Friday, 14 February 2014

Sembelit Selepas Bersalin?


Apabila seorang ibu melahirkan anak..satu perasaan indah yang tidak dapat di gambarkan. Kesusahan semasa mengandung dilupakan dan kesakitan bersalin tidak lagi menjadi igauan ngeri. Sekarang bermulalah kehidupan yang baru bersama insan yang di anugerahkan Ilahi. Apa yang menjadi igauan dan kegelisahan seorang ibu sekarang ialah keadaan ketika ingin membuang air besar.



SEMBELIT SELEPAS BERSALIN?

Sembelit ialah satu keadaan di mana kita sukar untuk membuang air besar atau jarang membuang air besar. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Bagi orang yang mempunyai kesihatan yang normal, sepatutnya boleh membuang air besar sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
• Kurang serat dalam diet.
• Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua.
• Pengambilan ubat-ubatan (terutamanya herba).
• Penyalahgunaan julap.
• Kebiasaan menahan untuk membuang air besar.
• Kekurangan air.
• Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
• Masalah dengan kolon dan rektum.
• Masalah dengan fungsi usus.

Akan tetapi, sesiapa yang sering terkena sembelit perlulah berhati-hati kerana sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh tindakan menahan untuk membuang air besar.

Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, ibu-ibu yang baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana dikatakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit. Ini termasuk juga kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ditakuti ‘sejuk’.

Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh.

Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor:
  1. Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
  2. Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
  3. Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.
Untuk mengatasi masalah sembelit selepas bersalin, cubalah cara-cara ini untuk mecegahnya:

-Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman pada pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.
-Elak tabiat menahan untuk membuang air besar. Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.
-Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.
-Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caesarean.

Walau bagaimanapun, para ibu boleh mengambil supplemens yang boleh membantu mengurangkan sembelit selepas bersalin. Supplemen yang disarankan adalah supplemen yang mengandungi magnesium iaitu OSTEMATRIX Shaklee.

Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis iaitu satu proses dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus dan menolak makanan ke perut. Pengambilan supplemen ini juga perlu disertakan dengan meminum air yang banyak.

OSTEMATRIX Shaklee boleh membantu anda untuk:
✌Tidur malam lebih lena.
✌Menghilangkan bisa pada kaki dan menyegarkan badan.
✌Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas.
✌Melawaskan sistem penghadaman terutamanya untuk memudahkan anda ‘membuang’ pada hari keesokannya.

Ingin mengetahui rahsia berpantang dengan luka cepat sembuh, tiada sembelit, badan cergas dan susu badan meriah?Klik diSINI
Set Bersalin Shaklee
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Friday, 7 February 2014

AWAS,Simptom Meroyan; Panduan Elak Meroyan

Kehadiran cahaya mata merupakan detik membahagiakan. Namun, ada segelintir wanita menghadapi tekanan emosi sehingga boleh menjejaskan bunga-bunga bahagia yang sedang mekar.
Tempoh sepanjang berpantang adalah sangat penting untuk dititikberatkan. Jika tekanan yang dialami tidak diatasi dengan sewajarnya, wanita terbabit mungkin boleh menderita seumur hidupnya.

Meroyan merupakan istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin.

Di dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada tiga peringlat mengikut tahap keseriusannya iaitu postpartum blues, postpartum depression dan postpartum psychosis.

Postpartum Blues
-adalah masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius. Masalah ini memag kerap berlaku kepada wanita selepas bersalin. Perubahan emosi ini memuncak pada hari  ketiga hingga kelima selepas bersalin. namun ia akan berkurangan selepas lebih kurang 10 hari bersalin dan akhirnya kembali seperti sedia kala.

Postpartum Depression(kemurungan)
-adalah gangguan psikologi yang biasanya memerlukan individu terbabit mendapatkan rawatan daripada doktor pakar. Kemurungan yang di alami lebih teruk dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Difahamkan masalah ini boleh berlaku di kalangan satu bagi setiap lapan orang ibu yang melahirkan anak ataupun 10  sehingga 20 peratus di kalangan ibu yang sedang hamil.

Postpartum Psychosis
-turut dipanggil gila meroyan merupakan peringkat paling teruk. Perlu anda ingat bahawa masalah ini sangat jarang berlaku kepada wanita selepas bersalin. Malah, ia juga berbeza daripada masalah psikosis biasa yang berlaku kepada masyarakat umum. Hal ini kerana masalah yang dialami mempunyai kaitan dengan proses bersalin yang dilalui penghidapnya.

-Di kalangan 1000 orang ibu yang melahirkan, satu hingga dua orang boleh diserang psikosis selepas bersalin.Psikosis berlaku apabila individu berkenaan mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, merepek dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal. Oleh sebab emosinya tidak stabil dan berubah-rubah, ibu mudah menjadi murung atau sedih melampau dan sering menangis.


Panduan Elak Meroyan

  1. Bagi mengurangkan masalah tersebut, pelajari dan fahami tanggungjawab sebagai ibu bapa daripada kawan-kawan, keluarga atay bahan-bahan bacaan sejak sebelum mengandung lagi.
  2. Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami. Ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika berasa tertekan dengan sesuatu perkara sewaktu dalam proses jagaan selepas bersalin.
  3. Dapatkan pembantu rumah jika mampu. Sebaik-baiknya dapatkan pembantu rumah yang boleh menguruskan kerja-kerja seharian dan pada masa yang sama boleh membantu menjaga bayi baru lahir memandangkan keadaan anda yang masih lemah.
  4. Rehat yang mencukupi adalah penting. Ambil udara segar dihalaman rumah dan jangan hanya berada di dalam rumah walaupun anda sedang menjalani rutin jagaan selepas bersalin.
  5. Tidur sewaktu bayi tidur. Sekiranya tidak berupaya melelapkan mata, cukuplah sekadar berehat dengan berbaring di katil tanpa memikirkan apa-apa jua perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan.
  6. pengambilan diet. Pemakanan yang sihat juga pening dititikberatkan untuk kembali cergas. elakkan diri daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang.Makanan seimbang dapat menghindarkan diri anda daripada menjadi letih dan tidak bertenaga.
  7. Bersikap realistik. Ketika dalam tempoh jagaan selepas bersalin, anda seharusnya menitikberatkan aspek kesihatan diri dan pada masa yang sama belajar teknik menguruskan bayi dengan betul.namun jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang sukar dilaksanakan. Apa yang penting, anda perlu seronok dengan pengalaman yang baru
  8. Ingat ALLAH taala. Sentiasa lah beristighfar kepada Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad. Bersyukur dengan rezeki yang tidak terhingga ini. Enjoy your new life...Yeaahhh!!!


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 6 February 2014

Ibu Bapa Cemerlang, Mengenali Anak Anda (Umur 2-3 tahun)

Assalamualaikum dan selamat pagi...hr ni pagi2 lagi teringin nk update my blog ni...tetiba dapat idea nk buat entry pasal perkembangan anak2. Memandangkan yati ada 2 hero yang tengah membesar iaitu si abang bulan 5 ni masuk 3 tahun, dan si adik bulan 6 ni masuk 2 tahun. Jadi entry yg yati nk share pg ni ialah Mengenali Anak yang berumur 2-3 tahun :-) Artikel ni yati ambik dari ibubapacemerlang2012.blogspot.com.

A. PERKEMBANGAN FIZIKAL

1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan, ibubapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak- anak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ anak- anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fizikal di bawah pengawasan ibubapa.
-anak2 yati, apabila bawa ke taman permainan memang diaorg akan berlari sesuka hati sambil menjerit...so apa yg yati buat?biarkan aje...org sekeliling tgk pun yati senyum aje..hehe.Cumanya time nk bawa pergi shopping complex kena sumbat 2hero ni dlm trolly..klu tak habis semua barang di sapu mereka....

2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot- otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama. Jadi, sia-sia saja kita meminta mereka duduk diam. Yang lebih baik ialah membiarkan mereka meneroka persekitaran sambil kita mengawasi mereka.

B. PERKEMBANGAN MENTAL

1. Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu.

2. Rasa ingin tahu anak-anak di tahap ini sangat tinggi. Ibubapa perlu mengambil kira jenis alat permainan yang hendak dibeli. Permainan yang sesuai ialah permainan yang merangsang kreativiti anak-anak selain harus menarik dan tidak mudah rosak. Ajar anak menggunakan pancaindera (mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa). Libatkan sebanyak mungkin pancaindera anak dalam aktiviti seharian mereka misalnya: mendengar bunyi binatang, membawa mereka ke taman untuk melihat berbagai jenis haiwan dan sebagainya.

3. Perbendaharaan kata mereka masih terbatas di tahap ini. Gunakanlah kata-kata yang sederhana dan konkrit, baik ketika bercerita ataupun ketika bercakap dengan anak-anak. Jangan menggunakan perkataan yang abstrak misalnya: tanggungjawab, keselamatan, kebenaran, keadilan dll. Adalah lebih baik menggunakan perkataan yang disertai dengan contoh-contoh kehidupan seharian.

4. Pemikiran anak-anak di tahap ini sebenarnya lebih cepat berkembang berbanding dengan kemampuan untuk bertutur. Sebab itulah anak-anak sering didapati tergagap-gagap ketika bercakap. Ibubapa harus peka terhadap situasi ini dengan menunjukkan perhatian dan kesabaran. Bersedia untuk menjadi pendengar tanpa tergesa-gesa ataupun memaksa anak bercakap dengan lebih cepat.
-kadang2 iakn je apa yang anak2 cakap..sebab kita sbg ibu pun xfaham apa yg mereka nk bercerita...ayoyo..

C. PERKEMBANGAN EMOSI

Menyukai suasana yang sudah dikenali dan takut pada suasana baru atau orang asing. Sekiranya anak sentiasa dibawa bergaul dengan orang sekeliling, perasaan takut lama kelamaan akan hilang.

D. PERKEMBANGAN SOSIAL

1. Sifat dependent masih tinggi, namun kadang-kadang anak juga ingin menonjolkan sifat kemandirian. Biarkan anak melakukan sesuatu yang mampu ia lakukan sendiri.

2. Egocentric. Anak-anak di tahap ini cenderung memperlakukan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sebagai suatu benda dan bukan sebagai individu. Ia belum boleh bermain "dengan" kanak- kanak lain dalam arti kata yang sebenarnya. Oleh itu, ketika bermain dengan kanak-kanak lain, perlu ada pengawasan dari orang dewasa supaya tidak terjadi keadaan di mana anak kita akan menyakiti anak-anak lain.
-oleh sebab itu, kita jangan biarkan anak2 yang berumur 2-3 tahun ni bermain dengan baby bersendirian..sebab mereka boleh buat apa sahaja tanpa memikirkan risiko dari perbuatan mereka itu.

3. Suka mengatakan "tidak" dan memang dalam usia ini anak bersikap "menentang". Selain itu anak juga seringkali "menguji" persekitaran dan orang-orang di sekelilingnya. Anak-anak perlu mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya. Tingkah laku mereka itu pada hakikatnya merupakan suatu usaha untuk mengetahui apa yang boleh atau tidak boleh dilakukannya. Oleh karena itu ibubapa harus tegas, jika perlu, berikan hukuman yang sesuai dengan tahap umur mereka bagi kesalahan yang dilakukan supaya mereka tahu bahwa yang dilakukannya adalah salah.
-my hero yang abg tu memang suka jawab "tak nak"....sabar ajelah.

E. PERKEMBANGAN ROHANI (SPIRITUAL)

1. Meniru tingkah laku orang dewasa, Sikap dan tingkah laku ibubapa harus membuat mereka memahami tentang ajaran Islam. Bermakna setiap perbuatan kita harus dikaitkan dengan ajaran Islam, seperti solat, berdo’a sebelum makan, membaca bismillah sebelum membuat sesuatu dll.

2. Anak juga berkembang dari segi rohani. Oleh itu, ibubapa perlu menolong mereka untuk menyedari tentang kewujudan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Dengan demikian mereka akan belajar bahwa sekalipun Allah tidak dapat dilihat tapi Allah ada. Bermakna dalam setiap aktiviti kita seharian, ibubapa perlu mengaitkannya dengan kewujudan Allah.

AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK DI TAHAP INI

Tuesday, 4 February 2014

Vitamin Untuk Hilangkan Stress - Kelebihan B Complex Shaklee

Tahukah anda dengan mengambil vitamin, ia juga dapat menangani anda daripada stress? Supplemen boleh kurangkan stres sebab dengan peningkatan kualiti nutrisi pemakanan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur.

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

Vitamin B Complex terdiri daripada lapan vitamin B yang penting dan beberapa bahan-bahan yang berkaitan. Lapan vitamin adalah:
1.Vitamin B1 (thiamine)
2.Vitamin B2 (riboflavin)
3.Vitamin B3 (niasin)
4.Vitamin B5 (Pantothenic asid)
5.Vitamin B6 (pyridoxine)
6.Vitamin B7 (Biotin)
7.Vitamin B9 (asid folik)
8.Vitamin B12 (cyanocobalamin)


Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stres?

1.Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma
2.Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.

3.Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi.

4.Vitamin B5~Asid Pantothenic memainkan peranan yang penting dalam melegakan tekanan/ stress. Sering dirujuk sebagai "vitamin anti-tekanan,".
Penting untuk pengeluaran hormon yang berkaitan dengan tekanan yang dihasilkan dalam kelenjar adrenal, menurut University of Maryland Medical Center. Vitamin B kompleks boleh membantu memulihkan kelenjar adrenal daripada stress.

5.Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya. 
Perubahan dalam tahap serotonin boleh mengubah mood dan menjejaskan keupayaan seseorang untuk menghadapi tekanan / stress

6.Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual

7.Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit

8.Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya
#Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.
Vitamin B memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga. Bahan-bahan choline dan inositol menawarkan kesan menenangkan yang boleh membantu dalam menangani tekanan.


Atasi Stress dengan B Complex Shaklee
Kepentingan Vitamin B Complex Terhadap tubuh badan kita. Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Atasi Buasir Selepas Bersalin

Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.

Kebanyakan ibu selepas bersalin mengalami buasir. Hal ini dapat dikesan melalui bengkak yang terjadi pada saluran dubur. Pembengkakan yang berlaku di bahagian tersebut disebabkan oleh pengembangan saluran darah di dubur ataupun ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur.

Bagi yang mengalami buasir selepas melahirkan, masalah ini biasanya terjadi akibat daripada amalan meneran sewaktu membuang air besar yang disebabkan oleh sembelit ataupun najis keras. Selain daripada itu, masalah cirit-birit, batuk teruk, berdiri dan duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama serta kekerapan mengangkat benda berat turut boleh menjurus kepada masalah buasir.

Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan buasir dan mengurangkan simptomnya:
a. Elakkan sembelit
- Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).
- Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
- Lakukan senaman setiap hari.
- Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir.

b. Mengurangkan kesakitan
- Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
- Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais untuk bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
- Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen.
- Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada dipasaran untuk rawatan buasir. kebanyakkannya tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit disekeliling dubur.
-Boleh mengamalkan makanan tambahan (supplement) untk membantu mengatasi masalah sembelit.


Set Buasir Shaklee
Apabila anda ada tanda-­tanda buasir, segeralah dapat­kan nasihat doktor. Ini penting kerana rawatan awal bukan saja lebih mudah dan murah tetapi ia dapat mengelakkan berlakunya komplikasi lain atau pembedahan yang lebih besar.

Lagi tips untuk mencegah buasir?Klik Sini

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 27 January 2014

Kenali Lemak dalam Badan Anda;Jangan Cepat Berputus Asa

LEMAK OH LEMAK...Pernah tak anda cuba berdiet beberapa minggu tapi nak turun 1-2 kg pun susah? Selepas 2-3 bulan, anda give up dan kata "jaga makan pun tak turun, baik aku makan jer".. & anda pun kembalilah ke cara makan yang sama?

Kenapa jadi macam tu?Sebenarnya, ada 3 Jenis Lemak dalam badan kita. Jom kita kenali jenis-jenis Lemak dalam badan kita:

1) Structural Fat
'Lemak baik' ini penting untuk protect organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga.

2) Normal Fat Reserve
'Lemak baik' ini ada di sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan. Fungsi seperti 'Tangki Tenaga'

3) Abnormal Stored Fat
'Lemak tak berapa nak baik' ni di kenali sebagai 'tisu adipose'. Ia adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'Tangki Spare'. Lemak ini akan kelihatan 'membuncit' dan 'berlipat-lipat' di tubuh anda !!

Ia sangat AKTIF mengeluarkan toksik chemical dan hormon 'estrone' yang akan menggangu sistem tubuh anda.. Lemak ini TIDAK digunakan sebagai sumber tenaga utama.. Hanya dalam keadaan tubuh yang hampir 'kebuluran' sahaja, lemak ini akan dibakar & mula digunakan sebagai tenaga !!

So... Nampak kan? Bila anda ber'diet' 1-2 bulan pertama, lemak Jenis 2 yang dibakar tetapi Lemak Jenis 3 akan kekal di situ!!

Hanya jika anda teruskan 'perjuangan' untuk membakar itu, barulah Lemak Jenis 3 itu di bakar !! Tetapi, biasanya.. Ketika itu anda sudah pun Give Up dan kembali kepada cara makan yang sama! Hasilnya? Lemak itu akan 'bergumbira' melebarkan sayap-sayap mereka...huhuhu !!



Beberapa point penting yang WAJIB kita perlu tahu untuk membakar lemak dengan betul:-
  1. Sebenarnya pertambahan berat badan kita adalah disebabkan pertambahan “LEMAK” didalam badan kita. Oleh itu soalan yang wajib kita tanya apabila ingin menurunkan berat badan adalah bagaimana kita dapat membakar lemak didalam badan kita dengan cara dan kaedah yang betul agar badan tetap kekal pada paras badan yang ideal BMI nya. Ini sepatutnya ditanya pada diri sendiri
  2. Pembakaran lemak dibadan sangat sangat bergantung kepada “metobalisma” didalam badan. Tinggi metabolisma maka tinggi kekuatan pembakaran lemak didalam badan dan begitulah sebaliknya. Maka soalan yang wajib ditanya pada diri adalah bagaimana ingin meningkatkan metabolisma didalam badan.
  3. Bagaimana lemak terhasil didalam badan SANGAT SANGAT berkait rapat dengan pengambilan KALORI didalam menu seharian. Banyak kalori didalam hidangan makanan maka banyaklah lemak yang akan terhasil didalam badan nanti. Jadi soalan yang wajib ditanya pada diri adalah “aku harus mengkaji makanan manakah yang menyumbang KALORI paling banyak didalam menu makanan harian aku?”. Jadi bila dah tahu maka kurangkanlah pengambilan makanan yang menyumbang kepada tinggi kalorinya didalam menu kita
Moral of the story ~ Jom kita konsisten dalam apa jua yang kita lakukan, kerana ramai yang give up bila kita semakin hampir dengan kejayaan !!


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Saturday, 18 January 2014

Antibiotik yang Selamat dan Semulajadi untuk Ibu Hamil dan Ibu Menyusu

Apabila ibu hamil/ibu menyusu mendapat jangkitan dan memerlukan antibiotik untuk mencegah virus/penyakit,mereka akan menjadi was-was sama ada untuk makan antibiotik atau tidak, ini kerana risau akan ada kesan sampingan kepada bayi.

Untuk pengetahuan anda semua, garlic atau bawang putih merupakan antibiotik semulajadi dan selamat untuk ibu hamil atau pun ibu menyusu. Jom kita tengok bagaimana garlic/bawang putih membantu ibu hamil dan ibu menyusu.
Manfaat Bawang Putih
Bawang putih bukan sahaja enak menjadi bahan asas dalam masakan tetapi ia merupakan satu-satunya antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Pada masa yang sama, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan.
Pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil.
Selain dari itu, bawang putih juga menjadi satu cara untuk menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selsema. Caranya, ibu cuma perlu makan bawang putih. Melalui cara ini, ibu tidak perlu mengambil antibiotik yang mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

Manfaat Utama Garlic Shaklee adalah:


Antibiotik
Garlic Shaklee
  1. Antibiotik yang selamat dan semulajadi - ianya selamat untuk kegunaan jangka masa panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  2. Menghalang Alergi - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yamg sensitif, sinus, alergi, asma, selsema, hepatitis.
  3. Mempertingkatkan Sistem Penghadaman - formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastric, ketidakhadaman.
  4. Memoderatkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.
  5. Detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa, plumbum dan kadmium iaitu logam toksik dari tubuh dengan pantas.
  6. Menurunkan kolesterol - menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  7. Mencegah Kanser - membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser - Nitrosamine.
  8. Menstabilkan Glukos - Menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh kita.
  9. Arthritis - bantu mengurangkan bengkak-bengkak pada sendi serta sakit berkaitan akibat bengkak-bengkak tersebut.
  10. Mengandungi spearmint - memertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung.
*Bagi ibu mengandung dan ibu menyusu, anda dinasihatkan merujuk terlebih dahulu kepada yang lebih pakar (doktor) sebelum anda mengambilnya dan haruslah dalam kuantiti yang betul...jangan terlebih sudah..hehehe.


Lagi tentang Rahsia Bawang Putih? Klik SINI

Puan boleh membuat belian secara terus dengan menggunakan kad debit/kredit dengan klik Order Sini.



Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Sunday, 5 January 2014

Merawat Gastrik Dengan Vitamin Shaklee

Mesti ramai pembaca2 kesayangan saya menderita sakit gastrik kan?Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi bersangka baiklah dengan Allah taala.Jangan pandang sakit itu sebagai penderaan. Pandanglah kesakitan atau musibah itu sebagai nikmat dari Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda.

Berbalik kepada tajuk entry saya hari ini iaitu merawat gastrik dengan vitamin shaklee....jadi meh la kita baca sedikit info tentang gastrik ni.

Apa itu Gastrik?
Adalah radang yang dihadapi pada dinding perut pesakit. Gastrik yang berterusan boleh membawa kepada risiko kanser colon. Jadi jangan ambil mudah. Rawatlah gastrik.

Punca Gastrik?
Jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) adalah punca utama ulser perut atau gastrik ini.

Bagaimana Boleh Terjadi?
Dalam proses penghadaman satu asid akan dikeluarkan. Asid ini disebut sebagai hidroklorik. Bersifat hakis dan boleh melarutkan besi. Jika asid ini lebih dari mukus atau cecair bikarbonat di dalam perut. Maka akan mencetus rasa sakit yang dipanggil gastrik.

Tanda Gastrik
1. Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
2. Senak
3. Berangin atau pedih
4. Sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
5. rasa mual (loya) dan muntah
6. Hilang selera makan
7. Berat badan menurun (pada peringkat teruk)

Pesakit gastrik masih boleh mengelak dari terkena serangan. Paling utama, pilihan makanan. Ada makanan yang selamat, juga makanan yang patut dielak.

Cara Merawat dan Menangani Gastrik 
●Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
●Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
●Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam).
●Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
●Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
●Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
●Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
●Ambil susu soya kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut.

Cadangan Vitamin Shaklee untuk merawat Gastrik ialah:

Vitamin Shaklee untuk Gastrik
>>Merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. 
>>Asid amino ini membantu memulihkan kembali sel-sel dinding perut yang rosak diakibatkan oleh hakisan oleh asid hidroklorik. 
>>Ia mengandungi 14 gram protein soya sihat dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan. Sifat kealkalian yang tinggi jugak amat membantu di dalam proses meneutralkan kembali keadaan asid berlebihan didalam perut.
>>Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yg konsisten.
>>Protein soya bukan GMO ini dihasilkan dibawah satu program digelar Identity Prservation Program (IPP) di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam sehinggalah saat pemprosesannya.

2.B Complex
Tahukah anda tekanan juga boleh mengakibatkan gastrik? 
>>B complex amat membantu dalam proses sintesis DNA, jadi ia berindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda.
>>B complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B (Vitamin B1 Tiamin, Vitamin B2 Riboflavin, Vitamin B3 Niacin, Vitamin B6, Folate, Vitamin B12 Cynocobalamine, Biotin dan Panthothenic Acid) yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang dari badan setiap hari akibat dari tekanan kerja, alkohol dan ubatan preskripsi.

>>Suplemen lengkap yang mengandungi Kalsium, Magnesium & Vitamin D. 
>>Ia sanagt membantu di dalam mengurangkan keasidan perut dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus yang menyebabkan kesan pedih ulu hati.
>>Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.

4) Peppermint Ginger Plus 
>>Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
>>Kajian klinikal menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan dapat membantu mengurangkan masalah sebu, senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan.
>>Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. 

Apa2 pun kita hanya berusaha, selebihnya berdoa dan bertawakkallah kepada ALLAH taala. Yang penting jgn dok sedih sorang2..jgn dok sakit sorang2..jgn dok pasrah tak tentu pasal tanpa apa2 usaha ;-)Amalkan cara hidup yang sihat, jaga makan, semoga kita semua di lindungi ALLAh taala.Insyaallah Aamiin.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Tuesday, 31 December 2013

Kepentingan Kolagen Untuk Kekal Cantik dan Awet Muda

Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua pembaca2 yati yg cantik2. Sebelum masuk tido, tetiba teringin nak bercerita pasal kolagen. Untuk pengetahuan semua, kolagen dalam badan kita akan berkurangan pada akhir 20an, jadi penggunaan kolagen diperlukan dalam diet seharian kita semua.Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada.

Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

JANGAN tunggu kedut mula kelihatan utk mula menggunakan produk anti-penuaan.Kolagen amat penting utk mengekalkan keremajaan kulit. Jika kulit tidak berhenti menghasilkan kolagen dan kolagen tidak rosak, kulit kita akan kekal tegang dan anjal serta pori-pori akan halus dan kekal kecil.

Kepentingan Kolagen
Apakah kepentingan kolagen kepada badan anda?

Badan kita memerlukan kolagen untuk melawan kemerosotan tubuh akibat proses penuaan. Tanpa kolagen, kulit kita akan suram, kedut-kedut mula kelihatan, rambut menipis dan beruban. Keadaan ini berlaku bila kita meningkat usia kerana pada masa itu badan kita tidak lagi menghasilkan kolagen. Kehilangan kolagen di dalam tisu penghubung iaitu "tendon", ligamen, "muscle" dan "cartilage" menyebabkan pengurangan sokongan kepada struktur sendi. 

Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

10 Fungsi Kolagen untuk kekal cantik dan awet muda:

1. Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
2. Memelihara kelembapan kulit
3. Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
4. Menguatkan otot dan tulang
5, Membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
6. Memelihara kelenturan sendi
7. Mengurangkan keradangan(inflammation)
8. Memberi tenaga
9. Membantu pola tidur
10. Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf.

Kolagen bukan sekadar untuk cantik dan menegangkan kulit. Ia struktur pengukuh tisu lembut yang sangat penting 


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:- 

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com 
sms / whatsapp :0132221663 
ID No :909121

Saturday, 14 December 2013

Atasi Masalah Buasir dengan Vitamin Shaklee

Kali pertama merasa buasir ni ialah selepas melahirkan anak sulung saya, my handsem boy Muhammad Ukasyah. Di sebabkan terlalu kuat meneran..buasir ku telah terkeluar..bayangkanlah masa tu sakit tempat luka bersalin lagi..sakit buasir lagi.huhu..seksa ooo...kalau di ingtkan balik...trauma rasa...
Tapi dalam dok trauma dapat je anak ke dua..hehe.

Kali ini yati bukan nk bercerita pasal pengalaman melahirkan baby, tapi nk berkongsi pasal vitamin untuk mereka yang mengalami masalah buasir.

Apa itu Buasir?

Hemorrhoid atau buasir adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia meng­ganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Terdapat 2 jenis buasir iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.

Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkan pendarahan jika meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar. Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Anda akan terlihat titisan darah merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas.

Buasir luaran pula selalu mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.

Simptom-simptom penyakit buasir ialah :
  1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut.· Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.·
  2. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.· Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  3. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.
Punca Sembelit
  • Sembelit dan meneran berlebihan ketika buang air.
  • Pekerjaan yang membabitkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.
  • Obesiti, kehamilan dan proses melahirkan anak.
Masalah ini juga berlaku disebabkan faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan yang meningkatkan kecenderungan untuk mendapat buasir.

Namun, ia boleh dicegah dan gejalanya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal.

Set Buasir Shaklee
Ubah gaya hidup kita & cegah simptoms dengan vitamin Shaklee

1.OSTEMATRIX : bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

2.OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

3.ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. zinc complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Panduan mengelak buasir

-Minum air sekurang-kurangnya 2.5 hingga 3 liter sehari.
-Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit.
-Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
-Kurangkan menikmati makanan segera. Jika makan di luar rumah pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar.
-Elakkan memakan makanan yang boleh me­nyebabkan gangguan pada proses pembuangan air seperti makanan pedas atau berempah.
-Apabila terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121