Showing posts with label Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan. Show all posts

Saturday, 3 May 2014

Supplement Shaklee Kurus Untuk Ibu Menyusu

Anda ibu menyusu tetapi mengalami masalah berat badan? Selepas bersalin berat badan xmau turun-turun? Orang selalu cakap, bila kita menyusu jangan nak fikir tentang diet...makan je apa semua.Ya betul, sbb apa?Sebab apabila badan kita cukup nutrien dan zat, susu badan juga cepat terhasil. Selalunya apabila kita menyusu badan, berat badan akan turun, ini kerana lemak2 jahat telah di sedut oleh baby semasa proses menyusu.

Tetapi, ada juga ibu2 yang mengalami delima berat badan xmau turun langsung..kalau turun pun 3-5 kg je...
Jangan risau, shaklee ada vitamin yang sesuai untuk ibu menyusu dan ingin kurus.Supplement Set Kurus daripada Shaklee sesuai untuk ibu menyusu. Ia tidak membahayakan ibu dan juga bayi yang disusuinya. In Shaa ALLAH, selamat dan berkesan malah ia juga turut membantu dalam memperbanyakkan susu ibu...menarik kan!!



Bagaimana supplement ini dapat membantu anda?

ESP
✿ mengawal nafsu makan
✿ memberikan khasiat protein pada badan
✿Memberikan tenaga kepada ibu2 supaya tidak letih
✿Kekal Muda
✿Menambah dan memekatkan susu badan

ALFALFA COMPLEX
✿ bertindak sebagai detox (membuang lemak)
✿ menyingkirkan lemak berlebihan yang telah dipecahkan
✿Membantu perkumuhan (lebih lawas)
✿Membuang angin dalam badan
✿Mengelakkan baby dari kembung perut

LECITHIN
-Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak'. Dalam kata ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah.Seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.
✿ memecahkan lemak di dalam badan
✿ baik untuk minda

OSTEMATRIX
✿ memberikan khasiat kalsium untuk ibu dan bayi
✿ kalsium amat diperlukan kerana ia antara nutrisi penting untuk penghasilan susu
✿Membantu masalah sembelit bagi ibu-ibu.
✿Membantu pembinaan darah,tulang, gigi dan saraf
✿Mengelakkan osteoperosis
✿Mengelakkan rasa sengal kaki dan tulang belakang
✿Sentiasa bertenaga dan tidak mudah letih lesu

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Saturday, 5 April 2014

Set Menyusu Bajet Shaklee yang Sangat Berkesan

Firman ALLAH didalam al-quran surah al-baqarah ayat 233 yg bermaksud "para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh,iaitu bagi yg ingin menyempurnakan penyusuan".Alhamdulillah dan 1000 tahniah saya ucapkan kepada ibu2 yang berjaya menysukan anak2 mereka selama 2 tahun. Namun tidak semua orang di berikan rezeki dan bernasib baik untuk melakukannya...Kepada ibu2 yang tengah berusaha untuk menyusu anak...teruskan niat anda dan jangan sesekali cepat mengalah.

Artikel kali ini, saya nk berkongsi suppliment untuk membantu mempercepatkan proses penghasilan susu badan dan juga membantu memberikan nutrien yang baik kepada ibu menyusu sekaligus zat dan nutrien ini juga dapat di kongsikan kepada bayi melalui susu badan.

Namun harus di ingat, konsep asas menyusu iaitu supply and demand wajib di buat terlebih dahulu. Pastikan air masak minum cukup baaaanyak..3 litre atau lebih sehari. Makan makanan yang berkhasiat..semasa tempoh menyusu jgn takut nak makan banyak..sebabnya bila baby menyusu..lemak2 kita pun terbakar sama. :-)


Set Menyusu Bajet Shaklee terdiri daripada:
1.Alfalfa Complex(330bj/700bj)
2.Ostematrix/kalsium (120bj)
3.ESP 850mg)

Manfaat Tentang Produk :
1. ALFALFA
Seringkali dikenali dengan 1001 khasiat yang tak ternilai. Apa yang penting ianya adalah berfungsi sebagai:
-Mengandungi "galactogogue" yang membantu ✿MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU
✿Memekatkan susu
✿Membantu perkumuhan (lebih lawas)
✿Membuang angin dalam badan
✿Mengelakkan baby dari kembung perut

Tidak syak lagi alfalfa adalah galagtague yang terbaik!!!

2. OSTEMATRIX/KALSIUM
Ini adalah pil kalsium yang luarbiasa! Ianya lebih dari hanya KALSIUM. Kenapa?Ianya juga mengandungi vitamin D dan magnesium yang bila digabungkan bersama akan menghasilkan penyerapan kalsium dengan lebih baik.
✿Mudah ditelan.
✿Mengelakkan kuantiti susu berkurang ketika haid
✿Membantu masalah sembelit bagi ibu-ibu.
✿Membantu pembinaan darah,tulang, gigi dan saraf
✿Mengelakkan osteoperosis
✿Mengelakkan rasa sengal kaki dan tulang belakang
✿Sentiasa bertenaga dan tidak mudah letih lesu

3. ENERGIZING SOYPROTEIN (ESP)
Protein soya yang tidak perlu disangkal lagi. Ianya menepati 7 kriteria soya yang selamat diambil dan sudah semestinya organik. Ditanam dengan kawalan ketat tanpa pencemaran yang boleh merosakkan kualitinya. Tiada yang terbaik dan halal melainkan ESP ini. Ianya sangat membantu menghasilkan susu yang lebih banyak!..Keistimewan lain ESP

✿Memberikan tenaga kepada ibu2 supaya tidak letih
✿Kekal Muda
✿Kulit berseri dan anjal tiada lagi jerawat
✿Memulihkan pigmentasi
✿Membina dan memperbaiki tisu badan
✿Menegangkan payudara
✿Menambah dan memekatkan susu badan

Total set menyusu bajet ni hanya RM2++ sahaja....manfaatnya sangat berbaloi dengan wang yang kita laburkan.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 26 September 2013

Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu melalui Power Pumping

Bagi mana-mana ibu menyusu yang mengalami masalah susu merundum, usah khuatir kerana masih ada cara untuk anda meningkatkan semula penghasialn susu ibu.

Power pumping merupakan teknik mengepam yang sangat berkesan dalam membantu anda untuk meningkatkan penghasilan susu. Caranya sungguh mudah!Apa yang diperlukan hanyalah pam, peruntukan masa selama satu jam dan semangat ibu yg jitu.

Teknik Power Pumping

1. Tempatkan pam payu dara di lokasi bersesuain di rumah agar anda dapat melakukan kaedah power pumping di dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang gangguan.

2. Anda tidak perlu menyejukkan susu di antara sesi mengepam atau mencuci corong pam (breast shield) setiap kali berhenti rehat. Malah anda boleh terus mengepam ke dalam botol yang sama.

3. Setiap jumlah perahan susu ibu di antara satu waktu dengan waktu perahan yang lain boleh dicampurkan. Namun pastikan setiap susu perahan itu disejukkan terlebih dahulu. Apabila suhunya sama, barulah semua hasil perahan power pumping di satukan di satu bekas.

4. Sekiranya boleh, cuba dapatkan tidur siang seketika terutamanya ketika rehat makan tengah hari bagi membolehkan anda berjaga di waktu malam hari.

5. Bagi golongan muslim, cuba tidur awal dan bangun di waktu pagi untuk melakukan solat sunat terutamanay tahajud. selesai bersolat anda boleh la memulakan power pumping.

6. letakkan selimut mahupun gambar bayi bersebelahan tempat anda mengepam atau lebih baik lagi, anda mengepam di sebelah bayi. langkah ini sangat bagus kerana ternyata ia dapat membantu merangsang penghasilan susu yang banyak.

Golongan yang turut memerlukan power pumping

  • Ibu yang memasang impian menyusukan anak angkat
  • Ibu yang mahu menyusukan semula anak setelah berhenti menyusukan (relaktasi)
  • Ibu yang kekurangan susu akibat daripada perubahan hormon ataupun kesan daripada kurang mengepam.
Power pumping boleh di lakukan setiap hari, seminggu sekali, atau dua kali seminggu. GOOD LUCK MOM!! ^_^



Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 13 February 2013

Teknik Memerah Susu Badan

Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku. 

Memerah dengan tangan
  • memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran.
  • basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
  • sediakan bekas yang bersih dan steril.
  • lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa.
  • boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa.
  • buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex).
  • melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks.
  • tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu- buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan).
  • tekan payudara ke belakang ke arah dada.
  • perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan.
  • teruskan memicit sehingga susu keluar.
  • perah ke dalam bekas yang bersih dan steril.
  • buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar.
  • tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut).
  • ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu.
  • tukar ke payudara yang satu lagi.
  • urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi.
  • perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir.
  • setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

Memerah dengan pam payudara
  1. baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya.
  2. basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam.
  3. basuh tangan dengan bersih.
  4. duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa.
  5. rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex).
  6. posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield.
  7. mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri).
  8. boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan.
  9. pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir.
  10. masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

Panduan-Panduan Lain

1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan

2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)

3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan

4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump

5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)

6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)

7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu

8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi


*Pengalaman yati sendiri, pada awalnya yati guna pam manual je pam anakku..bila kerja kadang-kadang yati nk cepat so xguna pam..just guna manual. Bila dah try sekali...dh jadi tabiat pula.skrg yati dah xguna pam..just guna tgn je. Alhamdulillah ank yati(7bln ++) masih lagi fully BF.

Happy Breasfeeding ya kepada ibu-ibu yang gorgeous di luar sana :-)

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:- 

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Sunday, 16 December 2012

Persediaan Ketika Hamil

Persediaan Ilmu Penyusuan


Soalan di bawah yati ambik dalam majalah PA&MA. Jom kita baca...

S : Kini saya hamil anak kedua. Saya berazam mahu menyusukannya selama yang boleh. Apa panduan untuk saya ikuti sepanjang hamil, awal kelahiran dan selepas tempoh enam bulan melahirkan?

Nadia, Setapak, Kuala Lumpur

J : 
Penyusuan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari oleh ibu dan bayi juga. Persediaan penyusuan susu ibu yang paling penting ialah mendapatkan sebanyak mungkin ilmu sepanjang kehamilan ini. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda dalam menyusukan bayi.

1. Hadiri kelas persediaan penyusuan susu ibu atau kelas antenatal yang menyentuh tentang isu penyusuan susu ibu secara menyeluruh.

2. Mulakan penyusuan susu ibu sejurus selepas bayi dilahirkan, sebaik-baiknya dalam tempoh 1 jam. Kolostrum yang ada dalam beberapa hari pertama kaya dengan protein dan bahan lain yang dapat menghalang jangkitan kepada bayi.

3. Cuba posisi yang berlainan ketika menyusu. Elakkan bersandar kepada bayi. Sebaliknya, duduk dan halakan bayi ke paras payu dara. Gunakan bantal untuk sokongan. Pastikan juga bayi melekap dengan baik.

4. Menyusu mengikut permintaan berdasarkan isyarat kelaparan bayi (baby’s cues) tanpa sekatan. Perhatikan isyarat itu: Mulut bayi buka tutup (mouthing), rooting, meletakkan tangan di mulut dan menangis. Apa-apa pun, jangan tunggu sehingga dia menangis. Adalah penting untuk bayi disusukan mengikut permintaannya.

5. Pastikan payu dara dikosongkan sebaik mungkin setiap kali sesi penyusuan untuk memastikan proses penghasilan susu berjalan lancar. Lebih kerap payu dara dikosongkan (dengan efektif), lebih banyak susu akan dihasilkan!

6. Dapatkan penilaian teknik penyusuan anda daripada pihak profesional terlatih dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam pertama selepas kelahiran. Sebaik-baiknya dapatkan panduan daripada perunding laktasi.

7. Susukan bayi sehingga dia puas. Kandungan lemak dalam susu ibu meningkat sewaktu sesi penghisapan. Biarkan bayi selesaikan penyusuan sebelum menawarkan payu dara yang sebelah lagi.

8. Elakkan puting kosong.

9. Menyusu secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama. Penyusuan susu ibu ideal untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.

10. Jangan beri suplemen (air, air glukos, susu formula, makanan bayi dan lain-lain) kepada bayi.

11. Pemakanan memainkan peranan penting dalam kesejahteraan dan kesihatan ANDA. Apabila anda sihat, bayi pun sihat juga. Diet yang berasaskan empat kumpulan asas adalah disarankan. Walau bagaimanapun, makanan yang anda ambil tidak akan memberi kesan kepada susu tetapi pada tahap kesihatan. Jadi, jaga diri anda.

12. Jika berkerjaya, pastikan anda membuatkan persediaan yang perlu.

Sebaik-baiknya perbanyakkan ilmu tentang penyusuan baby semasa kita hamil lagi..niat dalam hati nak menyusu smpai 2tahun..sentiasa lah berdoa.In shaa ALLAH...ALLAH sentiasa bersama hamba yg memerlukanNYA. Pastikan kita menjaga pemakanan kita kerana apabila kita sihat bayi pun sihat juga. Disamping mengamalkan diet yang seimbang pengambilan vitamin tambahan amatlah penting dalam pertubuhan dan perkembangan tubuh badan yg sihat.

Sumber: http://pama.karangkraf.com/s-j/persediaan-ketika-hamil-1.14396


FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms@whatsapp :0132221663
ID No :909121
Shaklee Independent Distributor [ID No : 909121]
[013-2221663, haryati.yasim@gmail.com]