Friday, 5 October 2018

3 PETUA CANTIK BERSERI TANPA BAHAN KIMIA

Apabila bercerita tentang kecantikan,selalunya kaum wanita yang lebih berminat atau teruja dengan kecantikan kulit wajah ni kan?Tetapi pada masa sekarang,kaum adam juga sudah sedar dan menjaga kecantikan kulit wajah,kadang-kadang kaum adam lagi prihatin tentang penjagaan kulit berbanding kaum wanita.



Petua kali ini,yati nak kongsikan bagaimana dengan hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi yang ada di dapur kita untuk dapatkan kulit yang halus,licin dan jerawat cepat kecut.

3 PETUA CANTIK BERSERI TANPA BAHAN KIMIA


1.AIR PUTIH

-Kulit amat memerlukan air putih untuk memelihara kelembapan kulit. AIr juga memastikan kulit wajah lebih halus dan bersih.

-Pengambilan air putih yang mencukupi boleh menyingkirkan toksin dan memastikan buanh pinggang dan hati berfungsi dengan baik.

-Bagaimana ingin pastikan badan kita sudah cukup air dalam sehari?Senang je,apabila kita membuang air kecil,pastikan air kecil kita jernih dan tidak bberarna kuning.Jika jernih ini menandakan badan kita cukup air masak.




2.BUAH TOMATO

-Tomato terkenal dengan sifatnya yang tinggi antioksida dan sering digunakan sebagai masker untuk medapatkan kulit wajah yang lembut serta cantik.

-Tomato membantu merawat skintoner yang tidak sekata,masalah jerawat dan jeragat.

-Cara untuk mengecutkan jerawat dengan menggunakan tomato.
Lenyek atau kisar tomato sehingga hancur, tanpa di campurkan dengan air. Kemudian sapukan pada wajah. Biar ia kering, bilas dengan air suam. Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah. Jerawat akan beransur kecut dan hilang secara perlahan-lahan tanpa meninggalkan parut.

-Cara untuk hilangkan jeragat dengan tomato. 
Potong tomato kepada dua bahagian, kemudian gosokkan secara perlahan-lahan pada bahagian yang mempunyai pigmentasi. Lakukan setiap hari, pigmentasi akan semakin pudar dan kulit semakin cerah.

-Cara kulit wajah lebih lembap dengan tomato.Campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Sapu pada seluruh wajah dan leher, biarkan kering kemudian bilas dengan air suam. Kulit jelas kelihatan semakin lembap dan berseri.


3.JUS LEMON

-Lemon sememangnya terkenal dengan khasiatnya untuk menjaga kecantikan dan kesihatan. Enzim di dalam jus membuang sel-sel mati di kulit dan secara tak langsung membantu mengurangkan warna parut di kulit dan melembutkan serta melicinkan kulit wajah.

-Petua menggunakan lemon untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak inginkan kulit yang licin.

Caranya:

Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Sapu jus pada bahagian kulit yang berparut dan tidak sekata. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Lakukan setiap hari.

Untuk masker, anda boleh campurkan jus lemon dengan madu dan lumurkan pada kulit muka. Rawatan kulit muka dengan lemon mampu mengekalkan seri wajah.Lakukan sekali seminggu.




Amalkan petua ini secara konsisten supaya anda mendapat kesannya dan kulit lebih sihat.

Lagipun bahan-bahan yang diperlukan sangatlah murah dan senang didapatikan?Apa yang anda perlukan adalah kerajinan dan kegigihan,nak cantik kenalah usaha lebih kan.

Tapi jika anda seorang susah nak konsisten dan tak ada masa nak lakukan setiap hari petua-petua yang dikongsikan ini,anda boleh juga menggunakan alternative lain,iaitu dengan mengamalkan pengambilan vitamin semulajadi shaklee untuk kulit cantik berseri dan bebas jerawat.MUDAH,BERKESAN,SEMULAJADI & SELAMAT.

Tips Atasi Masalah Kulit Berjerawat, Kering dan Kusam Atasi Dengan Segera.Klik Sini




Tips Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan



Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment