Sunday, 19 May 2013

Rambut Gugur;Atasi Dengan Vitamin Shaklee

Perawatan rambut sama pentingnya dengan rawatan kulit. Keindahan rambut mencerminkan kesihatan seseorang. Apabila kusam, tidak bercahaya dan hujungnya bercabang ini menandakan rambut tidak sihat. Masalah rambut disebabkan pola pemakanan yang kurang baik, ketidakseimbangan hormon atau rawatan rambut kurang sesuai.
Rambut gugur adalah perkara yang normal terutamanya lelaki yang dah berusia dan ibu yang selepas bersalin ketika baby dalam usia 3-5bulan.Yang jadi tidak normal dan perlu dirisaukan apabila masalah keguguran rambut menjadi berlebihan dan menyebabkan rambut menipis dan botak.

Banyak faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya keguguran rambut. Antaranya ialah:-

Demam yang teruk
Selepas mengalami demam yang teruk biasanya seseorang akan mendapati rambutnya mengalami keguguran yang agak serius. Namun ia akan kembali normal.

Penurunan Estrogen mendadak selepas bersalin
Kandungan estrogen yang tinggi semasa hamil menyebabkan pembentukan kulit kepala yang sihat sejurusnya menyebabkan pertumbuhan rambut yang sihat dah kuat.Tetapi sebaik sahaja bersalin penurunan kadar estrogen secara mendadak menyebabkan akar rambut longgar dan mudah gugur.

Pengambilan makanan harian yang tidak seimbang
Rambut memerlukan bekalan nutrient dan air yang cukup untuk kekal subur. Pengambilan diet dengan makanan proses menyebabkan badan kita sukar untuk menerima nutrient yang cukup untuk berfungsi. Otak akan menghantar gelombang untuk mengambil nutrient dari rambut kerana rambut secara amnya tidak mempunyai fungsi penting dalam meneruskan aktiviti harian. Kerana kekurangan nutrien seperti zinc, zat besi, protien dan lain-lain menyebabkan rambut kusam dan akhirnya gugur.

Stress atau Tekanan
Gangguan emosi dan stress selalu dihadapi oleh orang yang tidak dapat menghadapi tekanan hidup, sentiasa risau memikirkan masalah samada di rumah atau di tempat kerja, mempunyai konflik hidup yang tidak pernah selesai. Mereka ini mudah keguguran rambut yang terlalu banyak.

Ini disebabkan apabila mereka stress, semua otot di kulit kepala dan leher menjadi mengecut (spasm), seterusnya menyebabkan peredaran darah ke kulit kepala terganggu dan akhirnya folikel tidak mendapat bekalan nutrien dan oksigen yang cukup.

Untuk mengelakkannya, urutan kepala yang sesuai akan mengurangkan ketegangan otot-otot itu seterusnya akan melancarkan peredaran darah ke kulit kepala.

Pengambilan  B-complex juga boleh mengurangkan stress yang di alami. 

Bahan kimia dalam produk rambut
Kebanyakan syampu di pasaran mengandungi bahan kimia merbahaya yang merosakkan rambut. Macam-macam iklan yang kononnya nak luruskan lambut, lebatkan rambut, atasi rambut gugur dan produk ini dijual dengan harga yang murah. Hakikatnya, produk2 ini mengandungi bahan kimia yang akan membuatkan rambut kita semakin rosak.

Ubat-ubatan (herbal atau moden)
Ada beberapa antibiotic (ubatan moden) dan ubatan herbal boleh menyebabkan keguguran rambut. Kadang kala ubat-ubatan ini (herbal dan moden) kononnya boleh digunakan untuk mengubati jerawat jeragat dan parut. Ubat moden yang digunakan untuk merawat kenser boleh menyebabkan keguguran rambut yang sementara.

Kekurangan protein
Pengambilan protein yang tidak mencukupi dan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan rambut mengalami masalah. Ini kerana rambut dibina oleh protein.

Produk shaklee juga mempunyai vitamin-vitamin semulajadi untuk penjagaan rambut yang baik. Untuk memastikan rambut yang sihat, pemakanan yang seimbang adalah perlu. Makanan untuk rambut yang sihat adalah makanan yang kaya dengan Protein, Vitamin B Complex, Zink dan Vitamin C. Dan jika mengamalkan supplemen, pengambilan vitamin-vitamin di atas dan multivitamin akan membantu menghasilkan rambut yang sihat. Namun, pengambilan vitamin haruslah konsisten selama sekurang kurangnya 90 hari kerana sel dlm tubuh hidup antara 90 hingga 120hari. maka perlu masa utk sel menerima dan menyerap dgn baik semua vitamin yg kita ambil.

Vitamin Untuk Masalah Rambut

3.B Complex
6.Set penjagaan rambut (Hair Care) Pro Sante Shaklee

Banyaknya!!...jangan risau, jika anda mempunyai mempunyai kekangan budget, untuk membeli semua di atas, anda boleh mendapatkan vitamin asas sahaja. Hubungi saya untuk tahu yang mana sesuai untuk masalah anda. Insyaallah saya akan tolong selagi mampu dan sesuai dengan budget anda.

Jangan ambil mudah dengan masalah keguguran rambut yang serius. Tidak sempurna kewanitaan itu jika rambut ibarat hidup segan mati tak mahu. Rambut mahkota wanita begitu juga dengan lelaki! Manjakan rambut kita dengan vitamin terbaik, semulajadi dan halal bersih.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:- 

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Tuesday, 14 May 2013

Vivix Shaklee; Bahan Semulajadi Terbaik

Hari ini, yati masih lagi nak tulis tentang Vivix...sebab apa? Sebab yati sangat-sangat teruja dengan vivix ni atau lebih dikenali sebagai sirap merah dikalangan pengguna vivix :-)

Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnyaVivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
Hari ini yati nak share tentang ramuan semulajadi terbaik di dalam Vivix Shaklee ni.

Bahan Semulajadi Terbaik yang Terdapat Dalam Vivix Shaklee

Ramuan Semulajadi Di dalam Vivix

1. Muscadine Grape
  • Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom, yang mana ahli sains percaya mengukuhkan profil polyphenolyna dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan.
  • Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai didalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.
  • Selepas dilakukan kajiselidik tambahan, jenis anggur hebat yang paling mustajab ini dikenal pasti..
  • Seterusnya kumpulan ini, bersama dengan ahli sains dari University Georgia, membangunkan satu proses ekstraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggidengan aktiviti biologi tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri ujian makmal untuk anti-penuaan.
  • Untuk mencipta profil polyphenol yang kuat didalam Vivix, ahli sains menggabungkan resveratrol yang lampau tulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah dan Karet Ungu.
  • Campuran inilah yang bertanggungjawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix.

2. Purple Carrot
  • Ianya adalah sumber terbaik vitamin A, dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes.
  • Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins adalah bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran.
  • Berry mengandungi banyak anthocyanins, terutama sekali blueberry, yang mengandungi aktiviti antioksidan yang teramat tinggi
  • Anthocyanins adalah antioksidan utama didalam karet yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren, dan karet ungu-kuning mengandungi kapasiti antioksidan tertinggi, diikuti oleh karet ungu-oren.
  • Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak didalam semua jenis karet. Asid klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi
  • Sejak kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen.
  • Tambahan pula, ia juga mempamerkan kesan pada saluran darah, platelet dan lipoproteinyang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
3. Elderberry (Sambucus Nigra)
  • Satu daripada manfaat Elderberry adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B.
  • Berry mengandungi flavonoids, yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, dengan yang demikian mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.
  • Pada masa yang sama, Elderberry adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin, yang memberi kesan anti-radang.
  • Ia juga dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selesema atau influenza.
  • Walau bagaimanapun, Elderberry tidak hanya kaya dengan antioksidan, tetapi juga vitamin A, B dan C dan nutrien seperti asid, amino acids, carotenoid, tannin dan rutin.
  • Semua ini adalah manfaat kesihatan yang didapati dari Elderberry.
  • Selain dari menguatkan sistem imun, untuk melawan jangkitan virus dan flu, elderberry dan ekstraknya juga berkesan terhadap keadaan seperti flu, jangkitan yeast, asma, batuk, sesak hidung dan dada dan diabetes.
  • Ia juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan juga menghalang oksidasi kolesterol LDL.
  • Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular.
  • Kesimpulannya, elderberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk, strok dan serangan sakit jantung.
  • Seterusnya lagi manfaat penting dari elderberry adalah pengurangan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.
4. Polygonum Cuspidatum
  • Polygonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepun) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang juga dikenali banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah.
  • Knotweed Jepun adalah sumber komersial Resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah
  • Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional cina.
  • Ahli sains telah banyak melakukan ujian makmal keatas haiwan untuk menentukan manfaat kesihatan resveratrol.
  • Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan,merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet, dan mengurangkan berat badan.
  • Supplemen resveratrol mungkin jawapan untuk memanjangkan usia kita.
  • Ujian sebenar untuk supplemen anti-penuaan ini adalah masa.
  • Dimasa akan datang usia purata adalah didalam lingkungan 120 tahun, mereka yang mengambil supplemen Resveratrol akan berterima kasih untuk satu lagi terobosan saintifik yang penting ini.
Apa-apa pun..supplement hanyalah salah satu usaha kita untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik..semuanya yang berlaku dengan izin ALLAH taala. Di samping berusaha, Doa dan Tawakkal kepada ALLAH S.W.T :-)

Kebaikan VIvix Shaklee, klik SINI

Soal Jawab tentang Vivix, klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 13 May 2013

Kebaikan Vivix Shaklee

Vivix merupakan supplemen  anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee dan ia menjadi pilihan kepada mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan dan juga awet muda.

Mengapa Vivix Sangat Bagus dan Terbaik kepada anda?

1. Kerana Vivix Melindungi dan membaiki Sel DNA.
  • Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
2. Kerana Vivix Mengawal Genetik dan Seterusnya Membantu Melambatkan Penuaan Sel.
  • Didalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan.
3. Kerana Vivix Membantu Meningkatkan Tenaga Dalam Sel
  • Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitichondria (penjana tenaga dalam tubuh) untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.
4. Kerana Vivix Melambatkant Pembentukan AGE
  • Penimbunan berlebihan protin AGE (Advanced Glycation end Products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sel yang mengganggu keutuhan sel dan usia kita.
  • Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukan AGE.
Kebaikan Vivix yang lain juga ialah menolong membantu , menjaga dan memelihara:-

♥Kesihatan Jantung
♥Kesihatan Otak
♥Meningkatkan Sistem Imun
♥Kesihatan Sendi
♥Perlindungan Antioksidan
♥Peningkatan tenaga pada tahap sellular
♥Kesihatan yang Menyeluruh


VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, jantung, masalah sendi dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.

Yang menjadikan Vivix lebih ISTIMEWA kerana ianya  SEMULAJADI dan juga BAHAN-BAHAN utamanya telah diuji secara KLINIKAL EKSKLUSIF untuk Shaklee.

Dengan pembelian 2 botol Vivix, anda akan mendapat keahlian shaklee secara percuma!

Soal jawab tentang Vivix Shaklee, klik SINI

Klik sini untuk lihat Testimoni Vivix..

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 9 May 2013

Awet Muda;Tips mengikut Islam

"Siapa nak awet muda?"saya rasa semua orang akan jawab "saya naaakkk awet muda..."..termasuk saya sendiri pun nak.:-)..selalunya jika kita sebut tentang awet muda semua akan fikir orang perempuan je nak awet muda...sebenarnya tak kira lelaki ke perempuan semua minat nak awet muda..cuma orang lelaki ni dia tidak se"excited" perempuan..orang lelaki nak tapi tak tunjuk..macam malu2 kucing gitu. Contohnya..kalau ada orang cakap suami saya awet muda...mesti suami saya senyum sampai telinga..(minta ampun ya en.suami..sebab jadikan contoh dlm entry kali ini..jgn marah nnt cepat tua..hahaa)



Ok, jom kita lihat di antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan untuk awet muda. Terdapat banyak petua awet muda sebenarnya...Berikut diantara petua dan rahsia awet muda cara islam yang boleh dijadikan panduan untuk anda semua:-

Wednesday, 8 May 2013

Vivix Shaklee; Kesihatan Menyeluruh dan Awet Muda

Revolusi Terbaru dari Shaklee 

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.

Apakah Polifenol?
Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Antioksidan polifenol dapat mengurangi risiko penyakit jantung, pembuluh darah (Strok, darah tinggi, diabetes dll), kanser dan juga dapat mengurangi risiko penyakit Alzheimer.

VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.

Apakah Resveratrol
Resveratrol adalah sebatian antioksidan semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan, biji benih, dan buah-buahan, termasuk anggur dan produk dari anggur seperti wain merah. Resveratrol adalah polifenol yang telah didapati berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal dari seluruh dunia. Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh melambatkan penuaan selular dan boleh mengaktifkan pengawalselia genetik jangka hayat selular yang lebih panjang, yang mungkin mempunyai kesan positif terhadap DNA, kesihatan selular, dan kadar metabolisme *

Siapakah yang memerlukan Vivix?

Wednesday, 1 May 2013

Supplement untuk Penyakit Gout

Apa itu Penyakit Gout?

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

supplement untuk gout


Tanda Gout

1. Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
2. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
3. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
4. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
5. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
6. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
7. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi

1. Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
2. Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
3. Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
  • Kegemukan
  • Darah tinggi
  • Hiperlipidemia
  • Diabetes
Siapa yang berisiko ?

Wednesday, 24 April 2013

Kebaikan Nutriferon Shaklee

Sebelum ini yati dah cerita apa itu nutriferon, bagaimana ia bertindak, siapa yang memerlukan Nutriferon kenapa kita perlu ambil Nutriferon kan..jadi kali ini, yati nak cerita lebih lanjut lagi tentang kebaikan Nutriferon. Seperti yang telah kita ketahui, Nutriferon merupakan salah satu "immune booster" yang Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang mempunyai masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT, sakit yang LAMBAT RECOVER, SELSEMA, BATUK dan juga RESDUNG. Sebenarnya banyak lagi kelebihan Nutriferon yang patut kita ketahui...jom kita lihat kebaikan Nutriferon yang lain...

  • Menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.Jadi dapat membantu:- 
            a.Bantu sesiapa yang hadapi masalah tahap keimunan sering berkurang
         b.Sesuai untuk yang kerap selsema, kerap demam dan kerap jatuh sakit melebihi seminggu.
         c.Ibu menyusu yang mana anaknya masih kerap demam atau demam berpanjangan
  • Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.
  • Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.

  • Melindungi terhadap influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.
  • Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.
  • Kelewatan Penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.
  • Masalah Menopaus - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.
  • Membantu masalah PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.
Bagi yati, Nutriferon ini mesti ada dalam "first aid kit" di rumah masing-masing, dan sangat lah penting kepada sesiapa sahaja yang suka travelling...yati dan famly pun dah jatuh cinta dengan nutriferon ni.:-)

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:- 

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Thursday, 18 April 2013

MealShake Supplement Terbaik untuk Anak Anda

MealShake merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Ia adalah pilihan protein soya terbaik untuk kehidupan seharian kita semua. 

Setiap bancuhan MealShake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Tiada perasa tiruan atau warna tambahan. 

Keistimewaan MealShake ialah ia tinggi dengan protein. Di mana protein penting untuk:-
  • Protein berfungsi untuk membentuk sel baru bagi menggantikan sel mati atau sel yang telah rosak.
  • Protein digunakan untuk membina tisu penghubung pada ligamen, tendon dan otot.
  • Protein digunakan untuk mensistesiskan antibodi bagi mempertahankan badan daripada penyakit.
  • Protein berfungsi untuk mensintesiskan hormon bagi koordinasi badan 

7 sebab Meal Shakes penting untuk kanak-kanak!!

Testimoni Nutriferon Shaklee

Assalamualaikum dan salam sayang. Sebelum ni yati ada tulis pasal keistimewaan Nutriferon Shaklee kan. So, hari ni yati nak kongsi testimoni daripada pengguna yang telah ambil nutriferon.Ok jom kita lihat apa kata mereka....:-)

Testimoni Nutriferon 1


Testimoni Nutriferon 2


Testimoni Nutriferon 3



Testimoni Nutriferon 4



Testimoni Nutriferon 5

Jadi macam mana? Magic kan?hehehe.Sebenarnya banyak lagi testimoni pasal Nutriferon ni...kalau nak share satu2...blog yati nanti penuh dengan testimoni nutriferon jelah. Yati sendiri pun mengamalkan nutriferon ni selain daripada vitamin2 shaklee yang lain. Alhamdulillah yati sangat2 suka dan rasa akan keberkesanan nutriferon ni. Apa2 pun...kita hanya berusaha  dan penyembuhnya hanya ALLAH taala. Supplement ini hanya salah satu usaha kita ya. Disamping mengamalkan supplement kita juga wajib berdoa dengan ALLAH taala.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663 ID No :909121

Wednesday, 10 April 2013

Nutriferon Shaklee:Tingkatkan sistem imun anda

Bulan April adalah bulan promo untuk Nutriferon Shaklee, so yati nak share tentang manfaat Nutriferon ni. Yati start makan Nutriferon ni selepas kedua2 anak yati kena brokitis...selepas dua minggu sihat dan makan antibiotik, anak sulung (ukasyah) yati diserang batuk2 lagi..jadi membuatkan yati gelabah dan tidak senang duduk. Bila jumpa doktor, yati kena marah..huhuuh..dan doktor bagi tempoh dalam 3 hari lagi sebelum kena ambik antibiotik buat kali kedua. Balik dari hospital terus order Nutriferon. Apa yg yati buat...1 sachet Nutriferon yati bahagikan 4 bahagian. 1 hari ambik 1 kali je. Yati masukkan dalam susu..sebab yati budget anak yati xkan mkn kalau bagi makan macamtu je. Yati sendiri pun consume juga sebab protect untuk anak kedua yang fully BF. Di samping tu yati bagi anak yati makan omega guard 1 biji sehari. Alhamdulillah ukasyah sihat walafiat dengan izin ALLAH taala..kita hanya berusaha penyembuhnya hanya ALLAH taala. Sekarang antibodi kedua2 anak yati juga alhamdulillah lebih baik. kalau sebelum ni ukasyah boleh dikatakan tiap2 bulan akan check in klinik Dr.Erlina...hehehe..Ok lah..jom kita berkenalan dengan Nutriferon Shaklee.

Apa itu Nutriferon?

Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang mempunyai masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang LAMBAT RECOVER. NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.

Apakah interferon?
Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954, iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.

Siapakah yang Memerlukan Nutriferon?

1. Individu yang ingin menguatkan sistem imun dan seterusnya mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum

2.Individu yang menghadapi masalah sistem imun.

3.Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi. 

4.Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu. 

5.Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.

6.Individu yang diet mereka tidak optimum.

7.Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan.

Kenapa perlu Nutriferon?

Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu:-
- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan berjangkit.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dan sebagainya.

Bagaimana Nutriferon bertindak?

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan.

Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan *:
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.


Kenapa Nutriferon Shaklee?

Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon
Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.*

Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*
Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*

Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia
Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

Rumusan Berpaten Yang Eksklusif
NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

Cara pengambilan :
Satu minggu sekali sahaja untuk mereka yang sihat, ATAU,
Satu paket sehari (atau, jika perlu),di minum bersama air. Sila minum secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan.
*Sekarang yati dah tak masukkan nutriferon ke dalam susu ukasyah...sebab apa?sebab ukasyah dah boleh makan macam tu aje...hehehe..yati letak serbuk nutriferon atas hujung jari lepastu bagi dia jilat.kalau bagi satu sachet tu yati rasa habis...oh anakku...:-)

Kenali Sistem Imun Anda

Testimoni Pengguna Nutriferon

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121