"saya dah ambik vitamin ni, tetapi tiada kesan la, kenapa ya?"
Emm...kenapa ya?sbb vitamin ni tak bagus ke?Kepada pengamal-pengamal vitamin atau suppliment yg rasa tiada kesan dan manfaat mungkin di sebabkan beberapa faktor dibawah:-
1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.
2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.
3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.
4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.
5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.
Sumber:http://www.anakkuwiraku.com
Kita juga mestilah mengamalkan pengambilan vitamin ini secara konsisten...jangan mkn waktu kita rajin sahaja.kenapa?kerana dalam tubuh kita ini, sel-sel kita sentiasa beroperasi, sentiasa bergerak aktif..bayangkan kalau jantung kita malas nk beroperasi maksudnya berhenti berdegup..apa jadi?
Harus faham, kesan vitamin ke atas tubuh kita adalah perlahan dan lembut. So berhati2 lah jika makan suppliment tu terus berkesan kerana takut ada bahan perangsang yang tidak sihat.
Jadi, sedikit tips untuk anda yang baru nak cuba supplement:-
1. Jangan terburu2 nak lihat kesannya dalam masa satu hari!
2. Beri masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk benar2 merasai keberkesanannya
3. Ikuti peraturan dalam pengambilan suplemen, misalnya minum air 3L sehari
4. Jangan gelap mata dengan janji BERKESAN DALAM MASA 14 HARI!
Credit to:http://vitaminsemulajadi.com
Ingat kita perlu berusaha dan hanya Allah taala yg mengizinkannya...sentiasalah berdoa dan bertawakkal kpd ALLAH s.w.t.
No comments:
Post a Comment