Sunday, 10 March 2013

Isu Soya : Bahaya atau Tidak ?

Isu tentang soya bahaya kepada kesihatan sering di perkatakan oleh orang ramai. Ramai juga mempertikaikan kepentingan soya kerana isu mempopularkan Soya ini, konon-kononnya ditimbulkan dari US supaya org beramai-ramai beli dari pengeluaran soya US ini.
Pengambilan soya dalam kuantiti yang banyak dikatakan memberi kesan buruk pada kesihatan. Ia kerana asid phytic yang dikatakan menghalang penyerapan nutrien oleh tubuh dan isoflavones yang mempunyai ciri-ciri menyerupai estrogen.

Jadi adakah soya itu bagus atau bahaya?

Perlu kena ingat bahawa jangan terlalu terpengaruh dengan ‘hype’ samada baik atau buruk. Ya benar mungkin kajian saintifik terbaru ada benarnya tapi itu tak bermakna keputusannya adalah mutlak. Kajian yang dibuat masih sedikit dan ia dilakukan ke atas TIKUS. Ia mungkin berwawasan tapi bukan sesuatu yang konklusif.
Manakala ujian ke atas manusia tidak membuktikan bahawa isoflavone soya memberi kesan kepada tisu-tisu kanser.
Perkara kontroversi ni memang menakutkan, bukan? Namun kena ingat, too much of good things can be bad. Kerana itu kehidupan kita kena seimbang, dalam Islam pun mengajar tentang tawazun (seimbang) dan wasatiah (besederhana). Jangan terlalu terpengaruh dengan perkara ‘hype’, ia mungkin membawa kepada pelbagai fitnah dan berita palsu.
Banyak dah kita lihat, dari perkara kecil tetapi ‘hype’ membawa kepada fitnah yang akibatnya lebih dahsyat.
Malah, terdapat banyak teori tentang bagaimana pemakanan (samada soya atau benda lain) mempengaruhi kesihatan.

Walau bagaimanapun, kembali kepada fitrah yang asal:-
  • Makan dan minumlah makanan dan minuman yang dihalalkan oleh Allah
  • Besederhana dalam memilih makanan
  • Jangan mencela makanan
  • Makanlah makanan sebenar, bukan makanan yang diproses dan dicampur macam-macam
  • Amalkan diet yang seimbang
Bukan soal makanan saja, asas-asas kesihatan yang baik terdiri dari:-
  • Makanan yang sihat dan seimbang
  • Aktiviti yang sihat (aktiviti fizikal)
  • Pemikiran yang sihat
  • Roh yang sihat
  • Suasana yang sihat
  • Masyarakat yang sihat
Credit to :Vitamin Semulajadi(http://vitaminsemulajadi.com/soya-bahaya-atau-tidak/)

Jom kita lihat apa kata Dr.Zubaidi tentang kesan soya.


Sumber : http://drzubaidi.com/blog/?p=180#comment-7770

Walau bagaimanapun, kita harus berhati-hati dan menolak perkara yang kita was-was, tapi jangan sampai timbul fitnah. Oleh itu memang wajar kita jauhi benda2 yang kita khuatiri. Begitu juga dalam memilih soya, tidak semua soya sama. Ia bergantung kepada bagaimana ia diproses dari awal pembenihan lagi!



Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:- 

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

No comments:

Post a Comment