Monday, 24 February 2014

Petua Mudah untuk Mengatasi Migrain

Sakit kepala merupakan sakit yang biasa dihidapi oleh semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun golongan biasa. Namun jika ia sakit yang berpanjangan ia boleh dikira sebagai migrain.Ia selalu terjadi di kalangan remaja.Migrain berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala,migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan tekak rasa loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.

Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk. Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja.

PUNCA MIGRAIN berlaku:

1. Kesan daripada alahan seseorang
2. Silau akibat lampu yang terang
3. Bunyi yang terlalu kuat
4. Bau wangi yang terlampau kuat
5. Tekanan fizikal atau emosi
6. Waktu tidur yang tidak teratur
7. Merokok atau terdedah kepada asap rokok
8. Stres
9. Menahan lapar
10. Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.


Petua mudah untuk mengatasi migrain  antaranya ialah:

1. Ambil setin/sebotol kecil 100 plus.
-Tuang dalam gelas - takat separuh gelas je tau!
-Tambah air masak/air mineral/air bertapis dalam gelas itu tadi.
-Maknanya mesti nisbah 1:1, faham kan?? Bagus!
-Kemudian baca Bismallah, niat minta Allah sembuhkan, minum, Alhamdulillah...
-Disarankan untuk cuba tidur lepas tu. Kalau di pejabat atau tempat awam lain, pandai-pandailah bawa diri..

2. Petua untuk Muslim/Muslimah:
-Amalkan bertafakur-sujud 5 minit lepas solat Subuh.
-Edaran darah yang betul ke otak dan kepala akan jadi lebih lancar ketika sujud.
Insya Allah, prevention is better than cure..
-Pernah baca atikel pasal seorang doktor/saintis barat yang peluk Islam lepas buat kajian pasal sujud ni.

3. Tenangkan minda
Tekanan terjadi disebabkan kekusutan perkara yang berlegar-legar di kotak fikiran. Minda anda seolah-olah terkunci dek bebanan yang ditanggung. Penyelesaian  terbaik bagi mengelak migrain adalah dengan melakukan aktiviti yang boleh merehatkan minda seperti mendengar muzik, membuat rawatan rambut di salun mahupun mengerjakan hobi kegemaran anda.
4. Bersenam
Bagi sesetengah pendapat, bersukan mampu mencegah migrain. Lakukan aktiviti sukan yang tidak terlalu berat seperti senaman aerobik atau berjoging secara konsisten. Hanya menaiki tangga pejabat juga boleh dikategorikan sebagai senaman ringan yang membantu mengatasi kehadiran migrain.

5. Have a good sleep
Kurang mendapat tidur secukupnya mahupun terlebih waktu tidur boleh menyebabkan sakit kepala. Sebaiknya, nikmatilah waktu tidur yang cukup bagi orang dewasa iaitu 6 hingga 8 jam sehari. Pola tidur yang teratur berupaya mengatasi serangan migrain. Cuba untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Percayalah, it works!

Apa-apa pun Prevention is better than cure....selagi boleh usaha..kita usaha sehabis baik...selebihnya, berserah dan berdoa lah kepada ALLAH taala. Hanya DIA yang maha penyembuh.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment