Showing posts with label Vita-Lea Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Vita-Lea Shaklee. Show all posts

Tuesday, 18 February 2014

Kenali Anemia;Awas Bahaya Anemia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kadar kelaziman anemia paling tinggi berlaku di kalangan penduduk Asia Tenggara iaitu 57 peratus.

Kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2007 mendapati 38 peratus wanita Malaysia mengalami masalah kekurangan darah dan 84.8 peratus tidak mendapat cukup asid folik iaitu satu daripada vitamin B yang membantu badan menghasilkan sel baru, termasuk sel darah merah.

Anemia merupakan keadaan kekurangan Hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh Itu, apabila anda mengalami Anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksi (Kurang Kandungan Oksigen).
Keadaan ini memaksa paru-paru dan jantung bekerja lebih kuat untuk memasukkan lebih banyak oksigen ke dalam darah. Ini menyebabkan individu anemia tercungap-cungap selepas melakukan kerja ringan.

KLASIFIKASI
Anemia Teruk : Hb < 9gm%
Anemia Sederhana : Hb 9 – 11 Gm%
Hb Normal : Hb ≥ 11 Gm%

Antara punca utama anemia ialah:-
1. Kekurangan zat besi-
-Zat besi diperlukan untuk proses penghasilan sel darah merah di dalam sumsum tulang dan membolehkan sel darah berfungsi dengan cekap.
-Kekurangan zat besi menghalang sumsum tulang menghasilkan hemoglobin yang menjadi unsur penting dalam sel darah merah. Apabila sel darah merah kurang, paras hemoglobin juga rendah


2. Kekurangan vitamin C
-Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi. Kekurangan vitamin C noleh mengganggu penyerapan zat besi yang membawa kepada anemia.

3. Kekurangan vitamin B terutama Cobalamin dan asid folik
-Kekurangan kedua-dua vitamin ini menyebabkan sumsum tulang menghasilkan sel darah merah yang sangat besar. Namun, saiz sel darah bukan penentu keupayaan untuk membawa lebih banyak oksigen.
4. Masalah tiroid
5. Peningkatan keperluan (Ibu Hamil Atau Menyusu)
6. Pendarahan semasa mengandung dan buasir
7. Kerap Mengandung (Jarak Kehamilan Kurang 2 Tahun)
8. Kerap Mengambil Makanan Penghalang Penyerapan Zat Besi Seperti Teh Dan kopi bersama hidangan



APAKAH BAHAYA ANEMIA KEPADA KESIHATAN?

Anemia yang teruk boleh membawa maut!
Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.

Tanda2 kekurangan zat besi:

- Badan letih dan lesu
- Kulit kelihatan pucat
- Sering hilang fokus
- Semput
- Sakit kepala
- Jantung berdebar
- Sering lupa
- Tersangat kurus
- Bagi ibu menyusu mungkin mengalami kekurangan susu badan
- Bagi ibu hamil mungkin mengalami masalah dengan kandungan


Rawatan dan Cara Mengatasi
Boleh dapatkan makanan tambahan semulajadi Shaklee untuk mengatasi kekurangan zat.
Vitamin Shaklee untuk Mencegah Animea

1-VITA-LEA IRON FORMULA : Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel

2.SUSTAINED RELEASE VITA-C : Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.

3.B- COMPLEX : Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

4,ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) : Sebagai sumber protein untuk membantu badan menghasilkan sel darah. Selain itu ESP juga membantu membekalkan tenaga kepada badn yang lemah terutama badan yang sedang mengalami proses pemulihan.

Anemia bukan penyakit, tetapi ia boleh menjejaskan kecekapan fungsi badan.Orang yang mengalami masalah anemia cepat berasa letih dan tidak boleh bergiat dalam aktiviti cergas. Paling penting, amalkan pemakanan yang seimbang dan kaya zat besi bagi mencegah animea berlaku. Insyaallah.

sumber:http://www.eserikasih.com

Dapatkan sekarang vitamin anemia shaklee ,cegah sebelum parah.Hubungi yati,percuma konsultasi untuk pelanggan tersayang.

Order Vitamin Anemia Shaklee di sini.



3 Kelebihan Vitamin C SHaklee Yang Anda Perlu Tahu





Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 17 February 2014

VITAMIN YANG BAIK UNTUK KEHAMILAN YANG SIHAT

Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin. Ini kerana ia dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir, membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan, mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan. Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.

Vitamin Shaklee untuk ibu hamil ialah:-

Vitamin Shaklee untuk Kehamilan yang Sihat

Vita-Lea Iron Formula
- Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.
- Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
- Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.
- Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung. Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung, ini kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah ‘ditarik’ oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim.
- Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..
- Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..
- Oleh itu, pertumbuhan bayi yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna.

✔ Vitamin B Compleks
-B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B.
- Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. – Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
- Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C 500mg
-Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
-Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.(immune Booster)
-Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

✔ OsteMatrix (calcium magnesium)
- Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D.
- Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
- Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium.
- Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
- Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
- Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.
- Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
- Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein(ESP)
- Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
- Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak.
- Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
- Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
- ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
- Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
- Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
- Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus. Namun ia boleh diambil seawal trimester ke 2.

Omega 3 (Omega Guard)
- Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
- DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby.
- Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

Ketahui Rahsia Amalan sewaktu Kehamilan.Klik SINI

Sepanjang kehamilan, sentiasalah  mendekatkan diri kepada ALLAH taala, sentiasa berbuat baik, tinggalkan perangai2 yang tak elok itu, dan sentiasalah baca kitab suci Al Quran. Semoga ibu yang hamil di permudahkan segala urusan sepanjang tempoh mengandung 9 bulan dan d kurniakan cahaya mata yang soleh atau solehah.Aamiin.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 8 July 2013

Ibu Menyusu Kekal Cergas Semasa Berpuasa

Alhamdulillah....pejam celik..pejam celik..lagi 1 hari kita akan menyambut bulan Ramadhan yang penuh dgn keberkatan...tak sabar rasa nk menyambut bulan Ramadhan nnt...tahun ni saya akan berpuasa dgn 2 orang anak..tahun lepas saya berpantang sebulan d bulan Ramadhan..:-) tu yg excited lebih nk sambut Ramadhan kali ini...

Semoga Ramadhan kali ini memberikan lebih keberkatan untuk saya dan juga anda semua..sama2 kita menambahkan saham pada bulan Ramadhan nnt. Bukan saham dunia ya..saham akhirat..

Namun mesti ada juga perasaan risau takut letih, penat , tak larat dan susu kurang bagi ibu menyusu apabila kita berpuasa nanti kan..

Di sinilah peranan suplimen atau makanan tambahan untuk mengekalkan tenaga dan memberikan anda sentiasa cergas dan penghasilan susu ibu tidak terjejas.

Antara panduan atau persediaan yang boleh di lakukan oleh ibu menyusu ialah:-

1. Sila buat stok EBM SEBAANYAAAK yang mungkin…tahniah kepada ibu yang dah ada banyak stok. Tapi lebih bagus jika ditambah lagi… bagi yang kurang stok jangan risau, teruskan usaha mengepam sejam sekali… sikit-sikit lama-lama jadi bukit..:-)Stok EBM ini sebagai back up jika kita mengalami kemerosotan susu ketika berpuasa.

2.Amalkan pemakanan yang boleh merangsang penghasilan susu. Antara jenis makanan yang biasa dicadangkan adalah kurma, lobak putih, longan kering, soya, daun betik muda, kacang tanah dan susu kambing, boleh tanya en.google untuk contoh2 yang lain...

3.Amalkan makanan seimbang. Jika kita mengamalkan pemakanan seimbang, in shaa Allah pengeluaran susu takkan terjejas. Cuma bila kita berpuasa, kita akan lebih cepat letih dan dehydrate(kurang air). Jadi bila kita dah terlalu letih, tak ada tenaga, lesu je sedikit sebanyak mempengaruhi mood kita dan buatkan kita stress. Sedangkan untuk maintain pengeluaran susu, ibu menyusu lebih-lebih lagi yang sedang berpuasa, perlulah MENGELAKKAN DIRI DARIPADA STRESS!

4. Pengambilan suplimen tambahan dan juga vitamin dapat membantu kita dalam mengekalkan kesegaran dan kecergasan sepanjang hari di bulan Ramadhan. Antara supplements yang dicadangkan untuk mengekalkan tenaga dan mengelakkan dehydrate ialah Performance Drink, ESP, Mealshake dan Multivitamin.

5. Akhir sekali, banyakkan berdoa kepada ALLAH taala semoga kita semua di permudahkan sepanjang tempoh berpuasa...dan banyakkan juga amal ibadat. Insyaallah kita semua di lindungi ALLAH taala.

Suplimen di bulan puasa

Supplement untuk kekal cergas dan segar di bulan puasa KLIK SINI.

Jadual makan vitamin di bulan puasa Klik SINI.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Sunday, 10 February 2013

Vita-Lea Shaklee;Multivitamin dan Multimineral yang Hebat

Vita-Lea® Iron Formula

Multi vitamin & Multi mineral yang Hebat

Vitalea Shaklee merupakan suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai The Best Multi Vitamin di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Manfaat Utama Vita-Lea
  1. Penambahan Tenaga Segera - Pemberi tenga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu memori dan fokus dalam aspek pembelajran mahupun kerja seharian.
  2. Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan syuran (vegetarian) dan anaemia.
  3. Keupayaan sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  4. Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  5. Elemen penting pada sel tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  6. Melindungi organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
  7. Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  8. Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh.
  9. Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*

Vita-Lea 

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:- 

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121