Tuesday, 29 April 2014

Tips Langsing & Anggun yang Sangat Senang untuk di Amalkan

KUASA OTAK

Tahukah anda, setiap perbuatan kita adalah dikawal oleh otak kita samada dalam keadaan kita sedar atau tidak sedar. Begitu juga dengan aktiviti makan dan jumlah makanan yang diambil. Otak mengawal rasa kenyang dan mengawal keinginan kita untuk makan.

Otak memerlukan masa 10 – 20 minit untuk menerima signal kenyang semasa kita makan. Jadi jika anda makan dengan cepat, anda akan makan lebih banyak kerana signal kenyang belum sempat sampai ke otak sehinggalah kita telah menghabiskan beberapa pinggan makanan.

Tips kurus supaya otak menerima signal kenyang ialah:-
1) Kunyah makanan anda sebanyak 40 kali sebelum menelannya. Nabi juga bagi panduan untuk mengunyah makanan sebanyak 40x sebelum telan. Sebenarnya kunyah 40x adalah cara untuk kita tidak makan berlebihan. Cuba amalkan amalan ini selama 1 minggu. Teruskan amalan ini sehingga 40 hari untuk menjadikan sebagai tabiat makan anda untuk hari yang seterusnya

2) Minum segelas air kosong dan makan sebiji buah epal/pear sebelum makan. Amalkan tip ini semasa waktu makan utama (sarapan, makan tengahari dan malam). Amalkan tip ini bersama tip-tip yang lain supaya ia lebih berkesan.Dengan cara ini, kita akan makan kurang dari biasa. Ini adalah rahsia yang tak ramai orang tahu dan tak ramai orang amalkan. Jika kita semua mengamalkan tips ini, insyaallah, kita akan sentiasa langsing & anggun serta banyak penyakit dapat dielakkan.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment