul OK. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda.

3.Makan tak cukup
Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.

Tip-kurus-kuantiti-nasi
Kuantiti nasi

4.Elak nasi
Saya sendiri pun makan nasi 2x sehari kadang2 3x :-). Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.



5.Ikut diet membuta
Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.

6.Harapkan makanan tambahan
Tiada masalah dengan makanan suplemen atau makanan tambahan TAPI jangan HANYA bergantung kepada produk-produk tersebut 100%. Makan Omega Guard 1 botol sari..tapi tiap2 hari makan ayam goreng berketul-ketul, memang tak kan berkesan la diet anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan. dan akan membantu proses penurunan berat badan dengan cepat.

7.Tak tahu keperluan kalori diri
Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.

Tip-kurus-kesilapan-dalam-diet

8.Elak makanan tempatan.
Saya sendiri pun makan di mamak hari-hari. Gaya hidup saya sememangnya Malaysian. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.

9. Terlalu fokus kepada satu perkara.
Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.

10. Diet jangka masa pendek.
Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi “diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.

So..dalam 10 kesilapan diatas, ada tak yang korang buat hari2?Mesti ada kan....jadi korang dah tau la kan kat mana silapnya diet korang yang sampai, sekarang tak kurus-kuruskan...:-)

Nak lagi cepat kurus..Rahsia yang tidak lagi rahsia,iaitu konsisten Vitamin Kurus Shaklee..sepanjang yati jadi pengedar Shaklee ramai pelanggan yang repeat order berkali kali set kurus basic shaklee ni...hanya dengan Herblax,Lecithin & Alfalfa mereka dah berjaya turun berat badan dengan jayanya...Best ke Best?Vitamin Shaklee ni bukan pil kurus semata2 ok, dengan set kurus shaklee juga, kesan lain yang dapat Kulit Cantik,Perut Kempis, Kolestrol turun,Hilang masalah sembelit dan banyak lagi..memang syookk...nak tahu lebih lanjut wasap je yati ya. 013 2221663



Tips Turunkan Berat Badan Tanpa Diet


TIPS PEMAKANAN BETUL YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK KURUS.KLIK SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 7 April 2014

Minyak Ikan Bantu Turunkan Berat Badan

✿.RAHSIA MINYAK IKAN BANTU UNTUK KURUSKAN BADAN ✿.

Omega Guard Shaklee mengandungi EPA dan DHA. Asid lemak omega 3 ini membantu meningkatkan paras hormon "leptin". Leptin ini adalah hormon yang bantu mengawal selera makan. Jika paras leptin dalam badan adalah tinggi maka selera makan kita akan berkurang.

Leptin ini juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, maka cepatlah lemak dibakar di mana akan membantu kita untuk kurangkan berat. Maknanya lemak-lemak yg jahat akan dibakar...so tinggal lah lemak-lemak yang baik, contoh lemak yang bagus ialah OMEGA 3 FATTY ACIDS.

Kenapa kita sentiasa rasa lapar?
Rasa lapar berpanjangan berpunca dari hormon leptin yang tidak neutral dan tidak dapat berfungsi dengan baik seterusnya gagal memberi isyarat lapar dan kenyang dengan baik ke otak dan menyebabkan kita terus mengambil makanan walaupun sebenarnya tubuh perlukan tambahan air bukan makanan.

Jadi, dimudahkan cerita...nak kurus haruslah kita perbaiki dulu hormon leptin (hormon yang menghantar isyarat lapar dan kenyang pada otak).Untuk baiki hormon leptin, haruslah mengamalkan pengambilan omega 3 iaitu omega guard shaklee. Bila dah baiki, so takde la kita akan lapar sentiasa yang menyebabkan lemak bertimbun dalam badan dan kesannya jadilah obesiti.


Info Ringkas mengenai Leptin
  • Leptin membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme badan.
  • Leptin adalah sejenis hormon yang adipose-generated, yang bermaksud dihasilkan oleh lemak badan.
  • Leptin menghantar isyarat kepada otak supaya menghadkan rasa lapar. Semakin rendah tahap leptin, semakin mudah seseorang itu berasa lapar. 
  • Rangsangan leptin mengurangkan aktiviti neuropeptida Y, iaitu neurotransmitter yang boleh mencetuskan refleks kelaparan. Neuropeptida Y pada tahap yang tinggi juga boleh mengurangkan pengeluaran tiroid, yang mana tiroid boleh memberi kesan yang negatif terhadap metabolisme.
Ok, sekarang dah faham kan fungsi minyak ikan dalam membantu anda kuruskan badan. Jadi apa tunggu laggi, jom beli minyak ikan. Tapi pastikan minyak ikan yang di beli adalah yang betul-betul berkesan dan tidak mendatangkan bahaya kepada badan kita.

Tahukah anda tidak semua minyak ikan ni terbaik dan selamat?Ada minyak ikan yang diperbuat dari hati ikan yang mengandungi toksid.
Berbeza dengan shaklee, ia selamat dan ia adalah minyak ikan terbaik di dunia dengan sumber DHA dan EPA yang lengkap dalam memenuhi keperluan tubuh dan otak kita.

Bagaimana Omega Guard Shaklee Membakar Lemak?

Hubungi saya untuk dapatkan Konsultasi PERCUMA serta tips-tips cara pengambilan yang BETUL dan TEPAT untuk anda.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 17 February 2014

Diet yang sihat untuk kanak-kanak

DIET UNTUK KANAK-KANAK : TINGKATKAN MOOD, INGATAN & FOKUS

1.KAWAL PENGAMBILAN GULA UNTUK KAWAL TEKANAN PERASAAN ANAK

Kajian menunjukkan bahawa apabila seseorang berada dalam keadaan tertekan, tubuh merembeskan sejenis hormon yang menyebabkan otak mencari jalan untuk meredakannya. Sayangnya, otak akan menghantar signal untuk melegakan stress dengan makanan bergula. Makanan bergula boleh membantu meredakan stress dalam jangkamasa yang singkat, namun kesan buruknya berpanjangan.

Kawallah stress anak-anak dengan selalu beraktiviti bersama mereka, menggalakkan mereka bersosial dan bersukan, serta mengelakkan makanan berproses dan stimulan seperti kafein.

2.TINGKATKAN INGATAN ANAK DENGAN KOLINA

"Sel-sel otak bergabung"

-Sel otak lebih senang bergabung apabila ia dalam keadaan teruja, dan ia disebabkan oleh hormon acetylcholine yang dicetuskn oleh KOLINA, sejenis bahan yang terdapat dalam lecithin di dalam telur dan soya.

3.TINGKATKAN MOOD DENGAN PROTEIN

Makan bergula dan mengandungi karbohidrat boleh meningkatkan hormon 'gembira' dalam masa yang singkat, namun pengambilan berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan anak. Galakkan anak-anak makan makanan berprotein tinggi untuk meningkatkan mood mereka.

4.TINGKATKAN FOKUS DENGAN MINYAK IKAN

Untuk fokus, anak-anak memerlukan serat saraf otak yang sihat dan berkembang. Serat-serat ini dibina dengan sejenis lelemak dipanggil myelin. Omega-3 membantu mendapatkan myelin yang sihat.

Sediakan makanan seimbang untuk anak-anak, jauhkan mereka dari makanan rapu!

*OMEGA GUARD mengandungi Omega-3 & Meal Shakes membekalkan protein dan serat untuk kanak-kanak.
Diet yang Sihat
Selain itu, seperti yang kita maklum amalkan makanan sunnah iaitu kismis, madu & kurma. Jadikan makanan ini sebagai makanan harian anak-anak dari kecil lagi. Insyaallah, semoga anak-anak kita membesar dengan sihat, bijak dan menjadi anak yang soleh atau solehah. Aamiin.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121