Lemak tergolong dalam dua jenis iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tepu mahupun tidak tepu sangat ditakuti oleh orang ramai terutama mereka yang mengalami obesiti dan salah satu punca kegemukan adalah disebabkan pengambilan lemak yang berlebihan. Lemak tepu biasanya terdiri daripada sumber haiwan, tetapi ada juga terdapat pada tumbuhan seperti santan dan lemak sayuran.
Pengambilan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan tahap kolestrol darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung. Berikut dinyatakan beberapa cara untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu ke dalam badan dan membantu meningkatkan kesihatan dengan lebih baik untuk jangkamasa yang panjang:-
1.Kurangkan makan daging merah.
Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Kurangkan makan daging ayam dibahagian peha dan kepak kerana ia mengandungi lebih banyak lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam.
2. Panggang daging yg dimakan
Makan daging yang dipanggang lebih elok kerana lemak pada daging akan mengalir keluar dan tidak diserap semula setelah dipanggang. Berbanding jika kita makan daging yang digoreng kerana daging yang digoreng akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng.
3. Elakkan makanan beku
Kebanyakan makanan yang dibekukan mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi. Walaupun dalam kuantiti yang sedikit, kebiasaannya makanan yang dibekukan khususnya makanan yang hanya dipanaskan menggunakan microwave mengandungi banyak kandungan kalori.
4. Kurangkan pengambilan harian produk tenusu
Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Sekiranya kita ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Jika ingin minum air susu pula, cuba beralih kepada susu tepung atau susu rendah lemak dari susu lemak penuh.
5.Kurangkan makanan segera
Makanan segera sememangnya sangat terkenal dengan kandungan lemak yang berlebihan. Seeloknya kurangkan pengambilan makanan segera contohnya seperti burger kerana dalam sebiji burger sahaja sebenarnya mengandungi lebih kurang 35 peratus kandungan lemak.
6. Tambahkan suppliment Omega 3 ke dalam diet seharian
Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan dan mampu 'melawan' lemak tepu dan kolesterol yang 'jahat'. Selain itu, Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan dalam badan, menguatkan jantung dan membantu penglihatan yang baik. Ia boleh didapatkan dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin. Selain itu, boleh juga dapatkannya dengan cara mengambil kapsul suppliment Omega-3 Shaklee.
7. Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan
Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu yang terdiri daripada polyunsaturated dan monounsaturated. Ia bagus digunakan dalam masakan kerana boleh membantu untuk menurunkan kadar kolesterol dan menggantikan lemak tepu dalam masakan.
Untuk mengamalkan 2000 kalori diet, wanita tidak boleh mengambil lebih daripada 18 gram manakala lelaki pula tidak boleh melebihi 20 gram lemak tepu.
Diet bersama Shaklee Slimming Set.
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121
Diet bersama Shaklee Slimming Set.
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121
No comments:
Post a Comment