Tuesday, 27 May 2014

Pentingkah Lecithin untuk Badan Kita?

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Kegunaan Lecithin Shaklee ialah :

✿ PALING UTAMA
✔ Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
✔ Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
✔ Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).

✿ PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
✔ Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
✔ Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

✿ UNTUK KAUM TUA
✔ Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
✔ Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

✿ UNTUK PENGHADAMAN
✔ Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

✿ UNTUK SEL
✔ Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
✔ Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

✿ UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
✔ Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

Jadi, setelah baca kegunaan lecithin anda rasa, pentingkah lecithin untuk badan kita?Jawapannya terserah kepada anda,jawapan yati of course ia amat penting untuk kesihatan tubuh badan kita....yeaaah!!!!

Testimoni Lecithin

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 26 May 2014

Selamat Hari Lahir Muhammad Ukasyah B Nurul Fadhllan

Alhamdulillah....hari ni genaplah anak sulungku Muhammad Ukasyah 3tahun...permata hati ibu dan ayah yang sentiasa menceriakan rumahtangga kami.

Muhammad Ukasyah dilahirkan pada 26-Jun-2011 jam 1616 seberat 3.2kg di HUSM Kelantan. Nama Muhammad Ukasyah ni saya aambil sempena nama seorang sahabat nabi yang mendapat syafaat Rasulullah untuk menjadi ahli syurga...harapan ibu semoga akhlak Muhammad Ukasyah seperti pemuda itu dan menjadi ahli syurga di akhirat kelak.Aamiin.
Nak tahu lebih lanjut Kisah Ukasyah Ibnu Muhsin Klik SINI ya.

Hari Pertama Kenal Dunia






Doa ibu untuk Muhammad Ukasyah

YaAllah Ya Tuhanku..
Kau lindungilah anakku setiap masa..
Kau permudahkanlah segala urusannya...
Kau kurniakanlah kesihatan yang terbaik kepadanya..
Kau peliharalah akhlaknya, agamanya, dan sejahterakanlah jiwa dan raganya
Kau murahkanlah rezekinya yaAllah, 
Kurniakanlah kepadanya kecergasan akal dan kesucian hati
Kau Bantulah kami ibuayah dalam mendidiknya supaya menjadi insan yg berguna kelak..
berjaya dunia akhirat,taat kepada kedua ibubapanya serta taat kepadaMu yaAllah..
Jadikan Muhammad Ukasyah abang yang terbaik untuk adik-adiknya..
Sesungguhnya dialah anugerahMU yang tak ternilai yaAllah..
amin yaRobbal A'lamin~


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Friday, 23 May 2014

Amalan pada Hari Jumaat Penghulu Segala Hari

Salam jumaat penghulu segala hari semua...Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk menikmati hari jumaat pada hari ini...Hari jumaat dikatakan penghulu kepada semua hari dan pada hari jumaat juga akan berlaku kiamat...pada hari ini semua sedia maklum, orang lelaki beragama islam akan keluar ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Terdapat banyak amalan yang boleh kita lakukan pada hari jumaat untuk mendapat pahala lebih..:-)

Antara amalan-amalan baik yang kita boleh lakukan ialah:

1.Mandi sunat Jumaat

Pada hari Jumaat, kita disarankan untuk mandi sunat pada hari Jumaat terutama bagi lelaki yang ingin menunaikan solat Jumaat. Daripada Ibnu Umar berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang daripada kalian ingin mengerjakan solat Jummat, maka hendaklah dia mandi. (riwayat Al-Bukhari no. 877 dan Muslim no. 844)

2.Membersihkan gigi dan memakai wangian

Membersihkan gigi sama ada dengan kayu siwak ataupun berus gigi yang ada pada masa kini amat dituntut terutama sebelum mengerjakan solat. Begitu juga anjuran memakai wangian sebelum solat.

Kedua-dua perkara ini antara sunnah yang semakin dilupakan serta kurang diamalkan. Abu Sa’id Al-Khudri berkata bahawa Rasulullah SAW menyarankan agar pada sahabat menggosok gigi dan memakai wangi-wangian pada hari Jumaat semampu yang boleh.

Salah seorang perawi hadis iaitu seorang tabi’in bernama Bukair bin Abdullah Al-Asyajj berkata tentang anjuran memakai wangi-wangian pada hari Jumaat: Meskipun dengan wangi-wangian kaum wanita. (riwayat Muslim no. 846; Abu Daud no. 342)

3.Memperbanyakkan doa

Salah satu doa yang diangkat dan dimakbulkan oleh Allah adalah ketika hari Jumaat. Pada hari Jumaat, terdapat suatu masa yang mana jika seseorang berdoa pada waktu itu, nescaya Allah akan menunaikan permintaannya. Ia merupakan suatu peluang yang telah diberikan kepada umat Islam namun tidak ramai yang mengetahuinya dan beramal dengannya.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Jumaat ada suatu waktu yang mana tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat lalu berdoa tepat pada waktu tersebut melainkan Allah akan mengkabulkan doanya tersebut. (riwayat al-Bukhari no. 935 dan Muslim no. 852)

Para ulama mempunyai pelbagai pendapat mengenai bilakah waktu yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu. Ada yang berpendapat waktu mustajab itu adalah ketika di antara dua khutbah dalam solat Jumaat.

Sebahagiannya pula berpendapat pada waktu Asar. Pendapat yang kuat adalah pada waktu Asar selepas mengerjakan solat Asar sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya. (musnad Ahmad no. 7363)

4.Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW

Selawat merupakan tanda kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah SAW. Setiap daripada selawat yang dilafazkan akan diberikan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Ia juga menjadi zikir yang perlu diamalkan setiap hari untuk melembutkan hati dan menyemai rasa cinta kepada Baginda SAW.

Setiap Muslim disunatkan untuk memperbanyakkan selawat setiap hari terutamanya pada hari Jumaat. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya hari Jumaat merupakan hari yang terbaik di antara hari-hari lain, maka perbanyakkanlah berselawat kepadaku pada hari itu (Jumaat) kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku.” (riwayat Abu Daud no. 1531dan An-Nasai no. 1374)

Jom sama-sama kita memperbanyakkan amalan kita pada hari ini. Semoga kita semua dalam lindungan Allah taala.Aamiin.

Inginkan Tips Menangani Anak Mengamuk?Klik Sini.



Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 22 May 2014

Testimoni;Berjaya Hamil

Alhamdulillah....tidak dapat digambarkan dengan kata2 apabila seorang isteri berjaya hamil. Janji ALLAH taala itu pasti, jangan sesekali kita cepat berputus asa dan berserah tanpa sebarang usaha.

Entry kali ini yati nak berkongsi kegembiraan seorang isteri yang berjaya hamil setelah mengamalkan vitamin Shaklee (GLA complex & Zinc Complex) selama 2 bulan.

Testimoni Pelanggan Berjaya Hamil

Bagaimana GLA Complex Isteri untuk Cepat Hamil?

-GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, iaitu sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’.

-Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.
Bagaimana Zink Complex Membantu Suami Isteri?

-Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. 
-Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. 
-Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. 
-Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

Soalan yang selalu ditanya, "confirm tak kalau saya makan vitamin shaklee ni akan hamil?" Jawapannya, hanya ALLAH yang lebih mengetahui...sesungguhnya rezeki untuk menimang cahaya mata itu RAHSIA ALLAH taala. Kita sebagai hamba, teruskan berusaha dan berdoa. Insyaallah setiap usaha yang di lakukan ada ganjarannya...

Lagi testimoni berjaya hamil dengan Vitamin Shaklee?Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 14 May 2014

Tip Makanan Berkhasiat;Halia untuk Merawat Rambut Gugur

Halia memang tidak asing kepada kita semua. Banyak masakan dan hidangan yang menggunakan halia.
Selalunya yati akan sediakan air halia ringkas je....hiris halia halus2 lepastu campur ngan susu atau air teh. Sedap la juga kalau minum kadang2 la..klu minum hari2 rasanya xleh nak telan gak kut.hehehe.Kadang hiris halia muda letak dalam budu, sedap sangat rasa pedas-pedas gitu...

Tahukah anda,selain daripada merawat penyakit banyak angin dalam badan, halia juga banyak khasiat untuk kesihatan kita antaranya merawat rambut gugur, merawat kelumumur, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.Halia juga ada kesan anti kanser usus dan ovary.


Minum air halia - segelas air panas dicampur beberapa hirisan atau satu sudu halia yg diparut dan satu sudu madu.

Halia untuk Merawat Rambut Gugur
-Halia juga boleh digunakan untuk merawat 'Dandruff'/ kelumumur dikepala. Gaul 2 sudu parutan halia dengan 3 sudu minyak zaiton dan perahan separuh Lemon. Usapkan pada rambut kepala dan biarkan selama 40 minit sebelum dibasuh. Ulang 3 kali seminggu untuk selama 2 minggu.

-Halia juga boleh mencegah atau mengawal kepala jadi botak, sebab rambut mudah gugur. Gaul satu sudu perahan halia dengan dengan satu sudu minyak zaiton dan usap pada kepala yang rambut mudah gugur dan biarkan selama 30 minit. Akan dirasai kepanasan pada kepala kerana darah mula mengalir pada kawasan itu dan ini menggalakkan pertumbuhan rambut. Basuh rambut dengan syampu. 

CUBA FORMULA INI MURAH HARGANYA

Petua yang lagi Best adalah...amalkan ESP Shaklee,,,ok sebab apa lagi best?Sebabnya selain merawat rambut gugur, ESP yang tinggi protein ni sangat membantu anda dalam mengekalkan kulit yang sihat dan cantik. Bukan sahaja masalah rambut gugur dapat di atasi,malahan rambut yang baru menjadi cantik dan kulit akan menjadi licin, glowing dan awet muda.

Jangan biarkan rambut anda menjadi botak baru nak bertindak, mencegah lebih awal merupakan langkah yang bijak sebelum ia menjadi lebih parah.

Testimoni ESP Merawat Rambut Gugur

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya 013 222 1663 yati atau klik sahaja icon dibawah untuk pembelian terus secara online.

Esell_Order_Shaklee_Online

Order ESP Secara Terus

Anda inginkan HARGA MURAH dan PENJIMATAN sehingga 15 % ke 20% barangan shaklee?Daftar diri anda sebagai ahli shaklee untuk makan sendiri dengan yati sekarang.Penjimatan berganda akan anda peroleh!

KEPENTINGAN Protein untuk Rambut yang CANTIK & SIHAT.


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 8 May 2014

Vitamin Shaklee Untuk Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri

Anak adalah anugerah terindah oleh ALLAH taala kepada pasangan suami isteri. Namun bukan semua akan di kurniakan rezeki anak dalam masa yang terdekat. Kerana kita semua tahu, jodoh, ajal, rezeki, semua tu sudah di tetapkan oeleh ALLAH, semuanya Allah telah merancang yang terbaik untuk kita. Yang membezakannya ialah lamabt atau cepat. Kepada suami isteri yang belum di kurniakan zuriat, jangan bersedih..anda adalah orang yg sangat bertuah di beri ujian untuk meningkatkan kesabaran dan mendekatkan diri kepada ALLAH. Insyaallah pasti ada kemanisan di akhir penantian. Berfikir baik dengn ALLAH taala.

Produk Shaklee turut merangkumi vitamin untuk set kesuburan suami isteri. Jom kita lihat manfaat untuk setiap vitamin.

Energizing Soy Protein (ESP)
-Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

-ESP merupakan protein berasaskan kacang soya. Sumber hormon keseburuan untuk wanita adalah estrogen. Kacang soya merupakan tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, iaitu fungsinya bersamaan dengan estrogen.

-ESP kaya dengan protein, dimana protein sangat penting untuk menghasilakn ovum yang berkualiti.

Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Isteri/suami perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E.
B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

GLA
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di manaperatusan persenyawaan dapat ditingkatkan. GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid)

Vitamin E
-Meningkatkan keinginan seksual dan lebih tenaga
-Membantu membentuk sel sperma yang sihat dan sempurna
-Vitamin E juga bagus diambil oleh isteri bagi meningkatkan kesuburan dan keinginan seksual

Zink
-Kandungan zink dalam prostat lelaki adalah 10x ganda dari organ lain. Jesteru itu, ia adalah mineral yang penting untuk kesuburan lelaki.
-Sangat penting untuk keupayaan seksual lelaki dan menguatkan sperma suami.
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.Meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.

Testimoni yang berjaya hamil dengan Vitamin Shaklee. Klik SINI.

*Kita hanya berusaha. Mencari makanan nutrisi dan mengamalkannya merupakan salah satu usaha, selain daripada mendekatkan diri kepada ALLAH dan meminta bantuan dari-Nya.. In Shaa ALLAH, ALLAH akan sentiasa mendengar doa hambaNya. Jangan sesekali berputus asa.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 7 May 2014

ESP Shaklee Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Pagi ni yati nak strory sikit pasal Hot Produk Shaklee..iaitu ESP. ESP ni yati selalu minum waktu pagi..awal2 pagi sebelum sarapan. Bangun pagi tu minum segelas air suam+1 sudu kecil madu dan shake 1sudu besar ESP.Kiranya yati akan breakfarst lewat sikit la, dalam kul 10 br la breakfarst kadang2 mkn tgh hari terus dlm kul 11 :-). Serius tak lapar ok, so boleh sgt la membantu yati dalam maintain kan berat badan ni (selim melim gitu..ahaks)

ESP ni sebenarnya baaaanyak sangat khasiat dia.Antaranya ialah, untuk awet muda, untuk menghilangkan masalah parut, jeragat, mencantikkan kulit, memberikan tenaga, membina otot, mempercepatkan susu ibu, untuk ibu hamil, ibu berpantang, meningkatkan kesuburan dan banyak lagi.Klik Sini untuk lebih lanjut tentang manfaat ESP. Entry kali ini yati nak bercerita pasal ESP dengan Kesuburan.


Bagaimana ESP Shaklee membantu dalam meningkatkan kesuburan suami dan isteri?
  • Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2. 
  • ESP merupakan protein berasaskan kacang soya. Sumber hormon keseburuan untuk wanita adalah estrogen. Kacang soya merupakan tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, iaitu fungsinya bersamaan dengan estrogen.
  • ESP boleh membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat. 
  • ESP kaya dengan protein, dimana protein sangat penting untuk menghasilkn ovum yang berkualiti.
Dengan izin Allah (in shaa ALLAH).. Kita hanya berusaha. Mencari makanan nutrisi dan mengamalkannya merupakan salah satu usaha, selain daripada mendekatkan diri kepada ALLAH dan meminta bantuan dari-Nya.. In Shaa ALLAH, ALLAH akan sentiasa mendengar doa hambaNya. Ynag penting jangan cepat berputus asa..Percaturan ALLAH taala adalah yang terbaik.

Lagi tips untuk Hamil?KLIK SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 5 May 2014

Apakah kaitan Metabolisme dengan Berat Badan?

"Wei Siti, kau bestla ya..mkn baaanyak, semua makanan kau telan, tp berat badan kau aku tgk maintain je..slim melim je..xde pun naik,jeles aku wei. Aku yang diet bagai ni pun gemuk jugak"..Ha, pernah dengar tak dialog tersebut?Mesti anda semua pernah alami kan, dan mesti teramatlah jeles dgn org yang mkn banyak tp berat badan tak naik. So, hari ni yati nk share sikit, xyah pening2 fikir kenapa jd mcm tu, dh rezeki dia mkn banyak xnaik berat badan. Kita ni yg jenis mkn aje berat badan naik, kena la baaaanyak usaha dari banyak makan :-)

Semua sedia maklum, benda yang kita makan akan ditukarkan kepada tenaga. Proses penukaran makanan yang kita makan kepada tenaga ini dikenali sebagai Metabolisma (eng. Metabolism).
Setiap individu mempunyai kadar metabolisma yang berbeza, bergantung kepada beberapa faktor.

Mereka yang makan dengan banyak tetapi agak sukar untuk naik berat badan (seperti Siti dalam contoh tadi) adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang tinggi. Manakala mereka yang makan sedikit berbanding Bedah tetapi sudah mampu untuk naik berat badan, adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang rendah.

Adakah kadar metabolisma yang tinggi ini merupakan suatu anugerah? Buat mereka yang mempunyai tubuh badan yang besar, mungkin jawapannya ialah “YA”, tetapi buat mereka yang cuba bertahun-tahun untuk menaikkan berat badan namun tidak berjaya, jawapan yang diberikan mungkin adalah sebaliknya.


Namun tidak bererti mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah tidak boleh untuk turun berat badan selama-lamanya, dan mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi tidak boleh untuk naik berat badan selama-lamanya. Semuanya masih lagi bergantung kepada tunjang yang sama, iaitu KALORI. Buat mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah, golongan ini perlu menggunakan/membakar lebih kalori berbanding mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi, jika untuk turun berat badan, dan begitu jugalah sebaliknya.

11 Tips Mempercepatkan Metabolisme badan (sumber:blog Kevin Zahri)

1.Minum Air Secukupnya. 
Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.

2.Jangan lupa suplemen kalsium.
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.

3.Makan dengan lebih kerap (hidangan yang kecil)
Tempoh di antara dua waktu makan yang terlalu ‘panjang’ akan memaksa badan kita bertukar kepada ‘starvation mode‘ (berlapar). Badan akan menyimpan lebih tenaga untuk mengatasi ‘starvation mode‘ ini, dan proses ini secara tidak langsung akan merendahkan kadar metabolisma. Oleh yang demikian, tukarlah tabiat makan 3 kali sehari (sarapan pagi, makan tengahari, makan malam) kepada makan 5-6 kali sehari, dan agihkan kuota kalori itu sebaik-baiknya.

4Tidur yang cukup
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

5.Jangan Stress
Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

6.Cari makanan yang mengandungi Vitamin B1, B2 dan Taurine

Vitamin B1 dan B2 membantu dalam menyempurnakan lagi proses pembebasan tenaga oleh sel-sel badan, manakala Taurine pula merupakan sulfur amino acid yang mampu meningkatkan fungsi mata (penglihatan) dan jantung. Jantung? Dipendekkan cerita, 2 elemen ini mampu melancarkan lagi fungsi yang berkaitan dengan pembebasan tenaga, bermaksud meningkatkan lagi kadar metabolisma. Dewasa ini, Taurine boleh didapati dengan mudah di dalam minuman-minuman tenaga seperti Livita, manakala Vitamin B pula terdapat di dalam produk tenusu (seperti susu) dan telur kuning.

7.C untuk cergas. 
Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

8.Pedas! 
Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

9. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.
Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

10. Senaman pemberat (weight training) bina lebih banyak otot

Otot menggunakan lebih kalori (lebih 73kcal per KG) berbanding sel-sel lemak. Oleh yang demikian, lebih banyak otot yang dibina, lebih tinggi Resting Metabolic Rate atau RMR (RMR ni konsep dia lebih kurang sama dengan BMR, tapi menggunakan prinsip dan formula yang berbeza). Dipendekkan cerita, mereka yang mempunyai berat 80kg, berotot atau peratusan body fat kurang dari 15%, rata-rata mempunyai kadar metabolisma yang tinggi berbanding mereka yang juga mempunyai berat 80kg, tetapi hanya berbadan biasa (body fat % lebih 20).

11 – Kopi (coffee)

Seperti yang kita sedia maklum, kopi mengandungi kaffein (caffein), antara kompound yang mampu meningkatkan kadar metabolisma dengan kadar yang significant. Selain kopi, caffein juga terdapat dalam minuman-minuman penguat tenaga yang terdapat di pasaran. Namun mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa kopi ini diletakkan pada tangga yang kesembilan? Ini kerana Caffein juga merupakan agen yang membantutkan perkembangan dan kekuatan tulang.
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Bagaimana Mealshakes Membantu Masalah Sembelit Anak Anda?

Sebagai ibubapa, sudah pasti kita tidak sanggup melihat anak menangis akibat SEMBELIT.
Kepada ibu2 di luar sana, jom cuba kasi MEAL SHAKE untuk merawat sembelit anak. Ini kerana
Meal Shakes merupakan minuman yang kaya dengan kandungan SERAT di samping mengandungi Vitamin B-12 yang merupakan komponen Vitamin B yang berfungsi untuk melancarkan penghadaman perut.

Mealshake Shaklee juga diperkaya dengan 24 jenis vitamin A-Z juga kaya dengan serat untuk membantu menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan dari kolon dan perut.
Rasanya yang sangat lazat dan memang digemari kanak-kanak. Macam anak-anak saya, saya akan bancuh sekali sehari campur dengan susu atau minuman kegemaran mereka. Bila cukup bekalan mineral dan vitamin untuk anak, maka secara logiknya selera makan anak pun akan bertambah. Begitulah lebih kurang untuk konsep menaikkan selera makan anak2.



BAGAIMANA MEAL SHAKE MEMBANTU MASALAH SEMBELIT?

Kandungan SERAT di dalam Meal Shakes Shaklee ini adalah jenis yang larut di dalam air dan akan bertindak sebagai 'pencuci' usus dan perut anak kita.
SERAT ini akan mengumpul sisa makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh dan juga membuang KOLESTROL berlebihan!
Apabila semua sisa makanan ini telah berkumpul menjadi gumpalan najis,


SERAT akan membantu najis tersebut menyerap air supaya najis lembut (kira tak SEMBELIT).

Di sinilah pentingnya anak kita MINUM BANYAK AIR.
Akhirnya, SERAT di dalam Meal Shakes Shaklee akan mengaktifkan sistem pembuangan najis anak kita dan membantu tubuh mengeluarkan najis dengan MUDAH.
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:- 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Saturday, 3 May 2014

Supplement Shaklee Kurus Untuk Ibu Menyusu

Anda ibu menyusu tetapi mengalami masalah berat badan? Selepas bersalin berat badan xmau turun-turun? Orang selalu cakap, bila kita menyusu jangan nak fikir tentang diet...makan je apa semua.Ya betul, sbb apa?Sebab apabila badan kita cukup nutrien dan zat, susu badan juga cepat terhasil. Selalunya apabila kita menyusu badan, berat badan akan turun, ini kerana lemak2 jahat telah di sedut oleh baby semasa proses menyusu.

Tetapi, ada juga ibu2 yang mengalami delima berat badan xmau turun langsung..kalau turun pun 3-5 kg je...
Jangan risau, shaklee ada vitamin yang sesuai untuk ibu menyusu dan ingin kurus.Supplement Set Kurus daripada Shaklee sesuai untuk ibu menyusu. Ia tidak membahayakan ibu dan juga bayi yang disusuinya. In Shaa ALLAH, selamat dan berkesan malah ia juga turut membantu dalam memperbanyakkan susu ibu...menarik kan!!



Bagaimana supplement ini dapat membantu anda?

ESP
✿ mengawal nafsu makan
✿ memberikan khasiat protein pada badan
✿Memberikan tenaga kepada ibu2 supaya tidak letih
✿Kekal Muda
✿Menambah dan memekatkan susu badan

ALFALFA COMPLEX
✿ bertindak sebagai detox (membuang lemak)
✿ menyingkirkan lemak berlebihan yang telah dipecahkan
✿Membantu perkumuhan (lebih lawas)
✿Membuang angin dalam badan
✿Mengelakkan baby dari kembung perut

LECITHIN
-Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak'. Dalam kata ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah.Seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.
✿ memecahkan lemak di dalam badan
✿ baik untuk minda

OSTEMATRIX
✿ memberikan khasiat kalsium untuk ibu dan bayi
✿ kalsium amat diperlukan kerana ia antara nutrisi penting untuk penghasilan susu
✿Membantu masalah sembelit bagi ibu-ibu.
✿Membantu pembinaan darah,tulang, gigi dan saraf
✿Mengelakkan osteoperosis
✿Mengelakkan rasa sengal kaki dan tulang belakang
✿Sentiasa bertenaga dan tidak mudah letih lesu

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121