Showing posts with label Vitamin Ibu Hamil. Show all posts
Showing posts with label Vitamin Ibu Hamil. Show all posts

Thursday, 2 March 2017

Vitamin Terbaik Untuk Ibu Hamil dan Anak

Adakah anda sedang mencari vitamin yang terbaik untuk ibu hamil ?Jika ya..
Tahniah saya ucapkan kerana disini saya akan berkongsi tentang kebaikan Vitamin Shaklee untuk ibu hamil.

Vitamin semulajadi dan terbaik bukan sahaja penting untuk ibu hamil malahan juga amat penting bagi anak dalam kandungan supaya anak memperoleh zat dan nutrisi untuk pembesaran yang sempurna dalam kandungan ibu.

Vitamin-terbaik-untuk-ibu-hamil-dan-anak
Hamil Itu Indah

Vitamin ini penting kerana ia dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir, membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan, mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.


Vitamin-terbaik-untuk-ibu-hamil-dan-anak
Vitamin Ibu Hamil Cergas

Ok,jom kita lihat satu persatu manfaat setiap vitamin kepada ibu dan anak dalam kandungan.

✔ Vita-Lea Iron Formula
- Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.
- Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
- Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.
- Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung. Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung, ini kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah ‘ditarik’ oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim.
- Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..
- Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..
- Oleh itu, pertumbuhan bayi yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna.


✔ Vitamin B Compleks
-B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B.
- Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. – Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
- Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


✔ Vitamin C 500mg
-Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
-Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.(immune Booster)
-Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


✔ OsteMatrix (calcium magnesium)
- Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D.
- Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
- Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium.
- Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
- Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
- Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.
- Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
- Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


✔ Energizing Soy Protein(ESP)
- Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
- Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak.
- Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
- Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
- ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
- Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
- Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
- Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus. Namun ia boleh diambil seawal trimester ke 2.


✔ Omega 3 (Omega Guard)
- Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
- DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby.
- Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

Dapatkan Vitamin hamil Shaklee yang terbaik hari ini juga,bertindak sekarang kerana anda insan terpilih oleh Allah untuk merasa denyutan nadi si kecil dalam badan anda.Jadikan kenangan hamil adalah kenangan terindah anda bersama si comel.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Saturday, 5 September 2015

PROMOSI SEPTEMBER;CANTIK, AWET MUDA, BERTENAGA, KURUS & SIHAT BERSAMA ESP SHAKLEE

Salam semua...bulan September adalah bulan promosi bagi ESP dan Vitalea for Children.

Bila sebut je ESP...CANTIK, AWET MUDA, KURUS, BERTENAGA, akan terbayang-bayang dalam kepala saya...dan juga dalam kepala mereka yang sudah mengamalkan ESP ni...

Kepada peminta tegar ESP Shaklee, time nilah nak rebut peluang nak membeli dengan bijak..sebab apa?sebab bulan nikan ada promo BUY 6 FREE 1 atau Buy 2 ESP get 5% diskaun...

Kepada yang belum pernah mencuba,..time ni jugaklaj masa yang sesuai untuk mencubanya...

Saya kongi sedikit kebaikan ESP Shaklee:-

1) Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri,
2) Membantu hilangkan parut jerawat di muka,
3) Memberi tenaga berpanjangan,
4) Menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih,
5) Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur,
6) Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
7) ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan,
8) Mengawal paras kolesterol dan
9) Menyokong kesihatan jantung dan prostat.




Bagaimana ESP membantu anda KURUS?Klik SINI
Tips KURUS dengan Shaklee?Klik SINI
Masalah kulit berjerawat, kering dan kusam?Klik SINI


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 19 February 2014

Mencegah Kaki Kejang Semasa Hamil

Kejang betis atau cramp seringkali terjadi kepada ibu hamil terutamanya pada waktu malam. Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot dan membuatkan otot jadi kejang. Otot yang sering menjadi mangsa adalah otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan beberapa minit, tetapi tidak sampai merosakkan otot betis anda. Namun kesakitan yang di alami semasa berlakunya kekejangan otot ini sangat menyakitkan dan mengganggu tidur anda.

Antara sebab berlakunya kekejangan betis semasa hamil ialah:

-Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.Oleh itu, pengambilan kalsium semasa hamil sangat penting bukan sahaja untuk bayi dalam kandungan malah untuk si ibu itu sendiri. Kekurangan kalsium sewaktu hamil boleh menyebabkan bayi menyerap kalsium dari tulang ibu. Ini sebenarnya akan menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan (berisiko osteoporosis).

-Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

-Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Apakah yang perlu kita buat apabila berlaku kekejangan kaki?
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
kejang kaki
Tip elakkan kekejangan betis
1) Buat senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

2) Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

3) Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
4) Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
5) Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
6) Minum banyak air.

Ostematrix Shaklee
Keperluan Kalsium Minimum bagi Wanita
-Wanita berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari (sebelum, semasa dan selepas bersalin). Wanita berusia 18 tahun ke bawah memerlukan sekurang-kurangnya 1300 mg sehari. Ramai wanita hamil tidak mengambil jumlah kalsium yang mencukupi di sepanjang kehamilan mereka. Perlu diingat, wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium pada setiap hari.

-Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehinggalah bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan dan sehinggalah bayi berhenti menyusu. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah dari hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.

-Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu misalnya bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain.

Atasi kekejangan dengan Ostematrix Shaklee.Apakah perbezaannya dengan pil kalsium lain?

1. 4 biji per serving menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Disediakan dalam bentuk kaplet yg mudah untuk ditelan.
2. Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.
3. Kombinasi kalsium dengan Magnesium dan Vitamin D adalah penting kerana ia merangsang kesan penyerapan kalsium yang lebih tinggi oleh tubuh.
4. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu atau CMA (Cow Milk Allergy). Atau dengan kata lain anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet ostematrix Shaklee sehari bagi menggantikan beberapa gelas susu! Terbaik untuk mereka yang tidak lalu untuk minum susu.


Lagi TIPS ketika hamil?Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 23 October 2013

Stres Boleh Mengganggu Kesihatan dan Kesuburan Seorang Lelaki ataupun Perempuan

SETIAP orang daripada kita terdedah kepada stres, tidak kira sama ada ketua pegawai eksekutif yang sibuk atau ibu yang duduk di rumah atau hinggalah ke anak yang berusia tujuh tahun.
Stres boleh didefinisikan sebagai tindak balas terhadap sebarang rangsangan atau cabaran yang mengganggu fungsi normal dan mengganggu kesihatan mental atau fizikal.

Stres bukan sahaja mampu menggugat kemesraan tetapi juga mengganggu kesihatan sama ada kesihatan fizikal, emosi dan seksual. Walau bagaimanapun, masalah utama bukanlah stres itu sednri tetapi bagaimana kita menanganinya.
Stress/tekanan/tension sama ada mental , emosi atau fizikal semuanya ada kesan kepada kesihatan dan kesuburan seseorang lelaki atau perempuan.


Apakah kesan stres ke atas kesuburan?

1. Ia bolih melemahkan tenaga batin/syahwat lelaki atau perempuan dan ini menyebabkan mereka jadi mati pucuk bagi lelaki, vaginismus bagi perempuan, ketidakmampuan untuk melakukan persetubuhan khususnya ketika isterinya sedang subur.

2. Stress mengurangkan bilangan benih dan kekuatan pergerakan benih lelaki.

3. Mengganggu hormon subur wanita, akibatnya tiada penetasan telor/ovulation.

4. Saluran fallopio boleh jadi mengecut dan mencegah benih suami sampai ketelor isteri.

5. Menggangu imbangan hormon wanita dan menyebabkan kegagalan embryo melekat dan membenam kedinding rahim/implantation.

Bagaimanakah cara untuk Mengatasi Stres?

1. Berzikir mengingati Allah atau meditation

Berbagai jenis teknik relaxation boleh dicuba , tetapi bagi orang islam membaca quran dan memahami makna serta berzikir mengingati Allah setiap waktu lapang adalah sangat berkesan. Apabila memandu kereta atau sedang dipandu, baca fatihah, ayat kursi, tiga Qul, lepas itu berzikir, bertasbih, bertahmid terus menerus jangan berhenti, selingkan doa untuk dapat zuriat.

2. Deep Breathing/ Pernafasan selama 5 minit.
Waktu berkerja, dalam apa2 kesibukkan, berhenti sekejap duduk tegak. Sedut nafas melalui hidung perlahan2 dan hembuskan keluar melalui mulut juga perlahan-lahan. Ulang beberapa kali sebelum mulakan semula perkerjaan atau lain2 aktiviti. Amalkan selalu.

3. Hubungi kawan atau saudara melalui talipon dan berbual-bual kosong sekejap tapi jangan terlalu lama dan jangan bangkitkan hal-hal yang boleh merungsingkan fikiran, Cari cerita-cerita yang ringan menggembirakan. Tapi jangan terlalu banyak luahkan perihal peribadi.

4. Baring terlentang atas lantai, sedut dan hembus keluar nafas perlahan2. Bayangkan anda buat mental scan untuk merasi kesan stress ,mulai dari hujung jari kaki dan terus naik kedalam kepala. Berhenti seketika ditempat yang anda rasai menekan/stress dan sedut dan hembus keluar nafas 1-2 minit.

5. Basahkan tuala dengan air suam panas dan letakkan dibelakang leher selama 10 minit. Gunakan alat pengurut letrik dan kenakan pada belakang leher bahu dan sekitarannya.

6, Lihat tayangan video komedi atau baca majalah kartoon atau komediti untuk menggelitik hati kita untuk ketawa dan senyum. ' laughter is the best medicine'.

7. Berjalan , jogging atau berlari di taman-taman/park atau ditepi hutan atau liring bukit. Pokok-pokok ,daun-daun hijau dan bunga-bunga yang indah berwana warni dengan haruman baunya jadi penawar hati yang tertekan.

8.Di dalam keadaan stres lebih banyak khasiat diperlukan. Pengambilan vitamin dan makanan tambahan dapat membantu mengatasi masalah stres. Makanan B kompleks contohnya dapat menolong membekalkan tenaga, mengurangkan keletihan dan membantu melawan tekanan.

9. Perubahan gaya hidup boleh membantu menangani stress dan memperbaiki kesihatan seksual. Cuba amalkan gaya hidup yang sihat.

10. Dari segi pemakanan, kurangkan pengambilan makanan berlemak, sebaliknya tambahkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.



Credit to Dr Hamid Arshat

Lagi tips untuk merangsang KEHAMILAN dan KESUBURAN. Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121