Showing posts with label Vitamin B Complex Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Vitamin B Complex Shaklee. Show all posts

Thursday, 11 October 2018

TESTIMONI:MASALAH ANGIN DAN PENING HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Assalamualaikum,salam sejahtera.Semoga semua pembaca blog yati sentiasa dalam keadaan sihat wal afiah.Aamiin

Kali ini yati nak kongsikan berita gembira customer yati sendiri yang mengamalkan vitamin shaklee. Alhamdulillah,syukur sangat ikhtiar kak yah untuk masalah angin yang kronik dan pening hanyut beransur pulih.

Tengoklah gambar kak yah tu,ceria akn..suka sangat yati.Sebelumni masa yati COD vitamin awal tu,kak yah nampak sangatlah tak sihat,senyum pun tak berapa nak senyum.Kali ini seronok kak yah bercerita rasa segar bila konsisten vitamin shaklee.

Kak Yah Tambah Order Vitamin C
Sedikit perkongsian tentang customer yati 

Banyak sangat shaklee effect dengan kak yah selepas makan vitamin shaklee.
Bermula dengan vitamin: Ostematrix+Garlic+Pepermint kemudian tambah pula dengan B complex..dan hari ini tambah vitamin baru lagi iaitu vitamin C.

Masalah:

1.Mengalami masalah angin dalam badan yang sangat kronik.
2.Pening kepala sehingga tidak dapat berniaga,buka kedai makan.
3.Tangan kebas

Selepas amal vitamin shaklee:

1.Masalah angin sampai naik kepala banyak sangat berkurang,dah tak rasa pedih ulu hati.
2.Pening kepala berkurang
3.Rasa badan sangat sihat berbanding sebelum kenal shaklee.

Alhamdulillah.Semoga dapat manfaat vitamin sepenuhnya.Aamiin

Anda mengalami masalah sama dengan kak yah?Jangan risau,hubungi yati untuk konsultation dan cadangan vitamin yang sesuai. Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya 013 222 1663 yati atau klik sahaja icon dibawah untuk pembelian terus secara online.


Anda mengalami masalah ANEMIA?

Tanda-tanda kekurangan zat besi:

- Badan letih dan lesu
- Kulit kelihatan pucat
- Sering hilang fokus
- Semput
- Sakit kepala
- Jantung berdebar
- Sering lupa
- Tersangat kurus
- Bagi ibu menyusu mungkin mengalami kekurangan susu badan
- Bagi ibu hamil mungkin mengalami masalah dengan kandungan

TIPS UNTUK TANGANI MASALAH ANEMIA.BACA SINI.


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 15 March 2017

Suplemen Kekal Bertenaga Dan Sihat untuk Bakal Jemaah Haji dan Umrah

Syukur dan indahnya perasaan apabila kita diizinkan Allah Taala untuk ke tanah suci sama ada untuk menunaikan umrah ataupun haji. Setiap umat islam pasti bercita-cita untuk ke Tanah Suci dalam keadaan sihat jasmani dan rohani. Jangan sia-siakan peluang yang Allah bagi...jadikan jemputan Allah ini, kita sambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan dalam keadaan sihat fizikal dan mental.

vitamin-bakal-haji-umrah
INDAHNYA TANAH SUCI

Menjaga Kesihatan Jasmani dan Rohani


Antara persediaan yang perlu bakal jemaah haji atau umrah perlu lakukan ialah menjaga kesihatan jasmani dan rohani. Bakal jemaah hendaklah menjaga kesihatan menerusi pemakanan yang baik dan seimbang serta memperbanyak aktiviti riadah. Selain itu, jemaah hendaklah melatih diri supaya bersikap positif dan bijak mengawal perasaan. 

Vitamin Kekal Bertenaga & Sihat untuk Bakal Jemaah Haji dan Umrah

suplemen-umrah-haji-kekal-bertenaga-ditanah-suci

Suplemen shaklee membantu untuk para bakal haji atau umrah untuk lebih bertenaga ini kerana, di sana kita memerlukan tenaga yang extra daripada biasa..maklumlahkan kena banyak berjalan, dengan cuaca yang berbeza dan suasana yang berbeza, Jadi dengan amalkan vitamin shaklee ini, sedikit sebanyak membantu kita dalam persediaan fizikal yang sihat untuk melakukan ibadah. Apa-apa pun atas izin Allah taala. Di sana Allah mempermudahkan segala urusan kita.

Apa Manfaat Vitamin Shaklee ini?

OSTEMATRIX/KALSIUM

1. Kalsium @ Ostematrix
- Kalsium penting sebab ibadah haji memerlukan kekuatan kaki. Jemaah akan banyak berjalan kan...jadi sedikit sebanyak akan terasa lenguh. Kita nak elak daripada berlakunya kejang atau cramp, oleh itu penggunaan ostematrix sangat membantu.

Ostematrix juga akan membantu jemaah untuk tidur yang lena dan mudah untuk bangun beribadah selepas tidur serta membantu bangun dengan penuh kesegaran.

NUTRIFERON

2.  Nutriferon- Nutriferon membantu untuk jemaah haji dan umrah untuk mempertingkatkan antibodi sedia ada.

Maklumlah jemaah akan berada dan di kelilingi oleh pelbagai bangsa dari pelbagai negara, jadi di sini, perisai badan jemaah perlu kuat untuk elak dari mudah mendapat jangkitan virus.

Bila kita boost sistem imun kita, badan lebih kuat untuk melawan penyakit.

B COMPLEX

3. B Complex - Jemaah haji atau umrah memerlukan banyak tenaga untuk berjaga demi menunaikan ibadah. Jadi bagi nak elak kurang tenaga, B complex membantu tubuh untuk menjana tenaga.

Yang penting makan secukupnya. Walaupun kurang tidur, insyaaAllah masih rasa kuat. B complex juga membantu para jemaah untuk memberi tenaga dan elak stress.

Sekali lagi yati ucapkan TAHNIAH kepada anda yang akan menunaikan ibadat di tanah suci nanti. Semoga segala ibadat di terima Allah Taala dan dipermudahkan segala urusan di sana.

Dapatkan suplemen Shaklee untuk anda melakukan ibadat dengan sempurna Insyaallah.

Tuan Puan boleh membuat pembelian vitamin Haji & Umrah dengan klik gambar eSell di bawah. Selepas membuat pembayaran,pihak shaklee akan uruskan urusan pengeposan kepada tuan dan puan.Yati akan hubungi pihak tuan puan untuk cara makan vitamin dengan betul.





Atau boleh hubungi yati di talian 013 222 1663.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 10 April 2014

Set Combo Bajet Ostematrix/kalsium Shaklee

Sempena April adalah bulan promosi ostematrix/kalsium shaklee, yati nk kongsikan gabungan bajet yang sesuai ostematrix dengan vitamin yang lain. Bergabung meletop..hehehe.

Set Combo Bajet Ostematrix/kalsium Shaklee

Set Keluarga
1.Ostematrix
2.ESP

Kalsium adalah sejenis mineral yang mampu menguatkan tulang dan perlu diambil setiap hari. Ini kerana tubuh kita membuang sejumlah kecil kalsium setiap masa sebelum digantikan dengan kalsium yang baru dalam proses dinamakan ‘permodelan semula tulang’.

Perlu diingat, kalsium juga disingkirkan daripada badan menerusi proses semula jadi seperti rambut gugur, kuku, peluh dan kulit mati.

Sekiranya jumlah kalsium yang disingkirkan lebih banyak berbanding yang digantikan, tulang menjadi lemah secara perlahan-lahan dan terdedah kepada risiko mudah patah.

Antara Kebaikan Ostematrix
1.Tidur malam lebih lena
2.Menghilangkan sengal-sengal tulang serta letih badan
3.mengelakkan rasas sengal tulang serta kebas kaki
4.Melawaskan sistem penghadaman
5.Badan lebih bertenaga apabila bangun pagi
6.Mencegah Osteoporisis (tulang menjadi rapuh)

Apakah manfaat ESP?
1. Kekal Muda : Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
Set Menyusu
1. ALFALFA
Seringkali dikenali dengan 1001 khasiat yang tak ternilai. Apa yang penting ianya adalah berfungsi sebagai:
-Mengandungi "galactogogue" yang membantu ✿MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU
✿Memekatkan susu
✿Membantu perkumuhan (lebih lawas)
✿Membuang angin dalam badan
✿Mengelakkan baby dari kembung perut

2. OSTEMATRIX/KALSIUM
Ini adalah pil kalsium yang luarbiasa! Ianya lebih dari hanya KALSIUM. Kenapa?Ianya juga mengandungi vitamin D dan magnesium yang bila digabungkan bersama akan menghasilkan penyerapan kalsium dengan lebih baik.
✿Mudah ditelan.
✿Mengelakkan kuantiti susu berkurang ketika haid
✿Membantu masalah sembelit bagi ibu-ibu.
✿Membantu pembinaan darah,tulang, gigi dan saraf
✿Mengelakkan osteoperosis
✿Mengelakkan rasa sengal kaki dan tulang belakang
✿Sentiasa bertenaga dan tidak mudah letih lesu


Set Senggugut
1.OsteMatrix Shaklee
-Melegakan kekejangan, sakit belakang dan gementar
-Kalsium yang Diperkaya dgn Vitamin D - yang mana ia merangsang penyerapan kalsium dengan lebih efisyen.
-Magnesium - Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang
-Boron - membantu dalam metabolisme tulang
-Zink,mangan, dan tembaga - bg mengaktifkan enzim yg membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

2. GLA Complex
-Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

Set Magrain
1) Ostematrix
Terdiri dari kalsium,magnesium dan vitamin D.Kalsium yang dapat meringankan stress,memperbaiki jantung berdebar,memperbaiki depresi,mood swing dan sakit kepala.Magnesium dapat membantu sistem saraf,pengecutan otot dan saraf,menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap Migraine.

2) B complex
Mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain.Juga pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan stress,strok dan depressi.

Set Sendi
1. Joint Health Tablet
-Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat
-Mengandungi tiga bahan penting yang menyokong kesihatan sendi iaitu :
- Ekstrak Boswellia : Menyokong keselesaan sendi
- Ekstrak Jagung : Meningkatkan kesan kusyen
- Vitamin C, Mangan, Tembaga dan Zink :
-Memelihara tisu sambungan yang sihat
-Telah diuji secara klinikal berkesan dalam masa 5 hari
-Tidak mengandungi kondroitin sulfat yang tidak diserap dengan baik apabila diambil secara oral serta boleh mengganggu penyerapan glukosamina

2. Ostematrix
-Mengurangkan inflamasi
-Mengekalkan sel tulang yang sihat
-Mengurangkan gejala sakit sendi dan tulang
-Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar
-Terbukti secara klinikal diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 26 February 2014

Testimoni Set Kesuburan Shaklee; Berjaya Hamil



Hamil merupakan salah satu anugerah terindah yang diberikan oleh Allah kepada kaum wanita.
Hari ni saya nak kongsi testimoni pengguna set kesuburan shaklee. Tapi sebelum tu, jom kita lihat antara punca-punca yang menyebabkan lelaki dan wanita mengalami masalah kesuburan.

Punca Lelaki tidak Subur
1.Testis yang tidak normal

2. Gangguan hormon

3. Teknik hubungan seks yang kurang berkesan

4. Faktor psikology

5. Jangkitan atau kecederaan pada testis

6.Terlalu gemuk.
-Lelaki gemuk dan ada masalah obesiti mempunyai buah zakar dikelilingi lemak yang mengekalkan susu buah zakar pada tahap tinggi. Ini secara tidak langsung menekan kilang sperma dan menyumbangkan masalah kepada faktor kesuburan.

Punca Wanita tidak Subur
1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan.
-Tanda - tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid. 

2.Berat badan -Wanita yang terlalu berat atau terlalu kurus juga dikenalpasti sebagai faktor sukar hamil. Jadi langkah terbaik adalah dengan mendapatkan berat badan unggul.

3.Usia - Umur sekitar 35 tahun ke atas adalah masa yang dianggap sebagai berkurangnya kesuburan wanita secara alami. Hamil selepas 45 tahun adalah amat jarang berlaku walaupun tidaklah mustahil.


4. Masalah Di Tiub Fallopia - Ketidakbolehan tiub falopia membawa telur ke uterus daripada ovari juga menjadi punca. Mungkin sisebabkan tisu berparut atau jangkitan terdahulu atau endometrisis.


5. Masalah- Masalah Lain
Ini termasuklah pertumbuhan fibroid, tumor, masalah serviks dan bentuk uterine tidak tetap. Walaubagaimanapun, masalah-masalah ini agak jarang terjadi kepada wanita normal.



Sumber:Julmazli Dot Com

Testimoni yang telah berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee

Testimoni 1
Pengguna yang consume GLA, B Complex, Vit E, Zink dan ESP. Alhamdulillah setelah hampir dua bulan makan vitamin shaklee telah berjaya hamil. Bonus dapat kulit cantik dan bertenaga lagi.



Testimoni 2
Alhamdulillah berjaya hamil dengan consume hampir 2 bulan Alfalfa dan GLA complex shaklee.

Testimoni 3
Lagi berjaya hamil setelah consume B Compleks, Vit E, GLA dan Zink. Alhamdulillah


Testimoni 4
Selepas 3 bulan berusaha,akhirnya berjaya hamil 13 week.
Vitamin yang di ambil (GLA,ALfalfa,CoQ,B Complex,ESP,Vitamin E dan Zink)


Testimoni 5
Sangat bersyukur setelah 3 bulan konsisten mangambil set kesuburan ini (Alfalfa,GLA,ESP), memang period saya kembali teratur setiap bulan dan saya telah dikejutkan dengan berita gembira yang saya telah hamil anak pertama pada masa itu. - Ain Najwa



Tahniah kepada mereka yang sudah berjaya hamil, apa2 pun tanpa izin dari yang Maha Kuasa semua ini tak kan berlaku. Supplement hanyalah salah satu usaha kita untuk mendapatkan zuriat. Jangan cepat berputus asa dan hanya berserah kepada takdir semata2. Allah tidak suka orang yang tidak berusaha. InsyaAllah semoga setiap usaha yang kita lakukan di berkati ALLAH taala. Jangan malu jangan segan untuk berjumpa dengan pakar perubatan.

Lagi testimoni berjaya hamil dengan set kesuburan shaklee.

Vitamin Shaklee untuk kesuburan


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 18 February 2014

Kenali Anemia;Awas Bahaya Anemia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kadar kelaziman anemia paling tinggi berlaku di kalangan penduduk Asia Tenggara iaitu 57 peratus.

Kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2007 mendapati 38 peratus wanita Malaysia mengalami masalah kekurangan darah dan 84.8 peratus tidak mendapat cukup asid folik iaitu satu daripada vitamin B yang membantu badan menghasilkan sel baru, termasuk sel darah merah.

Anemia merupakan keadaan kekurangan Hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh Itu, apabila anda mengalami Anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksi (Kurang Kandungan Oksigen).
Keadaan ini memaksa paru-paru dan jantung bekerja lebih kuat untuk memasukkan lebih banyak oksigen ke dalam darah. Ini menyebabkan individu anemia tercungap-cungap selepas melakukan kerja ringan.

KLASIFIKASI
Anemia Teruk : Hb < 9gm%
Anemia Sederhana : Hb 9 – 11 Gm%
Hb Normal : Hb ≥ 11 Gm%

Antara punca utama anemia ialah:-
1. Kekurangan zat besi-
-Zat besi diperlukan untuk proses penghasilan sel darah merah di dalam sumsum tulang dan membolehkan sel darah berfungsi dengan cekap.
-Kekurangan zat besi menghalang sumsum tulang menghasilkan hemoglobin yang menjadi unsur penting dalam sel darah merah. Apabila sel darah merah kurang, paras hemoglobin juga rendah


2. Kekurangan vitamin C
-Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi. Kekurangan vitamin C noleh mengganggu penyerapan zat besi yang membawa kepada anemia.

3. Kekurangan vitamin B terutama Cobalamin dan asid folik
-Kekurangan kedua-dua vitamin ini menyebabkan sumsum tulang menghasilkan sel darah merah yang sangat besar. Namun, saiz sel darah bukan penentu keupayaan untuk membawa lebih banyak oksigen.
4. Masalah tiroid
5. Peningkatan keperluan (Ibu Hamil Atau Menyusu)
6. Pendarahan semasa mengandung dan buasir
7. Kerap Mengandung (Jarak Kehamilan Kurang 2 Tahun)
8. Kerap Mengambil Makanan Penghalang Penyerapan Zat Besi Seperti Teh Dan kopi bersama hidangan



APAKAH BAHAYA ANEMIA KEPADA KESIHATAN?

Anemia yang teruk boleh membawa maut!
Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.

Tanda2 kekurangan zat besi:

- Badan letih dan lesu
- Kulit kelihatan pucat
- Sering hilang fokus
- Semput
- Sakit kepala
- Jantung berdebar
- Sering lupa
- Tersangat kurus
- Bagi ibu menyusu mungkin mengalami kekurangan susu badan
- Bagi ibu hamil mungkin mengalami masalah dengan kandungan


Rawatan dan Cara Mengatasi
Boleh dapatkan makanan tambahan semulajadi Shaklee untuk mengatasi kekurangan zat.
Vitamin Shaklee untuk Mencegah Animea

1-VITA-LEA IRON FORMULA : Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel

2.SUSTAINED RELEASE VITA-C : Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.

3.B- COMPLEX : Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

4,ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) : Sebagai sumber protein untuk membantu badan menghasilkan sel darah. Selain itu ESP juga membantu membekalkan tenaga kepada badn yang lemah terutama badan yang sedang mengalami proses pemulihan.

Anemia bukan penyakit, tetapi ia boleh menjejaskan kecekapan fungsi badan.Orang yang mengalami masalah anemia cepat berasa letih dan tidak boleh bergiat dalam aktiviti cergas. Paling penting, amalkan pemakanan yang seimbang dan kaya zat besi bagi mencegah animea berlaku. Insyaallah.

sumber:http://www.eserikasih.com

Dapatkan sekarang vitamin anemia shaklee ,cegah sebelum parah.Hubungi yati,percuma konsultasi untuk pelanggan tersayang.

Order Vitamin Anemia Shaklee di sini.



3 Kelebihan Vitamin C SHaklee Yang Anda Perlu Tahu





Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 17 February 2014

VITAMIN YANG BAIK UNTUK KEHAMILAN YANG SIHAT

Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin. Ini kerana ia dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir, membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan, mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan. Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.

Vitamin Shaklee untuk ibu hamil ialah:-

Vitamin Shaklee untuk Kehamilan yang Sihat

Vita-Lea Iron Formula
- Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.
- Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
- Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.
- Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung. Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung, ini kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah ‘ditarik’ oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim.
- Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..
- Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..
- Oleh itu, pertumbuhan bayi yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna.

✔ Vitamin B Compleks
-B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B.
- Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. – Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
- Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C 500mg
-Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
-Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.(immune Booster)
-Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

✔ OsteMatrix (calcium magnesium)
- Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D.
- Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
- Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium.
- Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
- Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
- Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.
- Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
- Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein(ESP)
- Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
- Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak.
- Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
- Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
- ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
- Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
- Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
- Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus. Namun ia boleh diambil seawal trimester ke 2.

Omega 3 (Omega Guard)
- Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
- DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby.
- Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

Ketahui Rahsia Amalan sewaktu Kehamilan.Klik SINI

Sepanjang kehamilan, sentiasalah  mendekatkan diri kepada ALLAH taala, sentiasa berbuat baik, tinggalkan perangai2 yang tak elok itu, dan sentiasalah baca kitab suci Al Quran. Semoga ibu yang hamil di permudahkan segala urusan sepanjang tempoh mengandung 9 bulan dan d kurniakan cahaya mata yang soleh atau solehah.Aamiin.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 4 February 2014

Vitamin Untuk Hilangkan Stress - Kelebihan B Complex Shaklee

Tahukah anda dengan mengambil vitamin, ia juga dapat menangani anda daripada stress? Supplemen boleh kurangkan stres sebab dengan peningkatan kualiti nutrisi pemakanan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur.

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

Vitamin B Complex terdiri daripada lapan vitamin B yang penting dan beberapa bahan-bahan yang berkaitan. Lapan vitamin adalah:
1.Vitamin B1 (thiamine)
2.Vitamin B2 (riboflavin)
3.Vitamin B3 (niasin)
4.Vitamin B5 (Pantothenic asid)
5.Vitamin B6 (pyridoxine)
6.Vitamin B7 (Biotin)
7.Vitamin B9 (asid folik)
8.Vitamin B12 (cyanocobalamin)


Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stres?

1.Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma
2.Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.

3.Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi.

4.Vitamin B5~Asid Pantothenic memainkan peranan yang penting dalam melegakan tekanan/ stress. Sering dirujuk sebagai "vitamin anti-tekanan,".
Penting untuk pengeluaran hormon yang berkaitan dengan tekanan yang dihasilkan dalam kelenjar adrenal, menurut University of Maryland Medical Center. Vitamin B kompleks boleh membantu memulihkan kelenjar adrenal daripada stress.

5.Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya. 
Perubahan dalam tahap serotonin boleh mengubah mood dan menjejaskan keupayaan seseorang untuk menghadapi tekanan / stress

6.Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual

7.Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit

8.Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya
#Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.
Vitamin B memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga. Bahan-bahan choline dan inositol menawarkan kesan menenangkan yang boleh membantu dalam menangani tekanan.


Atasi Stress dengan B Complex Shaklee
Kepentingan Vitamin B Complex Terhadap tubuh badan kita. Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 18 June 2013

Kepentingan Vitamin B Complex

Untuk mendapatkan kesihatan yang excellent kita memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi. Antara vitamin yang diperlukan oleh badan kita ialah vitamin B.
Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.
Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yang optimum.

Di antara kesan kekurangan vitamin B ialah:-
  • keletihan
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoia
  • lemah dan lesu
  • stress

Vitamin B Complex Shaklee adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B Complex terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS SHAKLEE

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.
.
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf embrio dan janin yg amat penting untuk pembesaran.
2. B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.
3. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. 
4. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121