Memang susah untuk berubah,,namun kita punya Allah taala yang Maha kuasa...berdoalah supaya hati kita sentiasa ditetapkan keimanan dan diberi Nur dan HidayahNya.
Berubah itu payah Bila niat bukan kerana Allah Bila hati masih gundah Bila syaitan membisik mudah
Berubah itu payah Bila diri masih tak tabah Bila hati mudah berubah Bila manusia memandang rendah
Berubah itu payah Bukan semudah berkata madah Tapi sejauhmana kaki melangkah Sekuat mana mengekalkan istiqamah
Berubah itu payah Bila diri dikawal amarah Nafsu membara dengan mudah Kelak diri makin parah
Berubah itu payah Bila manusia tak henti menyalah Bila teman sudah tak kisah Bila teman disisi tiada sudah
Berubah itu payah Namun segalanya tak susah Mudah bila kerana Allah Mudah bila kena pada kaedah
Berubahlah walaupun payah Walau manusia sudah tak endah Walau masa silam selalu menerjah Kerana ajal dijangka susah Takut bila tak sempat berubah Kelak akhirat merana tak sudah
Berubahlah Segalanya pasti indah Jika ikhlas kerana Allah Segalanya punya hikmah
Berubahlah Jika tidak dirimu parah Kelak menyesal tak sudah Jangan menyerah bila susah berubah Kepada-Nya kita berserah Di akhirat moga dikurnia Jannah, insya'Allah.
Sharing from Page :Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
Hamil merupakan salah satu anugerah terindah yang diberikan oleh Allah kepada kaum wanita.
Hari ni saya nak kongsi testimoni pengguna set kesuburan shaklee. Tapi sebelum tu, jom kita lihat antara punca-punca yang menyebabkan lelaki dan wanita mengalami masalah kesuburan.
Punca Lelaki tidak Subur 1.Testis yang tidak normal 2. Gangguan hormon 3. Teknik hubungan seks yang kurang berkesan 4. Faktor psikology 5. Jangkitan atau kecederaan pada testis 6.Terlalu gemuk. -Lelaki gemuk dan ada masalah obesiti mempunyai buah zakar dikelilingi lemak yang mengekalkan susu buah zakar pada tahap tinggi. Ini secara tidak langsung menekan kilang sperma dan menyumbangkan masalah kepada faktor kesuburan.
Punca Wanita tidak Subur
1.Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan. -Tanda - tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.
2.Berat badan -Wanita yang terlalu berat atau terlalu kurus juga dikenalpasti sebagai faktor sukar hamil. Jadi langkah terbaik adalah dengan mendapatkan berat badan unggul. 3.Usia- Umur sekitar 35 tahun ke atas adalah masa yang dianggap sebagai berkurangnya kesuburan wanita secara alami. Hamil selepas 45 tahun adalah amat jarang berlaku walaupun tidaklah mustahil. 4. Masalah Di Tiub Fallopia- Ketidakbolehan tiub falopia membawa telur ke uterus daripada ovari juga menjadi punca. Mungkin sisebabkan tisu berparut atau jangkitan terdahulu atau endometrisis. 5. Masalah- Masalah Lain Ini termasuklah pertumbuhan fibroid, tumor, masalah serviks dan bentuk uterine tidak tetap. Walaubagaimanapun, masalah-masalah ini agak jarang terjadi kepada wanita normal.
Sumber:Julmazli Dot Com
Testimoni yang telah berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee
Testimoni 1
Pengguna yang consume GLA, B Complex, Vit E, Zink dan ESP. Alhamdulillah setelah hampir dua bulan makan vitamin shaklee telah berjaya hamil. Bonus dapat kulit cantik dan bertenaga lagi.
Testimoni 2
Alhamdulillah berjaya hamil dengan consume hampir 2 bulan Alfalfa dan GLA complex shaklee.
Testimoni 3
Lagi berjaya hamil setelah consume B Compleks, Vit E, GLA dan Zink. Alhamdulillah
Testimoni 4
Selepas 3 bulan berusaha,akhirnya berjaya hamil 13 week.
Vitamin yang di ambil (GLA,ALfalfa,CoQ,B Complex,ESP,Vitamin E dan Zink)
Testimoni 5
Sangat bersyukur setelah 3 bulan konsisten mangambil set kesuburan ini (Alfalfa,GLA,ESP), memang period saya kembali teratur setiap bulan dan saya telah dikejutkan dengan berita gembira yang saya telah hamil anak pertama pada masa itu. - Ain Najwa
Tahniah kepada mereka yang sudah berjaya hamil, apa2 pun tanpa izin dari yang Maha Kuasa semua ini tak kan berlaku. Supplement hanyalah salah satu usaha kita untuk mendapatkan zuriat. Jangan cepat berputus asa dan hanya berserah kepada takdir semata2. Allah tidak suka orang yang tidak berusaha. InsyaAllah semoga setiap usaha yang kita lakukan di berkati ALLAH taala. Jangan malu jangan segan untuk berjumpa dengan pakar perubatan.
Sakit kepala merupakan sakit yang biasa dihidapi oleh semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun golongan biasa. Namun jika ia sakit yang berpanjangan ia boleh dikira sebagai migrain.Ia selalu terjadi di kalangan remaja.Migrain berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala,migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan tekak rasa loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.
Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk. Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja.
PUNCA MIGRAIN berlaku:
1. Kesan daripada alahan seseorang 2. Silau akibat lampu yang terang 3. Bunyi yang terlalu kuat 4. Bau wangi yang terlampau kuat 5. Tekanan fizikal atau emosi 6. Waktu tidur yang tidak teratur 7. Merokok atau terdedah kepada asap rokok 8. Stres 9. Menahan lapar 10. Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.
Petua mudah untuk mengatasi migrain antaranya ialah:
1. Ambil setin/sebotol kecil 100 plus.
-Tuang dalam gelas - takat separuh gelas je tau!
-Tambah air masak/air mineral/air bertapis dalam gelas itu tadi.
-Maknanya mesti nisbah 1:1, faham kan?? Bagus!
-Kemudian baca Bismallah, niat minta Allah sembuhkan, minum, Alhamdulillah...
-Disarankan untuk cuba tidur lepas tu. Kalau di pejabat atau tempat awam lain, pandai-pandailah bawa diri..
2. Petua untuk Muslim/Muslimah:
-Amalkan bertafakur-sujud 5 minit lepas solat Subuh.
-Edaran darah yang betul ke otak dan kepala akan jadi lebih lancar ketika sujud.
Insya Allah, prevention is better than cure..
-Pernah baca atikel pasal seorang doktor/saintis barat yang peluk Islam lepas buat kajian pasal sujud ni.
3. Tenangkan minda
Tekanan terjadi disebabkan kekusutan perkara yang berlegar-legar di kotak fikiran. Minda anda seolah-olah terkunci dek bebanan yang ditanggung. Penyelesaian terbaik bagi mengelak migrain adalah dengan melakukan aktiviti yang boleh merehatkan minda seperti mendengar muzik, membuat rawatan rambut di salun mahupun mengerjakan hobi kegemaran anda.
4. Bersenam
Bagi sesetengah pendapat, bersukan mampu mencegah migrain. Lakukan aktiviti sukan yang tidak terlalu berat seperti senaman aerobik atau berjoging secara konsisten. Hanya menaiki tangga pejabat juga boleh dikategorikan sebagai senaman ringan yang membantu mengatasi kehadiran migrain.
5. Have a good sleep
Kurang mendapat tidur secukupnya mahupun terlebih waktu tidur boleh menyebabkan sakit kepala. Sebaiknya, nikmatilah waktu tidur yang cukup bagi orang dewasa iaitu 6 hingga 8 jam sehari. Pola tidur yang teratur berupaya mengatasi serangan migrain. Cuba untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Percayalah, it works!
Apa-apa pun Prevention is better than cure....selagi boleh usaha..kita usaha sehabis baik...selebihnya, berserah dan berdoa lah kepada ALLAH taala. Hanya DIA yang maha penyembuh.
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
Kalsium adalah sejenis mineral yang mampu menguatkan tulang dan perlu diambil setiap hari. Ini kerana tubuh kita membuang sejumlah kecil kalsium setiap masa sebelum digantikan dengan kalsium yang baru dalam proses dinamakan ‘permodelan semula tulang’.
Perlu diingat, kalsium juga disingkirkan daripada badan menerusi proses semula jadi seperti rambut gugur, kuku, peluh dan kulit mati.
Anggapan segelintir orang bahawa tulang adalah bahagian tubuh yang tidak hidup ataupun hanya fosil ternyata salah. Ini kerana sama seperti bahagian tubuh lain, tulang yang juga tisu hidup ini sentiasa tumbuh, berubah, malah memperbaharui dirinya, umpama projek lebuh raya yang tidak pernah ada tarikh siap.
Di bahagian dalamnya terkandung saraf, salur darah dan sum-sum dengan sel darah merah dihasilkan. Ketika dilahirkan, manusia mempunyai 300 batang tulang yang kemudian bercantum sesama sendiri hingga membentuk 206 tulang apabila dewasa.
Sekiranya jumlah kalsium yang disingkirkan lebih banyak berbanding yang digantikan, tulang menjadi lemah secara perlahan-lahan dan terdedah kepada risiko mudah patah.
Mengambil susu atau pemakanan yang kaya dengan kalsium mampu membantu tubuh menyimpan lebih banyak kalsium supaya tulang terus kekal kuat.
Berapa banyak kalsium diperlukan?
Institut kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya... tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis.
Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:
Otot & Saraf:
-Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
-Kejang otot
-Wheezing(pernafasan berdehit)
-Susah menelan
-Suara berubah akibat laryngospasm
Saraf:
-Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
-Letih
-Sawan
-Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal
-Jantung
-Sesak nafas
-Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat
-Kulit,Rambut kasar
-Kuku rapuh
-Psoriasis (sakit kulit)
-Kulit kering
Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:
-Kekejangan atau kram otot
-sukar/susah nak tidur
-Perasaan berdebar2
-Eczema-penyakit kulit
-Rapuh kuku
-Sakit Sendi
-Tekanan darah tinggi
-Gigi reput
-Paras Kolestrol tinggi
-Kebas-kebas kaki dan tangan
-Rheumatiod arthritis
-Rickets
Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan magnesium dan Vitamin D.Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium dan Vitamin D. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.
Kenapa Shaklee Ostematrix pilihan saya?
Ini kerana, Ostematrix lengkap dgn unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalamnya penting untuk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif. Makan 4biji sebelum tidur, esoknya bangun pagi cergas ceria, proses pun membuang memang mudah.. Alhamdulillah..
Tahukah anda Shaklee OsteMatrix membekalkan: 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Sempena musim sahut cabaran 10,000 langkah sehari, hari ini yati nak share tentang faedah berjalan kaki yang perlu kita tahu.
Kenapa 10,000 langkah?
Berjalan 10,000 langkah membantu membakar 300 hingga 350 Kalori
Berjalan dalam tempoh 60 minit dengan jarak sejauh 4.8 Km akan membakar sehingga 265 kalori = Sama dengan sekeping roti canai tu..
Berjalan kaki 1km = 1200 langkah
10,000 Langkah = 7 hingga 8 km
10,000 Langkah = Berenang tanpa henti selama 90 minit
10,000 Langkah = Berbasikal selama 70 minit
10,000 Langkah = Bermain bola sepak selama 90 minit
Jom kita lihat di antara faedah berjalan kaki:
1. Dapat menyihatkan dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.
2. Mengawal tekanan darah. Dapat elak penyakit darah tinggi dan strok.
3. Meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah, sekaligus mencegah penyakit kencing manis.
4. Dapat mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi sihat, mantap dan berotot.
5. Dapat mengurangkan tekanan yang sedang dihadapi. Membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membantu seseorang itu berasa seronok, tenang dan riang.
6. Mengekalkan kekuatan otot dan tulang. Mengurangkan risiko atau masalah tulang rapuh.
7. Orang lelaki yang berjalan 30 minit sehari dapat mengurangkan risiko mendapat kanser prostat dengan begitu ketara, dan mampu mengurangkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 60%.
Banyakkan faedah yang kita akan dapat dengan berjalan. Oleh itu, jom kita jadikan amalan banyak berjalan sebagai aktiviti wajib dalam hidup seharian kita. Lepasni kita parking kereta jauh2 dari shopping complex atau ofis ya.hehe.Semoga kita mendapat manfaatnya..Insyaallah. Nak lagi tips kesihatan?Klik SINI
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
Kejang betis atau cramp seringkali terjadi kepada ibu hamil terutamanya pada waktu malam. Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot dan membuatkan otot jadi kejang. Otot yang sering menjadi mangsa adalah otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan beberapa minit, tetapi tidak sampai merosakkan otot betis anda. Namun kesakitan yang di alami semasa berlakunya kekejangan otot ini sangat menyakitkan dan mengganggu tidur anda.
Antara sebab berlakunya kekejangan betis semasa hamil ialah:
-Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.Oleh itu, pengambilan kalsium semasa hamil sangat penting bukan sahaja untuk bayi dalam kandungan malah untuk si ibu itu sendiri. Kekurangan kalsium sewaktu hamil boleh menyebabkan bayi menyerap kalsium dari tulang ibu. Ini sebenarnya akan menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan (berisiko osteoporosis).
-Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
-Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.
Apakah yang perlu kita buat apabila berlaku kekejangan kaki?
Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.Urut otot yang kejang itu.
Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
kejang kaki
Tip elakkan kekejangan betis 1) Buat senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
2) Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
3) Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah. 4) Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang. 5) Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur. 6) Minum banyak air.
Ostematrix Shaklee
Keperluan Kalsium Minimum bagi Wanita -Wanita berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari (sebelum, semasa dan selepas bersalin). Wanita berusia 18 tahun ke bawah memerlukan sekurang-kurangnya 1300 mg sehari. Ramai wanita hamil tidak mengambil jumlah kalsium yang mencukupi di sepanjang kehamilan mereka. Perlu diingat, wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium pada setiap hari.
-Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehinggalah bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan dan sehinggalah bayi berhenti menyusu. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah dari hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.
-Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu misalnya bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain.
Atasi kekejangan dengan Ostematrix Shaklee.Apakah perbezaannya dengan pil kalsium lain?
1. 4 biji per serving menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Disediakan dalam bentuk kaplet yg mudah untuk ditelan. 2. Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang. 3. Kombinasi kalsium dengan Magnesium dan Vitamin D adalah penting kerana ia merangsang kesan penyerapan kalsium yang lebih tinggi oleh tubuh. 4. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu atau CMA (Cow Milk Allergy). Atau dengan kata lain anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet ostematrix Shaklee sehari bagi menggantikan beberapa gelas susu! Terbaik untuk mereka yang tidak lalu untuk minum susu. Lagi TIPS ketika hamil?Klik SINI
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kadar kelaziman anemia paling tinggi berlaku di kalangan penduduk Asia Tenggara iaitu 57 peratus.
Kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2007 mendapati 38 peratus wanita Malaysia mengalami masalah kekurangan darah dan 84.8 peratus tidak mendapat cukup asid folik iaitu satu daripada vitamin B yang membantu badan menghasilkan sel baru, termasuk sel darah merah.
Anemia merupakan keadaan kekurangan Hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh Itu, apabila anda mengalami Anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksi (Kurang Kandungan Oksigen).
Keadaan ini memaksa paru-paru dan jantung bekerja lebih kuat untuk memasukkan lebih banyak oksigen ke dalam darah. Ini menyebabkan individu anemia tercungap-cungap selepas melakukan kerja ringan.
Antara punca utama anemia ialah:- 1. Kekurangan zat besi-
-Zat besi diperlukan untuk proses penghasilan sel darah merah di dalam sumsum tulang dan membolehkan sel darah berfungsi dengan cekap. -Kekurangan zat besi menghalang sumsum tulang menghasilkan hemoglobin yang menjadi unsur penting dalam sel darah merah. Apabila sel darah merah kurang, paras hemoglobin juga rendah
2. Kekurangan vitamin C
-Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi. Kekurangan vitamin C noleh mengganggu penyerapan zat besi yang membawa kepada anemia. 3. Kekurangan vitamin B terutama Cobalamin dan asid folik
-Kekurangan kedua-dua vitamin ini menyebabkan sumsum tulang menghasilkan sel darah merah yang sangat besar. Namun, saiz sel darah bukan penentu keupayaan untuk membawa lebih banyak oksigen. 4. Masalah tiroid
5. Peningkatan keperluan (Ibu Hamil Atau Menyusu) 6. Pendarahan semasa mengandung dan buasir 7. Kerap Mengandung (Jarak Kehamilan Kurang 2 Tahun) 8. Kerap Mengambil Makanan Penghalang Penyerapan Zat Besi Seperti Teh Dan kopi bersama hidangan
APAKAH BAHAYA ANEMIA KEPADA KESIHATAN?
Anemia yang teruk boleh membawa maut!
Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.
Tanda2 kekurangan zat besi:
- Badan letih dan lesu
- Kulit kelihatan pucat
- Sering hilang fokus
- Semput
- Sakit kepala
- Jantung berdebar
- Sering lupa
- Tersangat kurus
- Bagi ibu menyusu mungkin mengalami kekurangan susu badan
- Bagi ibu hamil mungkin mengalami masalah dengan kandungan
Rawatan dan Cara Mengatasi
Boleh dapatkan makanan tambahan semulajadi Shaklee untuk mengatasi kekurangan zat.
Vitamin Shaklee untuk Mencegah Animea
1-VITA-LEA IRON FORMULA : Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel
2.SUSTAINED RELEASE VITA-C : Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.
3.B- COMPLEX : Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.
4,ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) : Sebagai sumber protein untuk membantu badan menghasilkan sel darah. Selain itu ESP juga membantu membekalkan tenaga kepada badn yang lemah terutama badan yang sedang mengalami proses pemulihan.
Anemia bukan penyakit, tetapi ia boleh menjejaskan kecekapan fungsi badan.Orang yang mengalami masalah anemia cepat berasa letih dan tidak boleh bergiat dalam aktiviti cergas. Paling penting, amalkan pemakanan yang seimbang dan kaya zat besi bagi mencegah animea berlaku. Insyaallah.
sumber:http://www.eserikasih.com
Dapatkan sekarang vitamin anemia shaklee ,cegah sebelum parah.Hubungi yati,percuma konsultasi untuk pelanggan tersayang.
Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin. Ini kerana ia dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir, membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan, mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan. Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.
Vitamin Shaklee untuk ibu hamil ialah:-
Vitamin Shaklee untuk Kehamilan yang Sihat
✔ Vita-Lea Iron Formula - Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. - Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. - Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. - Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung. Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung, ini kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah ‘ditarik’ oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. - Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya.. - Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih.. - Oleh itu, pertumbuhan bayi yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna.
✔ Vitamin B Compleks -B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. - Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. – Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. - Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
✔ Vitamin C 500mg -Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. -Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.(immune Booster) -Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
✔ OsteMatrix (calcium magnesium) - Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. - Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. - Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. - Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. - Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. - Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. - Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. - Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
✔ Energizing Soy Protein(ESP) - Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. - Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. - Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. - Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. - ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. - Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. - Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. - Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus. Namun ia boleh diambil seawal trimester ke 2.
✔ Omega 3 (Omega Guard) - Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. - DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. - Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.
Sepanjang kehamilan, sentiasalah mendekatkan diri kepada ALLAH taala, sentiasa berbuat baik, tinggalkan perangai2 yang tak elok itu, dan sentiasalah baca kitab suci Al Quran. Semoga ibu yang hamil di permudahkan segala urusan sepanjang tempoh mengandung 9 bulan dan d kurniakan cahaya mata yang soleh atau solehah.Aamiin.
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121
DIET UNTUK KANAK-KANAK : TINGKATKAN MOOD, INGATAN & FOKUS
1.KAWAL PENGAMBILAN GULA UNTUK KAWAL TEKANAN PERASAAN ANAK
Kajian menunjukkan bahawa apabila seseorang berada dalam keadaan tertekan, tubuh merembeskan sejenis hormon yang menyebabkan otak mencari jalan untuk meredakannya. Sayangnya, otak akan menghantar signal untuk melegakan stress dengan makanan bergula. Makanan bergula boleh membantu meredakan stress dalam jangkamasa yang singkat, namun kesan buruknya berpanjangan.
Kawallah stress anak-anak dengan selalu beraktiviti bersama mereka, menggalakkan mereka bersosial dan bersukan, serta mengelakkan makanan berproses dan stimulan seperti kafein.
2.TINGKATKAN INGATAN ANAK DENGAN KOLINA
"Sel-sel otak bergabung"
-Sel otak lebih senang bergabung apabila ia dalam keadaan teruja, dan ia disebabkan oleh hormon acetylcholine yang dicetuskn oleh KOLINA, sejenis bahan yang terdapat dalam lecithin di dalam telur dan soya.
Makan bergula dan mengandungi karbohidrat boleh meningkatkan hormon 'gembira' dalam masa yang singkat, namun pengambilan berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan anak. Galakkan anak-anak makan makanan berprotein tinggi untuk meningkatkan mood mereka.
Untuk fokus, anak-anak memerlukan serat saraf otak yang sihat dan berkembang. Serat-serat ini dibina dengan sejenis lelemak dipanggil myelin. Omega-3 membantu mendapatkan myelin yang sihat.
Sediakan makanan seimbang untuk anak-anak, jauhkan mereka dari makanan rapu!
*OMEGA GUARD mengandungi Omega-3 & Meal Shakes membekalkan protein dan serat untuk kanak-kanak.
Diet yang Sihat
Selain itu, seperti yang kita maklum amalkan makanan sunnah iaitu kismis, madu & kurma. Jadikan makanan ini sebagai makanan harian anak-anak dari kecil lagi. Insyaallah, semoga anak-anak kita membesar dengan sihat, bijak dan menjadi anak yang soleh atau solehah. Aamiin.
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
Kekurangan tidur boleh menjadi punca pelbagai masalah kesihatan. Ini termasuk mengurangkan keupayaan seseorang menangani stres dan ketahanan terhadap penyakit.
Seseorang yang bekerja di siang hari tanpa tidur secukupnya pada waktu malam tidak mampu berfikir atau fokus kepada tugasan dengan baik.
6 fakta bahaya kurang tidur.
1. Keinginan Kunyah Makanan Berlemak Meningkat Kurang tidur boleh melenyapkan hormon yang mengatur nafsu makan. Akibatnya, keinginan menikmati makanan tinggi lemak dan karbohidrat meningkat, sehingga menyebabkan keinginan makanan kalori tinggi.
Jika selama 2 malam tidur anda tidak berkualiti, ini dapat menimbulkan rasa lapar berlebihan. Keadaan ini terjadi karena merangsang peningkatan hormon ghrelin, hormon penambah nafsu makan, dan mengurangkan hormon leptin sebagai penekan nafsu makan.
2. Peningkatan Hormon Stress Kajian yang dilakukan Universiti Chicago menunjukkan bahawa tidur kurang dari 7 jam boleh meningkatkan pertumbuhan kortisol atau hormon stress.
Bahkan pada petang dan malam dapat meningkatkan denyut jantung, tekanan darah dan glukosa darah sehingga boleh mengakibatkan hipertensi, penyakit jantung dan diabetes jenis 2.
3. Lemah AntibodiMereka yang tidur kurang dari 7 jam semalaman boleh menahan rasa sejuk 3 kali lebih tinggi. Kajian lain mendapati, lelaki yang kurang tidur akan mengalami kegagalan menjaga respon imun atau kekebalan tubuh secara normal setelah menerima suntikan flu.
Mereka yang kurang tidur, antibodi yang bekerja setelah suntikan vaksinasi hanya mampu bertahan paling lama 10 hari. Keadaan ini sangat berbahaya. Perbaiki kualiti tidur, maka kekebalan tubuh anda akan meningkat.
4. Menimbulkan Pelbagai Penyakit Tidak menghairan, penyakit kronik seperti arthritis boleh terjadi apabila anda tidak mendapat tidur yang mencukupi.
5. Risiko Kanser Lebih Tinggi Senaman membantu mencegah kanser, tetapi terlalu sedikit memejamkan mata dapat merusak efek pelindungnya. Para atlit yang tidur 7 jam atau kurang semalaman memiliki kemungkinan menghidapi kanser 50% daripada mereka yang rutin melakukan senaman dan mendapat tidur yang lebih berkualiti.
Ini kerana kualiti tidur yang buruk menyebabkan gangguan metabolisme hormon dan dikaitkan dengan risiko kanser, dan boleh 'menghapus' manfaat senaman tersebut.
6. Tampak lebih tua Mereka yang kurang tidur biasanya memiliki kulit yang pucat dan wajah lesu. Lebih buruk lagi, peningkatan kadar kortisol memperlambatkan pertumbuhan kolagen yang mengakibatkan kedutan.
Cukupkah waktu tidur kita yang lena sempurna?
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121