Badan mempunyai cara tersendiri untuk untuk menunjukkan tindakbalas atau berkomunikasi dengan kita. Contohnya apabila kekurangan vitamin tertentu, maka tubuh berusaha mengatakan sesuatu. Adakala terasa tidak sedap badan? Itu tandanya badan kita telah menghantar pesanan melalui gejala-gejala yang aneh yang dialami oleh badan kita sendiri.
Badan kita tidak mengambil makanan yang tepat, atau tubuh tidak dapat menyerap nutrisi yang diambil kerana masalah pencernaan.
Dan yang paling banyak berlaku pada zaman kita sekarang ini adalah pengambilan makanan proses atau makanan segera, tubuh berkemungkinan besar kekurangan vitamin.
Walaupun kekurangan vitamin tak selalu menyebabkan sakit, tapi ada fungsi-fungsi tubuh yang mungkin tak berfungsi maksimum. Vitamin adalah kofaktor dari reaksi biokimia di tubuh. "Kita perlukan vitamin agar tubuh berfungsi baik.
Kekurangan vitamin boleh dielakkan dengan pola makan yang sihat dan seimbang. Namun jika makanan sahaja tidak cukup, tanpa alternative dengan supplement.
Antara Tanda-tanda Badan Kekurangan Vitamin ialah:-
1. Seperti ada celah di sudut mulut Gejala ini merupakan tanda tubuh kekurangan zat besi, zinc, dan vitamin B seperti niacin (B3), riboflavin (B2), dan B12. "Kekurangan ini biasa terjadi pada orang yang tidak makan daging, seperti vegetarian.
Penyelesaian untuk kekurangan ini adalah makan daging ayam, salmon, tuna, telur, tiram, kerang, tomato yang dikeringkan dengan matahari, dan kacang-kacangan. Penyerapan besi boleh ditingkatkan dengan rajin mengambil vitamin C, yang juga berfungsi sebagai anti inflamasi.
2. Kulit kemerahan, bersisik dan ruam pada wajah serta keguguran rambut. Kekurangan vitamin rambut yang disebut biotin (B7). Ketika tubuh menyimpan vitamin yang larut lemak (A, D, E, K), maka vitamin B yang terlarut dalam air juga tidak disimpan. Kebiasaan makan telur mentah akan membuat kita terdedah mengalami keadaan ini kerana protein dalam telur mentah yang disebut avidin, menghalang tubuh menyerap Biotin.
Penyelesaiannya adalah, makan lebih banyak telur yang sudah dimasak. Telur yang sudah dimasak akan menghentikan aktiviti avidin. Selain itu banyakan memakan salmon, avokado, cendawan, kacang soya, pisang, dan kacang-kacangan.
3. Benjolan seperti jerawat warna merah atau putih di pipi, lengan, betis dan punggung Hal ini menandakan tubuh kekurangan asid lemak penting, serta vitamin A dan D. Penyelesaiannya adalah menurunkan pengambilan lemak tepu dan meningkatkan pengambilan lemak sihat. Sebaiknya tingkatkan pengambilan makanan seperti salmon, sardin, almon, walnut, atau flax.
Untuk mencukupkan keperluan vitamin A boleh diperolehi melalui tanaman berdaun atau sayuran kaya warna seperti lobak merah, ubi, dan lada merah. "Makanan ini mengandungi beta karotena, sebuah pelopor vitamin A. Tanpa pelopor tubuh tidak akan membentuk vitamin.
Vitamin D boleh diperolehi dengan berjemur di bawah sinar matahari atau penggunaan makanan tambahan. Selain itu penuhi kecukupan vitamin A dan K yang akan membantu penyerapan vitamin D.
4. Rasa kebas (kesemutan), dan menusuk pada tangan, kaki, serta tempat lain Gejala ini merupakan kekurangan vitamin B seperti folat (B9), B6, and B12. "Masalah ini berkaitan langsung dengan sistem saraf peripheral. Gejala ini juga boleh dikaitkan dengan kebimbangan, anemia, rasa lemah, dan ketidakseimbangan hormon.
Penyelesaiannya adalah makan bayam, asparagus, beet, kacang, telur, sotong, kerang, daging ayam, tiram dan remis.
5. Krem otot sampai menimbulkan rasa tertusuk di jari kaki, betis, belakang kaki Keadaan ini tentu menyusahkan, apalagi bila terjadi berulang. Gejala ini merupakan tanda tubuh kekurangan magnesium, kalsium, dan kalium. Kekurangan ini semakin serius kepada mereka yang aktif dalam sukan.
Penyelesaiannya adalah makan banyak pisang, almond, hazelnut, labu, cherry, epal, anggur, brokoli, tab choy, dan tumbuhan berdaun hijau gelap seperti kale, bayam, dan dandelion.
6.Jerawat
Timbul jerawat pada bahagian wajah bukan sahaja disebabkan oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan vitamin B Complex, vitamin E dan asid lemak pati. Untuk mengatasinya, ambil lebih banyak produk haiwan, makanan berbentuk bijirin dan makanan laut.
7.Kuku mudah patah
Bila kuku mudah patah, ia mungkin disebabkan oleh kekurangan ZAT BESI, ZINK dan ASID LEMAK PATI atau ESENSIAL. Boleh ambil makanan daripada sumber seperti daging, kekacang dan ikan. Jangan anggap remeh ye bila kuku sering patah sbb biasanya kuku berada dalam keadaan kering. Elakkan daripada keadaan ni berterusan kerana ia menunjukkan anda terkena penyakit tiroid.
Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah-masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang dia mabil setiap hari memberikan faedah jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan kita.
Walaubagaimanapun, jangan salah faham ya, walaupun kita mengambil vitamin setiap hari, kita masih perlu menjalani kehidupan yang sihat, aktif bergerak dan pemakanan yang seimbang. Ianya bergerak seiring agak tubuh dan fungsinya dapat berfungsi dengan maksimum dan kita dapat menjalani kehidupan yang sihat serta ceria. ^_^
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121