Showing posts with label tip ibu hamil. Show all posts
Showing posts with label tip ibu hamil. Show all posts

Wednesday, 1 March 2017

Amalan Ibu Hamil Untuk Anak Soleh

"Tahniah,anda positive hamil",antara ucapan yang paling indah di dunia bagi seorang ibu dan ayah.Bermulalah episod 9 bulan seorang ibu membawa anugerah terindah dalam kandungan. Dari saat ini,ibu dan ayah perlu membuat persediaan dari awal kandungan lagi untuk membentuk anak yang soleh dan solehah serta segala urusan ibu dipermudahkan sepanjang kehamilan.


Amalan-Ibu-Hamil-Untuk-Anak-Soleh


Antara amalan yang disarankan ialah:


1. Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran:
  • Surah Al-Fatihah dan ayat kursi
  • Surah Yaasin - Mengelakkan gangguan syaitan
  • Surah Taubat
  • Surah Maryam - untuk mudah bersalin, anak soleh dan taat
  • Surah Yusof  - utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna
  • Surah Luqman - utk mendapatkan anak yg taat dan bijak
  • Surah Al-hujuraat - untuk memperbanyakkan susu ibu
2. Doa Nabi Yunus

Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Iaitu : 

               لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِي 
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zoolimin)
  
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87 

3. Doa di permudahkan urusan

                                 
            "Kemudian jalannya dimudahkan"        (Surah Abasa: ayat 20)


                            ربي يسر ولا تعسر 
                                                rabbi yassir wa la tu’assir 
                        "Wahai tuhanku permudahkanlah dan jaganlah kau susahkan"

4.Amalkan pemakanan yang sihat supaya ibu dan anak dalam kandungan dalam keadaan baik sihat sempurna. Tugas kita adalah jaga, anugerah yang Allah bagi sehabis baik.Selain daripada makanan sunnah,ibu hamil digalakkan menambah makanan tambahan yang mengandungi pelbagai zat nutrisi untuk keperluan ibu hamil dan juga baby.

Vitamin Ibu Hamil Untuk Anak Sihat
Vitamin Ibu Hamil untuk Anak Sihat

Yati doakan semua ibu hamil diluar sana dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilan dan mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah.Aamiin

Kenapa Ibu Hamil Perlu Vitamin?

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Saturday, 3 October 2015

Oktober Bulan Cinta

Bulan Oktober ialah bulan cinta bagi saya sebab, bulan ni adalah bulan kelahiran saya, 25 Oktober 1985, save the date ya..haha.

Shaklee ni macam tau2 je kan..dia buat promo bulan ni Buy 2 Vitamin Shaklee at 50 % diskaun...ibarat Buy 1 FREE 1..ha best tak? Kepada peminat tegar Vitamin E...mesti korang semua senyum lebar kan..Tapi selalunya kalau ada promotion macam ni, stok cepat je habis..so jangan tunggu lama-lama...order sekarang ya...

       Beli 1 Dapat 2 



Antara kelebihan Vitamin E yang perlu anda tahu dan rasa sendiri adalah :-
  • Awet muda
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  • Mengurangkan parut
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
  • Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
  • Merawat masalah keintiman
  • Merawat masalah seksual lelaki
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 22 May 2014

Testimoni;Berjaya Hamil

Alhamdulillah....tidak dapat digambarkan dengan kata2 apabila seorang isteri berjaya hamil. Janji ALLAH taala itu pasti, jangan sesekali kita cepat berputus asa dan berserah tanpa sebarang usaha.

Entry kali ini yati nak berkongsi kegembiraan seorang isteri yang berjaya hamil setelah mengamalkan vitamin Shaklee (GLA complex & Zinc Complex) selama 2 bulan.

Testimoni Pelanggan Berjaya Hamil

Bagaimana GLA Complex Isteri untuk Cepat Hamil?

-GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, iaitu sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’.

-Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.
Bagaimana Zink Complex Membantu Suami Isteri?

-Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. 
-Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. 
-Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. 
-Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

Soalan yang selalu ditanya, "confirm tak kalau saya makan vitamin shaklee ni akan hamil?" Jawapannya, hanya ALLAH yang lebih mengetahui...sesungguhnya rezeki untuk menimang cahaya mata itu RAHSIA ALLAH taala. Kita sebagai hamba, teruskan berusaha dan berdoa. Insyaallah setiap usaha yang di lakukan ada ganjarannya...

Lagi testimoni berjaya hamil dengan Vitamin Shaklee?Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 23 October 2013

Stres Boleh Mengganggu Kesihatan dan Kesuburan Seorang Lelaki ataupun Perempuan

SETIAP orang daripada kita terdedah kepada stres, tidak kira sama ada ketua pegawai eksekutif yang sibuk atau ibu yang duduk di rumah atau hinggalah ke anak yang berusia tujuh tahun.
Stres boleh didefinisikan sebagai tindak balas terhadap sebarang rangsangan atau cabaran yang mengganggu fungsi normal dan mengganggu kesihatan mental atau fizikal.

Stres bukan sahaja mampu menggugat kemesraan tetapi juga mengganggu kesihatan sama ada kesihatan fizikal, emosi dan seksual. Walau bagaimanapun, masalah utama bukanlah stres itu sednri tetapi bagaimana kita menanganinya.
Stress/tekanan/tension sama ada mental , emosi atau fizikal semuanya ada kesan kepada kesihatan dan kesuburan seseorang lelaki atau perempuan.


Apakah kesan stres ke atas kesuburan?

1. Ia bolih melemahkan tenaga batin/syahwat lelaki atau perempuan dan ini menyebabkan mereka jadi mati pucuk bagi lelaki, vaginismus bagi perempuan, ketidakmampuan untuk melakukan persetubuhan khususnya ketika isterinya sedang subur.

2. Stress mengurangkan bilangan benih dan kekuatan pergerakan benih lelaki.

3. Mengganggu hormon subur wanita, akibatnya tiada penetasan telor/ovulation.

4. Saluran fallopio boleh jadi mengecut dan mencegah benih suami sampai ketelor isteri.

5. Menggangu imbangan hormon wanita dan menyebabkan kegagalan embryo melekat dan membenam kedinding rahim/implantation.

Bagaimanakah cara untuk Mengatasi Stres?

1. Berzikir mengingati Allah atau meditation

Berbagai jenis teknik relaxation boleh dicuba , tetapi bagi orang islam membaca quran dan memahami makna serta berzikir mengingati Allah setiap waktu lapang adalah sangat berkesan. Apabila memandu kereta atau sedang dipandu, baca fatihah, ayat kursi, tiga Qul, lepas itu berzikir, bertasbih, bertahmid terus menerus jangan berhenti, selingkan doa untuk dapat zuriat.

2. Deep Breathing/ Pernafasan selama 5 minit.
Waktu berkerja, dalam apa2 kesibukkan, berhenti sekejap duduk tegak. Sedut nafas melalui hidung perlahan2 dan hembuskan keluar melalui mulut juga perlahan-lahan. Ulang beberapa kali sebelum mulakan semula perkerjaan atau lain2 aktiviti. Amalkan selalu.

3. Hubungi kawan atau saudara melalui talipon dan berbual-bual kosong sekejap tapi jangan terlalu lama dan jangan bangkitkan hal-hal yang boleh merungsingkan fikiran, Cari cerita-cerita yang ringan menggembirakan. Tapi jangan terlalu banyak luahkan perihal peribadi.

4. Baring terlentang atas lantai, sedut dan hembus keluar nafas perlahan2. Bayangkan anda buat mental scan untuk merasi kesan stress ,mulai dari hujung jari kaki dan terus naik kedalam kepala. Berhenti seketika ditempat yang anda rasai menekan/stress dan sedut dan hembus keluar nafas 1-2 minit.

5. Basahkan tuala dengan air suam panas dan letakkan dibelakang leher selama 10 minit. Gunakan alat pengurut letrik dan kenakan pada belakang leher bahu dan sekitarannya.

6, Lihat tayangan video komedi atau baca majalah kartoon atau komediti untuk menggelitik hati kita untuk ketawa dan senyum. ' laughter is the best medicine'.

7. Berjalan , jogging atau berlari di taman-taman/park atau ditepi hutan atau liring bukit. Pokok-pokok ,daun-daun hijau dan bunga-bunga yang indah berwana warni dengan haruman baunya jadi penawar hati yang tertekan.

8.Di dalam keadaan stres lebih banyak khasiat diperlukan. Pengambilan vitamin dan makanan tambahan dapat membantu mengatasi masalah stres. Makanan B kompleks contohnya dapat menolong membekalkan tenaga, mengurangkan keletihan dan membantu melawan tekanan.

9. Perubahan gaya hidup boleh membantu menangani stress dan memperbaiki kesihatan seksual. Cuba amalkan gaya hidup yang sihat.

10. Dari segi pemakanan, kurangkan pengambilan makanan berlemak, sebaliknya tambahkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.



Credit to Dr Hamid Arshat

Lagi tips untuk merangsang KEHAMILAN dan KESUBURAN. Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 2 October 2013

Berat badan naik mendadak ketika hamil?

Kenaikan sebanyak 1/2kg seminggu ketika hamil dikatakan sebagai normal. Bagi wanita yang kurus, boleh mengalami kenaikan sebanyak 20kg sepanjang kehamilannya. Manakala untuk wanita yang obes pula, selalunya tidak mengalami kenaikan berat badan yang banyak, mungkin 5kg sahaja sepanjang kehamilan.

Bagi mengelakkan kenaikan berat badan yang mendadak, anda bolehla mengambil makanan yang berserat tinggi dan berkalori rendah. Elakkan makan makanan berkalori tinggi. Di antara makanan yang berserat tinggi dan berkalori rendah adalah :-
  1. Sayur-sayuran kecuali kentang dan ubi kerana ia berkarbonat tinggi dan hendaklah dimakan dalam jumlah yang minima,
  2. Buah-buahan. Namun buah-buahan yang manis seperti anggur, durian, rambutan dan lain-lain hendaklah di makan hanya sedikit kerana mengandungi "gula" yang boleh menambahkan berat badan.
  3. Karbohidrat kompleks seperti beras perang, bijirin penuh dan roti penuh
  4. Protein tanpa lemak seperti ayam yang dibuang kulit dan ikan.
  5. Air kosong.
Kenapa wanita hamil mengalami masalah pertambahan berat badan yang mendadak?
  • Ramai wanita hamil sering mengatakan diri mengidam itu dan ini. Misalnya makanan seperti buger, piza, ayam goreng (dan semua makanan yang di goreng) dan akan merajuk jika ada pihak menasihatkan supaya berhenti makan makanan yang berkalori tinggi ini.
  • Ibu-ibu hamil yang mengamalkan tabiat makan untuk dua orang. Padahal bayi cuma memerlukan 100 kalori/kilogram sehari. Si ibu pula makan 3000-4000 kalori sehari,
  • Ibu-ibu yang sering makan makanan dan minuman manis (ini termasuklah pengaambilan susu untuk wanita hamil yang berlebihan,minuman berkhasiat tetapi berkalori tinggi, susu pekat manis, kuih-muih, kek, roti, bun, gula-gula, aiskrin, coklat dan banyak lagi)

Jika anda merupakan seorang ibu hamil yang mengalami masalah berat badan, jumpalah pakar pemakanan jika ada di hospital berhampiran. Jika masalah berat badan meningkat secara berlebihan, anda perlu diperiksa untuk masalah kencing manis.

Ibu mengandung memerlukan pemakanan yang baik untuk dirinya dan juga bayi yang dikandung. Jesteru, ibu seharusnya makan mengikut keperluannya bermula pada awal kehamilan bagi memastikan kandungan dan berat badan ibu yang ideal.

Vitamin yang di perlukan oleh ibu hamil, baca sini.


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 25 June 2013

Tips Merangsang Kehamilan dan Meningkatkan Kesuburan dengan Vitamin Shaklee

Cahaya mata adalah anugerah yang tak ternilai harganya. Kehamilan dan melahirkan zuriat adalah saat-saat paling berharga buat seorang wanita. Ia menandakan pusingan kehidupan sebagai seorang wanita telah pun lengkap.

Namun, bukan semua wanita mudah untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada segelintir daripada kita yang memerlukan bantuan bagi merangsang kehamilan dan meningkatkan kesuburan untuk proses kehamilan. Namun, perancangan ALLAH itu yang terbaik untuk kita. Kita sebagai manusia kenalah redha dan dalam masa yang sama kita kena berusaha!



Mungkin TIPS berikut dapat membantu anda dan tidak salah untuk kita mencuba di samping DOA & TAWAKKAL kita kepada ALLAH taala.

1. Anda boleh mula mengambil Asid Folik. Pengambilan 0.4mg Asid Folik ini dapat mengurangkan 50 hingga 70 peratus risiko kemungkinan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural. Pengambilan Asid Folik haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung.

2. Jadikanlah sesi melakukan hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Untuk menjadikannya lebih menarik, gunakanlah bilik lain selain dari bilik tidur untuk mengubah suasana yang sesuai.

3. Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Berbaringlah sekurang-kurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum.

4. Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, hakikatnya hanya peluang adalah 25 ke 30 peratus untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.

5. Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein dalam sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.

6. Sekiranya anda atau pasangan anda, bekerja di tempat yang mendedahkan anda atau pasangan kepada bahan-bahan yang berbahaya, anda perlu bertekad untuk mencari peluang kerja di tempat lain. Ada sesetengah bahan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupun perkembangan embrio.

7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil.

8. Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ianya boleh membunuh sperma anda!

9. Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian, air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.

10. Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.

Setelah kita berusaha dengan segala tips dan petua, berdoalah dengan ALLAH yang MAHA BERKUASA...Antara doa-doa yang boleh diamalkan untuk mendaptkan zuriat ialah:-

1. Doa Nabi Zakaria 'Alaihi as Salam :


رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)

Artinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa". (QS. Ali Imran : 38)

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)

Artinya : “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling Baik.” (QS. Al Anbiya : 89)

2. Serta doa Nabi Ibrahim ‘Alaihi as Salam :

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)

Artinya : “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang saleh.” (QS. Ash Shafat : 100)

Anda juga boleh mengamalkan set kesuburan dari shaklee untuk meningkatkan kesuburan suami isteri.

1.GLA
-Membantu kitar haid yang tidak teratur dan masalah senggugut yang dialami sewaktu pre-menstrual.
-GLA membantu meningkatkan sistem kesuburan isteri, sekaligus meningkatkan potensi persenyawaan untuk berlaku
-Membantu sperma untuk terus hidup lebih lama dalam Tiub Fallopio sekaligus meningkatkan peluang persenyawaan.

2.ESP
-Memastikan sel ovum dalam keadaan sihat bagi memudahkan persenyawaan
-Merupakan makanan asas untuk memastikan sel-sel dalam badan sihat da sempurna.

3.Vit E
-Meningkatkan keinginan seksual dan lebih tenaga
-Membantu membentuk sel sperma yang sihat dan sempurna
-Vitamin E juga bagus diambil oleh isteri bagi meningkatkan kesuburan dan keinginan seksual

4.Zink
-Kandungan zink dalam protat lelaki adalah 10x ganda dari organ lain. Jesteru itu, ia adalah mineral yang penting untuk kesuburan lelaki.
-Sangat penting untuk keupayaan seksual lelaki dan menguatkan sperma suami.

Kepada pasangan yang sedang berusaha, untuk mendapatkan zuriat bersama-samalah kita berdoa kepada ALLAH taala. Insyaallah mudah-mudahan Allah s.w.t mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah buat saya dan juga anda.

"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi ALLAH dibandingkan Doa" (Riwayat Tirmidzi)

"Orang yang terlalu cepat putus asa, adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

Testimoni pengguna menggunakan vitamin shaklee dan alhamdulillah berjaya hamil. Klik Sini.

Untuk info lebih lanjut,hubungi yati di talian www.wasap.my/60132221663


Klik esell di bawah untuk pembelian terus secara online. Pembayaran boleh dilakukan secara debit kad atau kredit kad.



 Order_Vitamin_Secara_Terus


Anda inginkan HARGA MURAH dan PENJIMATAN sehingga 15 % ke 20% barangan shaklee?Daftar diri anda sebagai ahli shaklee untuk makan sendiri dengan yati sekarang.Penjimatan berganda akan anda peroleh!

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 18 December 2012

Vitamin Shaklee untuk Ibu Hamil

Ok jom kita lihat dengan lebih lanjut lagi mengenai kandungan dan kelebihan yg ada dalam setiap vitamin shaklee untuk ibu hamil. Kenapa Vitamin Shaklee menjadi pilihan yati dan juga pilihan ramai ibu-ibu di luar sana.

1. Vita-lea Iron Formula
-Mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian. Vita_lea merupakan  multivitamin jadi ibu tak perlu mengambil Obimin lagi.
-Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan.
-Kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah pitam@ mudah pening @pun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin.
-Melengkapkan nutiren yg kurang.

2. B-Complex

-Sangat penting dalam kehamilan, ia membantu mengatur pembentukan sel saraf embrio dan janin yg amatpenting untuk pembesaran.
-B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. 
-Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

3.Vita C Sustained Release 500mg/ vita C chewable 100mg




- Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen tubuh dan membantu sistem antibodi.
-Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
-Membantu dalam penyerapan zat besi yg sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yg membawa oksigen dlm darah.
-Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
-1 biji vitamin C 500mg bersamaan dgn 7 biji buah oren manakala 1 biji Vitc chewable 100mg bersamaan 1 1/2 biji buah oren.


4.Ostematrix


-Seseorang wanita memerlukan dua kali ganda kalsium apabila mengandung iaitu lebih kurang 1000mg-1300mg sehari.

-Gabungan kalsium-magnesium-vitamin D dan mineral2 lain bukan saja baik untuk tulang dan gigi malah membantu dalam pembentukan sel darah dan mengelakkan sembelit.

-Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerak balas saraf dan kontraks otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis.

-Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

-Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.



5.ESP (Energizing Soy Protein)




- Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.


6.Omega Guard

 Omega Guard dibenarkan pengambilannya pada peringkat trimester ke2 dan ke3.

-Omega-3 telah didapati penting untuk pembangunan neurologi dan awal visual bayi.  Omega-3 juga digunakan selepas bersalin untuk proses penghasilansusu ibu. 
-Kajian telah mengesahkan bahawa menambah EPA dan DHA kepada diet seorang wanita hamil mempunyai kesan positif ke atas pengembangan bayi. 
-Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaanyang lebih tinggi omega-3 boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.
-Omega-asid lemak mempunyai kesan positif ke atas kehamilan .Peningkatan pengambilan EPA dan DHA membantu  mencegah risiko semasa proses bersalin dan mengurangkan risiko pre-eklampsia. 
- Untuk ibu ia membantu mengawal paras kolestrol di dalam badan.

Untuk keterangan lanjut boleh la hubungi yati .



FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121
Shaklee Independent Distributor [ID No : 909121]
[013-2221663, haryati.yasim@gmail.com]




Tuesday, 11 December 2012

Wanita Hamil Perlukan Vitamin

Sebut pasal vitamin ni...yati rasa mmg byk vitamin yg ada kat pasaran skrgkn. So disini yati nk share tentang vitamin yg yati mkn time pragnent dan smpai sekarang. Kiranya yati ni pengguna tegar vitamin ni lah.

Yati start mkn vitamin ni awal feb 2012 masa tu kandungan yati masuk 3bulan mcm tu lah. masa ank first yati just mkn vitamin yg klinik bg je. Tp yg second ni nk try cari perubahan pula..hidup mesti berubah kantakan.hahaha..Memandangkan jarak yg 1st dan 2nd ni dekat so yati mesti lah bertenaga dan sihat sepanjang waktu demi anak2, suami dan diri kita juga. 

Vitamin yg yati cakapkan ialah...jeng je jeng......jeng je jeng....vitamin SHAKLEE...konon mcm nk buat surprise padahal gambar di bawah mmg dah nyata dan jelas dh nmpak kan...hehehe. 


Set Hamil dari shaklee


Vitamin ni la yg yati nk share dgn semua apa yg yati rasa setelah mengamalkannya. Alhamdulillah dgn izin Allah, sepanjang tempoh mengandung yati xde la demam ataupun mengalami sakit2 badan yg teruk. cuma lenguh2 pinggang dan sakit belakang di akhir2 kehamilan tu ada la sikit. Kiranya sepanjang prgnent yati masih bertenaga untuk menjaga ank yg sulung time tu baru 4bln. Tambahan pula yati tinggal dgn ank je.suami yati keja di KL..balik ujung minggu je. Walaupun menjaga ank yg masih kecil seorang diri dalam masa yg sama mengandung ank 2nd dan bekerja tapi yati tidak rasa badan yati penat sedangkan tiap2 mlm yati tdk pernah mempunyai tidur yg cukup. Ank sulung yati sentiasa bgn tengah mlm. Hari-hari yati sentiasa bertenaga :-). Sepanjang prgnent juga yati  tak pernah kena "nyetok karung" @cram. Walaupun yati xsuka minum susu sangant time prgnent tapi yati amalkan ostematrix (kalsium) dr shaklee (yg terbaik sblm tdo minumla 1 gelas susu). Salah satu faktor yg mengelakkan yati dr kena cramp masa tido.Sakit woo bila dpt nyetok karung ni...yati pernah rasa masa 1st pragnent, menitik air mata. Vitamin shaklee bukan sahaja memberikan kebaikan kpd diri kita tetapi tempias kebaikannya dpt pada baby dlm kandungan kita juga tau lebih kurang 2 in 1. 

Kita manusia mestilah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yg baik...yg menentukannya hanya ALLAH taala. So sblm kita berserah kpd Allah kita mestilah berusaha terlebih dahulu. Kiranya tanpa izin Allah setiap sesuatu itu tidak akan berlaku. 

Untuk lebih details klik sini :-).


Berminat boleh la hubungi saya, Haryati pengedar sah shaklee di Kemaman Terengganu :-


FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms@whatsapp :0132221663
ID No :909121

Shaklee Independent Distributor [ID No : 909121]
[013-2221663, haryati.yasim@gmail.com]