Showing posts with label Suplemen Bulan Puasa. Show all posts
Showing posts with label Suplemen Bulan Puasa. Show all posts

Tuesday, 1 July 2014

Tip Hebat Kekal Langsing dan Sihat Sepanjang Ramadhan (Semasa Berpuasa)

Amat penting bagi anda untuk mengetahui jenis makanan yang baik untuk diambil semasa berpuasa. Ini untuk memastikan puasa anda berjalan lancar dan badan tetap sihat.

Berikut beberapa tip yang boleh membantu anda segar dan sihat sepanjang berpuasa. Insyaallah tip ini dapat mencegah masalah dehidrasi dan kekurangan tenaga.


Semasa Berpuasa
1.Cairan Dalam Badan
-Semasa berpuasa, anda tidak makan dan minum lebih 12 jam. Untuk menjaga cairan dalam badan, ambillah makanan yang mengandungi gamma linoleic acid (GLA) seperti sayuran hijau berbiji seperti buncis, kacand panjang atau kacang botol.

2. Nasi Beras Merah
-cuba gantikan nasi putih dengan beras merah. Ini kerana beras merah mengandungi karbohidrat kompleks dan dapat memabntu anda merasa kenyang lebih lama.

3.Buah & Sayuran
-Ia sangat baik untuk di ambil ketika berpuasa. namun elakkan buah-buahan yang bersifat dueratik seperti tembikai, tomato, lobak merah dan sebagainya.

4. Elakkan makanan manis
-Makanan manis boleh diambil ketika berbuka puasa untuk menjaga kadar gula dalam darah. Tetapi tidak semasa bersahur kerana ia mengandungi kadar gula tinggi dan membuatkan badan anda merasa mengantuk, kekurangan tenaga dan kekurangan kemasukan oksigen ke otak.

Tip Hebat Kekal Langsing Semasa Bersahur

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Saturday, 28 June 2014

Tip Hebat Kekal Langsing dan Sihat Sepanjang Ramadhan (Bersahur)

Sebelum ni yati ada kongsikan tip kekal langsing dan sihat sepanjang ramadhan sebelum puasa. Kali ini yati nak kongsikan tip kekal langsing dan sihat semasa bersahur pula. Semangat tau di bulan Ramadhan ni...ambik peluang nak kurus nak turun kilo banyak2 di bulan Ramadhan...tapi janganlah sampai terabai ibadat ya...kiranya bulan Ramadhan ni bonus la untuk mereka yang berazam nak kurus di awal tahun tu..
tips_kurus_dengan_selamat

Tip Semasa Bersahur

1. Hidangan biasa
-makanlah dalam jumlah hidangan biasa. Makan banyak tidak akan membuatkan anda kenyang lebih lama sehingga tiba waktu berbuka puasa.
-Pengambilan makanan yang terlalu banyak boleh mebuatkan badan anda dehidrasi lebih cepat. Walau bagaimanapun, jangan makan terlalu sedikit kerana badan akan kekurangan tenaga sehungga menyukarkan anda untuk menumpukan pada kerja.

2. Pengambilan Karbohidrat Kompleks
-Karbohidrat kompleks ini mengambil masa yang lama untuk dihadamkan dan boleh memberi tenaga lebih lama. Ia terdapat dalam nasi beras merah, roti gandum, bijian, buah dan sayuran.
-Jenis makanan ini baik untuk mempertahankan tenaga yang diperlukan oleh otot semasa berpuasa. Selain itu, ia membantu badan menyerap lebih air dan mengelakkan masalah kekurangan cairan dalam badan.

3. Makan Perlahan
-jangan makan terlalu cepat kerana ia boleh mengganggu kadar gula dalam darah dan membuatkan perut anda cepat merasa lapar. Makan dengan cepat juga akan menyebabkan badan bekerja lebih keras untuk penyerapan nutrisi. Kesannya badan cepat terasa letih.

4. Pilih Air Putih Berbanding Manis
-Mengambil minuman manis semasa bersahur memanglah nikmat. Kombinasi gula ini cepat memberi tenaga tambahan. Namun tenaga yang dihasilkan daripada gula pasir akan hilang dengan cepat.
-Disarankan supaya mengambil minuman manis ketika berbuka sahaja. Ini untuk menggantikan tenaga yang hilang. Ketika bersahur, eloklah minum air putih dan perbanyakkan makan buah-buahan dan sayuran. Elakkan minum kopi atau cafien kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi.

5. Amalkan Set Kurus Shaklee untuk lagi berkesan dan lemak2 dibuang dengan betul yang penting, set kurus Shaklee bukan sahaja membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan, tetapi juga memberikan anda kesihatan bertambah baik.

Tip Hebat Kekal Langsing Semasa Berpuasa

Semoga bulan Ramadhan kali ini dapat menambahkan sebanyak yang mungkin ibadat dan pahala untuk akhirat, dan dapat menurunkan lemak2 dalam badan supaya raya kali ini selim melim dan cantik gitu...

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan....Alhamdulillah...esok semua umat islam akan menjalani ibadat puasa...syukur kepada ALLAH taala kerana masih di berikan peluang untuk merasa nikmat bulan Ramadhan..

Semoga diberikan kesempatan untuk menjalani ibadat puasa sepanjang Ramadhan dan semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dari sebelum ni.

Seperti yang sedia maklum, Ramadhan bukan sekadar menahan lapar-dahaga serta perkara yang membatalkannya tetapi lebih daripada itu. Ianya adalah bulan ibadah, bulan kebajikan dan bulan keberkatan yang berganda-ganda melebihi bulan-bulan lain.


Niat Puasa Ramadhan

Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan, kesungguhan dan keikhlasan dalam beribadah kepadaMu. Permudahkanlah kami dalam setiap urusan harian kami.

Ya Allah, anugerahkanlah kami puasa yang terbaik serta amal kebaikan yang terbaik. Jadikanlah kami hambaMu yang terbaik di sepanjang Ramadhan tahun ini. Dan jadikanlah Ramadhan kali ini yang terbaik buat kami. Aamiin.....


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 23 June 2014

Kekal Cergas dan Bertenaga di Bulan Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah...lagi beberapa hari kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak..bulan yang dinanti-nanti oleh semua umat islam...Sempena nak sambut bulan Ramdhan, yati nk kongsikan sedikit mengenai supplement yang sesuai untuk di ambil sepanjnag Ramadhan...

Mighty 3 Gems Programme sangat sesuai untuk mereka yang ingin kan tenaga dan sihat sepanjang berpuasa. Terdiri daripada, Mealshakes, Performance Drink dan ESP Soy Protein Isolate Powder.Untuk hari berpuasa yang kekal BERTENAGA, AKTIF dan CERIA. Sesuai untuk semua golongan kanak-kanak, Ibu Menyusu, Pekerja, Pelajar dan Warga Emas.


1. PERFORMANCE DRINK SHAKLEE (PD)
✔✔ (MENGURANGKAN RASA HAUS & MENGEKALKAN HIDRASI BADAN)

-Minuman isotonik semualajadi rendah sodium dan gula. PD mengurangkan kehilangan bendalir (air) dari tubuh kita, yang sememangnya berlaku apabila kita berpuasa. Badan kita akan kekeringan air (di dalam) kesan daripada metabolisma badan dan kerja-kerja seharian yang dilakukan. Jadi, PD mampu menyokong tahap hidrasi dan menjaga kandungan air dalam tubuh kita.

2,MelaShakes (Kurang Rasa Letih)
✔✔ (MEMBERI TENAGA & MENGURANGKAN RASA LETIH)

- Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.

3.ESP (Kurang rasa Lapar)
✔✔ (MENGEKALKAN RASA KENYANG YANG LEBIH LAMA)

-Membekalkan LONG LASTING ENERGY. Mengurangkan rasa lapar keterlaluan. Sebagai Milk Booster bagi ibu menyusu. Mencantikkan walaupun tak bermekap sakan semasa berpuasa. Diperkaya dengan kalsium untuk mengurangkan keasidan soya. Jadi mengurangkan risiko serangan gastrik bagi pesakit gastrik ketika berpuasa
Testimoni mereka yang amalkan Set 3 Gems Shaklee




Ibu Menyusu Kekal Cergas di di Bulan Ramadhan.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 16 June 2014

ESP Membantu Melegakan sakit Gastrik Anda

Lagi beberapa hari umat islam akan menyambut bulan Ramadhan...kita semua tertunggu2 bulan ini, ini disebabkan Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain.

Namun begitu, bagi anda yang mengalami masalah gastrik, sudah tentu sedikit risau apabila berpuasa. Sebab itulah, anda yang mempunyai gastrik sangat-sangat digalakkan bangun bersahur. Jangan malas nk bersahur ya...Hari ini yati nak share produk shaklee yang boleh anda amalkan sewaktu bulan Ramdhan nanti.

Satu cara untuk menyelesaikan masalah gastrik ketika berpuasa.Hanya sesudu ESP diperlukan sewaktu sahur dan berbuka dan campur pada minuman kegemaran anda seperti milo / nestum / horlicks / susu. Rasanya sedap. Ia mampu membekalkan tenaga dan membuatkan perut sentiasa kenyang sepanjang berpuasa.

Bagaimana ESP Membantu Melegakan sakit Gastrik Anda?

ESP
>>Merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting.
>>Asid amino ini membantu memulihkan kembali sel-sel dinding perut yang rosak diakibatkan oleh hakisan oleh asid hidroklorik.
>>Ia mengandungi 14 gram protein soya sihat dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan. Sifat kealkalian yang tinggi jugak amat membantu di dalam proses meneutralkan kembali keadaan asid berlebihan didalam perut.
>>Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yg konsisten.
>>Protein soya bukan GMO ini dihasilkan dibawah satu program digelar Identity Prservation Program (IPP) di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam sehinggalah saat pemprosesannya. 

Testimoni ESP Melegakan Gastrik
Harus diingat, pengambilan suplimen BUKAN pengganti kepada makanan seimbang kita, sebaliknya hanya MEMBANTU badan kita untuk mendapatkan nutrisi yg tidak lengkap disebalik GAYA HIDUP yg kebanyakan daripada kita yg tdk konsisten mengamalkannya secara berkualiti dan bermutu tinggi. Oleh itu dengann pengambilan suplimen ia sedikit sebanyak dapat menampung kekurangan nutrisi dalam badan kita.


Tips Merawat Gastrik. Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 8 July 2013

Ibu Menyusu Kekal Cergas Semasa Berpuasa

Alhamdulillah....pejam celik..pejam celik..lagi 1 hari kita akan menyambut bulan Ramadhan yang penuh dgn keberkatan...tak sabar rasa nk menyambut bulan Ramadhan nnt...tahun ni saya akan berpuasa dgn 2 orang anak..tahun lepas saya berpantang sebulan d bulan Ramadhan..:-) tu yg excited lebih nk sambut Ramadhan kali ini...

Semoga Ramadhan kali ini memberikan lebih keberkatan untuk saya dan juga anda semua..sama2 kita menambahkan saham pada bulan Ramadhan nnt. Bukan saham dunia ya..saham akhirat..

Namun mesti ada juga perasaan risau takut letih, penat , tak larat dan susu kurang bagi ibu menyusu apabila kita berpuasa nanti kan..

Di sinilah peranan suplimen atau makanan tambahan untuk mengekalkan tenaga dan memberikan anda sentiasa cergas dan penghasilan susu ibu tidak terjejas.

Antara panduan atau persediaan yang boleh di lakukan oleh ibu menyusu ialah:-

1. Sila buat stok EBM SEBAANYAAAK yang mungkin…tahniah kepada ibu yang dah ada banyak stok. Tapi lebih bagus jika ditambah lagi… bagi yang kurang stok jangan risau, teruskan usaha mengepam sejam sekali… sikit-sikit lama-lama jadi bukit..:-)Stok EBM ini sebagai back up jika kita mengalami kemerosotan susu ketika berpuasa.

2.Amalkan pemakanan yang boleh merangsang penghasilan susu. Antara jenis makanan yang biasa dicadangkan adalah kurma, lobak putih, longan kering, soya, daun betik muda, kacang tanah dan susu kambing, boleh tanya en.google untuk contoh2 yang lain...

3.Amalkan makanan seimbang. Jika kita mengamalkan pemakanan seimbang, in shaa Allah pengeluaran susu takkan terjejas. Cuma bila kita berpuasa, kita akan lebih cepat letih dan dehydrate(kurang air). Jadi bila kita dah terlalu letih, tak ada tenaga, lesu je sedikit sebanyak mempengaruhi mood kita dan buatkan kita stress. Sedangkan untuk maintain pengeluaran susu, ibu menyusu lebih-lebih lagi yang sedang berpuasa, perlulah MENGELAKKAN DIRI DARIPADA STRESS!

4. Pengambilan suplimen tambahan dan juga vitamin dapat membantu kita dalam mengekalkan kesegaran dan kecergasan sepanjang hari di bulan Ramadhan. Antara supplements yang dicadangkan untuk mengekalkan tenaga dan mengelakkan dehydrate ialah Performance Drink, ESP, Mealshake dan Multivitamin.

5. Akhir sekali, banyakkan berdoa kepada ALLAH taala semoga kita semua di permudahkan sepanjang tempoh berpuasa...dan banyakkan juga amal ibadat. Insyaallah kita semua di lindungi ALLAH taala.

Suplimen di bulan puasa

Supplement untuk kekal cergas dan segar di bulan puasa KLIK SINI.

Jadual makan vitamin di bulan puasa Klik SINI.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Sunday, 7 July 2013

Jadual makan Vitamin Shaklee Bulan Puasa; kekal cergas dan bertenaga

Assalamualaikum dan selamat pagi..dah banyak hr saya tak update blog...sebab setiap kali nk update idea hilang...bila cari balik idea tu tak jumpa2..huhu..Alhamdulillah pg ni idea dtg lagi dan harap tak hilang seprti hari2 sebelum ni ;-)

Memandangkan lg beberapa hari kita umat islam nk menyambut bulan Ramadhan...dan juga ramai yang msg saya tanya pengambilan cara makan vitamin pada bulan puasa, jadi hari ini yati nak sembang sikit pasal kenapa perlunya vitamin pada bulan puasa dan cara mkn.

Bulan Ramadhan bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya. Beruntunglah anda yang dapat berpuasa sepanjang bulan Ramadhan, karana puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia ia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita sentiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Pengambilan suplimen BUKAN pengganti kepada makanan seimbang kita, sebaliknya hanya MEMBANTU badan kita untuk mendapatkan nutrisi yg tidak lengkap disebalik GAYA HIDUP yg kebanyakan daripada kita yg tdk konsisten mengamalkannya secara berkualiti dan bermutu tinggi. Oleh itu dengann pengambilan suplimen ia sedikit sebanyak dapat menampung kekurangan nutrisi dalam badan kita.

Apabila kita berpuasa kadang2 badan kita cepat letih dan cepat penat kan..ini berlaku sama ada badan kita mmg betul2 penat sebab kekurangan air atau sbb minda kita sendiri yg set dari awal lg apabila berpuasa badan kita akan letih...tepuk dada tanya iman :-)

Di sinilah..pentingnya kenapa kita mengamalkan pemakanan yang boleh mengekalkan kesegaran dan kecergasan sepanjang hari seperti kurma, oats dan supplements (makanan tambahan)

Vitamin
Jadi, bagaimana pula jadual makan vitamin shaklee pada bulan puasa?

Waktu Sahur:
  • Minum segelas Perfromance Drink dan segelas ESP atau boleh mix Performance Drink, ESP dan Mealshake (gabungan terbaik).
  • Vitalea, B Complex & Vit C
Waktu berbuka:
  • Minum segelas Performance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
  • Makan Alfalfa, Vit C & Lecithin/Omega Guard
Selepas Terawih/moreh:
  • Zink, 
Sebelum Tidur:
  • Amalkan minum segelas ESP.
  • Ostematrix, Vit E/GLA
Atau boleh juga ikut macam ni:-

1.Yang biasa ambil pagi  - ambil selepas berbuka puasa
2.Yang biasa ambil tengah hari - ambil selepas Terawikh/moreh
3.Yang biasa ambil malam - ambil masa sahur

Atau anda boleh menghubungi distributor shaklee anda untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut.

Suplimen ketika Bulan Puasa untuk kekal cergas dan bertenaga.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 12 June 2013

Suplemen Ketika Berpuasa

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah...sekarang kita sudah berada dalam bulan Syaaban...tak sampai satu bulan je lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan, iaitu bulan yang penuh keberkatan. Sekarang mesti semua orang sedang bertungkus lumus untuk menggantikan puasa yg ditinggal pada tahun lepas kan?sama la ngan saya..kena ganti puasa sebulan sebab tahun lepas saya dalam tempoh berpantang anak kedua(Uwais Dzulkarnain).
Saya percaya bulan puasa nanti mesti kita perlukan kesihatan yang terbaik untuk menjalankan kerja2 seharian, dan yang paling penting untuk menambahkan amal ibadat kita.

Jadi sempena bulan ramadhan yang akan bakal tiba nanti, enty kali ini saya nak berkongsi tentang supplement yang sesuai di ambil pada bulan puasa nanti supaya kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna tanpa ada masalah kesihatan yang menghalang kita untuk beribadat dan berpuasa.

Selain daripada vitamin asas iaitu Vitalea(multivitamin), B Complex, Vit C anda boleh cuba set Mighty Gem's  yang sesuai untuk satu keluarga.

Kenapa Set Ramadhan ini sesuai untuk semua keluarga?

1.Shaklee Performance (Kurang Rasa Haus)
✔✔ (MENGURANGKAN RASA HAUS & MENGEKALKAN HIDRASI BADAN)

- Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

♥ Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
♥ Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
♥ Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan dan  menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
♥ Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu optilyte yang membekalkan tenaga serta merta. Optilyte ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
♥ Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. 

2.ESP (Kurang rasa Lapar)
✔✔ (MENGEKALKAN RASA KENYANG YANG LEBIH LAMA)

- Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan . Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

♥Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian kita.
♥Mengatasi masalah GASTRIK
♥MILK BOOSTER! Mengurangkan masalah susu merundum
♥Kulit lebih anjal, tegang dan berseri
♥Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar
♥ Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
♥ mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

3.MelaShakes (Kurang Rasa Letih)
✔✔ (MEMBERI TENAGA & MENGURANGKAN RASA LETIH)

- Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.

♥Mengenyangkan dan memberi tenaga
♥Elakkan sembelit
♥ Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
♥ Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
♥ Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
♥ Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.




Ia amat sesuai untuk kanak-kanak, ibu hamil, ibu menyusu, pesakit gastrik, warga emas dan semua golongan.

Usah ragu untuk mencuba suplemen Shaklee kerana ternyata ianya :
✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Diiktiraf Doktor Profesional
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan

*Sekarang ni pun saya tengah puasa, pagi tadi bangun sahur minum 2 gelas air masak, satu sudu ESP+satu sudu Mealsahakes+susu nespray je.Alhamdulillah setakat waktu sekarang saya tak rasa lapar pun...lepas tulis entry ni nak gi pam susu untuk my hero pula...saya ibu menyusu anak yg sekarang dah 11bulan. Doakan saya dapat menyusu sampai 2 tahun ya..

Apapun suplemen hanya usaha kita sahaja...hanya ALLAH taala yang mengizinkan sesuatu itu berlaku. Doa & Tawakkal kita tidak boleh tinggal, semoga kita semua di permudahkan nanti.

Makan vitamin tetapi tiada kesan?

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121