Thursday, 31 January 2013

Masalah Keputihan;Atasi dengan Alfalfa Shaklee

Apa itu Keputihan?
Masalah keputihan adalah sinonim pada wanita. Keputihan adalah lelehan lendir berwarna jernih atau kelabu keputihan yang keluar dari faraj wanita dan mempunyai pelbagai sifat dan berbeza pada setiap wanita yang lain. Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. keputihan ada dua jenis iaitu normal dan abnormal.

Keputihan normal
Dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan si gadis. Sekiranya cairan putih bening ini sepanjang 20cm, ini menandakan yang kamu sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.

Keputihan abnormal
Berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan abnormal
Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal. ingin tahu apakah dia?Antaranya ialah:

1. Anda terlalu penat.
2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.
3. Jangkitan.

Ketahui pula jenis jangkitan
Sekiranya anda merasakan keputihan abnormal anda berlaku kerana jangkitan, cepat kenal pasti jenis jangkitannya agar lebih mudah untuk anda mencari penawarnya.

1. Kurap Candidas atau Monilia
Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.

2. Parasit Trichomonas Vaginalis
Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.

3. Bakteria Gardnella
Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.

4. Virus
Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.

5. Benda asing
Hal yang satu ini kita sering abaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.

Sumber : Majalah Remaja isu 1 Jun 2012

Apakah Simptom-simptom menunjukkan anda mengalami masalah keputihan?
  1. Mengalami masalah kegatalan pada faraj.
  2. Kerap mengalami 'white discharge' berwarna putih dan kekuningan serta berbau.
  3. Tidak selesa apabila 'bersama' suami.
  4. Perlu memakai panty liner setiap hari.
Antara rawatan yang boleh anda lakukan ialah:-

Cara Pertama
1. Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.
3. Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.
4. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.
5. Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.
6. Minum air tersebut 2 kali sehari.
7. Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.

Cara Kedua
1. Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
2. Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
3. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
4. Tapislah air tersebut.
5. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
6. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
7. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.

Pokok Alfalfa

Cara alternatif yg lain...iaitu cara mudah yg pasti Selamat dan Berkesan ialah dgn mengambil Alfalfa Complex Shaklee.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 30 January 2013

Amalan Murah Rezeki

Semua org kalau boleh nk kaya raya, nk duit banyak, nak jadi jutawan, nak makan mewah, nak kereta mewah kan?yati sendiri pun kalau diberi pilihan nak juga..

Kekadang kita minta, berdoa dengan Allah agar dikurniakan dengan kerja yang bergaji banyak di bandar besar, tapi Allah aturkan kita mendapat pekerjaan di kawasan luar bandar dengan gaji yang sedikit dan kadang2 kita dapat pekerjaan yg langsung kita tidak suka..So mula la hadirnya perasaan tidak puas hati, tdk bersyukur dan kecewa kan?Ingatlah percaturan Allah taala adalah yg terbaik..yg menjadikan sebaliknya adalah kita sendiri...apa salahnya kita terima dgn redha dan laksanakan tugas yg diberikan dgn sebaik yg mungkin.In shaa allah setiap apa yg kita lakukan ALLAH tdk pernah terlepas pandang dan yakinlah dgn ALLAH taala.

Kita mesti ingat rezeki bukan hanya dtg dlm bentuk wang ringgit..tetapi tanpa kita sedari rezeki dtg dlm pelbagai bentuk..contohnya kita diberikan jiran2 yg baik..dimana apabila kt menghadapi musibah jiran kt dtg untuk memberikan pertolongan, kita di kurniakan anak2 yg sihat dan comey2..kita diberikan..kawan2 yg sentiasa boleh diharap tatkala kita menghadapi masalah...definasi rezeki itu sgt luas kan...
Buka mata buka hati pasti kita akan nampak betapa banyaknya nikmat dan rezeki yang ada di atas muka bumi ini.

20 amalan untuk dipraktikkan agar di murahkan rezeki

1. Beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakkan Istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Menjauhi Dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.

Sabda Nabi s.a.w.:

"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Mengingati Allah

Mengingati Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

6. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan Hajat Orang Lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)

8. Berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9. Amal Kebajikan

Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Bangun seawal Pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Mengeratkan Silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi Kekal Berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi Solat Malam (Tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Zikir Dan Bacaan Ayat Quran Tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan fahaman tentang agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar

Siapa berusaha, dia akan berjaya. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)

Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sumber: Jais

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 29 January 2013

Testimoni ESP:Masker ESP nampak gebu+ kulit berseri-seri serta Jerawat Cepat Kecut

ESP Shaklee jadikan Masker?Biar betul...boleh ke?..
Jawapannya YES..BOLEH...ESP selain dari kita jadikan sbg minuman harian..boleh juga dijadikan sbg masker...multipurpose kan ESP ni...:-)

Caranya hanya ambil satu sudu teh ESP dan campur dgn satu sudu teh yogurt perisa asli. Gaulkan sehingga rata dan sapukan di muka anda...senang je..
Jom kita lihat testimoni Puan Nurfatin yg menjadikan ESP sbg masker...

Tu baru guna 4 hari..kalu 1bulan tak tahu la gebu mcm mn..hehhe..bestkan ESP..so jom kita sama-sama mengamalkannya..bukan setakat cantik, sihat dan juga bertenaga...1 for All katakan.

Nak tahu lebih lanjut tentang ESP KLIK SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 28 January 2013

Hamil dengan GLA Complex Shaklee

Saya percaya apabila kita mendirikan rumahtangga, perkara yg dinanti-nantikan ialah kehadiran cahaya mata sbg pelengkap kehidupan sebuah keluarga. Lambat atau cepat, ingtlah itu semua kehendak Allah taala. Namun apabila kehadiran cahaya mata yg ditunggu tidak hadir walaupun sudah bertahun-tahun telah mendirikan rumah tangga..mesti hadir sedikit kekecewaan @ kesedihan. Betul rezeki ank hanya ALLAH yg tentukan..tp kt sbg manusia mestilah BERUSAHA dan yg selebihnya berserahlah kpd ALLAH taala.
Salah satu usaha ialah dgn mengambil GLA yg dapat membantu meningkat kesuburan dan cepat hamil.

Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

1.Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? 
Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajina, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

2.Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? 
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.
Jadi, puan-puan yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda, adakah terlalu tebal, berwana coklat atau sebagainya.

Puan-puan yang berminat dan mahukan tips cepat hamil dengan GLA Complex boleh hubungi saya.
Ingat usaha tangga kejayaan...berdoalah kepada ALLAH smg kita sentiasa di berikan yg terbaik. In shaa ALLAH...

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663 ID No :909121

Saturday, 26 January 2013

GLA Complex Shaklee - Kelebihan dan Kebaikan

Ramai yg tidak tahu tentang kehadiran GLA Shaklee dan kebaikannya kepada kesihatan diri terutama kepada wanita di luar sana.
GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita.Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.
Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E yg asli untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Sumber asli GLA terdiri daripada borage seed, blackcurrent dan EPO.

Di antara Khasiat dan Kelebihan GLA Complex Shaklee ialah:-
  1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  2. Membantu meningkatkan kesuburan (Hamil dgn GLA)
  3. Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  4. Membantu dalam menangani menopus
  5. Menguatkan kuku dan rambut
  6. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  7. Membantu menangai ekzema
  8. Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  9. Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  10. Menguatkan imuniti tubuh
  11. Memperlahankan proses penuaan
  12. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  13. Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  14. Mengawal kolesterol
  15. Untuk fungsi saraf
Apa kata mereka yg sudah menggunakan GLA Complex Shaklee ini?


Lagi tentang kelebihan GLA Shaklee, Klik SINI
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Friday, 25 January 2013

Vitamin E Shaklee;Kekal Muda Jelita dan Kulit Licin Tanpa Parut

Vita-E Complex shaklee adalah vit-e yang terbaik di pasaran, ini kerana keberkesanan dan keistimewaan yg terdpt pd vita-E Shaklee. Yati sendiri yg br menggunakn Vita-E pd awal bulan Jan 2013 sgt2 berpuas hati dan rasa rugi tak ambil dari awal lg,tp xpe dr tdk pernah langsung sekurang2nya yati sempat dan ada rezeki untuk merasai sendiri kebaikan vita-E shaklee ni..1 hr yati ambik 1 biji, kdg2 yati buat masker sblm tdo. Bgn pagi excited nk gi cuci muka..hehe.
Sblm ni yati dh buat entry tentang Vita-E kan..so kali ini yati nk post sekali lagi sbb dah jatuh cinta dgn Vita-E ini...sesuai dgn nama gelaran Vita-E iaitu Vitamin cinta :-)..kpd suamiku..jgn jeles ya...ku jatuh cinta dgn vitamin ni pun untuk kebaikan kt bersama juga..hehehe.
Jom kita tgk knp Vitamin E Complex Shaklee....

Vita-E Complex Shaklee

Kandungan Vita-E Shaklee
1. Vitamin E (as d-alpha tocopherol)  = 322.89mg (provide 400 IU)
2. Grape Seed (Vitis vinifera) Extract = 39.40mg
3. Selenium (as selenium amino acid chelate) = 65.00 mcg

Vitamin E adalah vitamin larut lemak. Vitamin E merupakan vitamin antioksidan yang aktif. Istimewanya vita-e Shaklee ialah dengan kehadiran Selenium di dalam Vitamin E, ia meningkatkan lagi potensi Vitamin E itu sendiri. Kedua duanya bersifat antioksidan di mana ianya bekerjasama untuk melambatkan penuaan.

Kelebihan Vitamin E bersama Selenium
Tahukah anda Vitamin E bekerja secara sinergi dengan Selenium yang juga di kategorikan sebagai anti oksidan.
Kombinasi Vitamin E dan Selenium melambatkan proses penuaan. Selenium diperlukan untuk penghasila gluthathione peroxidase yang merupakan antioksidan utama di dalam setiap sel tubuh

Vitamin E dan Selenium juga membantu kesuburan lelaki dan wanita. Lelaki memerlukan Selenium lebih berbanding dengan wanita kerana lelaki akan kehilangan Selenium melalui pengeluaran air mani. Vitamin E dan Selenium membantu meningkatkan penghasilan sperma yg berkualiti.

Kombinasi vitamin E dan Selenium membantu mengurangkan simptom 'hot flashes' yang di alami oleh wanita menopause. 
Selain itu, Vitamin E dan Selenium boleh membantu mengurangkan masalah psoriasis.

Kelebihan Vita-E bersama Grape Seed (extrak biji anggur)
  • Mengikut kajian saintifik, minyak biji anggur terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah KANSER serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika mengamalkannya secara konsisten. 
  • Grape Seed Extract juga terbukti berkesan unyuk menguatkan system imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegekan masalah berpunca daripada urat timbul, serta merencat pembengkakan dan keradangan.
  •  Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol.
  • Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan50 kali lebih baik daripada vitamin C.
  •  Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain. OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya.OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.


Khasiat dan Keistimewaan Vita-E Shaklee
  1. Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  2.  Memperbaiki peredaran darah,untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara.
  3. Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  4.  Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  5. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
  6. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
  7. Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  8.  Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  9.  Merendahkan kadar kolesterol.
  10.  Membantu mencegah kanser.
  11. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  12. Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

Sumber makanan Vitamin E:
Minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, bayam, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan:
Mudah radang, penuaan kulit sebelum masa, rambut gugur, boleh mandul baik lelaki mahupun wanita, gangguan saraf dan otot, Anemia (kekurangan bil sel darah merah @ hemoglobin), senang keguguran, hilang nafsu seksual, luka lambat sembuh, prostat membesar.

Vitamin E yang baik ialah vitamin E dari sumber semulajadi dan beserta Silenium. Cara untuk mengenali vitamin E tersebut adalah dari sumber semulajadi ialah:-

-Lihat label pada botol Vitamin E tersebut, pastikan Vitamin E itu datang dari sumber d-alpha-tocopherol - 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Ini kerana, suplemen Vitamin E dari sumber semulajadi boleh diserap oleh badan sebanyak 2 kali ganda lebih mudah berbanding Vitamin E sintetik. Satu huruf kecil ‘l’ atau ‘dl’ menunjukkan sumber tiruan atau kimia.

Kenapa Vitamin E Shaklee adalah yang terbaik?
1. Mengandungi 400 IU vitamin E yang semulajadi
2. Mengandungi 65 mcg Silenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan fungsi vitamin E.
3.Mengandungi 39.40 mg grape seed yang menambahkan lagi kuasa vitamin E.

Siapa yang Perlukan Vitamin E
·        - Lelaki dan wanita.
·        - Ingin kelihatan muda
·        - Mempunyai masalah jantung atau kolestrol
·         -Sukar mengandung
·        - Dingin untuk melakukan hubungan kelamin


In shaa allah, sesiapa sahaja yg mencubanya akan rasa keajaiban Vita-E Shaklee dan yati yakin pengguna akan berpuas hati dgn Vitamin E ini. Kita hanya berusaha untuk melakukan yg terbaik..hanya ALLAH jua yg menentukannya. Selamat menjaga kecantikan dalaman dan luaran bersama Shaklee :-)

*Vitamin E dikira dlm unit IU (International Unit) iaitu 1IU bersamaan dgn 1mg
*Vitamin E diperlukan dalam pembentukan nukleus, dinding sel, RNA dan DNA pada setiap sel di dalam tubuh. Ia bertindak dengan Vitamin C untuk kesihatan sel-sel tubuh.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Wednesday, 23 January 2013

Shaklee Malaysia Halal

Saya rasa ramai orang yg tertanya-tanya produk shaklee ni halal ke tidak?
Untuk pengetahuan semua, produk shaklee Malaysia adalah HALAL dan mempunyai kelulusan daripada pihak KKM. Untuk post kali ini, yati just share tentang sijil halal dahulu. Untuk membuktikan shaklee ini di luluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia..yati akn share pada post akan datang.
Di bawah adalah sijil halal untuk produk shaklee Malaysia.

Sijil Halal Shaklee

Di bawah pula sijil dari pihak JAKIM yg mengiktiraf badan halal di USA iaitu Islamic Services of America (ISA)


Kenapa produk shaklee hanya mempunyai sijil halal dan tidak ada pada botol produk?Mesti anda juga tertanya2 kan? Ini kerana shaklee di perbuat di sebuah kilang di Carlifornia, USA dan mendapat HALAL Certificate oleh satu badan hahal di USA iaitu Islamic Services of America (ISA), jadi shaklee tidak menggunakan logo halal JAKIM. Produk yang di pasarkan di Malaysia tidak sama dgn produk yg di pasarkan di negara lain seperti Amerika, Kanada, Jepun dan negara-negara lain. Penghasilan produk untuk negara Islam dan bukan Islam juga berbeza.

Jika kita lihat pada sijil HALAL shaklee, 'date issued' ialah pada 6-February-2012...so bagaimana pula dgn tahun 2013? Ini kerana sijil halal shaklee perlu di renew setiap tahun seperti yg di janjikan. Bukti menunjukkan shaklee Malaysia sentiasa menjamin produknya HALAL.

Di bawah adalah jawapan email dari Alida Selim iaitu Halal Services Coordinator di badan halal USA iaitu Islamic Services of Amerika (ISA).


Saya akn update apabila sijil HALAL 2013 sudah siap di keluarkan. Semoga penerangan di atas telah menghilangkan was-was kepada pengguna shaklee ataupun yg baru ingin mencuba produk shaklee. So, makanlah tanpa was2 ya.hehehe.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 17 January 2013

Keistimewaan Set Bersalin Shaklee

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Ibu mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.


Proses berpantang selama 44hari terasa amat lama dan pelbagai cabaran dan dugaan yg perlu kita tempuhi. Sakit tempat luka, tidak cukup tido, anak meragam, bengkak susu, sembelit, sakit-sakit badan dan macam-macam lagi.


Jadi pengambilan vitamin menjadi satu kemestian untuk para ibu bagi memastikan diri sihat dari segi fizikal dan mental. Ingat meroyan sewaktu bersalin bukan mitos..kalau kita tdk boleh menangani stress pada tempoh berpantang kemungkinan meroyan boleh berlaku ke atas ibu bersalin.


Set bersalin Shaklee ini terdiri dari vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu baru bersalin untuk pemulihan dalaman dan luaran, tenaga serta emosi.


Apakah keistimewaan set bersalin Shaklee?
  • Boleh dambil seawal hari pertama bersalin
  • Sesuai untuk ibu yg bersalin secara normal atau pembedahan
  • Boleh terus diambil walaupun anak ada jaundis
  • Membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpantang
  • Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang sesuai untuk tubuh kita.
  • Sangat sesuai untuk penyusuan, membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu.
  • Mengelakkan meroyan atau stress
  • Mudah dan tiada kesan sampingan
  • Boleh dimakan sampai bila2, walaupun sudah habis pantang, tiada pembaziran.



Jadikan suasana berpantang anda bersama si kecil pengalaman yang sangat indah,ibu sihat,baby gembira.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Set Bersalin Shaklee membantu Ibu Sihat, Cergas dan Langsing

Set Confinment/ Set Bersalin/ Set Berpantang

Entry kali ini, yati nk share tentang set bersalin shaklee. Di mana set bersalin shaklee ini menjadi permintaan ramai kaum ibu di luar sana temasuklah diri yati sendiri.

Set Bersalin Shaklee terdiri daripada:

1) Vitamin B Complex + Asid Folik
2) Vitalea / Multivitamin + Zat Besi
3) Kalsium Ostematrix
4) Zink
5)Alfalfa Complex
 
1. Vitamin B Complex +Asid Folic
- B Complex bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga berupaya meningkatkan pembentukan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Jesteru, ibu-ibu sesuai akan merasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikan. sesuai dgn namanya B for 'Beauty'.

2) Vitalea / Multivitamin + Zat Besi (120 biji)
- Sangat penting diambil oleh ibu berpantang kerana vitalea mengandungi 28 vitamin dan mineral yang lengkap untuk keperluan badan dan dijamin peyerapan untuk memastikan vitamin dan keperluan badan mencukupi dan untuk mengembalikan tenaga serta agar badan memperolehi makanan berkhasiat yang sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan).Memanaskan badan dengan membakar metabolisme anda. Iron/zat besi pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin. Ibu-ibu yg kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tdk bermaya.

3) Kalsium Ostematrix (120 biji)
- Membekalkan kalsium ke badan anda kerana bila melahirkan anak, 4 kg kalsium hilang dari badan yang perlu diganti .untuk meguatkan diri anda dan mengelakkan kekejangan dan urat simpul. Kalsium juga membantu dalam mengurangkan masalah sembelit. Ia juga memudahkan anda tidur dan bagun segar walaupaun kekurangan tidur. Kalsium juga turut bertindak sbg milk booster tambahan semasa dlm tempoh berpantang.

4) Zink (120 biji)
- Sangat penting sebagai penyembuh luka dalaman akibat bersalin dan caesarian membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda 1 pil bersamaan dgn khasiat 6 ekor ikan haruan. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin dan kekuningan untuk bayi.

5) Alfalfa Complex (330 biji)
- Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (membantu dalam menurunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan) ia juga mengeluarkan air berlebihan dari badan dan memperbaiki sistem peranakan sama seperti kacip fatimah. Pengambilan alfalfa di makan selepas ank bebas dari kuning/jaundice.

Manakala untuk penyusuan, anda di galakkan untuk mengambil ESP. ESP merupakan protein soya yg sangat membantu ibu-ibu menyusu di samping mengekalkan kesihatan ibu dan bayi.

ESP - Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.ESP juga boleh memekatkan susu si ibu, jadi anak cepat kenyang and then ibu boleh buat stok susu dengan lebih banyak

Set Bersalin Shaklee

SET BERSALIN INI BOLEH DIAMBIL PADA HARI PERTAMA ANDA BERSALIN UNTUK PEMULIHAN YANG CEPAT DAN BERTENAGA (FULL SET INI CONSUME UNTUK 4-6 BULAN). Sangat-sangat jimat kan?..

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121



Monday, 14 January 2013

Cara Makan Vitamin Shaklee dengan Betul

1. Protein - Energizing Soy Protein (ESP)
Sebaik-baiknya diambil pada waktu pagi iaitu semasa perut masih kosong. Ini kerana pada waktu pagi kadar metabolisme kita tinggi berbanding waktu yg lain. Maka, semua asid amino dapat diserap dengan berkesan.

2. Alfalfa Complex
Jangan diambil bersama vitamin E atau GLA complex. Alfalfa akan menghalang penyerapan vitamin E dgn berkesan. Ini kerana Alfalfa adalah serat manakala Vitamin E adalah vitamin yg berfungsi dengan baik jika ada lemak. Serat amat suka menyerap lemak.

3.Ostematrix/Kalsium
Ambillah kalsium sebelum tidur. Kalsium tidak boleh diambil bersama iron (sumber iron adalah vita-Lea Multivitamin)

4.Vitamin C Sustained Release Shaklee
Sekiranya selsema dan demam, vitamin c dipatahkan dahulu sebelum ditelan..untuk mempercepatkan proses penyerapan berlaku. Vitamin C juga boleh dilarutkan dengan sedikit air dan dijadikan masker muka.

5.Vita-Lea Multivitamin
Jangan di ambil bersama susu dan sumber kalsium yg lain seperti ostematrix. Ini kerana ia boleh mengganggu efisiensi penyerapan zat besi(iron). Di ambil bersama dgn vitamin C ini kerana iron memerlukan vitamin C untuk mudah diserap. Sebab itu di dalam Vita-Lea ada mengandungi 60mg vitamin C.

6. Vitamin larut lemak (A, D,E,K)
Di ambil selepas mengambil makanan berlemak/berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

7. Jangan mengambil vitamin dengan minuman berkafein
Ia boleh mengurangkan efisiensi penyerapan vitamin. Jika anda seorang peminat coffie atau nescafe macam saya...boleh la minum 1 jam sebelum atau selepas pengambilan vitamin.

Carta Vitamin

Klik Sini untuk tips yang lebih menarik.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121



Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 909121][013-2221663, haryati.yasim@gmail.com]



Thursday, 10 January 2013

Makan vitamin tetapi tiada kesan?


"saya dah ambik vitamin ni, tetapi tiada kesan la, kenapa ya?"

Emm...kenapa ya?sbb vitamin ni tak bagus ke?Kepada pengamal-pengamal vitamin atau suppliment yg rasa tiada kesan dan manfaat mungkin di sebabkan beberapa faktor dibawah:-

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

Sumber:http://www.anakkuwiraku.com

Kita juga mestilah mengamalkan pengambilan vitamin ini secara konsisten...jangan mkn waktu kita rajin sahaja.kenapa?kerana dalam tubuh kita ini,  sel-sel kita sentiasa beroperasi, sentiasa bergerak aktif..bayangkan kalau jantung kita malas nk beroperasi maksudnya berhenti berdegup..apa jadi?


Harus faham, kesan vitamin ke atas tubuh kita adalah perlahan dan lembut. So berhati2 lah jika makan suppliment tu terus berkesan kerana takut ada bahan perangsang yang tidak sihat.

Jadi, sedikit tips untuk anda yang baru nak cuba supplement:-

1. Jangan terburu2 nak lihat kesannya dalam masa satu hari!
2. Beri masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk benar2 merasai keberkesanannya
3. Ikuti peraturan dalam pengambilan suplemen, misalnya minum air 3L sehari
4. Jangan gelap mata dengan janji BERKESAN DALAM MASA 14 HARI!

Credit to:http://vitaminsemulajadi.com

Ingat kita perlu berusaha dan hanya Allah taala yg mengizinkannya...sentiasalah berdoa dan bertawakkal kpd ALLAH s.w.t.

Klik sini untuk tips cara makan vitamin shaklee dengan betul.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi yati melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121



Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 909121][013-2221663, haryati.yasim@gmail.com]

Sunday, 6 January 2013

Kelebihan ESP Shaklee ; Cantik, Cergas, Menawan, Sihat dengan ESP

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Kenapa Protien penting dalam tubuh kita?

Kerana PROTIEN adalah asas dan makanan kpd sel. Protein penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel. Jadi apabila sel SIHAT dan cukup ENERGY, penyerapan nutrien adalah lebih OPTIMUM...

ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol, dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

Apa faedah ESP? dan kenapa ESP ni Hot Seller?

Ini kerana faedahnya banyak..diantaranya ialah:-
1. Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 

2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

8. Ibu Hamil - Membantu menguatkan otot rahim dan untuk pembentukan otot bayi.

9. Milk Booster - Membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu dan memekatkan susu ibu...sekaligus anak cepat kenyang..

Soy Protein Isolate Powder (ESP)

Kesimpulannya ESP ni macam-macam kelebihan yg ada padanya kan...boleh dikatan One for All...:-)

nak KURUS- ESP mengawal selera makan..

nak
PUASA- ESP memberi rasa kenyang lebih lama..membekalkan tenaga sepanjang hari

nak
TAMBAH SUSU IBU-ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu

nak
CANTIK- ESP menggebu, melicin dan menganjalkan kulit

nak
SIHAT- ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya..

nak KEKAL BERTENAGA - ESP Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun.

kalau
PREGNANT- ESP menguatkan rahim, untuk pembentukan otot baby

nak PREGNANT- ESP memelihara dan memulihara rahim serta membekalkan tenaga


Untuk keterangan lanjut boleh hubungi yati melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121



Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 909121][013-2221663, haryati.yasim@gmail.com]