Wednesday, 25 September 2013

Kencing Kotor di Kalangan Wanita Hamil & Ibu Berpantang

Tentu ramai wanita pernah mengalami rasa sakit akibat kencing kotor ini, Kesakitan apabila membuang air kecil menjadikan proses tersebut pengalaman yang memeritkan.
Wanita yang baru lepas bersalin lebih mudah untuk mendapat masalah kencing kotor dan ia adalah antara penyebab sakit dan demam selepas bersalin.

Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Barakah, Dr.Khairiah Seman, kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada sistem saluran kencing termasuk buah pinggang.

Antara tanda-tanda masalah kencing kotor, biasanya anda akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali kencing, dan kencing yang tidak lawas. Jika sudah merebak kebuah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit dibahagian belakang. kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah.

Mencegah Masalah Kencing Kotor

  1. Masalah kencing kotor boleh dicegah dengan memastikan minum air yang cukup banyak dan jangan menahan kencing iaitu bila ada rasa untuk kencing terus pergi kencing.
  2. Air minuman membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap - membenarkan bakteria akan dibuang dari saluran kencing anda sebelum jangkitan boleh mula.
  3. Dalam masa yang sama, terutamanya untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin, pastikan kebersihan bahagian kemaluan/premium dijaga dengan sempurna.
  4. Jika anda mengelap air kencing, mulakan dari depan ke belakang. Berbuat demikian selepas membuang air kecil dan selepas pergerakan usus membantu mencegah bakteria di bahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra.
  5. Kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan.Juga minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan.
  6. Elakkan produk feminin yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodaran atau lain-lain produk feminin, seperti douches dan serbuk, di kawsan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra.
Sumber:Majalah Pa&Ma Desember 2012


Semoga kita semua dilindungi dan diberikan kesihatan yang baik oleh ALLAH S.W.T. Aamiin.



Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment