Wednesday, 25 September 2013

Kencing Kotor di Kalangan Wanita Hamil & Ibu Berpantang

Tentu ramai wanita pernah mengalami rasa sakit akibat kencing kotor ini, Kesakitan apabila membuang air kecil menjadikan proses tersebut pengalaman yang memeritkan.
Wanita yang baru lepas bersalin lebih mudah untuk mendapat masalah kencing kotor dan ia adalah antara penyebab sakit dan demam selepas bersalin.

Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Barakah, Dr.Khairiah Seman, kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada sistem saluran kencing termasuk buah pinggang.

Antara tanda-tanda masalah kencing kotor, biasanya anda akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali kencing, dan kencing yang tidak lawas. Jika sudah merebak kebuah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit dibahagian belakang. kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah.

Mencegah Masalah Kencing Kotor

  1. Masalah kencing kotor boleh dicegah dengan memastikan minum air yang cukup banyak dan jangan menahan kencing iaitu bila ada rasa untuk kencing terus pergi kencing.
  2. Air minuman membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap - membenarkan bakteria akan dibuang dari saluran kencing anda sebelum jangkitan boleh mula.
  3. Dalam masa yang sama, terutamanya untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin, pastikan kebersihan bahagian kemaluan/premium dijaga dengan sempurna.
  4. Jika anda mengelap air kencing, mulakan dari depan ke belakang. Berbuat demikian selepas membuang air kecil dan selepas pergerakan usus membantu mencegah bakteria di bahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra.
  5. Kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan.Juga minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan.
  6. Elakkan produk feminin yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodaran atau lain-lain produk feminin, seperti douches dan serbuk, di kawsan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra.
Sumber:Majalah Pa&Ma Desember 2012


Semoga kita semua dilindungi dan diberikan kesihatan yang baik oleh ALLAH S.W.T. Aamiin.



Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 24 September 2013

Kontraksi Ibu Hamil; Sebenar vs Palsu

Sebelum ni yati ada tilis panduan untuk mengatasi rasa sakit semasa berlaku kontraksi. Hari ini, yati nak cerita pasal kontraksi sebenar vs kontraksi palsu. Yang ni jgn kata anak sulung, hamil anak ke 3 pun mesti keliru juga..hehehe.

Jom kita lihat ciri-ciri kontraksi yang sebenar agar anda tidak tertipu ;-)

  • Pengecutan otot rahim akan bergerak daripada bahagian atas rahim hingga ke bahagian bawah rahim
  • Kesakitan mungkin boleh bermula daripada bahagian bawah belakang dan bergerak ke hadapan perut mahupun sebaliknya.
  • Ada segelintir wanita hamil menganggap kesakitan yang dialami adalah sama seperti senggugut ketika haid.
  • jika nada berjalan sakit akan terasa lebih kuat.
  • Tempoh kontraksi boleh dikira dengan cara meletakkan tapak tangan pada bahagian puncak rahim bagi mengesan pengecutan rahim.

Jika didapati kontraksi yang dialami aalah palsu, maka anda digalakkan untuk berjalan perlahan-lahan atau mengubah kedudukan anda sama ada ketika itu duduk atau berbaring. Lazimnya, lama-kelamaan ketidakselesaan yang dialami akibat kontraksi palsu akan hilang dengan sendirinya. hal ini kerana pangkal rahim masih kenyal dan tertutup rapat.

Sumber:majalah Pa&Ma Mei2013


Atasi rasa Sakit Bersalin


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 23 September 2013

Atasi Rasa Sakit Bersalin

Bismillaahir rohmaanir rohiim....tetiba aje gemuruh jiwa...apabila sebut pasal sakit nak bersalin ni, rasa satu perasaan yg tidak dapat nk di gambarkan...takut tapi nak..macam mana tu?hehehe...
Alhamdulillah pengalaman melahirkan dua hero, yati sangat-sangat bersyukur, walaupun tidak semudah ABC, tapi yati enjoy dan akan ingt sampai bila-bila...
Hari ini, yati nk kongsikan tips untuk atasi rasa sakit sebelum bersalin, maksudnya semasa berlaku kontraksi.

Beringatlah bahawa kontraksi sebenar adalah tetap, semakin kerap dan ianya banyak tertumpu di bahagian pelvis anda.
Proses melahirkan bermula dengan kontraksi. Kontraksi yang berlaku menyebabkan anda berasa tidak selesa. Bagi mengurangkan ketidakselesaan, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan.

Panduan Atasi Rasa Sakit Bersalin
1. banyakkan membaca ayat suci Al-Quran atau berselawat ke atas Rasulullah SAW bagi yang beragama islam. Antara doa yang baik dibaca ialah Doa Nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan Nun yang bermaksud:
"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya ALLAH. MAHA suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."
2,Bertenang dan cuba bersandar pada sesuatu seperti kerusi berkusyen atau bantal yang tebal.

3.Apabila kontraksi menyerang, tarik nafas sedalam-dalamnya.Kemudian hembus nafas keluar secara perlahan-lahan. Ulangi langkah yang sama sehingga rasa sakit hilang. Cara ini juga memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat di mana ia penting ketika proses menran berlangsung.

4. Minta suami urut perlahan-lahan bahagian belakang anda ketika kesakitan terasa. Namun elakkan urutan dibahagian pinggang kerana ia akan menambahkna lagi kesakitan.

5. Kesakitan akibat kontraksi boleh anda kurangkan dengan mengiring ke sebelah kiri. Cara ini tidak akan mengganggu pengaliran darah ke jantung.

6. Amalkan kaedah teknik pernafasan Lamaze yang dapat melegakan ketegangan otot pelvis. Ia merangkumi cara berehat dan senaman tarik nafas yang boleh dipelajari di dalam kelas antenatal. Adalah lebih baik jika suami turut mempelajari kaedah ini agar dia dapat membantu mengajar ketika anda berasa sakit.

Semoga beberapa tips di atas dapat membantu  bakal-bakal ibu yang sedang menunggu masa untuk bersalin. semoga semunya di permudahkan dan selamat. Aamiin.

Kontraksi Bersalin
Lagi tips dan amalan sewaktu mengandung

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Testimoni Vitamin E; Vitamin Cantik, Vitamin Cinta

Saya teruja nak kongsi testimoni pengguna vitamin E shaklee ni. Jom kita lihat luahan hati seorang pengguna vitamin E Sahklee.

Testi 1

"This one gambar before makan VIT E.. Muka beminyak.. Bejeragat.. Bekas jerawat jgn ckp lah... Huhu... So lucky to have SHAKLEE.. Serious sgt berkesan :-) .. I am happy with my new look"

"After 1 month and 2 weeks menggunakan VIT E.. Ini lah hasilnya... Kulit rasa lebih flawless.. Sekarang ni dh stat guna vit e & vit c.. Alhamdulillah.. Hasil yg lebih positive.. Bekas jerawat dah makin hilang.. Thank you my dearie sis Nur Najmah Salleh for introducing me such an awesome product.. Dia yg perasan muka saya kusam dan tak berseri dan suggest ambil vit e... Tq tq :-) ... Love Shaklee and my sis "

Testi 2


Alhamdulillah, Aishah dan hidayah dah merasa kebaikan vitamin e ini, anda bila lagi??hehehhe.

Jom kita lihat apa lagi manfaat Vitamin E ini..
  • Awet muda
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  • Mengurangkan parut
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
  • Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
  • Merawat masalah keintiman
  • Merawat masalah seksual lelaki
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi
Vitamin E Shaklee telah dipertingkatkan kualitinya dengan tambahan GRAPE SEED EXTRACT, menjadikannya lagi berkhasiat dan the best oh Vitamin E :-)

Kebaikan kesihatan grape seed extract
  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Sunday, 22 September 2013

Kelebihan Vitamin E

Vitamin E adalah sejenis vitamin larut lemak, dan juga salah satu agen antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ianya juga vitamin antioksidan yang sangat bagus dan menghalang dari penuaan sebelum usia. Tentunya setiap orang tidak mahu tua sebelum masanya kan?


Vitamin E juga memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.

Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Sumber Vitamin E
Vitamin E boleh didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin.

Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :
1. Penuaan kulit sebelum masa.
2. Rambut gugur
3. Anemia
4. Gangguan penglihatan
5. Warna kulit tidak sekata
6. Mudah mengalami keradangan

Kelebihan Vitamin E Shaklee ialah:-
Mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.
Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium.Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjangkerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Dos yang selamat diambil sehari adalah sebanyak 400iu sehari. Berita baik kerana Vitamin E Shaklee adalah juga sebanyak 400iu :-)


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 12 September 2013

Kepentingan Protin

Protein adalah bahan utama dalam pembentukkan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi. Maka setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ.

Protein merupakan diet yang paling penting untuk badan. Tidak kira sama ada mahu turun atau naikkan berat badan. Memahami konsep pengambilan protein kepada tubuh badan kita merupakan salah satu kunci untuk gaya hidup yang sihat.

Protein merupakan komponen terpenting untuk sel di dalam badan. Ia merupakan ‘bahan organik yang terdiri daripada 22 amino asid atau kata lain dipanggil struktur asas kehidupan.
Protein disimpan di dalam otot dan juga organ badan manusia untuk bina dan membaiki tisu sel badan manusia. Ia juga membantu untuk perembesan hormon dan enzim.

Antara kepentingan protein yang lain adalah :

♥ Membantu oksigen mengalir melalui darah kepada seluruh anggota badan
♥ Menyihatkan jantung badan supaya kekal aktif
♥ Meningkatkan sistem imunisasi badan

Untuk pengambilan protein yang berkesan, Institut perubatan dan sains kebangsaan USA menyarankan sebanyak 10 hingga 35 peratus jumlah pengambilan kalori adalah dari sumber protein dengan lelaki digalakkan untuk mengambil lebih dari perempuan. Namun kebanyakan kita lebih suka mengambil "LEMAK" dari Protein....:-)

Bagaimana protein mempengaruhi berat badan?
♥ Kesan paling popular protein terhadap kesihatan adalah kebolehan protein untuk mengawal rasa lapar.
♥ Apabila protein diserap, ia menghantar signal kepada otak untuk menurunkan kadar rasa lapar.
♥ Kepentingan lain protein adalah ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan dengan menyeimbangkan jisim otot.
♥ Protein juga membantu dalam pengawalan kenaikan kadar gula dan insulin di dalam badan seterusnya membantu bagi pesakit diabetes dalam pengawalan gula dalam badan.


ESP Shaklee
KENAPA ESP SHAKLEE?
  1. ESP Shaklee merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
  2. Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.
  3. ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga dan sgt SEDAP.
  4.  Kelebihan ESP Menjadikan KULIT MUKA CANTIK, HALUS, GEBU & BERSERI.
  5. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  6. Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
    ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan membantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yang anda ambil dan cepat menyerap serta kesan yg lebih baik berbanding mereka yang tidak ambil bersama ESP.
Berminat untuk Order ESP Shaklee?Order di SINI.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin Shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 9 September 2013

Energizing Soy Protein (ESP)- Membekalkan Tenaga Berpanjangan

Hari ni yati nak bercerita pasal ESP lagi....yati mula minum ESP ni selepas 2bulan yati bersalin. Sebab apa?sebab tertarik dengan manfaat yang ada pada esp la...hehehe. Ok selepas 2 bulan bersalin yati dah mula kerjakan...masa ni stok susu yati xbuat pun dlm pantang.so masa tggal anak dekat pengasuh..mmg kais pagi makn pagi..bila dh start kerja rutin harian pun mcm busy sikit...so yati decide nk tambah ESP dalam diet seharian yati..di samping yati makan set berpantang (Vitalea,B complex, Vit C, Zink, Alfalfa, Omega Guard).

Alhamdulillah, setelah yati minum ESP ni yati dah rasa seronok dan jatuh cinta dengan ESP ni. Sesuai betul dgn nama dia yg "energizing"..memang energy booster betul. Tiap2 pagi sebelum pergi kerja mesti shake-shake ESP dulu. Di smping bagi yati tenaga, ESP juga buat yati rasa kenyang...so klu waktu pagi tu yati xsarapan xde la rasa terketar-ketar (yati xboleh lapar nk kena mkn on time). Apa yang yati rasa bila yati minum ESP ni, susu badan mmg pekat dan baby yati minum susu dalam 3oz je sekali minum dan baby cepat kenyang. Bila lepas minum tu wajib  baby bunyi "eerk.." sendawa la..:-)
Bonus juga parut perut pecah masa mengandung tu elok aje..mmg xde kesan langsung..saya suka..saya suka...

Energizing Soy Protein (ESP) ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang Soya yang digunakan oleh SHAKLEE hanya mengandungi "non-GMO"(non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP dari SHAKLEE merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisimek(G.I) yg rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis.

Testimoni ESP

Satu hidangan SHAKLEE bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia

G.I menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai G.I yng tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol, Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya..

Lagi tentang kelebihan ESP. Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 28 August 2013

Bagaimana Cara untuk Mendaftar Ahli Shaklee

"Saya sangat berminat dangan produk shaklee. Bolehkah saya ingin menjadi ahli shakle?Bagaimanakah caranya untuk mendaftar ahli?" Selalu je pesoalan ini di tanyakan kepada yati. Yati pun dulu macamtu juga. Bermula dengan pengambilan set hamil dan di teruskan dengan set berpantang..hampir setahun menjadi pengguna tegar shaklee, barulah yati memutuskan untuk menjadi ahli dan berbisness dalam shaklee. Kepada sesiapa yang nak mencari duit tambahan, boleh la cuba melibatkan diri dalam dunia shaklee..insyaallah anda pasti tidak akan menyesal.

Ok, berbalik kepada tajuk di atas, jom kita lihat bagaimana cara2 untuk mndaftar sebagai ahli shaklee.

1. Yuran Keahlian
Untuk mendaftar AHLI SHAKLEE, ada 2 pilihan yg disediakan untuk anda samada bayar yuran rm75(semenanjung) atau rm85 (sabah sarawak) termasuk pos atau pilihan kedua adalah dengan mendaftar secara FREE MEMBERSHIP. Pendaftaran adalah seumur hidup ya asalkankan dalam setahun tu anda membuat pembelian walaupun sebotol zink yang berharga RM33(ni harga biasa,harga ahli lg best tau)

a) Bayaran yuran RM75(sem) dan Rm85 (sbh srwk)
Pendafataran dengan yuran sebanyak RM75(sem) dan Rm85 (sbh srwk) ini boleh dilakukan bila anda nk jadi ahli shaklee tanpa membuat sebarang pembelian. Pendek kata hanya nak daftar sahaja. Andai kata anda nak terus buat pembelian contoh 1 tin ESP, anda sudah layak untuk dapat harga ahli dan penghantaran akan terus dilakukan oleh pihak SHAKLEE bersama dengan manual kit ( buku produk, senarai harga buku resit dan flyers)

b) Keahlian secara PERCUMA
Keahlian secara percuma boleh didapti sekiranya anda ingin mendafatar sekaligus nak beli barang dalam jumlah lebih kurang Rm650 atau bersamaan dengan 200 point. Contohnya anda nk beli set menyusu 3M dan kawan2 anda pun nk beli juga, sehingga total up cukup 200 point maka automatik anda layak ntuk dapat keahlian PERCUMA. Setiap produk mempunyai point yang tersendiri.


Starter Kit Shaklee

2. Maklumat yang diperlukan 

Nama:
IC:
Alamat Surat Menyurat:
No Tel:
Email:
Nama Suami:
IC suami:
No acc maybank (simpanan atau semasa)
Cawangan Maybank:
Shaklee hanya menggunakan acc maybank untuk urusan bayaran order dan pemberian bonus. Jika tiada acc maybank, anda masih boleh register dan boleh buka acc selepas itu seterusnya update kemudian dengan pihak Shaklee.

Lagi tentang kelebihan menjadi ahli shaklee.Klik SINI

Berminat?Untuk lebih details tentang kelebihan menjadi ahli Shaklee, anda boleh hubungi yati atau email atau sms atau PM yati di talian berikut:-

FB : Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 27 August 2013

Set KURUS BUDGET dengan Shaklee

Berat badan naik? Seluar 5 tahun lepas dah tak boleh pakai sebab tak muat?bila duduk aje..lemak berlapis2? Jika YA, apakah maksudnya?Maksudnya berat badan anda dah NAIK!!!yeay...syabas anda berjaya menaikkan berat badan..hehe. Oklah hari ini yati nak share pasal set budget shaklee...

Apa ada dengan set budget Shaklee ini?
Set budget shaklee terdiri daripada :-)
1.Lecithin (Bakar)
2.Alfalfa (Buang)
3.Omega Guard (Bakar)

Lecithin
-Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak.Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Alfalfa
-Bertindak sebagai detox semulajadi yang melawaskan sistem penghadaman dengan lembut. Menarik lemak yang teremulsi dari tindakan lecithin ke saluran najis. Proses membersihakn segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.
Omega Guard
-Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama. Membakar lemak jahat dan menurunkan paras kolestrol di samping meningkatkan memori dan perkembangan otak yang sihat.


Di samping pengambilan SET KURUS ini, ada juga beberapa perkara lain yang perlu anda ambil perhatian:
1. Pastikan anda amalkan diet yang seimbang ok. Jaga kalori intake dalam seharian..contohnya hanya ambil 1200-1500kcal je sehari.
2.Bersenam. At least 30 minit sehari, buat aktiviti yang ringan pun dah ok. Jalan 1000 langkah sehari pun dah cukup OK..atau naik tangga turun tangga.
3. Minum air masak 2-3 liter sehari
Nak tahu tip KURUS dengan betul dan BERKESAN? Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 22 August 2013

Kenapa Sarapan Pagi itu Penting?

Jika Anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, jangan pernah meninggalkan sarapan.
Kenapa? Ini kerana, sarapan pagi adalah HIDANGAN PALING PENTING selepas tubuh kita "berpuasa" sepanjang malam. Sarapan pagi boleh membantu kita untuk mengekalkan paras gula darah yang sihat, yang mana ia adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kita secara keseluruhan.

Pastikan sarapan pagi kita lengkap dengan zat-zat penting yang mengandungi kombinasi nutrisi seperti protein, vitamin,mineral, karbohidrat(rendah), lemak(rendah), dan air. Sarapan pagi seperti ini lebih mengenyangkan untuk memberi tubuh nutrisi penting dan tenaga tanpa meningkatkan kadar gula darah dan kadar insulin. Sarapan yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi.


Mereka yang berpikir bahawa sarapan tidak penting dan keliru. Riset di Harvard University AS menunjukkan, orang yang teratur sarapan pagi memiliki kecenderungan hingga 50 persen tidak mengalami kegemukan apabila mereka menimbang berat mereka, berbanding mereka yang melewatkan sarapan.

Jom kita lihat kenapa pentignya sarapan pagi kepada diri kita...

1. Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan.
Menunda sarapan membuat anda sulit memperoleh nutrisi dan vitamin yang direkomendasikan. Menu sarapan seperti sereal dengan susu atau yogurt rendah lemak akan memberi cukup kalsium dan serat.

2. Sarapan boleh menurunkan berat badan.
Ketika Anda beraktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori secara lambat. Menurut ahli nutrisi penulis buku The F-Factor Diet Tanya Zuckerbrot, R.D., sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien. Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci dari semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil. Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan membuat glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik. Ini juga menyebabkan Anda merasa lapar pada jam 11-an. Cara yang lebih baik adalah mengambil makanan jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum murni. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan energi yang konstan dan membuat anda tidak cepat lapar.

3. Sarapan tingkatkan kemampuan otak.
Riset para ahli dari Universitas Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatat rata-rata skor 22% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak sarapan. Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar energi - dalam bentuk glukosa dan glikogen - telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya. Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup, Anda merasa lelah dan melayang-layang

4. Perlindungan terhadap sakit jantung.
Riset menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk sereal plus susu di pagi hari. Zuckerbrot menjelaskan, serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%.

FAEDAH BERSARAPAN:-
• Hidup menjadi lebih sihat
• Sebagai sumber tenaga tubuh
• Dapat meningkatkan kemampuan otak
• Membantu tubuh menjadi langsing
• Tumpuan dan mood menjadi lebih baik
• Sebagai pelindung jantung anda

Tips sarapan sihat :
1. Sarapan sebaiknya mengandungi sekurang-kurangnya 5 gram serat, satu hidangan kalsium (setara dengan segelas susu atau yogurt) plus protein dan lemak. Elakkan pengambilan gula hingga 6 gram (satu sendok setara 4 gram).

2. Jika tak ada waktu sarapan di rumah, Anda boleh membawa roti isi dan susu untuk dinikmati semasa perjalanan atau pun setelah sampai di tempat kerja.

3. Telur dadar bahan makanan yang relatif praktis dan mudah disajikan. Kandungan nutrisi dalam telur iaitu vitamin A, B2, B6, B12, zat besi, kalium, kalsium, dan zat lain, sangat diperlukan tubuh kita.

4. Untuk mempelbagaikan sarapan, kita boleh mengambil buah kesukaan untuk keperluan vitamin bagi tubuh. Jika ada waktu di malam hari, blenderlah buah dicampur yogurt atau susu dan simpanlah di peti ais untuk diambil pagi harinya.

5. Bila Anda selalu tidak merasa lapar saat pagi hari, Zuckerbrot menyarankan agar Anda menghentikan makan setelah pukul 8 malam hari. Dalam dua atau tiga jam ke depan, jam biologis nafsu makan anda akan berubah. Setiap bangun pagi hari, anda akan merasa lapar. (kompascom)

Sumber : Artikel gaya hidup 9-Mei-2011

15 CARA MENGGALAKKAN ANAK ANDA MAKAN DENGAN BETUL 

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121