Thursday, 21 March 2013

Ostematrix lebih daripada sekadar Kalsium

Adakah anda mengalami gejala seperti sakit pinggang, sakit lutut, sengal-sengal pinggang, kejang otot, kebas dan rasa mencucuk sekeliling tangan dan kaki, keletihan, rambut kasar, kuku rapuh, tumit pecah dan kasar? Jika anda mengalami tanda-tanda di atas, ini menunjukkan anda kekurangan kalsium. Cukupkah pengambilan kalsium dalam diet seharian anda? Cukupkah anda mengambil 4 gelas susu sehari? Cara mudah untuk atasi masalah kekurangan kalsium ini adalah dengan mengambil pil kalsium shaklee atau lebih dikenali sebagai ostematrix.

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Mari kita lihat apa yang terkandung didalam Ostematrix Shkalee
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi.
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Manfaat utama Ostematrix/Kalsium ialah

1. Menguatkan tulang 
- Kalsium menghalang osteoprosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf. Ia juga merawat gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas
-pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

3. Meringankan stress
-Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur dengan selesa.

4.Memperbaiki masalah haid
- Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh
- Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

7. Vitamin D
-Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal

8. Magnesium
- Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf, dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata penyakit jantung, menghalang endapan kalsium yang menyebabkan penyakit batu karang.

9. Zinc, boron, manganes, kuprum
- Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

Tips untuk memilih kalsium yang terbaik untuk kesihatan anda:-
  1. Pilih produk yang ada vitamin D dan Magnesium
  2. Elakkan produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.
  3. Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

Justeru, amat disarankan anda semua mengambil Ostematrix Shaklee(kalsium magnesium) dalam diet harian anda. Baik mencegah sebelum parah. Jika lambat bertindak, dan paras kalsium anda semakin kritikal, potensi untuk menghidapi osteoporosis akan berlaku.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 20 March 2013

Tips Elak Perut Buncit

Perut buncit?Oh tidak...saya pasti semua orang kalau boleh tak nak perut buncit kan? saya sendiri, apabila rasa macam perut buncit je mula la naik gelabah...so sebelum menjadi lebih parah, baik kita cuba atasi dengan segera..orang kata mencegah lebih baik dari mengubati...(",)
Kali ini, yati nak share beberapa tips dan panduan untuk elak dari perut buncit yang di ambil daripada dietitian syima.

Ramai antara kita akan perasan berat kita naik apabila perut kita makin buncit, bulat atau seluar kita makin ketat. Lemak yang berlebihan di bahagian perut adalah amat bahaya kerana akan melemahkan organ-organ berhampiran seperti hati, jantung, pancreas dan lain-lain. Lemak di kawasan ini juga adalah yang paling tidak stabil, maksudnya bila-bila masa boleh masuk kedalam darah dan blok mana-mana salur darah yang boleh mengakibatkan sakit jantung ataupun strok.



Macammana perut buncit terjadi?

Perut buncit terjadi disebabkan oleh aktiviti harian kita yang tidak aktif, cara pemakanan yang tidak betul, penghasilan hormone kortisol dalam otak kita yang menyebabkan kita stress dan perubahan hormone disebabkan menopose. Kebanyakan orang yang mengalami masalah berat badan berlebihan biasanya mempunyai perut yang buncit. Tetapi masalahnya ramai juga yang mempunyai berat badan yang ok, menghadapi masalah perut buncit juga.

Bagaimana mengatasinya?

Untuk mengatasi masalah perut buncit, keseluruhan faktor yang menyebabkan perut buncit perlu diambil kira. Bukan hanya dengan menurunkan berat badan, masalah perut buncit dan masalah kesihatan kita akan dapat diatasi. Di sinilah pentingnya amalan diet yang betul dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Tak kisahlah cara apa atau alat apapun yang digunakan untuk menurunkan berat badan, jika tujuan utamanya adalah untuk mendapat kesihatan yang optimum, Diet yang betul dan amalan cara hidup sihat tidak boleh ditinggalkan. Ini adalah satu-satunya cara untuk memenuhi impian kita untuk sihat dan cantik.

Diantara tips-tips dan  panduan untuk mengelak daripada perut buncit ialah:-

1.Kurangkan makanan berminyak, bergoreng dan berlemak

2.Kurangkan minuman manis terutama minuman bergas

3.Pastikan minum cukup air kosong (setiap 25kg berat badan memerlukan 1litre air). Air kosong tidak 
mengandungi kalori tetapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.

4.Jangan makan terlalu banyak pada satu-satu masa

5.Ambil masa 15 minit untuk berjalan setiap kali selepas makan

6.Pastikan mengambil makanan tinggi serat setiap kali makan kerana ia boleh melambatkan proses penghadaman makanan. Cth: sayur, buah, wholegrain dll.

7.Amalkan senaman dan jadi lebih aktif. Selain membakar lemak, senaman juga dapat menghasilkan hormone dopamine yang boleh mengurangkan stress dan memberi mood ceria kepada kita.

8.Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar.

9.Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

10.Lakukan senaman latih tubi atau ‘sit up’ di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.

11.Dapatkan tidur yang berkualiti dan cukup kerana ia boleh mengurangkan hormone kortisol yang dapat mengurangkan stress kita.


"Sit Up' boleh membantu mengempiskan perut

Jom sama-sama kita amalkan..selain daripada dapat perut kempis ia juga membantu memberikan kesihatan yang baik kepada kita..in shaa allah. Kalau yati no 7, 10 dan 11 susah nk di lakukan...huhu..

Jika anda berminat dengan set shap-up shaklee boleh klik di sini.

Herb-Lax juga dapat membantu anda dalam mengatasi masalah perut buncit.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 19 March 2013

Tips Tidur Bersama Bayi Anda


Tahukah anda bahawa tidur bersama si manja memberi banyak kebaikan kepada ibu bapa dan bayi sendiri. Namun sebelum membuat keputusan untuk tidur bersama, pastikan panduan berikut dipatuhi agar dapat menikmati kebaikannya.

Waktu tidur adalah masa yang penting untuk bayi kerana mereka membesar dan berkembang cepat ketika ini. Pastikan mereka mendapat tidur yang lena dan selesa di samping papa dan mama.

1. Pastikan ini satu persetujuan bersama

Sebelum mengambil keputusan ini bincang dengan pasangan. Pastikan anda berdua bersetuju mempraktikkan cara ini. Jika salah seorang ragu, beri masa untuk mempertimbangkan semula. Ini kerana tidur bersama hanya selesa jika dipersetujui oleh papa dan mama.

2. Dapatkan katil yang besar

Saiz katil memainkan peranan penting menjayakan perkara ini. Tidur bersama bukan perkara yang selesa atau menyeronokkan jika katil terlalu kecil. Katil bersaiz besar adalah yang terbaik tetapi jika bajet anda (atau bilik tidur anda!) tidak begitu besar, belilah kot tepi katil (yang anda boleh dilekapkan di tepi katil anda) atau letakkan kot biasa di tepi katil anda dengan susurnya diturunkan.

Walaupun ini tidak penting, sebenarnya ia memudahkan anda menyentuh atau mengusap bayi jika boleh menyesuaikan tinggi tilam bayi bersamaan dengan tilam anda. Cara ini amat sesuai jika bayi berpusing-pusing/bergerak. Dia masih boleh dicapai dengan mudah.

3. Keselamatan tilam

Pastikan tilam adalah selesa dan selamat. Bayi boleh lemas atau terlebih panas jika dia tidur atas tilam lembut atau dikelilingi oleh bantal serta alas dan selimut yang longgar. Jika katil anda berangka atau mempunyai kepala atau diletakkan di tepi dinding, pastikan tiada ruang antara tilam dengan rangka, atau tilam dengan kepala katil atau dinding, supaya tiada risiko bayi anda jatuh.

4. Guna cadar dan selimut yang minima

Penggunaan cadar dan selimut yang minimum perlu dilakukan apabila anda tidur bersama dengan bayi yang berusia kurang dari 12 bulan. Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko bayi lemas atau terlalu panas. (Ini mungkin berlaku semasa tiga bulan pertamanya; dari tiga hingga 10 bulan, risiko terbesarnya ialah jatuh ke dalam ruang antara tilam dan rangka katil, kepala katil atau dinding.) Ada juga kemungkinan dia akan dihimpit oleh bantal tambahan atau anak patung lembut. Jadi jauhkan semua ini dari katil anda!

5. Jangan lakukan di atas sofa atau katil air

Sofa tidak selamat untuk dijadikan tempat bagi tidur bersama bayi. Si manja anda boleh terhimpit dalam ruang antara kusyen atau antara anda dan belakang sofa. Katil air terlalu lembut dan mungkin mempunyai ruang-ruang yang dalam di sekeliling rangka dan bayi anda mungkin terperangkap. Tambahan pula, pergerakan badan anda juga boleh menyebabkan bayi anda melayang dari katil.

6. Pastikan bayi selesa

Membalut bayi kecil dengan bedung atau pakaian yang selesa amat penting bagi mengelakkannya berasa panas. Pilih fabrik yang nipis semasa tidur kerana sentuhan dengan kulit orang lain akan meningkatkan suhu kulitnya. Satu petua yang baik ialah: jika anda selesa, bayi juga akan berasa selesa.

7. Tiada bantal di sisi bayi

Jangan sekali-kali membiarkan bayi tidur di atas bantal sebab ia berisiko untuk jatuh atau lemas di dalam lipatan. Periksa bayi dengan kerap untuk memastikan dia tidak menggelungsur ke bawah sehingga kepalanya tertutup oleh selimut atau duvet. Ini boleh menyebabkan bayi menjadi terlalu panas atau sukar bernafas.

8. Jangan biarkan bayi dan kanak-kanak kecil tidur bersebelahan

Anda boleh berkongsi katil dengan bayi dan kanak-kanak kecil selagi mereka tidak tidur bersebelahan. Kanak-kanak kecil tidak faham bahawa bayi tidak boleh melindungi diri daripada lemas dan mereka boleh berguling ke atas bayi atau meletakkan lengan di mulut atau kepala bayi secara tidak sengaja. Kanak-kanak kecil juga kerap tidur berpusing dan boleh memukul atau menendang bayi secara tidak sengaja. Jangan biarkan bayi dan kanak-kanak kecil tidur bersama sendirian di atas katil yang sama. Anda dan suami perlu tidur di antara mereka.

9. Jangan tinggalkan bayi tidur sendirian di atas katil

Walaupun bayi kelihatan selamat jika tidur di tengah-tengah anda dan suami, namun dia akan mudah jatuh jika anda bangun untuk ke tandas atau bangun lebih awal di waktu pagi. Ramai ibu bapa meletakkan bantal di kedua-dua sisi bayi apabila dia tidur sendirian, tetapi ini bukanlah idea yang baik kerana bayi boleh berguling ke dalam bantal dan menjadi terlalu panas dan/atau sukar bernafas. Secara idealnya, beli susur katil yang melekap pada katil atau letakkan dia di tempat yang selamat seperti raga bayi atau kot semasa anda di luar bilik.

10. Tidak sesuai untuk pesakit apnea dan perokok

Penyakit tidur seperti apnea tidur boleh membuatkan tidur sangat lena sehingga boleh membahayakan bayi jika tidak sedar apabila anda menghimpit bayi. Ibu bapa yang merokok juga tidak boleh tidur bersama. Tiada siapa tahu mengapa, tetapi apabila perokok tidur bersama bayi mereka, risiko kematian kot adalah lebih tinggi.

Adakah tidur bersama sesuai untuk semua kanak-kanak dan orang dewasa? Mungkin tidak. Tiada model yang bersesuaian dengan semua orang dalam gaya tidur untuk anda dan anak. Sesetengah ibu bapa suka tidur dengan anak-anak mereka dan sesetengahnya tidak. Sesetengah kanak-kanak memerlukan belaian yang lebih pada waktu malam dan sesetengahnya tidak. Bukan semua kanak-kanak mahu tidur sepanjang malam, setiap hari dengan ibu bapanya. Anda perlu mencuba beberapa cara tetapi lambat laun anda akan dapat satu kaedah yang sesuai dengan anda, suami dan bayi anda.


Credit: Pa&Ma


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Sunday, 17 March 2013

Vitamin Shaklee Untuk Lelaki yang Mementingkan Kesihatan dan Kecergasan

Saya percaya, mesti orang tertanya-tanya vitamin shaklee ini hanya khas untuk wanita sahaja ke? Jawapannya sudah tentulah tidak...vitamin shaklee sesuai untuk semua peringkat umur dari awal 1 tahun ke atas, perempuan dan lelaki. Sebab apa?sebab bukan perempuan sahaja yang kena menjaga kesihatan...kesihatan juga penting untuk kaum lelaki. Seorang ayah kena mempunyai kesihatan yang baik untuk memudahkan perjalanan dalam mencari rezeki. Sudah tentu wanita di luar sana ingin mencari calon suami yag sihat walafiat bukan...memang betul sakit, ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki ketentuan ALLAH taala, tetapi kita sendiri mesti berusaha untuk mendapatkan yg terbaik bukan?
Berbalik kepada vitamin untuk lelaki, shaklee ada menyediakan set vitamin untuk lelaki iaitu " Men's Vital Health Set ".

Lelaki juga tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok dan banyak lagi.

Ada diantara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30thn yg membawa kpd masalah kesihatan yg rumit dalam hidup mereka seperti:-
1.Mati pucuk
2.Pembesaran prostat
3.Kelesuan
4.Kurang tenaga dan stamina

Set men’s Vital Health Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki.

Di antara kebaikannya ialah:
  • Memelihara kesihatan prostat
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung yg sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolestrol yg sihat
Vitamin untuk lelaki terdiri daripada:

Jika nak lagi power dan untuk kesihatan secara menyeluruh boleh tambah Vitalea(Multivitamin), B complex, Ostematrix(Kalsium) dan Vitamin C. Ia akan memberikan nutrien yang berkhasiat kepada kesihatan supaya kekal sihat dan bertenaga..

Jika anda merokok, dan berdengkur sewaktu tidur serta mengalami masalah jantung, saya sarankan anda mencuba CoQHealth (Q10) shaklee.

Manfaat lain ialah:-
  • Membantu meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Membantu berasa lebih bertenaga
  • Menguatkan sistem imun
  • Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat
Jika anda sering merasa letih, lesu, penat, tak perlulah nak ambil ubat-ubat lain, cukupkan keperluan tubuh anda dengan vitamin dan mineral yang diperlukannya.
Boleh dihadiahkan kpd en.suami tercinta, ayah tersayang,abg,adik atau sesiapa sahaja yg mementingkan kesihatan dalaman dan luaran :-)

Dapatkan set Men's Vital Health sekarang. Order di sini Set Men's Vital Health

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:- 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Sunday, 10 March 2013

Panduan Memilih Soya yang Terbaik

Seperti yang sedia maklum, pelbagai jenis soya terdapat di pasaran, ada jenis serbuk, kotak, dan sebagainya. Saya percaya kebanyakan kita memang suka makan atau minum soya kan? Persoalannya di sini ialah, adakah soya yg kita ambil dalam diet seharian selamat atau tidak?

Jom kita lihat tips bagi memilih soya yang terbaik:-

1. Kacang soya itu ditanam secara organik
  - Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic? Ini kerana kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Dan dari segi kajian sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.

2. Soybean tu mestilah Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)
- Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan.

3. Protein Soya itu mesti mengandungi 9 asid amino perlu
- Ini ciri yang amat penting. Badan memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, dan enzim. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

4.Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dengan air bukan dengan  
   alkohol
- Alkohol tu haram yelah satu hal juga. Tapi kalau dicuci dengan alkohol, ianya akanmemusnahkan kandungan isoflavone, up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dll. Isoflavone juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.

5.Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan 
- Soya yang mentah mengandungi sebatian "anti-growth" & "anti-tyrosine". Sedangkan kalau kekurangan bahan-bahan ini akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the highest level of amino acids and isoflavones which are very sensitive to heat.

6. Proses pembuatan protein soya sebaiknya tanpa pemanasan
- Asid amino sangat sensitif dengan suhu yang panas. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some essential amino acids. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result

7. Soy isolate itu mesti ditambah dengan unsur kalsium
- Kajian/artikel melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yang demikian unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam protein soya itu untuk meneutralkan kembali serbuk soya tersebut. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium ini.

Itulah 7 tips untuk panduan kita dalam memilih soya...Jadi, bagaimana pula dgn ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee? Semestinya QC PASSED..mengikut syarat-syarat dalam pemilihan soya yg terbaik!..hehehe...Sebab itulah saya minum ESP tanpa was-was dan ragu2...Jadi kita mesti ingat pengambilan secara berlebihan bagi mana-mana makanan juga tdk elok, termasuk lah pemakanan soya.

Wallahu a'lam....
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:- 

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Isu Soya : Bahaya atau Tidak ?

Isu tentang soya bahaya kepada kesihatan sering di perkatakan oleh orang ramai. Ramai juga mempertikaikan kepentingan soya kerana isu mempopularkan Soya ini, konon-kononnya ditimbulkan dari US supaya org beramai-ramai beli dari pengeluaran soya US ini.
Pengambilan soya dalam kuantiti yang banyak dikatakan memberi kesan buruk pada kesihatan. Ia kerana asid phytic yang dikatakan menghalang penyerapan nutrien oleh tubuh dan isoflavones yang mempunyai ciri-ciri menyerupai estrogen.

Jadi adakah soya itu bagus atau bahaya?

Perlu kena ingat bahawa jangan terlalu terpengaruh dengan ‘hype’ samada baik atau buruk. Ya benar mungkin kajian saintifik terbaru ada benarnya tapi itu tak bermakna keputusannya adalah mutlak. Kajian yang dibuat masih sedikit dan ia dilakukan ke atas TIKUS. Ia mungkin berwawasan tapi bukan sesuatu yang konklusif.
Manakala ujian ke atas manusia tidak membuktikan bahawa isoflavone soya memberi kesan kepada tisu-tisu kanser.
Perkara kontroversi ni memang menakutkan, bukan? Namun kena ingat, too much of good things can be bad. Kerana itu kehidupan kita kena seimbang, dalam Islam pun mengajar tentang tawazun (seimbang) dan wasatiah (besederhana). Jangan terlalu terpengaruh dengan perkara ‘hype’, ia mungkin membawa kepada pelbagai fitnah dan berita palsu.
Banyak dah kita lihat, dari perkara kecil tetapi ‘hype’ membawa kepada fitnah yang akibatnya lebih dahsyat.
Malah, terdapat banyak teori tentang bagaimana pemakanan (samada soya atau benda lain) mempengaruhi kesihatan.

Walau bagaimanapun, kembali kepada fitrah yang asal:-
  • Makan dan minumlah makanan dan minuman yang dihalalkan oleh Allah
  • Besederhana dalam memilih makanan
  • Jangan mencela makanan
  • Makanlah makanan sebenar, bukan makanan yang diproses dan dicampur macam-macam
  • Amalkan diet yang seimbang
Bukan soal makanan saja, asas-asas kesihatan yang baik terdiri dari:-
  • Makanan yang sihat dan seimbang
  • Aktiviti yang sihat (aktiviti fizikal)
  • Pemikiran yang sihat
  • Roh yang sihat
  • Suasana yang sihat
  • Masyarakat yang sihat
Credit to :Vitamin Semulajadi(http://vitaminsemulajadi.com/soya-bahaya-atau-tidak/)

Jom kita lihat apa kata Dr.Zubaidi tentang kesan soya.


Sumber : http://drzubaidi.com/blog/?p=180#comment-7770

Walau bagaimanapun, kita harus berhati-hati dan menolak perkara yang kita was-was, tapi jangan sampai timbul fitnah. Oleh itu memang wajar kita jauhi benda2 yang kita khuatiri. Begitu juga dalam memilih soya, tidak semua soya sama. Ia bergantung kepada bagaimana ia diproses dari awal pembenihan lagi!



Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:- 

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Wednesday, 13 February 2013

Teknik Memerah Susu Badan

Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku. 

Memerah dengan tangan
  • memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran.
  • basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
  • sediakan bekas yang bersih dan steril.
  • lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa.
  • boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa.
  • buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex).
  • melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks.
  • tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu- buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan).
  • tekan payudara ke belakang ke arah dada.
  • perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan.
  • teruskan memicit sehingga susu keluar.
  • perah ke dalam bekas yang bersih dan steril.
  • buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar.
  • tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut).
  • ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu.
  • tukar ke payudara yang satu lagi.
  • urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi.
  • perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir.
  • setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

Memerah dengan pam payudara
  1. baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya.
  2. basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam.
  3. basuh tangan dengan bersih.
  4. duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa.
  5. rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex).
  6. posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield.
  7. mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri).
  8. boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan.
  9. pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir.
  10. masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

Panduan-Panduan Lain

1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan

2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)

3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan

4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump

5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)

6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)

7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu

8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi


*Pengalaman yati sendiri, pada awalnya yati guna pam manual je pam anakku..bila kerja kadang-kadang yati nk cepat so xguna pam..just guna manual. Bila dah try sekali...dh jadi tabiat pula.skrg yati dah xguna pam..just guna tgn je. Alhamdulillah ank yati(7bln ++) masih lagi fully BF.

Happy Breasfeeding ya kepada ibu-ibu yang gorgeous di luar sana :-)

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:- 

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Sunday, 10 February 2013

Vita-Lea Shaklee;Multivitamin dan Multimineral yang Hebat

Vita-Lea® Iron Formula

Multi vitamin & Multi mineral yang Hebat

Vitalea Shaklee merupakan suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai The Best Multi Vitamin di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Manfaat Utama Vita-Lea
  1. Penambahan Tenaga Segera - Pemberi tenga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu memori dan fokus dalam aspek pembelajran mahupun kerja seharian.
  2. Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan syuran (vegetarian) dan anaemia.
  3. Keupayaan sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  4. Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  5. Elemen penting pada sel tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  6. Melindungi organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
  7. Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  8. Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh.
  9. Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*

Vita-Lea 

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:- 

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 7 February 2013

Lecithin Shaklee; Kurus yang Sihat

Apakah Lecitihin?
- Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone
- Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
- Untuk komersil didapati dari telur, jagung & kacang soya
- Fat Emulsifier - Melarutkan lemak

Apakah kandungan Lecithin?
- Asid linoleik (essential fatty acid) yang amat diperlukan oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan ia perlu diambil melalui diet harian
- Kolin - satu komponen neurotransmitter (memberikan impuls dari saraf satu ke saraf yang lain)
- Asetikolina - bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
- Inositol - sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

Perbezaan lecithin Shaklee
-Diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol.

Apakah Manfaat Utama Lecithin?

1. Pemecahan lemak dan kolestrol. 
- Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke,heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000 - 7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yang sebegini.
-Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.

2.Pelangsingan 
- Menghalang obesity.Pengambilan dalam kuantiti yg banyak(tdk melebihi dos) mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

3. Melindungi hati
- menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak.

4. Penting untuk fungsi otak
- Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress.
-Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan dan menghalang Alzheimer

5. Mencantikkan otot dan kulit
- Membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisme dan melambatkan penuaan.

6. Memperbaiki alergi
- Menghalang platelet darah dari mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

7. Menghalang kejadian batu karang
- 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecitihn mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

8. Menghalang tekanan darah tinggi
9. Memperbaiki prostat lelaki

10.Meringankan sembelit
- Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.

Waaaa...banyaknya manfaat lecithin...macam-macam boleh...belum cuba belum tahu..tak kenal maka tak cinta :-)


Lecithin Emulsifier Semulajadi Akademi Sains Nasional (The National Academy of Sciences) telah menentukan bahawa kolina adalah penting dalam pemakanan kerana ia meningkatkan kesihatan otak, hati, sistem kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuro-penghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. 

  • Setiap kapsul membekalkan 530 mg lesitin, termasuk 80 mg fosfatidilkolina dan 48 mg fosfatidilinositol 
  • Diperolehi secara semula jadi daripada kekacang soya 
Harga Pasaran:
  • RM 62.50 (WM) 
  • RM 75 (EM)

Untuk mendapatkan harga yang hebat boleh hubungi yati ya.


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Vita-C Chewable:Untuk Orang Sukar Menelan Pil

Adakah anda seorang yg sukar untuk menelan pil? Jika ya, yati pasti setiap kali anda sakit mesti saat yang paling menakutkan anda lah part untuk makan ubat kan? Jangan ingt kanak2 sahaja yg mengalami masalah ini ya...ada juga org dewasa takut untuk menelan pil, tambahan klu pil yg nak dimakan tu besar...habis satu botol airpun ubat masih xjalan2 juga :-).
yati ingt lg klu dulu2..masa kecik bila nk kena mkn panadol tu yati pecahkan 4...bg kecil sikit.heheh..tapi sekarang dh ok. Boleh je telan mana2 ubat.
Untuk anda yang mengalami masalah ini, jangan risau ya..shaklee ada vitamin yg tidak perlu telan...Jeng...je...jeng....vitamin tersebut ialah Vita-C Chewable 100mg dan Vitalea for children.
So, kali ini yati nk share tentang Vita-C Chewable 100mg. 


Kelebihan Vita-C Chewable 100mg
  1. Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh.
  2. Penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.
  3. Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. 
  4. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.
  5. Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.
  6. Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.
  7. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Jadi vita-C ni kita boleh la share ngan anak-anak kita sekali. Selalunya ank2 klu tgk apa yg ibu bapa diaorang makan mesti diaorang nak sama kan..so apa lagi masa nk mkn tu makan je depan anak-anak, tak yah nak paksa2 diaorang makan ubat. In shaa allah satu famly sihat. Yang penting kena lah beristiqamah dan tawakkal kpd ALLAH taala.


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121