Friday 26 January 2018

Hidup Itu Indah Untuk Disyukuri

Dalam bisness kalau tiada halangan,tiada cabaran,tiada rintangan yang nak kena hadap bukan bisneslah namanyakan..sebelum kita mulakan apa jua bisnes,pastikan hati kita cukup kental dan berhati kering untuk hadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang sememangnya datang tidak diundang dan tidak diduga.


Sama juga dengan yati..untuk mulakan bisness shaklee ni..bukan permulaan yang mudah dan jalan yang singkat untuk apa yang yati dapat pada hari ini.Sehingga hari ini,banyak lagi yang yati kena belajar dan kena usaha,sememangnya menuntut ilmu tidak pernah ada penghujung.

Hati kering..ya hati kering.Yati ni pemalu sebenarnya, tapi dalam bisness jika kau malu..duduk jelah tempat yang sama..so halangan yang perlu yati atasi adalah nak kena buang sikap malu.Bila ada 10 yang tolak..pasti yang ke 11 akan terima..just do it!.

Kena banyak belajar dari mereka-mereka yang dah berjaya,bila dah ada ilmu kena buat,setiap hari kena buat.Walau ilmu penuh di dada tapi tidak mempraktikkannya,tidak ada guna jugakan.Just do it!

Setiap orang pasti jalan yang dilaluinya tidak akan sama dengan apa yang kita lalui,tapi yang pasti sikap tidak cepat mengalah dan give up akan memberikan kejayaan di akhirnya. 

Minta dengan Allah,doa apa sahaja kerana Allah Maha Pemberi,apa jua yang kita buat,jika tidak dapat keredhaan Allah pastinya tidak kemana.



Ikhlas,
Kak yati
Pengedar Shaklee Terbaik Anda
013 222 1663

Amalan Murah Rezeki ;Rezeki Melimpah Ruah Seperti Air Mengalir

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

1 comment:

  1. Minta dengan Allah,doa apa sahaja kerana Allah Maha Pemberi,apa jua yang kita buat,jika tidak dapat keredhaan Allah pastinya tidak kemana.Pengedar Shaklee Pasir Mas

    ReplyDelete