Saturday, 15 February 2014

6 Fakta Bahaya Kurang Tidur

Kekurangan tidur boleh menjadi punca pelbagai masalah kesihatan. Ini termasuk mengurangkan keupayaan seseorang menangani stres dan ketahanan terhadap penyakit.

Seseorang yang bekerja di siang hari tanpa tidur secukupnya pada waktu malam tidak mampu berfikir atau fokus kepada tugasan dengan baik. 

6 fakta bahaya kurang tidur.

1. Keinginan Kunyah Makanan Berlemak Meningkat
Kurang tidur boleh melenyapkan hormon yang mengatur nafsu makan. Akibatnya, keinginan menikmati makanan tinggi lemak dan karbohidrat meningkat, sehingga menyebabkan keinginan makanan kalori tinggi.

Jika selama 2 malam tidur anda tidak berkualiti, ini dapat menimbulkan rasa lapar berlebihan. Keadaan ini terjadi karena merangsang peningkatan hormon ghrelin, hormon penambah nafsu makan, dan mengurangkan hormon leptin sebagai penekan nafsu makan.

2. Peningkatan Hormon Stress
Kajian yang dilakukan Universiti Chicago menunjukkan bahawa tidur kurang dari 7 jam boleh meningkatkan pertumbuhan kortisol atau hormon stress.

Bahkan pada petang dan malam dapat meningkatkan denyut jantung, tekanan darah dan glukosa darah sehingga boleh mengakibatkan hipertensi, penyakit jantung dan diabetes jenis 2.

3. Lemah AntibodiMereka yang tidur kurang dari 7 jam semalaman boleh menahan rasa sejuk 3 kali lebih tinggi. Kajian lain mendapati, lelaki yang kurang tidur akan mengalami kegagalan menjaga respon imun atau kekebalan tubuh secara normal setelah menerima suntikan flu.

Mereka yang kurang tidur, antibodi yang bekerja setelah suntikan vaksinasi hanya mampu bertahan paling lama 10 hari. Keadaan ini sangat berbahaya. Perbaiki kualiti tidur, maka kekebalan tubuh anda akan meningkat.

4. Menimbulkan Pelbagai Penyakit
Tidak menghairan, penyakit kronik seperti arthritis boleh terjadi apabila anda tidak mendapat tidur yang mencukupi.

5. Risiko Kanser Lebih Tinggi
Senaman membantu mencegah kanser, tetapi terlalu sedikit memejamkan mata dapat merusak efek pelindungnya. Para atlit yang tidur 7 jam atau kurang semalaman memiliki kemungkinan menghidapi kanser 50% daripada mereka yang rutin melakukan senaman dan mendapat tidur yang lebih berkualiti.

Ini kerana kualiti tidur yang buruk menyebabkan gangguan metabolisme hormon dan dikaitkan dengan risiko kanser, dan boleh 'menghapus' manfaat senaman tersebut.

6. Tampak lebih tua
Mereka yang kurang tidur biasanya memiliki kulit yang pucat dan wajah lesu. Lebih buruk lagi, peningkatan kadar kortisol memperlambatkan pertumbuhan kolagen yang mengakibatkan kedutan.

Cukupkah waktu tidur kita yang lena sempurna?



Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment